AUDEZE LCD-3

Intro

LCD-3 nama diberi kepada salah sebuah model headphone dalam Origin line up buatan AUDEZE USA. Headphone ini dijual pada harga retail hampir USD2000 / RM9000. Bagai kera mendapat bunga, aku sangat bertuah kerana dipinjamkan unit LCD3 ni oleh seorang sahabat. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, jadi aku mengambil peluang yang ada ini untuk coretkan pendapat aku pasal headphone buatan United State ini.

Music Preference : Pop, Funk, Classic Rock, Metal dan R&B

Keselesaan & Isolation

Dengan berat yang lebih pada setengah kilogram, headphone yang diperbuat dari Zebra Wood, besi dan kulit ini jelasnya bukan sebuah headphone yang selesa. Sekurang-kurangnya kalau untuk dipakai dalam waktu yang panjang. Walaupun clamping force focus di bahagian earcups dan bukan dari headband, LCD3 senang untuk jatuh kedepan kalau kepala aku dalam posisi menunduk.

Earpads kulit yg disertakan sangat lembut dan tebal, aku yakin bahagian dalam memang takda bunyi yang keluar oleh kerana kulit dari earpads ni dapat menutupi semua bahagian, namun oleh kerana headphone ni adalah sebuah openback, jadi bunyi luar masih boleh didengari dengan jelas.

Build Quality

Antara material yang digunakan adalah kayu, besi dan kulit, gabungan bahan high quality seperti ini dikatakan mempunyai ketahanan hingga berpuluh tahun. Perasaan memegang headphone ni buat kali pertama adalah pengalaman yang susah untuk aku lupakan. Ianya seperti mengangkat sebuah helmet full face.

Permukaan kayu di bahagian earcup ni boleh rasa macam kita pegang permukaan kerusi kayu yang high quality. Grill yang menutup belakang earcups diperbuat daripada besi direka dengan penuh iconic dan lubang-lubang yang ada adalah untuk menjadi laluan angin.

110ohm

101db

10hz – 50kHz

635g

Planar Magnetic

Audeze menggunakan design yang proprietary untuk menghidupkan bunyi pada setiap headphone yang dihasilkan. Dengan menggunakan film yang sangat nipis dan magnet yang kuat, planar drivers boleh melepasi pelbagai limitasi yang selama ini ada pada material lain contohnya seperti cone pada dynamic driver. Senang kata kalau kita compare dome drivers speed dia macam NASCAR, planar punya speed dah macam kereta Formula 1. Dengan teknologi penghasilan bunyi yang mempunyai kelajuan macam ni, planar dapat menghasilkan bunyi yang lebih details dan getaran yang lebih laju berbanding teknologi dynamic cones.

Akan tetapi, planar driver selalunya didapati dalam headphone / earphone yang ada cup lebih besar berbanding dynamic driver. Jadi kalau siapa yang tak kisah nak pakai headphone bersize besar dan berat, boleh lah dengar music dari technology yang power seperti planar magnetic.

Tidal Music > Schiit Modius > Schiit LYR > Topping A90 > XLR BAL output > AUDEZE LCD-3

Sound Signature

Pada aku, LCD3 boleh dikatakan mempunyai sound signature yang dark neutral. Bunyi yang neutral tapi tak balance, walaupun dengan volume yang low atau high, bunyi treble masih lacking presence dan extension. Hampir semua Audeze yang aku cuba memiliki bunyi yang seakan sama, jadi aku rasa ini memang house sound LCD / Audeze. Kecuali headphone Audeze Penrose, aku dengar tuning paling balance dan versatile ada dekat gaming headphone diorang.

Tone Bunyi

Roll-off treble, takde grainy atau metallic sound pada bahagian high frequency, tapi untuk sesetengah lagu aku rasa kekurangan air response di bahagian 10kHz keatas. Selepas aku menggunakan EQ, treble response ada lebih extension dan kuantiti energy juga bertambah. Kalau aku tak guna EQ, aku rasa memang limited sangat music genre yang sesuai dengan bunyi treble untuk headphone ni. Contoh dalam lagu Higher Ground (Stevie Wonder), hi-hat dengar sangat articulate dan bersih, tapi bagi aku bunyi dia sangat tumpul yang membuatkan track ini kehilangan airiness seperti aku dengar pada headphone yang lain. On the other side, treble yang roll-off yang macam ni sesuai untuk aku dengar lagu-lagu yang bright sounding dimana selalunya menghasilkan fatigue atau sibilance. Sebagai contoh, dengan menggunakan LCD3 aku boleh crank up the volume untuk mendengar lagu seperti Billie Jean (Micheal Jackson) atau What Is Hip? (Marcus Miller) tanpa kejadian treble peak seperti aku dengar di Grado RS2X.

Mengikut source dan music, low frequency headphone ni boleh turun memetik bunyi sub-bass yang bersih, jelas dan solid. Tidak seperti treble, bass response pada aku mempunyai good sense of extension. Bass slam mempunyai berlainan impact mengikut music yang dimainkan. Low notes yang kuat, perlahan atau sederhana akan berbunyi setepat yang mungkin mengikut bunyi original dari music tersebut. Dengan lagu What Is Hip? (marcus miller), bass speed yang aku dengar adalah sangat laju dimana setiap notes yang dimainkan oleh pemain bass legend ni kedengaran bersih dan jelas. Walaupun bunyi organ, drum, brass section sentiasa dimainkan hampir setiap masa, tapi low frequency masih kedengaran bersih dan tiada bleeding pada mid-bass menyebabkan instruments blending terhasil dengan satu bunyi yang luar biasa. Bunyi bass yang terlalu bersih macam ni pada aku ada juga kelemahan dia. Sebagai contoh kalau aku dengar lagu-lagu classic rock seperti Van Halen, low frequency kedengaran terlalu kosong disebabkan clarity setiap low notes terasa terlalu berasingan dan bukan as a whole bass. Bunyi bass dari synthesizer, kick drum, bass guitar terlalu terasing menjadikan keseluruhan bass kehilangan weight dan terasa impact less. Kelemahan ini boleh diatasi dengan menggunakan the magic button iaitu Xbass yang terdapat pada Micro iDSD Signature atau pun mana-mana bass boost yang ada biarpun secara digital atau physical.

Midrange adalah kekuatan utama dimana aku dapat membezakan bahawa LCD3 adalah sebuah high-end hifi headphone berbanding headphone yang lain. Vocal dan instruments pada LCD3 berjaya bagi aku dengar timbre yang paling identical dengan bunyi real life. Sepanjang perjalanan telinga aku mendengarkan hi-res, ini kali pertama aku dengar headphone yang mengeluarkan midrange paling bagus. Setiap note aku dengar dengan penuh natural dan musical. Walaupun dengan signature bunyi yang dark, vocal reproduction is very well. Suara lelaki atau perempuan, result dia masih mind-blowing. Jarang sekali vocal kedengaran dry atau kekurangan body dalam recording yang baik. Contoh dalam lagu Objection, suara Shakira dan music instrument ibarat datang dari speaker yang berasingan. Ini membuktikan bahawa full range untuk vocal dapat didengari serta berada dalam ruang yang asing dari lain-lain instrument. Untuk lagu yang ada brass section, aku rasa kedudukan brass sentiasa dibelakang human voice dan piano. Karakter mid yang warmth, full dan bersih macam ni akan menjadi punca utama aku terasa bagai mendengarkan lagu seperti pertama kali. Bunyi synthesizer pada intro lagu Jump (Van Halen) boleh physically tickle keseluruhan telinga aku setiap kali dengar walaupun dengan volume yang perlahan.

Kebolehan Teknikal

Kelajuan planar driver yang ada pada LCD3 sangat jelas membuktikan teknologi buatan Audeze masih berada dalam liga yang tersendiri. Kedua-dua microdetail dan microdynamic boleh didengar semaksimum yang mungkin. Contoh dalam lagu Merry Go Round of Life – Vitamin String Quartet, bunyi nafas violinist terlalu jelas hinggakan mustahil untuk aku abaikan walaupun selama ni detail tu memang ada dalam recording, cuma tidak terlalu jelas pada headphne yang lain.

Walaupun soundstage headphone ini sangat intimate, ianya masih kedengaran seolah-olah out of the head. Studio soundstage three-dimensional yang memiliki keluasan yang sederhana, tapi masih ada precise sense of imaging. Kalau compare dengan HD800s, holographic element pada LCD3 tidaklah sebaik Sennheiser, tapi dah cukup untuk membuatkan aku pause the music sebab dengar macam ada bunyi dari luar contohnya macam barang yg terjatuh atau ada orang ketuk pintu bilik.

Antara salah satu wow effect yang paling aku ingat adalah masa dengar lagu As (Stevie Wonder). Intro dan verse lagu ni bermula dengan walking pace tempo bersama 5 atau 6 instruments, LCD3 bagi aku dengar macam dah penuh ruang headphone dengan beberapa instruments yang ada. Sehinggalah masuk chorus section, bagaikan selama ni tersembunyi belakang backdrop yang hitam, kehadiran backup vocal punya line betul-betul buat aku tergamam. Erti kata lain, lagu yang selalu aku dengar pun boleh ibarat bagai dengar kali pertama.

Kalau dengar music yang sibuk dengan pelbagai instruments, aku dengan yakin boleh accurately pin point dari mana datang bunyi tersebut kerana setiap layering ibarat satu instrument grouping yang accurate dan datang dari arah yang berbeza. Bagi aku, ini adalah satu factor utama yang membezakan high end headphone dengan headphone yang low end.

GENRE MUSIC YANG AKU RECOMMEND UNTUK HEADPHONE LCD-3 :
  • Chamber Music
  • Instrumental
  • Pop
  • Vocal-Oriented
  • Fast EDM
  • Jazz
  • ASMR
  • Latin Music
  • Gospel

Adakah headphone ni sebuah ENDGAME?

Kalau tanya aku, jawapan simple adalah mungkin ya dan mungkin tidak. Sebabnya bergantung kepada kegunaan utama orang yg nak pakai headphone ni. Dengan harga dia yang mahal, berat dia yg melampau, memang bukan endgame untuk individu yang macam aku.

Unless kalau ada tujuan utama utk guna headphone ni contohnya music production, walaupun LCD3 bukanlah dari reference series, aku rasa masih sesuai kalau nak guna headphone ni utk sound calibration, tuning atau mixing purpose. Siapa yang nak guna professionally pun aku rasa sesuai, tapi agak mahai lah kalau pakai headphone mcm ni tapi guna untuk small home studio je. Tapi why not?

Kalau semata-mata untuk audio hires/hifi, aku rasa banyak lagi headphone lain yang boleh jadi endgame. Aku nak dengar music yang boleh bagi aku feel, bukan semata-mata bunyi yang setiasa buat aku focus dan terpesona setiap kali dengar.

Sesebuah headphone itu tidak boleh supply detail yang tak wujud dalam recording, jadi sama ada dia dengar kurang, atau dengar dengan lebih jelas. Pada aku, LCD3 dapat keluarkan semua information yang wujud dalam music yg aku mainkan, Jadi kepada siapa yang nak experience benda baru, nak dengar benda2 halus, boleh cuba audition lcd3 dan percaya lah bahawa hampa akan dapat sebuah experience yang susah untuk dilupakan.

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta