Fiio kembali lagi, sebuah syarikat yang sentiasa segar dengan membawakan barisan model-model baharu di pasaran kini mereka menampilkan IEM bertaraf hibrid (menggunakan 1 pemacu BA dan 1 pemacu Dynamic).Fiio mengketengahkan FH1S sebagai produk entry level namun bagi saya ianya berada di makam agak tinggi bagi produk bertaraf entry level. Kenapa? Sila baca ulasan ringkas saya mengenai Fiio FH1S ini dengan lebih lanjut.
Seperti yang diceritakan sebelum ini, FH1S dipacu oleh 1 pemacu Knowles balanced armature dan satu pemacu dynamic driver disamping menggunakan kabel 2-pin yang boleh di cabut pasang. Ia dijual dengan beberapa aksesori yang standard berserta satu bekas plastik tahan air Fiio yang jika dibeli secara berasingan berharga kurang lebih RM39.
Harga dan kat mana boleh beli?
Fiio FH1S ini adalah tajaan Red Ape dengan balasan untuk saya menghasilkan ulasan jujur terhadap produk ini. Anda boleh mendapatkan produk ini di Red Ape melalui website mereka di https://redape.my atau di platform jual beli lazada atau Shopee dengan harga RM269.
Link Pembelian :
Red Ape – Headphone Store Shopee
Red Ape – Headphone Store Lazada
Macam mana dia punya soundstage?
Kali pertama saya melakukan koyak kotak (boleh rujuk video koyak kotak yang saya lakukan https://www.youtube.com/watch?v=9aNrh_sYNzQ&t=33s) dan membelek-belek IEM ini, saya sangat terpesona dengan binaan nya dan juga rasa ringan tapi kukuh yang di milikinya. Lantas saya merasakan FH1S ini sesuai untuk digunakan sebagai IEM harian yang saya boleh gunakan untuk di pasangkan dengan laptop saya, dengan tablet saya dan juga dengan telefon bimbit saya. Ternyata saya tidak salah membuat keputusan tersebut kerana untuk IEM hibrid berkelas bajet, FH1S ternyata memberi pulangan yang berbaloi dengan harga sebanyak RM269!
Sebelum saya meneruskan sesi pengujian, saya telah melakukan burn-in pada FH1S ini selama 60 jam menggunakan Sony DMP-Z1. Separuh masa burn-in saya sajikan iem hibrid ini dengan pink noise dengan volume 45% dan selebihnya saya menerjah gegendang hibrid FH1 dengan lagu2 tekno dari JFla. Selepas 60 jam sesi burn-in saya menggunakan sepenuhnya FH1S ini dalam aktiviti seharian saya dari menggunakannya untuk mendengar Youtube di telefon bimbit, mendengar muzik di Tidal dan Spotify di tablet juga meladeni filem di Netflix dan filem 4K di laptop saya.
Untuk mereka yang tiada masa membaca ulasan terperinci di bawah adalah kesimpulan ringkas mengenai Fiio FH1S:
Apa yang saya rasa? FH1S adalah iem yang mudah dijinakkan, senang di pacu, ringan tapi kukuh dari segi bentuk fizikal tidak rasa “lenguh” pada telinga anda walaupun untuk tempoh penggunaan panjang (lebih 3 jam). Kabel yang diberikan nampak kemas dan kukuh saya suka!
Dari segi bunyi, jika ada penggemar muzik rock, dengan rantaian bunyi gitar lead, bass dan drum yang dimainkan rancak, anda pasti menyukai FH1S, semua alatan muzik tersebut sangat jelas dan ketara dan sangat menghiburkan. Bagi saya ia adalah sebuah IEM yang bersifat Warm yang menuju ke sempadan Bright.
Kalau nak tahu lebih lanjut mari kita lihat satu persatu sifat bunyi FH1S ini. Sebelum itu saya terangkan peralatan dan lagu yang saya gunakan untuk menguji FH1S ini.
Pemain muzik yang digunakan:
1) Sony DMP-Z1
2) Sony ZX500
3) iPad Pro 11′ 2018 with Pepper Jobs usb-c to 3.5mm dongle
4) iPhone 11 Pro Max
5) Macbook Pro 16
Applikasi pemain muzik yang digunakan:
1) Sony default music player
2) Spotify on IOS, Android and MacOS
3) Tidal on IOS, Android and MacOS
4) Youtube Premium and Youtube Music
Lagu Ujian:
1) I Say A Little Prayer (Tidal Master) : Aretha Franklin
2) Hikayat Benladin : Ben Ladin
3) Barakallahu Lakuma (Live & Acoustic) : Maher Zain
4) Demi Cinta (New Version) (Tidal Master) : Kerispatih
5) Boboiboy Hero Kita : Pee Wee Gaskin
6) 2002 (Tidal Master) : Anne Marie
7) Serikandi Cinta : Bloodshed
8) Kembali Merindu (Tidal Master) : Slam
9) Da’Bomb (Remix) : Ruffedge
10) Opera Hidup : Wings
Macam mana dia punya bass (Low)
Wohoooooooo.. Ini kekuatan FH1S! Bunyi bass yang sangat solid! Bass yang di hasilkan snagat ketat dan terkawal tapi sangat padu! Untuk lagu seperti Demi Cinta (New Version) (Tidal Master) : Kerispatih setiap unsur bass yang terhasil dari alatan muzik bertalinya dan genderang sangat menyerlah dan ianya hampir menyamai kejelasan bass yang pernah saya dengar walaupun tidak sama tetapi menghampiri pada IEM seperti Fender FXA5/7 dan Shure 845! Begitu juga untuk lagu-lagu bersifat tekno moden seperti Da’Bomb (Remix) : Ruffedge, 2002 (Tidal Master) : Anne Marie dan Hikayat Benladin : Ben Ladin anda akan dapati diri anda malayani lagu ini seakan mahu menari bersama! Sub-bass dan mid-bass bagi IEM ini semuanya menyerlah dan sangat harmoni! Saya suka!
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vokal bagi FH1S tidak berada di hadapan. Bagi saya ianya sedang-sedang namun jelas dan padat serta harmoni bergaul dengan range-range lain. Bagi sesetengah lagu seperti I Say A Little Prayer (Tidal Master) : Aretha Franklin, Barakallahu Lakuma (Live & Acoustic) : Maher Zain dan Kembali Merindu (Tidal Master) : Slam, vokal kedengaran jelas tapi kedengaran berada di belakang muzik sedikit.
Macam mana dia punya treble (High)
FH1S hidup dengan kekuatan treble nya. Kalau anda suka instrument bertali dan suka mendengar bunyi asli alat muzik bertali seperti gitar, biola dan lain-lainnya, anda pasti kagum dengan ketelitian dan kehalusan bunyi yang FH1S hasilkan untuk halwa telinga anda. Muzik anda akan kedengaran meriah dengan hasilan treble dari FH1S. Bunyi treble yang di hasilkan menghampiri tapi tidak sampai ke taraf terik dan sengit tapi penggemar muzik rock, klasik rock dan tekno saya yakin ianya mampu memuaskan nafsu anda :).
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Kedudukan instrumen sangat jelas dan tidak longgar, anda boleh membezakan setiap instrumen yang di alunkan tanpa perlu bersusah payah, namun jika and tutup mata dan fokus pada satu-satu instrumen kegemaran anda, anda akan rasa kagum bagaimana iem hibrid bajet ini mampu memberikan perincian pada bunyi yang dihasilkan oleh instrument tersebut.
Tone bunyi
Fiio selalunya menghasilkan IEM bersifat Warm berskala pertengahan, namun bagi saya FH1S adalah sebuah IEM yang bersifat Warm yang hampir menuju ke sempadan Bright.
Untuk Siapa?
Seperti saya katakan di perenggan di atas, bagi para penggemar muzik rock, klasik rock dan tekno saya yakin FH1S mampu memuaskan nafsu audio anda dengan kekuatan jelas pada bahagian Bass dan Treblenya.
Packaging
Di bawah di senaraikan aksesori yang di tawarkan sekali dalam set FH1S ini:
- FiiO FH1s IEM
- Kabel 2-pin monocrystalline Litz boleh cabut pasang.
- Bekas IEM model HB1
- 1 pasang foam eartips
- 3 pasang silicone eartips untuk kemasan “bass”
- 3 pasang silicone eartips untuk kemasan “balanced”
- Manual penggunaan
Sesi koyak kotak:
Ulasan dan Bintang
Bagi harga, bunyi yang dihasilkan serta kemasan buatan dan keringanan IEM ini, saya yakin untuk berikan 4 bintang dari 5 bintang untuk IEM ini. Sebuah IEM mampu milik yang sangat all rounder. Anda boleh gunakannya untuk pelbagai peranti dan keadaan kerana ianya mudah di pacu, ergonomik dan ringan serta selesa untuk penggunaan jangka masa panjang.
(4 / 5)