CCZ Plume – Sebuah Flagship Keemasan…………

CCZ Plume

Ini adalah unit pertama yang telah mengenalkan brand CCZ ini kepada saya. Chifi sememangnya jauh sekali dari ketandusan idea, hampir setiap bulan mesti ada brand baru yang mengeluarkan iem dengan pelbagai rekaan dan binaan. Terima kasih kepada Hill Audio MY kerana membekalkan unit flagship CCZ Plume kepada pihak AudioMonsta. Ulasan ini dibuat secara jujur tanpa ada usur berat sebelah.

Apa Yang Best?

  • Easy To Drive
  • Packaging Premium
  • Layering & Seperation Above Average
  • Isolation yang bagus
  • Cantik

Apa Yang Tak Best?

  • Terlalu Mahal
  • Lacking Treble Extension
  • V-Shape yang boring
  • Lacking Fun / Wow Factor

Spesifikasi

  • Brand: CCZ
  • Model: Plume
  • Connector: 2PIN (0.78MM)
  • Response Frequency: 20-20kHz
  • Sound Pressure Sensitivity: 110DB / mW
  • Impedance: 16Ω
  • Plug: 2.5mm
  • Cable Material: Monocrystalline Copper

Packaging
CCZ cuba menggunakan element ekslusif dalam packaging flagship yang pertama ini. Dengan lapisan luaran berwarna emas, design yang berkilau-kilau dengan kombinasi warna emas, putih dan oren. Saya setuju dengan persembahan yang sebegini akan membantu pengguna untuk percaya bahawa ini adalah sebuah pembelian yang premium. Pada pendapat saya, dengan persembahan luxurious pada packaging flagship pertama ini membuktikan bahawa company ini mempunyai tahap keyakinan yang tinggi bahawa mereka akan berada di dunia chifi pada waktu yang agak lama.

Antara yang terdapat di dalam kotak adalah :

  • CCZ Plume
  • 6N OCC Cable
  • 3 pasang standard silicone eartips
  • 5 pasang colored silicone eartips (KBEAR 07)
  • Berus pembersihan IEM
  • Kain pembersihan IEM
  • 2.5mm to 3.5mm plug
  • 2.5mm to 4.4mm plug
  • Leather Pouch
  • User Manual

Unboxing Video :

Keselesaan & Rekabentuk
Housing earphone ini menggunakan material aluminum alloy. Namun sejak pertama kali saya memegang shell iem ini, saya susah nak percaya bahawa material yang digunakan adalah aluminum oleh kerana finishing dia terasa seperti plastic. Akan tetapi apabila saya menjentik badan iem ini ternyata ianya adalah aluminum yang tebal. Finishing yang berkilauan dan berkilat ini terlihat sangat cantik dibawah pancaran matahari, membuatkan hand-polished iem ini akan sentiasa kelihatan mahal serta premium di dalam gambar. CCZ Plume adalah sangat ringan apabila berada di tangan dan juga apabila berada di telinga. Kalau pakai Plume kat tempat public, mesti anda menjadi tumpuan ramai. Saya tidak mengalami apa-apa masalah dengan isolation dan fit apabila memakai iem ini. Rekaan badan CCZ Plume adalah di antara yang memberikan fitting terbaik untuk telinga saya, tiada fatigue atau tidak keselesaan walaupun dipakai hingga 5 jam.

Harga dan kat mana boleh beli
CCZ Plume akan dijual oleh HILL AUDIO MY. Harga yang dianggarkan berada di lingkungan RM800 ke RM1000.
Shopee HILL AUDIO MY : https://shopee.com.my/hillsonicaudio
Facebook HILL AUDIO MY : https://www.facebook.com/hillsonicaudio

Driver Apa Dia Guna?
Flagship sulung CCZ ini menggunakan konfigurasi hybrid dimana terdapat campuran diantara dynamic driver dan balance armature. Dalam unit ini, terdapat 5 drivers iaitu 4 balance armatures dan 1 dynamic driver. Size dynamic driver dual magnetic flux ini adalah 10mm dimana ianya akan menghasilkan bunyi bass yang punchy, powerful dan controlled. 4 biji balance armature buatan CCZ ini pula adalah 2 biji CCZ-IF-A, menghasilkan midrange frequency; dan 2 biji CCZ-HI-A untuk high frequency yang smooth.

Tone bunyi & Persembahan bunyi
CCZ Plume telah di tuned sebagai V-shape yang bersifat warm dan dark. Bunyi guitar intro dalam Wonderwall (Remastered) by Oasis memang jelas bahawa persembahan bunyi iem ini kekurangan brightness dan ianya boleh di anggap ‘bassy’ oleh sesetengah pengguna. Apabila menggunakan DAP Acoustic Research AR-M200 yang bersifat bassy, bunyi iem ini telah menjadi porak peranda. Jadi ianya amat penting untuk menggunakan source yang sesuai contohnya bright dan detail/analytical sounding seperti iBasso DX160.

Sumber Audio
Saya mendengarkan CCZ Plume menggunakan desktop setup saya iaitu Schiit Modius Balanced DAC dan headphone amplifier TOPPING A90. Oleh kerana CCZ Plume ini sememangnya disertakan dengan balanced cable, jadi ujian pendengaran ini dilakukan menggunakan 4.4mm balanced output yang terdapat di A90. Antara music player yang digunakan adalah foobar2000 dan Tidal. Kesemua PCM sample rates adalah diantara 44.1kHz hingga 192kHz sahaja. Walaupun CCZ Plume ini diantara iem yang mempunyai sensitivity yang tinggi, saya masih memerlukan Medium Gain untuk mencapai driving power yang diperlukan.

Macam mana dia punya soundstage
Pada telinga saya, iem ini sangat-sangat terbatas dari segi soundstage oleh kerana ada kekurangan airy pada high frequency. Soundstage CCZ Plume adalah sederhana luas, tinggi dan mempunyai depth yang baik. Walaupun mendengar lagu-lagu yang live recording concerts, saya masih mendengarkan sebuah persembahan yang average dari segi soundstage. Akan tetapi, holographic effect untuk menghasilkan instrument seperation adalah above average. Saya dapat membayangkan kedudukan alat muzik dengan sangat jelas dan tanpa perlu focus pada setiap satu instruments. Ini akan membuatkan saya lebih senang untuk menghayati setiap lirik dan harmoni yang telah dimainkan dalam lagu.

Macam mana dia punya bass (Low)
Keseluruhan bass adalah sangat controlled, deep dan punchy. Subbass tidak akan hadir tanpa dipanggil. Sub bass rumble dalam lagu Doin It Right (Random Access Memory) adalah singkat dan kekurangan extension. Jika mendengarkan lagu-lagu hip-hop, house dan EDM, saya tidak pernah puas dengan subbass CCZ Plume. Walaubagaimanapun, kualiti kedua-dua midbass dan subbass adalah sangat baik. Tiada bleeding dan hampir tiada bloated yang kedengaran sepanjang menggunakan iem ini dengan stock eartips. Dengan menggunakan Final E series eartips, sub bass macam sedikit longgar dan tidak jelas seperti yang kedengaran pada stock eartips. Lain pula cerita bila menggunakan JVC Spiral Dot eartips, subbass extension ada sedikit penambah baikan, walaupun kekurangan kuantiti, tapi kini ianya lebih panjang. Kalau suka subbass panjang dan lambat sikit, pakailah wide bore eartips kat iem ni yer..

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Dengan tuning yang berat ke arah bass, midrange akan kedengaran sedikit dark, warm, dan recessed. Vocal lelaki serta perempuan masih lagi kedengaran articulate tanpa kehilangan clarity. Dalam track yang mempunyai vocal dan piano seperti Make You Feel My Love (19 Deluxe Edition), lower range piano kedengaran sangat full range dan jelas tanpa bertindihan dengan suara mezzo-soprano Adele. Untuk suara lelaki, saya dengar ada sikit harsh dan sibilance pada suara Chris Cornell dalam lagu Imagine (Recorded Live At Pabst Theatre, Milwaukee, WI on April 23, 2011), mungkin mixing album ni memang ada sedikit sibilance. Suara bekas penyanyi utama kumpulan Soundgarden ini adalah sangat lantang dan jelas, midrange di CCZ Plume ini sememangnya sangat natural tanpa kehilangan apa-apa detail dan informasi. Walaubagaimanapun, saya masih merasakan ianya terlalu neutral untuk saya mencapai tahap kepuasan contohnya apabila mendengar lagu-lagu country seperti John Denver, classical repertoire dan instrumental. Kekurangan micro-detail dan timbre membuatkan instrument kedengaran less-refined. Overall midrange dia memang bukan seperti yang saya sangkakan.

Macam mana dia punya treble (High)
Salah satu kelemahan yang besar flagship ini adalah treble extension. Detail retrieval sangat tidak memuaskan. Terlalu smooth dan soft membuatkan kebanyakkan lagu kedengaran boring dan saya pernah tertido sambil mendengarkan CCZ Plume oleh kerana lacking aggressiveness dan kekurangan accuracy. Dengar lagu-lagu John Denver sejujurnya macam dengar dari ‘old vintage music box’. Tak pernah lagi saya dengar Smooth Criminal (The Essential Michael Jackson) secara ironinya sangat ‘smooth’. Kehilangan bunyi cymbal oleh drummer hebat Sugarfoot (Jonathan Moffett) adalah sebuah deal-breaker pada telinga dan selera saya. Airiness dan percikan bunyi hi-hat serta cymbal overhead adalah tidak boleh diselamatkan lagi walaupun telah mencuba beberapa jenis eartips yang lain mahupun wide bore eartips. Saya pasti kalau blind test, saya akan gagal besar dengan mengatakan CCZ Plume adalah iem tanpa balance armature.

Untuk Siapa?
Saya berpendapat iem yang neutral seperti ini sesuai dijadikan sebagai reference untuk iem yang lain. Iem flagship sulung dari CCZ ini juga amat sesuai untuk didengar dalam masa yang lama, jadi kepada siapa yang memerlukan iem untuk 5 ke 6 jam sehari boleh consider iem ini. Kepada individu yang treble sensitive juga akan terhindar dari telinga yang penat jika menggunakan Plume sebagai daily driver. Kepada seseorang yang inginkan sebuah persembahan yang fun dan aggressive, maaf ini bukan untuk anda. Oh ya iem ini juga perfect kepada siapa yang suka dengan aesthetic atau penggemar warna keemasan.

Ulasan dan Bintang
Saya telah mendengarkan kedua-dua iems dari CCZ iaitu Coffee Bean dan Plume. Jika parang diletakkan di leher dan saya telah dipaksa untuk memilih salah satu untuk dijadikan daily driver, saya tidak akan teragak-agak untuk memilih Coffee Bean. Walaupun Plume hadir dengan packaging yang baik dan warna yang menarik, pada saya sound kualiti adalah segala-galanya. Secara jujurnya Plume boleh dijual, tapi bukan pada harga yang sebegini. Untuk individu yang baru dalam scene chifi, saya sememangnya sangat sukar untuk mencadangkan sebuah hybrid sebegini kepada anda. FiiO FH3 contohnya adalah pilihan yang lebih baik untuk bermula dengan iem hybrid pada pendapat saya. Mungkin CCZ sememangnya berniat untuk mencipta flagship iem yang bersifat aesthetic over sound quality dan menfokuskan jualan kepada aesthetic cult, itu adalah penjelasan yang boleh saya persetujui. Selain daripada itu, saya tak merasakan sound quality CCZ Plume menghampiri mana-mana benchmark untuk price range $200. Oleh kerana yang sedemikian, saya dengan rasa hampanya memberikan CCZ Plume Hybrid markah sebanyak 3 bintang. Majulah Chi-fi untuk negara.

Sound Tak Padu, Poket dah Koyak!

3 out of 5 stars (3 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta