IEM kali ini adalah satu IEM yang sangat-sangat budget, iaitu BLON T1, yang berharga hanya sekitar RM20, kat shopee HillAudio boleh dapat dalam rm18.88 aje. Korang jangan expect macam-macam sangat untuk IEM yang tersangat budget ni ye. Apa yang menarik kat IEM ni selain harga dia, adalah material body dia, bahagian hujung nozzle dia tu menggunakan material kayu dan bersambung dengan material aluminium kat bahagian belakang body IEM ni. Hasil gabungan kedua-dua material ni agak unik dan bunyi yang keluar seolah macam speaker box zaman-zaman dulu, nice juga.
Ini adalah spec BLON T1 ni.
Transducer principle: Dynamic Driver
Transducer specs: 8mm
Frequency range: 20hz -20khz
Impedance: 16Ohm
Sensitivity: 94dB
Cable length: 1.2M
Plug type: 3.5mm
With mic: YES
IEM ni datang sekali dengan Mic kat cable sebelah kanan, jadi sesuai untuk guna kat smartphone, laptop ataupun PC, gaming ke conference call ke tak kisah lah, cuma pasal Mic ni kita tak test la dalam review ni. IEM ni juga sangat ringan dan datang sekali dengan case yang printed brand dia. Kat bawah ni ada quick unboxing video aku buat. Sila-sila la subscribe Youtube channel kami ye, kami tak sabar nak jadi jutawan Youtube ni… 😀
Untuk review kali ni aku guna source yang sama macam aku review CCA C16 hari tu. Source dari laptop dan Sony “Music Center” software untuk playback. Macam biasa bawah ni adalah tracks yang aku guna.
1. Patah Seribu, Shila Amzah, FLAC 16-bit
2. Cinta Muka Buku, Najwa Latif, FLAC 16-bit
3. Stars, Olivia Ong, FLAC 16-bit
4. Hotel California, The Eagles, DSD (Hi-Res)
5. Luka, Olivia Ong, FLAC 16-bit
6. Ten Million Tears, Emi Fujita, FLAC 16-bit
7. Let Her Go, J.Fla, FLAC 16-Bit
8. I’m Alive, Celine Dion, FLAC 16-bit
9. It Stops Today, Colbie Caillat, FLAC 16-bit
10. Hello, Adele, FLAC 16-Bit
11. Giraffe Blues, Freyja Solo, Macross Delta Anime, FLAC 24-BIT (Hi-Res)
12. How Do You Do?, Roxette, FLAC 16-bit
13. Dangerous, Roxette, FLAC 16-bit
14. Stay With Me Darkchild Edition, Sam Smith, FLAC 16-bit
15. It’s My Life, Bon Jovi, FLAC 16-bit
16. Kibou No Uta, Ultra Tower, Shokugeki no Soma Anime, FLAC 16-bit
17. I’m Alive, Stevie McCrorie, FLAC 16-Bit
18. Island, Stevie McCrorie, FLAC 16-Bit
19. Take Our Time, Stevie McCrorie, FLAC 24-Bit (Hi-Res)
20. If We Wait, Stevie McCrorie, FLAC 24-Bit (Hi-Res)
Harga dan kat mana boleh beli
Macam aku cakap tadi, harga IEM ni lebih kurang RM20, tapi kat HillAudio shopee boleh dapat dengan harga RM18.88. Boleh usha shopee HillAudio atau terus ke SINI.
Macam mana dia punya soundstage
Soundstage takde la besar sangat, tapi tak kecik sangat, just nice.
Macam mana dia punya bass (Low)
IEM ni memang bassy, kekuatan dia kat sini. Bass dia besar tapi tak macam kebiasaan IEM bassy yang lain, bass dia lagi refine, punchy, padat dan ada efek speaker box zaman-zaman lama. Bass dia agak berlainan dan bagi aku nice juga la.
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vokal kat IEM ni pun ada juga bunyi-bunyi efek kayu tu, menjadikan vokal sangat warm. Details untuk vokal boleh lagi diterima, takde la out sangat. Kedudukan suara selari dengan music dan dalam sesetengah lagu, music agak kedepan sikit. Kira ok lagi la.
Macam mana dia punya treble (High)
Treble kat IEM ni memang tak tinggi dan ada roll-off. Sesuai untuk orang yang tak suka bunyi Treble tinggi-tinggi, bunyi bingit, bunyi tajam/harsh treble yang melampau.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Stereo efek biasa-biasa aje untuk IEM budget macam ni, mungkin below avarage, instruments pun biasa-biasa dan sama juga dengan micro details, biasa-biasa aje dan takde la teruk sangat macam earphone clone pasar malam.
Tone bunyi
Tone bunyi untuk BLON T1 ni sangat warm dengan efek bunyi macam speaker box zaman-zaman dulu. Bunyi sangat classic kalau layan dengan lagu lama-lama memang masyuk. IEM ni tak bright pasal treble dia ada roll-off dan tak sampai ke puncak, jadi sangat sesuai untuk guna dalam jangkamasa yang lama pasal tak penatkan telinga kita (mat salleh cakap takde ear fatigue).
Perbandingan
Perbandingan dengan MDK-ESS 3D Faith MD01X. Dari segi build kualiti memang 3D faith menang lah, range harga pun dah lain kan. Lagipun cable kat 3D Faith tu boleh cabut dan upgrade. Dari segi sound, boleh bersaing juga la BLON T1 ni, bunyi bass kat T1 ni lagi padat aku rasa dan agak berbeza sebab efek warm material kayu dan aluminium kat body dia tu.
Perbandingan dengan HillAudio Altair. Takyah sembang, HillAudio Altair menang mudah tanpa bertanding, semua lagi balanced kat Altair. Cable kat Altair lagi bagus dan guna connector MMCX yang tahan lasak.
Untuk Siapa?
Memang untuk kaki bass yang takde budget melebihi RM20. Atau untuk yang nak buat daily driver atau main game masa tunggu bas, sangat sesuai. Kalau rosak beli baru je, baru rm18.88 je pun.
Packaging
Sedikit gambar.
Ulasan dan Bintang
Overrall, sound quality untuk BLON T1 masih boleh diterima. Fokus dia memang kat bass, bass dia padat, punchy serta agak besar. Apa yang menarik adalah efek material body dia tu yang guna kayu bersambung dengan aluminium yang menjadikan sound dia sangat warm macam speaker box zaman-zaman lama. Kombinasi material tu membuatkan sound dia agak berlainan dan mungkin sesetengah orang tak suka. Tapi kalau dapat dengan harga RM20 apa sangat lah nak komplen kan. Kak Nora kali ni bagi 3 bintang untuk IEM BLON T1.
* Update 21 Feb 2019 – Selepas admin audiomonsta menyiksa secara kejam lagi ganas BLON T1 ni dengan AK70 + Fiio Q5 pada Max volume, dan kami tengok selamba je IEM ni boleh drive Max volume tanpa ada bunyi pecah, serius shit weiii….. Maka dengan ini, kami sebulat suara menambah satu lagi bintang untuk IEM BLON T1 ni, menjadi empat Bintang! Bravo bravo!…. Damm someone give this IEM a medal!! So, 4 bintang guys! 4 BINTANG!!!
(4 / 5)