Berita – Sony headphone WH-1000XM4 yang akan datang mungkin menyokong DSEE Extreme

Seperti kita semua sedia maklum, Sony akan mengeluarkan model headphone terbaru mereka iaitu WH-1000XM4 ( boleh rujuk pautan ini). Antara beberapa feature menarik pada WH-1000XM4 adalah DSEE Extreme, Multi Point Connections dan Smart Talking/Speak-to-Chat.

DSEE Extreme

DSEE Extreme dan DSEE HX adalah benda yang sama tetapi beberapa peningkatan AI yang telah ditambah oleh pihak Sony. DSEE HX adalah feature Sony yang ada pada beberapa headphone mereka (termasuk WH-1000XM3) yang meningkatkan sumber bunyi ke kualiti yang lebih tinggi. Sony mengemukakan tanda dagangan untuk DSEE Extreme bulan lalu dan melancarkan “DSEE Ultimate” dengan Xperia 1 II. Kemungkinan kedua-dua istilah ini merujuk kepada teknologi yang sama, tetapi kita harus tunggu dan lihat adakah teknologi DSEE Extreme dan DSEE Ultimate ini berbeza dari DSEE HX.

Multi Point Connections

Feature seterusnya adalah diantara feature yang sangat disukai pengguna. Sony WH-1000XM4 mungkin dapat menyambung ke beberapa peranti sekaligus untuk beralih di antara peranti dengan cepat, walaupun hanya terhad kepada dua peranti maksimum. Model sebelum ini, Sony WH-1000XM3 boleh menyimpan pelbagai Bluetooth pairing, tetapi anda harus memutuskan sambungan dari satu peranti untuk menyambung ke peranti yang lain. Ini bermaksud bahawa WH-1000XM4 mungkin dapat bertukar antara peranti berpasangan lebih cepat daripada WH-1000XM3. Berdasarkan rentetan, apa yang harus anda lakukan untuk menukar output audio dari satu peranti ke peranti lain adalah dengan hanya memainkan media dari peranti yang sedang tidak aktif, tetapi dipasangkan dan disambungkan. Satu kelemahan dari feature baru ini ialah, ia tidak boleh digunakan jika codec audio LDAC diaktifkan.

Smart Talking/Speak-to-Chat

Feature ini mungkin yang paling menarik dan berguna. “Smart Talking” berkemungkinan Sony WH-1000XM4 mengaktifkan Ambient Sound secara automatik ketika suara dikesan. Oleh itu, jika anda cuba bercakap dengan seseorang, WH-1000XM4 secara automatik akan membiarkan bunyi persekitaran masuk sehingga anda dapat berkomunikasi. Mengikut masa yang ditentukan pengguna (Cepat, Tengah, Lambat, atau Tiada), noise cancellation akan diaktifkan semula secara automatik.

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta