Baru-baru ini FiiO telah mengeluarkan Flagship IEM (In Ear Monitor) terbaru mereka, FiiO FA9. Ia mempunyai enam unit Knowles balanced armature driver di setiap sisi yang memberikan output audio yang sangat jelas dengan tahap soundstage yang luas . FiiO FA9 ini mempunyai 3D printed medical-grade resin shell dengan transparent inner cavity dan ergonomic design. Faceplate FA9 mempunyai reka bentuk potongan berlian yang menambah penampilan premium dan mewah.
Apa yang menarik perhatian AudioMonsta pada IEM FiiO FA9 ini adalah Three-Way Tuning Switch & Hi-Res Certification, dimana ia dilengkapi dengan suis elektronik tiga hala yang dapat digunakan pengguna untuk menyesuaikan output audio mengikut pilihan peribadi seseorang. FiiO FA9 telah mendapat Hi-Res certification dari Persatuan Audio Jepun, ia dapat memberikan perincian yang lebih baik daripada kualiti cd.
Spesifikasi ringkas FiiO FA9 :
Six Knowles Balanced Armature Driver Units.
>Three-Way Tuning Switch & Hi-Res Certification.
>80.6mm Large Acoustic Tube.
>3D printed resin shells.
>8-Core Single-Crystalline Silver Plated Copper Cable.
>Universal MMCX Connectors.