Ulasan Audio-Technica ATH-M40X

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Kali ini aku akan membuat ulasan untuk Audio-Technica ATH-M40X. iaitu adik kepada ATH- M50x.

Apa beza ATH-M40X berbanding ATH-M50X? Dari segi spec yang paling ketara adalah saiz driver yang digunakan. ATH-M40X. ATH-M40X menggunakan driver bersaiz 40mm manakala ATH-M50X menggunakan driver bersaiz 45mm.

Dibawah ini aku sertakan spec untuk ATH-M40x untuk memudahkan cerita.

Driver40mm Neodymium driver
Impedance: 35ohm
Sensitivity: 98db/mw
Frequency response: 15hz-24khz
Maximum input power:
1,600 mW at 1 kHz
Plug: 3.5mm
Cable 
Includes two interchangeable cables: detachable 1.2 m – 3.0 m (3.9′ – 9.8′) coiled cable and detachable 3.0 m (9.8′) straight cable

ATH-M40x ni hanya datang dalam satu pilihan warna iaitu hitam. Untuk tujuan ulasan kali ni aku menggunakan peralatan dibawah

Source : Astell & Kern AK70 Mark 2

Tracks :

  1. Another One Bites The Dust – Queen – FLAC 16-bit
  2. Don’t Talk To Strangers – DIO – FLAC 16-bit
  3. No One Knows  – Queen Of Stone Age – FLAC 16-bit
  4. Blood Sugar Sex Magik – Red Hot Chili Peppers – FLAC 24-bit
  5. Cemetery Gates – Pantera – FLAC 24-bit
  6. Cerita Kedai Kopi – Malique/ Saleem feat DJ Fuzz – FLAC 16-bit
  7. Chain Of Misery – Iron Maiden – FLAC 24-bit
  8. Papa Was A Rolling Stone – The Tempations – FLAC 16-bit

Harga dan kat mana boleh beli
Korang boleh dapatkan ATH – M40X  ni dengan harga RM449 atau boleh terus beli dari Lazada dengan kilik disini.

Macam mana dia punya soundstage
Untuk soundstage ATH-M40x ni memang sangat mengujakan. Aku dapat merasakan aku berkongsi pentas bersama DIO dia dalam lagu  Don’t Talk To Strangers  . Ketukan drum dan permainan bass guitar seolah-olah berada di depan mata! Kesimpulannya sound stage yang dihasilkan adalah sederhana.

Macam mana dia punya bass (Lows)
Lows ATH-M40X memang menghasilkan bunyi bass yang  sweet! Ini terbukti di dalam lagu No One Knows. Bunyi bass yang punchy dan tidak boomy. Tiada bass leak langsung sepanjang lagu ini. Cuba dengar pada minit 3:00 dimana distu kita akan mendengarkan gorengan bass guitar dan permainan drum oleh Dave Grohl yang sangat padu!

Macam mana dia punya vokal (Mids)
Mids untuk ATH -M40X sangat seimbang. Suara Bruce Dickinson didalam lagu Chain Of Misery sangat diutarakan dan aku boleh dengar setiap perkataan yang dilontarkan beliau. Suara vocal perempuan bagi aku sangat sedap didengar dan tidak menyakitkan telinga walaupun dengan jeritan lantang Janis Joplis. Secara teknikalnya mids untuk ATH-M40X ini adalah sweet atau dalam bahasa Melayunya adalah sangat sempurna untuk mendengar muzik.

Macam mana dia punya treble (Highs)
Highs atau Treble sangat relaxed. Ianya memberi kepuasan untuk mendengar tetapi tidak meletihkan telinga bila mendengar. Tiada bunyi tajam atau bingit yang kurang enak dari ATH-M40X ni. Ini jelas apabila aku memainkan lagu Another One Bites The Dust. Sekiranya sebuah IEM atau Headphone mempunyai sibilance yang tinggi pasti akan kedengaran bingit apabila mendengar mendiang Freddy Mercury melontarkan note tinggi .Perfecto!

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Untuk Separation atau Imaging ni aku suka dengar lagu Papa Was A Rolling Stone. Aku dapat dengar bunyi setiap instruments dari kiri, kanan dan atas pentas. Memang awesome.

Tone bunyi
Tone bunyi boleh aku katakan natural. Ianya memberi sound stage yang sederhana dan bunyi yang sangat musical.

Untuk siapa?
Sesuai untuk mereka yang sukakan bunyi yang fun dan raw ketika mendengar muzik. Ianya juga sesuai untuk mereka yang membuat kerja-kerja didalam studio seperti tracking dan monitoring.

Packaging

  • ATH-M40X headphone
  • Two interchangeable cables: detachable 1.2 m – 3.0 m (3.9′ – 9.8′) coiled cable and detachable 3.0m
  • Carrying bag
  • Shirt clip

Ulasan dan Bintang
Bagi aku ATH-M40X adalah sesuatu yang wajib korang miliki sekiranya korang memerlukan headphone reference dan monitoring yang asas. Bagi aku ini adalah headphone yang sangat bagus. Ianya selesa digunakan dan terdapat banyak pilihan untuk menggantikan pad telinga yang di jual di pasaran dan paling penting ianya sangat musical.

Model ini sesuai untuk semua jenis muzik tak kira rock, pop, hip-hop mahu pun zapin.
Untuk mengakhiri ulasan kali ini, Nora kasi 4.5 bintang!!

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta