Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca Audiomonsta. Kali ini kita ada hybrid review oleh saya bersama rakan saya Tuan Semi-Value seorang penggemar muzik dan juga seorang audiophile tempatan. Kami akan mengulas sebuah IEM BLON-03 yang telah disediakan oleh Hill Audio untuk tujuan ulasan dan uji dengar.
Dengarkan…
BLON-03 adalah IEM yang menggunakan carbon diaphragm dynamic driver. Kalau dilihat dari segi rekabentuk dan bahan pembuatannya, bahagian badannya diperbuat dari Kirsite (aloi berasaskan zinc) yang dikilatkan permukaannya menyerupai cermin. Agak berat namun dapat dirasa keteguhan pembuatannya. Kabel yang diberikan juga adalah kabel copper 4 jalur yang sangat fleksibel namun kualitinya ala kadar. Begitu juga dengan eartip yang datang bersama BLON-03 ini boleh dikatakan agak tidak selesa dan sangat nipis. Saya mencadangkan pembeli BLON-03 untuk menukar eartip BLON-03 ini kepada eartip yang lebih baik dan berkualiti untuk membolehkan korang dapat menguasai dan memaksimakan kelebihan BLON-03 ini.
Konfigurasi yang digunakan untuk ulasan ini
Sony ZX-507
RHA-DACAMP L1
Sumber bunyi: Tidal Master, Spotify dan MQA
Lagu yang diguna pakai:
1. Angel oleh Aerosmith (DSD 2.8MHz)
2. Angel Flying Too Close To The Ground oleh Alison Krauss (MQA 96kHz)
3. I’m Still Standing oleh Taron Egerton (MQA 44.1kHz)
4. Warisan Wanita Terakhir oleh Teacher’s Pet (Flac 44.1kHz)
5. Barakallahu Lakuma (Live Acoustic) oleh Maher Zain (Flac 44.1kHz)
6. The Edge oleh McCallum David (Flac 44.1kHz)
7. Fly Me To The Moon oleh Micheal Buble’ (MQA 48kHz)
Harga
Kalau di Malaysia, BLON-03 ini boleh didapati dari Hill Audio yang menjualnya dengan harga pasaran RM149. (Namun semasa ulasan ini di tulis diskaun sebanyak 13% masih diberikan untuk IEM ini jadi harganya menjadi cuma RM129 sahaja)
Soundstage
Mendengar BLON-03 adalah seumpama berada di dalam studio rakaman. Soundstage yang sederhana kecil yang dihasilkan membolehkan anda mendengar bunyi yang dijana oleh carbon diaphragm dynamic driver secara terperinci.
Bass
Walaupun BLON-03 ini dibina dengan kerangka flat dan monitoring namun ianya tidak mengorbankan hasilan bassnya, namun kalau anda seorang basshead tegar, IEM ini mungkin masih kurang memberikan kepuasan buat anda.
Mid
Vokal penyanyi dapat didengar ke agak kehadapan yang membolehkan anda mendengar nyanyian vokal dengan jelas dan terperinci.
Treble
Untuk sesetengah lagu, treble agak tinggi dan sedikit bingit tapi tidak mencapai tahap yang menyebabkan anda perlu bermain EQ atau volume DAP/DAC atau pemain muzik anda.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Boleh dirasakan kehadiran dan kedudukan instrumen namun bagi sesetengah lagu yang rancak seperation tersebut mula mengecil dan bersulam. Namun untuk instrumen-instrumen utama seperti percussion+drum, gitar dan vokal dapat didengar dengar pengasingannya dengan nyata.
Tone Bunyi
Tanpa perlu fikir panjang, BLON-03 adalah iem berkelas warm menuju flat.
Kesimpulan
Secara umumnya untuk mereka yang malas membaca ulasan panjang dan berbentuk teknikal, saya boleh simpulkan di sini, jika anda seorang penggemar tata bunyi yang seimbang dan berbentok monitor, BLON-03 ini adalah satu IEM bajet berkualiti 3.5 bintang yang boleh anda miliki. Senang cerita walaupun perincian bunyinya tidak sehebat jenama besar namun saya boleh katakan ianya mempunyai kerangka bunyi yang ditala untuk mendapatkan identiti bunyi yang bersih, jelas agak warmish namun menghampiri flat. Dengan harga yang sangat mampu milik bagi IEM buatan dari China ini, ianya tidak mengecewakan cuma untuk anda mencapai tahap kepuasan maksima disarankan untuk anda upgrade kabel dan eartip kepada yang. lebih baik. Sekian terima kasih.