Auglamour RT-5 Dual Hybrid Comeback is Real! (SPONSORED BY HILL AUDIO)

Sebuah brand yang sangat underrated iaitu Auglamour telah menghasilkan flagship terbaru iaitu RT-5. Hadir sebagai dual hybrid tuning dengan mempunyai sebuah dynamic driver dan sebuah balance armature yang telah dituning secara proprietary dengan dedicated tube untuk setiap driver. RT-5 adalah sebuah successor pada RT-3 yang sebelum ini adalah triple hybrid 1 dynamic driver dan dual balance armature. Unit kali ini telah ditaja oleh Hill Audio, terima kasih bos atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak AudioMonsta. Saya janji ulasan ini tidak akan mengandungi sifat berat sebelah. Walaubagaimanapun, anda semua berhak untuk tidak bersetuju!

Spesifikasi : 

Brand: Auglamour
Model: RT5
Transducer principle: Hybrid dual driver
Transducer specs: 10mm DD + Knowles 32873
Frequency range: 15hz – 40khz
Impedance: 14 Ohm
Sensitivity: 112dB
Connector type: 0.78mm 2pin
Plug type: 3.5mm
Cable length: 1.25M
With mic: NO

Packaging
Auglamour memang terkenal dengan kualiti persembahan ataupun packaging presentation untuk kesemua iem tak kira yang murah mahupun yang mahal, ianya dihadirkan dalam sebuah kotak cardboard berwarna gelap penuh dengan gambar iem dibahagian depan dan spefisikasi di bahagian belakang. Apa yang kita dapat dalam kotak?

  • Auglamour RT5 earphones
  • 2-pin 0.78mm SPC OFC cable
  • 3 pasang narrow bore silikon eartips
  • 3 pasang wide-bore silikon eartips
  • Carbon fiber design case bersama logo branding
  • Pengepit baju (Shirt Clip)

Apa yang saya teruja dengan persembahan kotak dari Auglamour ini adalah kerana ia penuh dengan aksesori yang jarang kita jumpa pada Chifi brand yang lain. Terbaik Auglamour teruskan persembahan begini!

Keselesaan & Rekabentuk

Badan iem ini mengunakan rekabentuk yang sangat ergonomic dan diperbuat daripada medical grade resin yang bagus. Terdapat dua pinhole vent pada setiap belah iem ini berfungsi sebagai laluan angin untuk dynamic driver. Faceplate berwarna merah dan biru untuk RT-5 diperbuat daripada aluminium-magnesium alloy CNC. Seperti biasa, warna merah adalah untuk bahagian kanan dan biru untuk iem sebelah kiri. RT-5 dicipta dengan nozzle yang pendek, jadi jika menggunakan eartips yang betul, ianya dapat memberikan pengasingan bunyi yang sangat baik dan secure fit.

Connection yang digunakan oleh iem ini adalah 0.78mm 2pin. Saya sangat suka cable yang disertakan dalam kotak untuk RT-5. Untuk peminat simple cable, saya betul-betul puas hati dengan cable yang diberikan kerana sangat ringan,simple dan sedap dipegang. Spec cable yang diberikan adalah 8 cores oxygen-free copper silver-plated.

Bagi saya, design yang sebegini sangat selesa untuk pemakaian lebih pada 2jam secara terus menerus. Sesungguhnya saya agak kecewa kerana untuk telinga saya, fatigue mula terasa pada jam ke 4 dan ke 5(secara terus menerus). Mungkin hal ini tak menjadi masalah pada individu yang tidak memakai iem lebih pada 3 jam.

Harga dan kat mana boleh beli
Harga jualan pada hari ini adalah RM 349.90, akan tetapi Hill Audio telah memberikan pengurangan harga sebanyak 30% pada masa yang terhad langsung menjadikan harga promosi ini hanya RM245.00 sahaja.

Link Pembelian : HILL AUDIO

Sumber Audio & Senarai Lagu
Saya menggunakan RT-5 ini dengan source yang simple iaitu iFi Zen Dac single ended output tanpa fungsi Power Match. Music player yang digunakan adalah Roon dengan sokongan streaming Tidal.

Antara album-album yang ingin saya highlight adalah :

Songs About Jane – Maroon 5

CASIOPEA – Casiopea

Dave’s True Story – Dave’s True Story

Best of 2019 – Pomplamoose

Unplugged – Neil Young

Live from Royal Albert Hall – Adele

Live At The Roundhouse – Lianne La Havas

http://tidal.com/browse/track/157658551

https://tidal.com/browse/track/164684681

https://tidal.com/browse/track/15615003

Tone bunyi & Persembahan bunyi
Auglamour RT-5 ini mempunyai sebuah persembahan bunyi yang hampir kepada balance dan lively namun highlight frequency adalah pada bahagian mid-range. Mempunyai clarity yang baik secara keseluruhan dan good impact pada low end tanpa mempunyai apa-apa elavated frequency secara berlebihan. Tiada sebarang boost yang dihasilkan untuk sebarang band membuatkan tonal bunyi iem ini berada di tengah-tengah antara bright dan warm. Signature sebegini adalah sangat sesuai untuk sesi pendengaran secara terus menerus.

Macam mana dia punya soundstage
Depth adalah sangat decent dan tidak terlalu jauh, saya berasa macam berada di barisan nombor 3 untuk album Live at Royal Albert Hall. RT-5 dapat memberikan jarak keluasan width yang agak memuaskan, bermaksud saya tidak berasa sempit atau congested untuk track yang mempunyai banyak instrument. Sebagai contoh, counting drum untuk lagu Time Limit (Casiopea) berasa sangat luas dan tidak seperti terlalu jauh. Overall soundstage yang ditawarkan sentiasa memberikan space yang luas dalam apa-apa track yang saya dengar. Latar belakang yang jauh dan hitam dapat dirasakan dalam track no 11 bertajuk Watashi Iro dalam album Aquaveli.

Macam mana dia punya bass (Lows)
Persembahan bass untuk iem ini jelas kedengaran bahawa bahagian yang diberi perhatian dalam low frekuensi adalah pada bahagian midbass. Dengan sejelas yang mungkin kedengaran secara bersihnya bagaimana dynamic driver bersize 10mm ini mengawal frequency mid- bass dengan baik dalam lagu Must Get Out (Maroon 5). Bagi peminat music pop, ini adalah makanan untuk anda semua. Kepada basshead, minta maaf ini bukanlah sebuah persembahan low end yang diperlukan oleh telinga tuan-tuan sekalian. Ini kerana pada bahagian sub bass (20hz-60hz) telah di tuned dalam -4dB atau -5dB kebawah menjadikan jumlah bilangan rumble yang kedengaran adalah sangat singkat dan pendek. Namun, impact dan slam yang dihasilkan oleh emphasized midbass pada iem ini adalah sangat cukup untuk telinga saya memberikan thumbs up kepada bass RT-5.

Macam mana dia punya vokal (Mids)
Sesunguhnya bunyi vocal yang dihasilkan adalah bersifat forward serta paling dekat di telinga. Tanpa ragu-ragu midrange yang dihasilkan oleh Knowles BA driver ini adalah sangat sweet dan lunak both untuk musical instrument serta human voice. Akan tetapi ada sedikit harsh pada upper midrange untuk sesetengah lagu contohnya Marisa (Dave’s True Story Duo). Ini membuatkan vocal perempuan kekurangan “lemak” dalam sesetengah lagu dan vocal lelaki Knocking On Heaven Door (Bob Dylan) kedengaran sangat pronouced dan bersih.

Vocal Neil Young dalam lagu Helpless (album Unplugged) adalah sangat natural, tenang dan jelas berbanding latar bunyi piano yang dimainkan. Bunyi harmonica yang ditiup oleh Young dalam track ini telah diterjemahkan  dengan baik oleh Auglamour RT-5 tanpa sebarang unrealistic sound. Walaubagaimanapun, lontaran suara yang lantang Lianne La Havas dalam lagu Midnight berjaya menghentikan dengupan jantung saya kerana suara yang dimainkan adalah full of expression dan RT-5 telah deliver dengan penuh coherent. Pada pendapat saya, bahagian upper midrange perlu diturunkan sebanyak -2dB atau -3dB untuk mendapatkan lebih body yang transient pada notasi female vocal.

Mendengar sebuah track masterpiece dari the legendary British rock Queen iaitu Love of My Life, pada pertengahan lagu terdapat back and forth duo section dimana piano dan petikan guitar dari Brian May hampir-hampir menjatuhkan air mata saya. Begitu jelas dan penuh emosi pada setiap notasi dalam lagu ini dapat diterjemahkan oleh gabungan mantap dual hybrid RT-5 ini dengan sangat baik.

Overall midrange frequency pada RT-5 adalah sangat baik. Penuh dengan sweetness dan (hampir) transparent sounding pada telinga saya yang tidak seberapa ini. Untuk harga yang ditawarkan dengan promosi serendah RM250, midrange adalah kekuatan iem ini.

Macam mana dia punya treble (Highs)
High frequency adalah sangat smooth dan mempunyai (hampir) accurate amount of energy. Pastinya tiada harsh dan fatigue yang akan kedengaran hasil crossover dari dual tube nozzle drivers iaitu dynamic driver dah Knowles RAF-32873. Mempunyai jumlah rolloff yang baik pada upper highs membuatkan jumlah dan kelajuan decay berasa sangat senang didengari di telinga manusia. Cymbal walaubagaimanapun tidak kedengaran unnatural, sebaliknya mempunyai secukup air dan sparkles untuk mencorakkan pengalaman audio yang real like sounding. Hampir-hampir kedengaran sama dengan apa yang saya dengar pada FiiO FH3 tapi not quite there yet. Overall treble yang dihasilkan juga adalah sangat baik dan senang untuk diterima sebagai iem pilihan harian.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Untuk lagu Bittersweet (Lianne La Havas), kedudukan backup vocal adalah sangat sweet dan accurate. RT-5 dapat memberikan suasana yang baik untuk track yang selalunya kedengaran congested apabila mempunyai banyak instrument sebagai contoh adalah apa-apa track Hans ZImmer Live in Prague. Jarak untuk setiap instrument adalah hampir kepada holograpic namun agak terbatas oleh kerana rolloff pada 10kHz yang dihasilkan oleh high frequency.

Untuk Siapa?
Auglamour RT-5 datang dengan cable yang tiada microphone, jadi saya rasa untuk sesiapa yang inginkan earphone santai untuk menerima panggilan mahupun gaming tidak sesuai untuk membeli kecuali jika mempunyai cable lain.  Sebaliknya, saya yakin bahawa golongan audiophile atau mana-mana music lover akan menyukai iem ini oleh kerana build quality dan sound presentation yang on par dengan model-model lain di pasaran. Sesuai untuk siapa yang memerlukan earphone yang mempunyai detachable cable kerana banyak kebaikan detachable cable, contohnya dapat menukar kepada Bluetooth module, upgrade kepada high quality cable, tukar cable yang rosak dengan yang baru dan tukar kepada balanced (2.5mm/4.4mm) cable. Earphone ini juga senang untuk digunakan dengan smartphone oleh kerana secara teknikalnya mempunyai low impedance. Kepada individu yang ingin memiliki sebuah Knowles driver iem yang pertama, look no further kerana RT-5 adalah permulaan yang tepat.

Ulasan dan Bintang
Jika pada dahulunya saya agak skeptikal pada branding Auglamour ini, tapi selepas memberi peluang kepada comeback iem iaitu RT-5 ini telah membuatkan saya lebih tertarik untuk mencuba lebih banyak lagi produk mereka pada masa hadapan. Dengan harga yang competitive, hasil yang productive, saya rasa Auglamour sudah tidak jauh di belakang nama-nama besar chifi yang lain. Oleh kerana mempunyai fit yang secure, sound yang clear dan bersifat fun and enyoyable hampir tiada bingit,  saya memberikan 4 bintang kepada iem terbaru Auglamour ini. Jika RT-5 adalah permulaan untuk sebuah momentum baru, kita pasti dapat melihat rata-rata produk Auglamour dalam koleksi para audiophile di merata dunia. Dengan hadirnya produk seperti RT-5, saya dapat merasakan permainan chifi dalam dunia headfi akan lebih menarik untuk tahun 2021.

4 out of 5 stars (4 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta