Apakah cara yang paling mudah untuk seseorang mendengar muzik pada zaman sekarang? Sudah tentulah melalui smartphone yang kita ada. Tapi macam mana pula bila seseorang tu memang perlukan the best sound quality atau telinga dia hanya boleh dengar hires format sahaja? Jawapan dia adalah Q1 Mark II from FiiO.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penggemar portable audio dan pengikut AudioMonsta. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk kita terus mengupas dan mengulas barangan audio budget di Malaysia. Ulasan kali ini adalah tentang sebuah portable dac/amp dari FiiO iaitu Q1 Mark II. Terima Kasih kepada Red Ape Trading kerana membekalkan kita sebuah sealed unit untuk tujuan ini.
Made for iPod, iPhone and iPad - FiiO
Q1 MkII adalah sebuah portable dac/amp yang berada dalam Q series pada tahun 2018 selain dari FiiO Q1, dan FiiO Q5. Produk ini direka khas untuk pengguna iPod, iPhone dan iPad, dalam kotak dah memang siap disertakan cable untuk connection lighting lagi. Apa yang membuatkan Q1 MkII ini antara yang menarik perhatian pada ketika itu adalah Balanced Output 2.5mm yang disertakan, dan itu adalah sebuah ciri yang agak rare untuk sebuah portable amp yang berada di dalam lingkungan harga sedemikian.
Macam tak percaya je, bila guna Q1 MKii kat smartphone kita, terus jadi device yang support Hi-Res berbanding digital to analog converter (DAC) yang terbina dalam smartphone kita pada hari ini.
Packaging
Amp kecil dan comel ini datang dalam kotak putih yang simple dan standard je. Dalam kotak dia kita ada jumpa 10 benda iaitu :
- USB A Micro USB Cable x1
- FiiO Q1 Mark II
- Lightning – Micro USB Cable x1
- 3.5mm – 3.5mm audio cable x1
- Silicone Bands Panjang x2
- Silicone Bands Pendek x2
- Beg Kain
- Silicone Pad Getah
- Quick User Guide
- Warranty Card
AudioMonsta telah menyediakan sebuah video koyak kotak untuk unit ini, jangan lupa Like, Subscribe dan tekan notification bell. Kalau tuan-tuan berminat nak ushar jom kita tengok kat sini :
Binaan dan Reka Bentuk
Q1 MkII hadir dengan sebuah design yang menarik iaitu hanya bersize hampir dengan sekeping kad bank sahaja. Reka bentuk ini memenangi iFi Design Award pada tahun 2018. Binaan badan yang menggunakan material aluminum berwarna hitam yang licin ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai stack amp yang boleh di guna bersama smartphone, digital player dan lain-lain.
Panel dibahagian belakang dan hadapan adalah plastik. Binaan volume knob adalah aluminum dan panel hadapan mempunyai sebuah lampu LED yang bertukar warna untuk setiap fungsi contohnya lampu biru untuk power light, dan lampu merah adalah charging light. Manakala lampu berwarna ungu hadir apabila anda menggunakan Q1 MkII sambil pengecasan. Lampu merah akan terpadam apabila peranti telah mendapat pengecasan penuh.
Antara ciri-ciri yang membuatkan produk ini mempunyai sebuah design dan build quality yang sangat bagus adalah size yang kecil dan ringan, bentuk yang menarik, dan warna yang sexy. Tiada permukaan yang tajam pada binaan ini, tiada panel gap dan paling penting sekali golden ring untuk kedua-dua headphone outputs adalah sangat cantik dan saya belum lagi jumpa amp dac yang lain dan memiliki ciri-ciri yang sama macam Q1 Mkii.
Fungsi & Spesifikasi lengkap
Berikut adalah spesifikasi berdasarkan buku manual dan website dari Fiio :
Output Power : 75mW(PO/32Ω)/ >220mW (BAL/32Ω)
Supported Sampling Rates: 384kHz/32bit
DSD Support: DSD64/128/256
THD+N: <0.003%(USB DAC) / <0.002%(AUX IN)
Battery Capacity: 1800mAh
Battery Life: 20h(AUX IN) >1Oh (USB DAC)
SNR: >115dB(AUXIN) / >110dB(USB DAC)
Dimensions: About 99×59×12.5(mm)
Headphone Impedance: 16-1500(BAL)
Weight: About101g
Dac
Q1 MKii menggunakan sebuah dac dari AKM iaitu AK4452. Walaupun dac ini bukanlah yang terbaik, tapi ia dapat menyokong sehingga 384kHz / 32bit dan juga menjadi native untuk DSD files format sehingga DSD256.
Amp
Amp chip yang digunakan oleh FiiO untuk Q1 MKii adalah OPA926 berbanding Q1 sebelumnya yang hanya menggunakan Maxim MAX97220. Pemilihan amp chip yang baik ini dapat memberikan peningkatan driving power untuk sesetengah headphone dan iem yang mempunyai high impedance.
Headphone Outputs
Q1 Mark ii mempunyai dua headphone outputs iaitu 3.5mm single ended dan 2.5mm balanced. Bagi saya, balanced output ini adalah di antara sebab-sebab utama untuk kita mendapatkan Q1 MKii kerana kebanyakkan amp budget friendly yang lain tidak mempunyai balanced output.
SE Output:
Output Power: >112 mW (16 Ohms), >75 mW (32 Ohms), >11 mW (300 Ohms)
SNR: >116 dB (A-weighted, AUX In), >109 dB (A-weighted, USB DAC)
Gain: -2.5 dB (L), 3.2 dB (H)
Output Impedance: <1.2 Ohms
Crosstalk: >79 dB (AUX In)
Peak Output Voltage: >4.4 V (peak to peak)
Max. Input Level: 3.4 V
BAL Output:
Output Power: >240 mW (16 Ohms), >220 mW (32 Ohms), >45 mW (300 Ohms)
SNR: >115 dB (A-weighted, AUX In), >109 dB (A-weighted, USB DAC)
Gain: 3.2 dB (L), 9.1 dB (H)
Output Impedance: <2 Ohms
Crosstalk: >93 dB (AUX In)
Peak Output Voltage: >7.4 V (peak to peak)
Max. Input Level: 3.4 V
Line IN/Out
Selain headphone out di bahagian panel hadapan, terdapat juga sebuah 3.5mm yang berfungsi sebagai line in dan line out. Oleh kerana Q1 MKii mempunyai fungsi ini, kita boleh meggunakan amp ini dalam dua mode.
Line IN – Q1 akan berfungsi sebagai pure amp. (AMP MODE)
Line OUT – Kat sini kita boleh guna cable aux untuk sambungkan ke amp yang lain. Contoh Q1 > AUNE B1s (DAC MODE)
Fungsi Tambahan
Gain Switch – adalah sebuah fungsi dimana kita boleh menambah driving power sekiranya kita menggunakan iem atau headphone yang mempunyai high impedance. Mengikut sumber dari website FiiO, perbezaan sonic diantara Low Gain dan High Gain adalah di antara 5.7 dB untuk 3.5mm out dan 5.9 dB untuk 2.5mm Balanced out. Apa yang saya suka adalah kedua-dua low atau high gain ini mempunyai background noise yang sangat gelap dan tiada hiss yang terlalu jelas.
Bass Boost – pula adalah sebuah fungsi yang sangat diperlukan sekiranya anda adalah seorang peminat bass atau basshead. Ia dapat menambah beberapa dB pada frekuensi 20hz ke 100hz. Pada pendapat saya, fungsi ini adalah hit or miss untuk setiap lagu. Ada beberapa lagu yang sangat sesuai untuk menggunakan fungsi ini dan ada lagu yang memang akan kedengaran sangat bloated. Sebagai contoh, apabila menggunakan Alessandro Music MS1 Grado headphone, bass boost ini dapat menambah sedikit bass dan menjadikan MS1 saya dari sound yang kering kepada sebuah sound yang sedikit basah. Bila menggunakan headphone Audio Technica ATH-AD700X pula, malangnya ianya kedengaran sedikit pelik untuk sesetengah lagu. Untuk IEM pula, Tin T2 Plus saya jadi sebuah iem yang bassy apabila bass boost digunakan. Macam tak percaya sebuah iem dari Tin Hifi jadi bunyi yang sangat bassy macam ni. 😆 Jadi fungsi ini adalah sebuah fungsi yang tak sesuai untuk semua portable setup dan ianya bergantung pada gear masing-masing. TAKE NOTE BASSHEAD
Harga dan kat mana boleh beli
FiiO Q1 MKii boleh dibeli melalui Shopee ataupun walk in ke mana-mana kedai audio yang berhampiran anda.
Kat sini saya akan sertakan link pembelian online dan harga.
Shopee Link : TEKAN SINI
Harga jualan di Red Ape adalah RM 459.00
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Antara benda pertama yang saya perasan, bunyi yang dihasilkan dalam DAC/AMP mode adalah sangat clean dan wider soundstage berbanding dari smartphone Oneplus6. Tak kira apa saya play, mp3 format files, spotify premium, tidal hifi mahupun youtube. Soundstage dan seperation improve dari bunyi asal smartphone saya.
Tone bunyi Q1 ini adalah sangat neutral, tapi telinga saya masih dapat cam bunyi dac dari AKM ini sebab ada macam sedikit warm walau tanpa bass boost powered on.
Persembahan bunyi yang dihasilkan adalah sangat flat dan neutral. Coherent sound yang sangat well balanced dan mempunyai smooth presentation pada setiap frequency.
DAC Amp Mode Bass OFF
Untuk lagu-lagu dalam album Look For The Good by Jason Mraz, benda paling saya suka adalah bunyi kick dan bass yang ada dalam setiap track album ni. Saya mengalami sedikit kemurungan bila dengar album ni dalam mode dac amp kat Q1 ni sebab tak percaya macam mana Tin T2 plus saya terus dapat low end yang deep n punchy dah macam Blon03 punya bass. Walaupun bass boost saya off, tapi saya masih dengar the most beaufitul sound coming out of my T2 Plus. Sesungguhnya T2 Plus adalah sebaik-baik iem yang paling balanced sounding. (for budget pricing)
DAC Amp Mode Bass ON
Okay sekarang T2 Plus saya dah bunyi sangat hampir dengan Blon03 with boosted bass dari Q1 MKii. Masih lagi dengan album Look for the Good dan kali ni setiap low frequency ada sedikit emphasis dalam 4 ke 5 dB macam tu. Apa yang bagusnya adalah saya tak rasa mode ini menggangu apa-apa dari midrange atau highs, hanya subbass sahaja yang bertambah dalam kuantiti yang cukup-cukup sahaja menbuatkan overall bass bunyi macam rounded dan deep. Namun, perbezaan di antara bass mode on dan off adalah begitu ketara kerana sesungguhnya impak bass yang diberikan adalah sangat jelas.
DAC Mode Bass OFF
Saya menggunakan JDS Labs O2 sebagai amp dan Q1 sebagai DAC. Sound yang dihasilkan sangat berbeza dari dac amp direct pada Q1 MKii. Stage lebih tinggi dan wider, depth of stage juga terasa sangat dalam. Situasi macam ni sangat sesuai untuk dengar live album dan video live performance. Namum ada sedikit noise yang dihasilkan dari amp ini berbanding amp yang terbina pada Q1 MKii. (bergantung pada amp tuan-tuan)
DAC Mode Bass ON
Bila saya on bass boost untuk mode ini, terasa macam hampir tiada perbezaan dari yang sebelumnya. Kemungkinan bass boost ni memberikan impak yang banyak hanya dalam mode dac amp dari Q1 Mkii sahaja. Walau bagaimana, dalam mode dac ini, saya lebih berkenan dengan acoustic yang dihasilkan oleh O2 amp saya.
Balanced vs Single Ended
Kedua-dua output menghasilkan synergy yang baik dan boleh dikira mempunyai decent amount of driving power dan lebih baik dari kebanyakkan smartphone dan iPhone pada hari ini. Volume yang dikeluarkan adalah lebih kuat pada balanced out 2.5mm berbanding 3.5mm single ended. Akan tetapi, saya merasakan balanced out yang disertakan Q1 MKii ini menghasilkan sedikit hiss sound yang kedengaran untuk beberapa iem yang high sensitivity. Penambahbaikan sonic di balanced output adalah tidak begitu ketara, low end lebih tight dan keseluruhan PRaT kedengaran lebih ketat dan masih belum berada di level reference DAC/AMP. Hey sekurang-kurangnya ade balanced output, korang ade ke? hehehe
Perbandingan
Malangnya, saya tiada apa-apa unit untuk membuat direct comparison pada ketika ini. Namun saya pernah melakukan perbandingan di antara Q1 MKii dan Topping NX4 pada tahun 2019. Apa yang paling ketara adalah output power yang ada pada Nx4 ternyata lebih superior. Persembahan bunyi di antara dua ini ada sedikit perbezaan iaitu NX4 mempunyai lebih nipis serta flat sound dan sedikit emphasis pada bahagian high frequency. Kedua-dua amp dac ini mempunyai bass boost dan gain switch namun NX4 tidak mempunyai balanced output. Pada pemerhatian saya sebelum ni, bass boost pada NX4 lebih powerfull dan perbezaan dia macam siang dan malam. Nx4 ibarat sebuah kotak magic yang sangat powerful! Walaubagaimana pun sekiranya tuan-tuan mempunyai lebih banyak iem berbanding headphone, saya cadangkan tuan-tuan consider untuk memiliki Q1 MKII. Sekiranya tuan-tuan mencari portable amp untuk headphone pula, pada pendapat saya topping nx4 adalah pilihan yang lebih tepat. Perbezaan harga juga main peranan yang penting. NX4 dijual pada harga RM600 dan hampir rm150 lebih mahal dari Q1 MK2, namun build quality Q1 lebih baik 2 kali ganda dari NX4.
Untuk Siapa?
Headphone amplifier dari FiiO ini tidak lain dan bukan lagi adalah paling sesuai untuk portable user. Seorang pengemar music yang sentiasa on the go dan memerlukan 2.5mm balanced output. Ia juga akan menjadi pilihan utama sebagai native dac sekiranya anda mempunyai banyak playlist yang berformat DSD, dan kini anda hanya boleh play semua DSD files format menggunakan smartphone sahaja. Dengan builtin battery yang baik, bersize poket, dan mempunyai design yang menarik dan hensem, saya pasti ramai yang akan memberi tumpuan sekiranya anda menggunakan Q1 MKii di tempat public. Q1 MKii adalah sebuah portable headphone amplifier, jadi bagi saya ianya kurang sesuai untuk digunakan untuk tujuan desktop used. Jadi kepada desktop user, ini kurang sesuai untuk anda.
Ulasan dan Bintang
Saya ada sedikit kecewa untuk mencari produk lain yang layak untuk dibandingkan side by side dengan produk comel dari FiiO ini. Dari sudut harga dan fungsi, saya yakin tiada product lain buat masa ini yang sebaik Q1 MKii. Sekiranya tuan-tuan memang tengah cari amp yang budget friendly untuk powered iem atau headphone yang tuan-tuan baru beli tu, boleh la beli amp ni tanpa fikir dua kali. Q1 adalah sebuah produk yang tick all the boxes for me, guna kat smartphone senang, kat desktop pun senang ibarat plug and play je. Nak stack dengan portable player dan amp pun mudah je. Namun sonic performance yang ada pada Q1 ini adalah averange sahaja kerana dah terdapat banyak usb dac dalam pelbagai bentuk yang memberikan sound yang as good as atau lebih superior dari dac yang terbina dalam Q1 ini. Oleh yang demikian, saya hadiahkan 4 bintang pada Q1 Mark II. Terima kasih FiiO kerana sentiasa menghasilkan product yang berkualiti.
(4 / 5)