Audeze LCD-X Full Size Open Back Planar Magnetic Headphone Review. Kenapa Mahal Sangat?

Sebagai sorang yang menggemari peralatan “head-fi” dan music, misi mencari headphone yang terbaik adalah sebuah misi panjang dalam hidup saya. Seperti baru semalam rasanya saya menjejakkan kaki di Stars Picker dengan berdebar-debar sebelum membuat permintaan untuk audition sebuah Audeze headphones. Cadangan awal adalah untuk mencuba beberapa headphones dan iems, namun apakan daya hati dan perasaan saya tidak kuat untuk menahan penangan bunyi dari Audeze LCD-2C pada ketika itu dan hasilnya hampir 2 jam saya mendengar 1 headphone sahaja. Sejak pada itu, Audeze sentiasa mendapat tempat pertama dalam pilihan peribadi saya untuk pemilihan high end headphones.

Berdasarkan carian Google, Audeze tercipta apabila pengasas jenama ini berjumpa dengan bekas ahli sains NASA yang telah mencipta flexible circuit material untuk kapal angkasa. Hasil dari pertemuan itu, hadirnya idea untuk mencipta sebuah breakthrough dalam dunia penghasilan headphone.

Sejak pada itu, Audeze tidak putus idea untuk mengeluarkan berbagai jenis headphone design serta teknologi yang pelbagai dengan harapan untuk menjadi pengeluar headphone system terbaik di dunia.

Terima kasih kepada sahabat Japan saya iaitu Han, kerana membekalkan unit Audeze LCD-X untuk saya mencuba dan mengarang sepatah dua ayat untuk anda semua.

Audeze LCD-2C Lokasi : Starspicker 2018

Antara sebab-sebab Audeze adalah sebuah pengeluar headphone yang bagus :

  • Better impulse response

Dengan mempunyai driver yang sangat laju dan accurate, Audeze headphones dapat memastikan pendengar untuk tidak ketinggalan mendengar sebarang notasi dan bunyi dalam setiap music yang dimainkan. Segala details yang dimainkan dapat didengari oleh kerana diaphragms yang digunakan bergerak dengan sangat laju pada titik permulaan bunyi hingga ke akhir bunyi.

  • Lack of distortion

Audeze menggunakan driver yang bersaiz lebih nipis dari rambut manusia. Ya. Saya tidak akan buka housing untuk memastikan size driver tersebut, tapi ini adalah apa yang Audeze telah jamin untuk semua drivers mereka. Ada juga yang sama nipis dengan white blood cell. Sedangkan saya sendiri tak tahu apakah cara untuk memastikan size tersebut. LOL. Audeze telah mempatentkan teknologi “Uniforce Voice-Coil design” dan “Fazor Elements” ini untuk memastikan tiada bunyi pecah (distortion) yang akan kedengaran untuk para pemilik Audeze. Sekiranya anda adalah peminat seni bunyi, sudah semestinya bunyi pecah akan buat anda sakit telinga dan hilang mood untuk enjoy the music.

  • Drivers are matched in each pair of headphones

Untuk sebuah headphone, terdapat sepasang driver yang hadir di kanan dan kiri. Tahukah anda bahawa setiap driver mengeluarkan performance yang tidak sama? Driver dicipta dalam bilangan satu persatu dan ianya mustahil untuk mendapatkan performance yang identical 100% walaupun konfigurasi adalah sama. Untuk headphone Audeze, setiap drivers akan di uji secara individu bagi memastikan kedua-dua driver dalam satu headphone adalah paling hampir performance yang dimainkan. Jadi, sebagai pemilik Audeze anda tidak perlu risau lagi tentang kualiti driver disetiap sebelah headphone kesayangan anda.

Spesifikasi

  • Style – Over-ear, open-back
  • Driver Type – Planar Magnetic
  • Transducer size – 106 mm
  • Maximum SPL – >130dB
  • Frequency response – 10Hz – 50kHz
  • Impedance – 20 ohms
  • Sensitivity – 103 dB/1mW
  • Minimum power requirement – >100mW
  • Recommended power level – >250mW
  • Weight – 635-675g

Packaging
Unit yang berada di tangan saya ini adalah versi Standard Edition, dimana ianya datang dalam hard case berwarna hitam. Kotak kebal ini dilengkapi dengan system pengudaraan Vortex, iaitu auto pressure release. Bahagian atas terdapat tempat pemegang yang kuat dan solid disaluti dengan getah berfungsi untuk menambah grip apabila kita memegang kotak ini untuk tujuan travel dan lain-lain. Bahagian depan mempunyai logo brand Audeze secara jelas dan saya yakin ianya adalah sticker. Terdapat lubang kecil di kedua-dua bahagian berfungsi untuk kita menggunakan pedal ayam sebagai langkah-langkah keselamatan. Binaan kotak keras ini sangat diluar jangkaan saya dan selain ianya sangat cantik, kotak ini juga adalah sebuah tempat yang paling ideal untuk menyimpan headphone kegemaran para peminat headphones.  Sila rujuk gambar yang disertakan.

Dalam kotak ini juga terdapat sekeping kertas keras iaitu Certificate of Authenticity. Kat kertas ni kita boleh baca bahawa unit ini telah diperiksa sepenuhnya oleh individu yang bertanggungjawab dalam menguji dan melakukan “burn-in” di kilang pembuatan sebelum melakukan pengeposan kepada pembeli. Terdapat juga tarikh yang tertera pada kertas ini dimana tarikh tersebut adalah ibarat tarikh lahir pada sesebuah unit headphones Audeze, dan unit yang berada di tangan saya ini mempunyai tarikh 9-28-15. Rupanya dah hampir 6 tahun umur LCDX yang dipinjamkan oleh kawan saya ni. 😀

Cable
Terdapat dua cable berwana hitam bersama headphone ini, satu mempunyai termination single ended 6.4mm manakala satu lagi adalah balanced XLR. Cable yang disertakan ini kedua-duanya bersifat flat, nipis dan panjang. Mempunyai logo Audeze yang agak tersembunyi pada y-splitter pada kedua-dua cable. Material yang digunakan adalah agak lembut dan tidak terlalu keras. Antara yang saya suka pada cable ini adalah tiada microphonic yang kedengaran lansung apabila mendengar lagu.

Rekabentuk & Keselesaan


Jika ada satu perkataan yang sesuai untuk binaan dan rekabentuk pada X adalah “Luxury”. Mekanisma yang terdapat pada rekabentuk headphone ini adalah sangat “industrial” kualiti. Saya pasti siapa yang memegang headphone ini buat pertama kalinya akan terus terpesona dengan kualiti yang terdapat pada setiap hujung dan pangkal LCD-X ini. Dengan binaan badan yang 80% daripadanya adalah besi, hasil gabungan dengan texture leather pada headband dan earpads telah melengkapi kesempurnaan untuk menjadikan LCD-X sebuah headphone impian para penggemar headphone.

Boleh dikatakan untuk keseluruhan binaan pada headphone ini adalah besi, melainkan headband sahaja. Jadi spoiler alert! Headphone ini adalah sangat berat! Saya betul-betul serius bahawa headphone ini adalah berat, dengan berat yang hampir 650gram, ini bermaksud bahawa terdapat helmet motosikal yang lebih ringan pada headphone ini.

Walaupun begitu, design team dari Audeze telah menghasilkan karya yang sangat baik dengan sedaya upaya untuk mengimbangi aspect performance dan comfort pada headphone yang mempunyai design robust ini.

Dengan size driver yang sangat besar, binaan earcups yang terdapat pada X ini adalah bersifat over-ear dimana keseluruhan bahagian telinga dapat merasakan keselesaan yang baik apabila berada didalam soft leather earpads yang lembut seperti bantal ini.

Walaupun earcups pada X dilihat sangat kecil pada mata kasar, telinga saya tidak rasa terlalu sempit apabila berada di dalam earcups dan hujung telinga saya tidak merasakan tekanan yang kuat pada driver headphones ini.

Clamping yang ditawarkan adalah baik, namun pada sesuatu ketika saya merasakan tekanan yang diberikan dapat menghasilkan rasa yang kurang selesa. ianya ibarat seperti memakai helmet yang kecil dan ketat.

Antara yang saya tidak suka pada rekaan masterpiece ini adalah kedudukan headband dengan earcups. Saya rasa kedudukan headband ini adalah off-center, headband pula tidak mempunyai cusion atau apa-apa grip dan ia membuatkan headphone akan mudah bergerak kedepan setiap kali saya menunduk semasa memakai headphone ini. Sebagai contoh, setiap kali saya bergerak kedepan dan cuba memandang keyboard untuk menulis, kedudukan ini akan membuatkan LCD-X akan jatuh kedepan.

Secara jujurnya saya dapat merumuskan bahawa tanpa ragu-ragu lagi, bentuk fizikal LCD-X telah dicipta untuk hidup berpuluh tahun tanpa akan ada cacat celanya. Dengan penjagaan yang baik dan penggunaan yang berhemah, pemilik LCD-X boleh gerenti untuk mendapatkan pengalaman yang trouble-free.

Harga dan kat mana boleh beli
Audeze LCD-X hadir dengan dua variasi iaitu Standard Edition dan Creator Edition. Antara perbezaan untuk kedua-dua edisi ini adalah Standard Edition hadir dengan package bersama hard case dan Creator Edition hadir tanpa hard case. Berikut adalah harga untuk setiap satu edisi Audeze LCD-X.

Creator Edition: RM5,999

Standard Edition: RM7,999

Antara kedai audio yang menawarkan demo unit dan stock jualan di Malaysia adalah RedApe dan Stars Picker. Tuan-tuan boleh terus menghubungi mereka untuk urusan pembelian dan sesi ujian pendengaran.

Sumber Audio
Pada Ketika membuat ulasan ini, saya tidak lagi mengemari portable music player. Jadi, segala pengalaman Bersama LCD-X adalah menggunakan setup desktop marhain saya sahaja.

iFi Zen Dac v5.3C GTO filter sebagai sumber digital to analog converter (DAC).

iFi Zen Can dan Schiit LYR (dual tubes Russian Electro Harmonix 6922) sebagai headphone amplifier.

Walaupun connection dari dac ke amp Zen Can saya menggunakan balanced out (4.4mm), saya hanya menggunakan single ended output pada LCD-X dalam semua sesi pendengaran.

Terima kasih pada sensitivity yang rendah pada headphone ini, saya juga berpeluang cuba untuk mendengar LCD-X directly dari smartphone saya. Pada pendapat saya, volume yang diberikan oleh built-in dac dalam smartphone hanya dapat memberikan volume di tahap yang biasa sahaja jika menggunakan aplikasi Tidal. Spotify pula memberikan volume yang baik untuk headphone ini dimainkan directly menggunakan 3.5mm audio jack pada smartphone saya.

Walaubagaimanapun, perbezaan diantara menggunakan proper desktop setup dan smartphone adalah begitu ketara, sebagai contoh adalah headroom kedengaran sangat sempit jika menggunakan smartphone berbanding menggunakan headphones amplifier. Well, size driver 106mm kot. No surprises there.

Tone bunyi & Persembahan bunyi
Audeze LCD-X adalah sebuah headphone yang membawa sejenis tona bunyi yang paling neutral dan clean (bergantung bagaimana anda mengenalpasti neutral) . Sepanjang saya mendengar music melalui headphones, speaker mahupun iems, ini adalah kali pertama saya mengenalpasti apa itu neutral sounding. Tiada mana-mana bahagian spectrum yang telah ditambah atau dibentukkan agar menjadi sebuah “tuning” yang specific.

Apa bunyi house sound Audeze? Pada pendapat saya adalah dimana ia dapat memberi highlight pada dominant instrument dalam suatu lagu tanpa menyingkirkan kepentingan instrument lain. Contoh untuk lagu Funky D, terdapat 3 soloist terhebat dalam dunia transfusion jazz iaitu Dannis Chamber, Victor Wooten dan Bob Franceschini. Dalam track instrumental ini, LCD-X dapat memberikan dynamic sound yang jelas pada setiap satu instrument. Contohnya apabila sampai bahagian solo ataupun apabila saxophone memegang melody line, bassline akan kedengaran berada dibelakang namun masih lagi memegang groove dan beat yang diperlukan. Begitu juga sebaliknya apabila tiba part solo dan improvising bass, dominant bunyi iaitu bass akan kedengaran lebih jelas dengan texture yang tidak mengatasi instrument lain.

http://tidal.com/browse/track/76703373

Walaupun menggunakan pelbagai jenis source tak kira tube amplifier atau solid state, sound yang dihasilkan masih lagi neutral dan smooth pada semua frekuensi spectrum. Untuk peminat music yang fun dan vshape pasti akan merasa boring selepas beberapa minit mencuba headphone ini. Untuk kaki audio purist pula, sudah terang lagikan bersuluh, semestinya tidak perlu lagi saya mengenalkan headphone ini kepada anda. LCD-X dicipta khas supaya dijadikan sebuah monitoring device untuk audio engineer, jadi sudah semestinya tona bunyi yang diberikan hendak lah se neutral dan pure yang mungkin.

Macam mana dia punya soundstage
LCD-X memberikan sebuah soundstage yang open, akan tetapi bukanlah dalam maksud yang luas. Walaupun headphone ini adalah open back, boleh saya katakan kat sini sesungguhnya Koss Porta Pro dan Philips SHP9500 mempunyai soundstage yang lebih luas (wide) dari Audeze LCD-X. Space adalah lebih kepada narrow sounding berbanding mempunyai keluasan yang panjang dan lebar.  Walaubagaimanapun, kedudukan instrument sekeliling yang kedengaran pada LCD-X adalah yang paling accurate dan jelas pada telinga saya. Jika diberikan audio yang mempunyai lebih dari 10 instruments, saya masih dapat membayangkan setiap layering yang terdapat dalam audio tersebut regardless of amp atau dac yang digunakan. Ruang soundstage yang diberikan ibarat sebuah pengalaman live music dalam hall yang baik dengan kualiti yang speaker-like. Banyak juga headphone yang saya dah dengar, tapi setakat ini, LCD-X adalah yang terbaik dalam menrealisasikan soundstage yang paling saya puas hati dan membuatkan saya senyum hingga ke telinga.

Macam mana dia punya bass (Low)
Dalam pengalaman saya bersama-sama LCD-X melalui hujung pangkal album Kendrick Lamar, Daft Punk dan Coldplay, headphone ini telah personakan sebuah erti baru kepada persepsi saya terhadap low frekuensi. Walaupun tiada bass yang elevated dan boosted, saya dapat lebih menghargai kuantiti dan kualiti bass apabila mendengarkan muzik bersama headphone ini.

Kuantiti yang dihasilkan untuk sub bass hanyalah dalam bilangan yang diperlukan sahaja, namun kualitinya adalah sangat bersih dan sangat clear.  Untuk subbass yang selama ini kedengaran terlalu deep dan boosted, kali ini LCD-X telah menbuka mata saya untuk mengenalpasti apa itu accuracy untuk setiap notasi dalam low frekuensi spectrum. Saya suka subbass yang dilontarkan oleh headphone ini.

Definasi yang dapat saya gambarkan secara mudah adalah bass di headphone ini memberikan bass yang laju, kuantiti yang besar dan penuh dengan impak, akan tetapi ianya agak kekurangan dari segi bass body pada sesetengah lagu. Dengan sedikit eq, slam yang diberikan mampu mendengarkan thumping bass yang control dan bersih. Tanpa eq, low frekuensi akan kedengaran kurang penuh (not a full kinda midbass) walaupun mendengarkan lagu yang sibuk dan penuh dengan bass kick.

Untuk ujian ketahanan bass, saya menggunakan track bad guy from Billie Eilish (buah hati saya) bersama fungsi Truebass pada iFi Zen Dac dengan tambahan XBass pada iFi Zen Can. Ujian bass ini telah menghilangkan house sound dari Audeze. Bass yang dihasilkan adalah secara tidak sangka, masih bersih dan penuh dengan clarity. Sub bass kedengaran lebih deep dan enlarged, bloated adalah jauh sekali, midbass ada extra punchy dan kedengaran agak full. Cuma amount yang ada tidaklah di tahap enjoyable.  NO DISTORTION! BIG PP!

https://tidal.com/browse/track/121069660

Good subbass, clear kick drum dan setiap bunyi electric bass guitar adalah sangat jelas. Bunyi sebegini sememangnya dapat memberikan impak dan kemudahan yang besar kepada para jurutera audio.  Sesungguhnya headphone ini bukanlah untuk pengemar bass ataupun basshead tegar.

Macam mana dia punya vocal (Mid)
Pada siapa yang kenal akan penulisan saya yang tak seberapa ini, pasti hampa akan tahu bahawa saya adalah sorang yang mementingkan midrange dalam sebuah iem dan headphones. Syukur geng, LCD-X memang dapat berikan telinga saya sebuah clarity midrange yang belum saya pernah jumpa sebelum ini.

Rock? Ballad? Jazz? Sebut saja apa-apa genre. Bunyi guitar dalam solo Free Bird Live 1976 (Lynyrd Skynyrd) memang tanpa sedar dapat buat saya dah sama-sama goreng guitar menggunakan guitar imaginasi saya. Rasa macam saya betul-betul dapat meneka apakah head cabinet amplifier yang telah digunakan untuk guitar ni atas pentas pada masa 1976 dalam konsert tersebut. Habis je lagu ni, mesti saya dah berpeluh sebab terlalu naik aderanalin sebagaimana saya menghadiri konsert dalam lagu yang dimainkan.  Apa yang ada, mesti saya dengar melalui LCD-X.  Untuk track Wanted or Alive dalam album This Left Feels Right Bon Jovi, bunyi guitar acoustic pada intro lagu ini sangat jelas dan transparent bagaimana ianya dimainkan di hadapan muka tanpa melalui apa-apa digital processing.

Begitu juga transparent nya suara vocal penyanyi, untuk lagu Gurenge nyanyian LiSA dalam versi First Take, setiap pronunciation dan notasi yang LiSA hit, kedengaran terlalu tepat dan benar. Versi ini dimainkan secara duo diantara LiSA dan diiringi oleh piano. Melalui LCD-X, saya rasakan ibarat berada di dalam bilik jurutera audio semasa rakaman ini telah berlangsung (sebagaimana dengar melalui monitor speaker).

https://tidal.com/browse/track/164676815

https://tidal.com/browse/track/25467268

Mid frequency juga penuh dengan extra microdetails, gabungan suara Ed Sheran, acoustic guitar, backup vocals dan violin dalam lagu I See Fire adalah sangat jelas dan smooth. Tiada frequency yang kedengaran tengelam dan tiada yang terlalu forward. Dengan LCD-X, kalau teruk mixing yang dilakukan oleh seorang audio engineer itu, maka jelaslah hasil keterukan itu pada telinga kita. Oh ya, bunyi violin pada intro lagu Rather Be (Clean Bandit) adalah sangat smooth tanpa ada sebarang harsh dan fatigue. Macam dengar depan muka 🙂

Macam mana dia punya treble (High)
High frequency mempunyai details dan energy yang mencukupi. Walaupun decay agak cepat, saya merasakan bahagian upper mids pada LCD-X adalah sangat real life sounding. The best so far. Mungkin dengan driver yang sangat nipis ni dia dapat menghasilkan vibration pada kelajuan cahaya? LOL. Oleh kerana ini, PRAT yang dihasilkan sangat membantu saya untuk enjoy music tanpa harsh dan fatiguing treble. Seingat saya, treble pada LCD-XC (Closed back) adalah lebih harsh berbanding LCD-X.

Audeze LCD-XC Closed Planar Magnetic, Lokasi : Starspicker 2019

Akan tetapi, saya merasakan ada yang kurang pada persembahan highs frequency headphone in. Mungkin ada bahagian pada treble yang membuatkan ianya tidak terlalu sparks lantas menjadikan keluasan soundstage agak terbatas. Mungkin ada rolled off yang laju sikit pada high treble. Mungkin juga headphone amps yang saya gunakan ini tidak sesuai untuk dibawa bersama dengan headphone kayangan ini? Treble yang saya suka adalah sebagaimana yang dihasilkan oleh headphone grado, Audio Technica AD series dan kalau iem pula adalah Kbear BElieve, Intime Sora 2. Lagu Larut Malam dalam album The Best Of Sheila Majid, bunyi instrument triangle yang memegang upbeat dalam track ini telah berjaya membuatkan saya bangun dari kerusi dan menari bersama Dato’ Sheila Majid sambil memegang double bass ilusi. #YOLO

Jelas bermaksud bahawa headphone ini tidak sesuai untuk treblehead melepaskan nafsu bunyi mereka. Overall treble adalah SANGAT enjoyable dan smooth (sangat smooth, terlalu smooth, licin macam butter).

https://tidal.com/browse/track/143107794

Untuk Siapa?
Pada pendapat saya, headphone ini sesuai untuk individu yang mempunyai masa yang agak limited untuk melepaskan nafsu audiophile. Oleh kerana size yang besar dan berat yang agak melampau, individu yang hanya mempunyai 1 jam ke 2 jam sahaja masa untuk mendengar headphone dalam suatu ketika, akan lebih menghargai masa bersama headphone ini. Pada yang baru berjinak-jinak dalam dunia pencinta bunyi ini, saya harap tuan-tuan boleh lah mencari headphone lain dulu sebelum membeli Audeze LCD-X. Jika mampu, tiada masalah untuk siapa sahaja membuat pembelian headphone Audeze ini. Cuma jangan ikat perut berbulan-bulan oleh kerana simpan duit gaji untuk bayar LCD-X, its not worth it. Mahal sebab dia Made in U.S.A jer.

Ulasan dan Bintang

Sorry for a long post, here is my potato face wearing LCD-X

Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada sahabat saya iaitu Han, kerana telah spoiled kan telinga saya dengan headphone yang sebegini. Walaupun headphone ini sangat berat, hampir setiap hari saya akan mengbandingkan bunyi headphone-headphone yang lain dengan LCD-X. Sudah semestinya saya akan mempunyai masa yang sukar untuk memilih headphone pada masa akan datang. Audeze LCD-X yang berusia 6 tahun ini telah secara tidak langsung merubah persepsi saya dalam mengenal erti enjoyable music listening. Rupanya tak perlu pun sebuah headphone yang bersifat v-shape atau u-shape untuk saya menghargai hi-res audio. Audeze mempunyai house sound yang dapat merealisasikan keseronokan audio dalam cara penyampaian unik mereka sendiri. Saya memberikan full 5 stars pada Audeze LCD-X kerana telah memberikan saya sebuah pengalaman yang manis dalam reality bunyi yang neutral dan fun.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta