CCA C16 8-Driver Pure BA Professional In-Ear Earphone

IEM kali ini adalah dari company yang bernama CCA. Company ni macam anak syarikat kepada KZ dan bergerak sendiri, kebanyakan IEM dorang ni hardware spec dan design hampir sama dengan model-model dari KZ punya, cuma sound tuning dia lain dari KZ.

CCA C16 ni datang dengan 8 BA driver sebelah, jadi campur dua-dua kiri dan kanan semua 16 driver la (aku kena guna calculator nak kira ni…. duhhh). Body dia separuh plastic dan separuh aluminium, tapi terasa sangat solid dan premium.

Spec IEM ni.

Transducer Principle: 8 BA driver
Transducer Specs: 2 x 22955 + 2 x 29689 + 4 x 30095
Frequency range: 20hz – 40khz
Impedance: 27Ohm
Sensitivity: 105dB
Connector type: Proprietary 0.75mm 2pin
Plug type: 3.5mm
Cable specs: 4 cores OFC
With mic: NO

Untuk review kali ni aku guna source dari laptop je dengan music software Sony “Music Center”. Kat bawah ni adalah tracks yang aku guna.

1. Patah Seribu, Shila Amzah, FLAC 16-bit
2. Cinta Muka Buku, Najwa Latif, FLAC 16-bit
3. Stars, Olivia Ong, FLAC 16-bit
4. Hotel California, The Eagles, DSD (Hi-Res)
5. Luka, Olivia Ong, FLAC 16-bit
6. Ten Million Tears, Emi Fujita, FLAC 16-bit
7. Let Her Go, J.Fla, FLAC 16-Bit
8. I’m Alive, Celine Dion, FLAC 16-bit
9. It Stops Today, Colbie Caillat, FLAC 16-bit
10. Hello, Adele, FLAC 16-Bit
11. Giraffe Blues, Freyja Solo, Macross Delta Anime, FLAC 24-BIT (Hi-Res)
12. How Do You Do?, Roxette, FLAC 16-bit
13. Dangerous, Roxette, FLAC 16-bit
14. Stay With Me Darkchild Edition, Sam Smith, FLAC 16-bit
15. It’s My Life, Bon Jovi, FLAC 16-bit
16. Kibou No Uta, Ultra Tower, Shokugeki no Soma Anime, FLAC 16-bit
17. I’m Alive, Stevie McCrorie, FLAC 16-Bit
18. Island, Stevie McCrorie, FLAC 16-Bit
19. Take Our Time, Stevie McCrorie, FLAC 24-Bit (Hi-Res)
20. If We Wait, Stevie McCrorie, FLAC 24-Bit (Hi-Res)

Kat sini aku ada buat satu quick unboxing video untuk IEM CCA C16 ni.

Harga dan kat mana boleh beli
Harga CCA C16 ni agak mahal, sekitar RM450 lebih kurang, macam biasa trusted seller kami adalah dari HillAudio shopee kat link SINI.

Macam mana dia punya soundstage
Soundstage boleh dikategorikan agak luas dan tak sempit. Seumpama berada kat concert tapi duduk barisan depan pasal vokal penyanyi tu memang terasa betul-betul kat depan dan kat tengah-tengah kita. Hampir semua tracks aku guna tu memang nice keluasan dia, tak terlalu besar dan boleh dengar setiap details dengan lebih jelas, terutamanya suara penyanyi.

Macam mana dia punya bass (Low)
Bass tak besar sangat, tapi punchy dan secukup rasa. IEM ni memang tak fokus sangat pasal bass, tapi untuk sesetengah lagu aku boleh dengar bass dia boleh pegi agak dalam juga, memang impressed juga la pasal IEM ni full BA driver, yang semua orang tahu BA driver ni susah nak bawak bass ke-dalam macam DD (Dynamic Driver).

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Antara kekuatan C16 ni adalah kat sini. Vokal penyanyi tu dia bagi kedepan sikit dan kat tengah-tengah. Details suara sangat-sangat jelas, sangat articulate, sangat neutral dan takde recessed. Semua music dan instruments boleh dengar kat belakang vokal, atau tepi-tepi kiri dan kanan. Satu lagi, kita bole hdengar echo-echo suara tu, memang mantap.

Macam mana dia punya treble (High)
Treble tak tinggi sangat macam IEM dari KZ. Treble dia sangat balance dan takde bunyi bingit, bunyi tajam mahupun bunyi harsh. Details dan layering untuk treble dia sangat bagus, dia boleh pickup sebijik sebijik details tu. Macam ketukan cymbal, bunyi kat posisi mana dan clarity dia memang sangat jelas. Mungkin ini adalah kelebihan 8 drivers yang ada kat dalam IEM tu.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Salah satu kekuatan C16 ni adalah music atau instruments separation. Kita boleh dengar dan agak kedudukan sesuatu bunyi tu, macam jarak dia, tinggi atau rendah bunyi yang keluar. Contoh kalau penyanyi tu tarik suara dia, kita boleh dengar suara dia tu di kedudukan mana, dari bawah naik ke atas. Contoh lain, bunyi gitar, drum atau cymbal, boleh dengar layering dia kat mana seketul-seketul. Memang details habis. Layering dan stereo effect kat C16 ni sangat bagus, seolah-olah kita dah guna balanced output padahal hanya normal single ended output 3.5mm jack yang biasa tu aje, gitu la lebih kurang.

Tone bunyi
Bunyi C16 ni memang sangat balance antara bass dengan treble, dan dia highlight vokal (mid) ke-depan sikit. Mungkin frequency mid dia ni ke-arah flat atau atas sikit dari flat. Disebabkan sound dia yang memang balance, telinga kita tak penat kalau dengar lagu dalam jangka masa yang lama. Bab micro details memang sangat bagus, bunyi-bunyi kecik tu jelas dan kita dapat tahu kedudukan dia kat mana.

Perbandingan
Perbandingan dengan KZ AS10. Dari segi details dan layering memang AS10 takleh lawan C16 ni. Mungkin dari segi bass, AS10 menang pasal bass kat AS10 lagi kuat dan besar. Aku nak highlight juga pasal frequency Mid/Vokal kat AS10 tu, dia agak rendah (v-shaped) kalau dibandingkan dengan C16, yang mana ke-arah flat atau sedikit tinggi.

Untuk Siapa?
Untuk mereka yang suka sound yang neutral dan balance, memang IEM C16 sangat sesuai. Dan juga untuk orang yang suka sound yang details, pasal IEM ni memang boleh pick-up details tu sebijik-sebijik dan present di-kedudukan yang betul dan tepat.

Packaging
Sedikit gambar kenang-kenangan.

 

Ulasan dan Bintang
Jarang aku jupa IEM yang sangat neutral dan balance sound dia, tak V-shape, tak W-shape, tak L-shape, tak apa-apa shape. Aku ada guna Westone UM3X (Model baru dipanggil Westone UM Pro 30) yang mana untuk kegunaan monitoring dalam studio atau performance atas pentas, dan Westone UM3x tu betul-betul flat, sangat details dan sangat dark sound dia, untuk kebiasaan orang, bunyi macam ni memang boring tapi C16 tambah perencah dan kasi fun kat bunyi macam ni. Cuma harga C16 ni agak tinggi untuk budget audiophile, tapi kalau budget takde masalah dan suka balance sounding, boleh sangat la ambik IEM ni. Apa yang agak kurang senang dengan C16 ni adalah connector yang digunakan adalah jenis 2-Pin, kalau dia guna jenis MMCX lagi bagus pasal tahan lasak sikit.

Aku memang sangat impressed dengan performance CCA C16 ni, dia kutip details tu selambe je dan kita dapat rasa kat mana dia lontar kedudukan bunyi details sound tu. Kak Nora lagi sekali amat teruja dan bagi 5 Bintang! Bravo!

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta