Campfire Audio, jenama yang tak asing lagi dalam dunia head-fi (portable audio). Company ni dari US dan femes belah-belah sana. Review kali ni adalah satu IEM dari dorang iaitu Campfire Comet. Comet ni adalah antara line-up budget IEM dorang, dia guna single BA driver je tapi dorang ada guna teknologi sendiri untuk cover apa yang single BA driver ni tak dapat cover.
Tuned Acoustic Expansion Chamber (TAEC), adalah satu teknologi dari Campfire sendiri yang digunakan pada IEM ni. TAEC tu mampu buatkan high/vokal lebih details atau extent jauh sikit.
Aku guna Sony DMP-Z1 dan USB-C Dongle Pepper Jobs yang sambung ke Laptop sebagai source dengan playlist yang kat bawah ni.
1. Let’s Start From Here, Joanna Wong, FLAC 16-bit
2. Marisa, Dave’s True Story, FLAC 16-bit
3. Thinking Out Loud, Ed Sheeran, FLAC 16-bit
4. Stay With Me [Darkchild Version], Sam Smith, FLAC 16-bit
5. Stars, Olivia Ong, FLAC 16-bit
6. Hotel California, Eagles, DSD
7. June Afternoon, Roxette, FLAC 16-bit
8. Warisan Wanita Terakhir, Teache’s Pet, FLAC 16-bit
9. Desperado, Desperado, FLAC 16-bit
10. The Power of Love, Celine Dion, FLAC 16-bit
Kat bawah ni adalah Spec official Campfire Comet ni.
Earphone Casing: Stainless Steel Casing
Driver: Balanced Armature Type (BA Type)
Driver Configuration: 1 Driver (Custom-Made Full Range BA Driver)
Frequency Response: 10 Hz ~ 19 kHz
Input Sensitivity: 97 dB
Impedance: 48 Ω
Employment Technology: T. A. E. C (Tuned Acoustic Expansion Chamber)
Earphone Terminal: Beryllium Copper Processed MMCX Terminal
Input Terminal: 3.5 mm Stereo Mini Plug
Cable Length: about 126 cm
Harga dan kat mana boleh beli
Walaupun Campfire Audio cakap ni IEM budget termurah dorang ada, harga dia agak mahal juga, dalam USD199.00 atau RM850++ lebih kurang dalam RM. Hanya satu kedai audio je dalam Malaysia ni yang aku tahu bawak masuk IEM ni, boleh usha kat E1 Personal Audio kat Sg. Wang plaza Bukit Bintang (Boleh search dalam facebook dulu untuk details dorang). Tak silap aku E1 jual Campfire Comet unit baru pada harga RM915. Alternative lain kena import sendiri dari seller online/oversea ataupun beli second hand je.
Macam mana dia punya soundstage
Luas, takde masalah kat soundstage dia. Kita boleh dengar macam dalam concert atau dewan besar.
Macam mana dia punya bass (Low)
Mungkin ada sedikit kekurangan kat bass dia, ye lah dia guna single BA driver je, memang inilah isu besar untuk apa-apa single BA driver IEM. Tapi bass masih ada kat IEM ni, kalau guna eartips foam baru la terasa bass dia tu. Aku cukup kagum macam mana dorang boleh kasi bass kat IEM single BA driver macam ni. Disebabkan bass dia yang sangat tight, memang tak ada langsung bass bleed yang terlepas ke requency range yang lain, menjadi mid/vokal sangat sangat pure.
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Kekuatan Campfire Comet adalah kat sini. Mid atau vokal sangat sangat sangat best dan lunak. Aku tak pasti macam mana dorang tune tapi mid dia memang terasa details, luas, padat dan full. Details pun not bad dan boleh dengar kebanyakkan micro details yang ada.
Macam mana dia punya treble (High)
Treble atau high untuk IEM ni sangat controlled dan tame down, takde harshness tajam yang menyakitkan telinga atau apa-apa yang buat bingit. Dengan penggunaan teknologi chamber TAEC tu dia macam extent sikit dan boleh denger frequency high atau treable ni secara penuh.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Separation untuk Campfire Coment ni dalam kategori bagus, mungkin above average. Walaupun hanya guna 3.5mm single ended output, bunyi yang keluar menghampiri macam balanced output. Mungkin sebab kualiti cable dia pun bagus juga. Kedudukan vokal memang kat tempat yang sepatutnya dan instruments belakang sikit je dari vokal. Macam berada dibarisan pertama kat konsert.
Tone bunyi
Balance, tone bunyi Campfire Comet ni fun, balance dan ke-arah bright tapi tak terlalu bright, amat sesuai untuk semua orang yang nak enjoy music masing. Vokal takde la ke-depan sangat tapi body mid/vokal dia tune tu terasa sangat luas dan padat. Kuantiti bass mungkin agak kurang kalau nak dibandingkan dengan IEM lain, tapi masih padu untuk single BA driver. Treble pun mantap dan overall membuatkan Comet ni sangat balance sound dia dan me-fokuskan vokal. Untuk mereka yang nak enjoy vokal, memang IEM ni antara yang terbaik!
Perbandingan
Perbandingan dengan CCA C16 – Dari segi details sudah pasti C16 yang menang, pasal driver pun lagi banyak, dari segi bass pun C16 menang, cuma kat mid atau vokal aku lagi suka apa yang dikeluarkan oleh Campfire Comet ni, kalau nak compare mid saja, aku rasa Comet lagi mantap sikit (sikit je ye), ya walaupun C16 guna balanced cable 4.4mm, mid kat Comet masih terasa besar dan padat sikit dari C16, cuma kekurangan details dari C16.
Perbandingan dengan Altair dan Altair RA – Tak boleh banding pasal Altair tu kategori bassy, dari segi details Comet lagi details.
Untuk Siapa?
Aku boleh letak IEM ni untuk sesiapa saja yang nak enjoy music dorang tanpa pikir nak dengar apa-apa details lain, just nak enjoy. Dan disebabkan mid/vokal dia sangat bagus, aku boleh rekemen IEM ni untuk gaming juga, suara dalam game boleh dengar dengan jelas dan stock cable IEM ni datang sekali dengan microphone, jadi boleh sembang-sembang ikut voice chat. Juga sesuai untuk mereka yang tak suka jenis IEM over-ear, pasal Comet ni jenis IEM bullet, cable mmcx connector tu tak lalu atas telinga, terus je sambung ke body IEM dan takde la nak serabut lalu atas telinga.
Packaging
Pakej yang datang sekali dnegan Campfire Comet ni memang mantap, dapat sekali premium kualiti hard case, cable mmcx 3.5mm single ended yang sangat nice siap ada microphone dan 3 button controls (3 button ye bukan single button) dan stock eartips yang agak banyak.
Accessories:-
* ALO audio made Litz Copper Earphone Cable (with Remote Control / Microphone)
* Campfire Audio Black Textured Earphone Case
* Ear Tip (Silicone Foam)
* Cleaning Tool
Sedikit gambar.
Ulasan dan Bintang
Walaupun IEM ni adalah yang termurah dari semua IEM Campfire Audio, sound kualiti masih mantap dan build kualiti ter-sangat padu. Body dia aluminium finish dan berbentuk macam hairdryer mainan pun ada… hehehe. Cuma sebab dia guna single BA driver, jadi akan ada kelemahan sikit terutama kat low/bass frequency, tapi kuantiti bass masih lagi cukup bagi aku. Impedance Campfire Comet ni kalau nak kira agak tinggi, jadi kena pusing sikit kasi up volume tu kat player korang. Kadang-kadang untuk player lama atau sesetangah gaming machine, mungkin tak berapa nak cukup power untuk volume yang sesuai, part tu korang kena guna portable amp lah, yang kecik-kecik macam Fiio A1 dah cukup untuk drive Comet ni. Tapi untuk kebanyakan smartphone dah cukup power untuk driver IEM ni.
Kak Emma kali ni bagi 4.5 bintang!
(4.5 / 5)