Gold Planar GL2000 Review

Gold Planar telah lama active dalam bidang pembikinan headphone sejak tahun 2010. Mereka dikenali sebagai sebuah major manufacturer untuk brand yang terkenal dalam industry headphone sejak hari pertama lagi. Sudah pasti semua rekaan dan ciptaan dari Gold Planar adalah yang terbaik boleh dimiliki oleh seseorang audiophile. Pada tahun 2017, company ini telah mula untuk mencipta headphone atas nama branding sendiri dengan nama Gold Planar. Pada hari ni, terdapat 3 headphone yang dikenali sebagai flagship design oleh company old timer ini. Antaranya adalah GL1200 , GL850 dan GL2000. Apa yang telah membuatkan Gold Planar ini dipandang serious oleh industry adalah rekaan revolutionary mereka iaitu AMT driver (GL850). Dengan harga jualan hampir USD1599, headphone itu menjadi rumah kepada AMT (air motion transformers) driver yang telah dicipta oleh engineers Gold Planar sendiri.

Hari ini saya akan cuba memberikan sepatah dua kata untuk sebuah flagship dari mereka iaitu GL2000. Antara ketiga-tiga flagship headphone, GL2K adalah headphone tunggal yang menggunakan planar driver. Ianya hadir dengan dua versi iaitu Single Magnetic dan Double Magnetic. Terdapat pelbagai review dan feedback yang bercampur-campur yang saya dengar dari lain-lain community, ada yang cakap headphone ni paling terbaik dan ada yang kata tak bagus langsung! Jadi mana satu yang betul? Kenapa ada mixed reviews? Macam mana sound profile yang ditawar oleh headphone ini? Jom kita sama-sama mengupas serba sedikit jawapan ini dari pengalaman saya bersama Gold Planar GL2000.

Headphone ini telah dihantar oleh Red Ape Headphone Store, terima kasih saya ucapkan kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada pihak AudioMonsta. Walaubagaimanapun, segala bait kata adalah jujur dari saya sendiri dan tiada unsur berat sebelah.

Apa Yang Best ?

  • Packaging yang bagus
  • Cable memang dah merecik (tak perlu upgrade)
  • Comfort level yang best (bergantung dengan earpads)
  • ‘True Planar Bass’
  • Perfect Treble
  • Micro-detail Monster
  • Easy to drive
  • Harga yang berpatutan
  • Binaan yang berkualiti, bila pegang rasa mahal

Apa Yang Kurang Best?

  • Hybrid Earpads terlalu keras
  • Kertas manual takde tulisan English
  • Perlu Burn-in yang lama

Spesifikasi

  • Gold Planar
  • Type: Open-back
  • Ear coupling: Over-ear
  • Drivers: 100 x 36 mm N52 neodymium planar magnetic drivers
  • Sensitivity (double magnetic circuit version): 99 dB
  • Sensitivity (single magnetic circuit version): 95dB
  • Frequency response: 4 Hz – 50 kHz
  • Impedance: 60 ohms
  • THD: <0.1%
  • Cable: 6N OCC silver-plated cable (detachable)
  • Connector: 3.5 mm
  • Termination: 4 Pin XLR
  • Cable length: 6.6 ft (2 m)

Packaging
Kotak yang disertakan dengan GL2k ini suka untuk saya rumuskan dengan perkataan ‘bangsawan’. Hadir dalam kotak brown box adalah sebuah hard tactical case berwarna hitam. Headphone dan accessories yang lain boleh dijumpa dalam hard case yang solid ini. Pada pendapat saya, GL2k sememangnya patut disertakan bersama-sama hard case sebegini, oleh kerana hampir semua saingan dalam dunia headphone telah menyediakan sama ada hard protection case atau display box. Juga amat berguna pada pembeli yang ingin membawa keluar headphone dan tak perlu lagi mencari altenative lain untuk menjadikan travel case pada headphone ini.

Dalam hard case, terdapat headphone GL2000 bersama-sama extra earpads (hybrid) dan cable 2 meter plug 3.5mm dengan termination 4pin XLR balanced. Cable ini menggunakan material OCC Silver-Plated dan mempunyai 8 core yang telah diliputi oleh coating fabric yang bersifat lembut dan tak terlalu keras. Cable cantik, ringan dan tebal ini pada pendapat saya sudah memadai dengan harga yang dijual, malah saya tak rasa headphone ini memerlukan ‘upgrade’ cable pada masa hadapan.

Antara yang membuatkan saya sangat tertarik dengan cable ini antaranya adalah logo Gold Planar pada y-splitter yang disediakan dan indicator Left / Right pada connector 3.5mm. Cable ini juga tidak memberikan microphonic effect sepanjang penggunaan saya walaupun dengan volume yang perlahan atau sederhana.

Keselesaan & Rekabentuk
Pada pandang pertama, saya ibarat terkesima dengan rekaan dan binaan pada headphone ini. Sebuah headphone yang besar, berat, solid dan cantik! Walaupun dia besar, tapi tak sebesar Hifiman Arya. Material yang digunakan adalah aircraft grade aluminum pada hampir keseluruhan binaan , headband yang lembut ini terasa seakan-akan leather yang begitu lembut dan tebal. Rekaan di belakang earcup juga sangat memukau mata yang memandangnya dengan lapisan berwarna hitam penuh dengan pattern yang saya rasa logo Gold Planar yang telah di reka dengan begitu terperinci. Tidak lupa juga garisan ‘gold bars’ yang memberi sentuhan yang mewah dan eksklusif.

Terdapat dua pasang earpads yang disertakan iaitu pre-installed leather-like dan hybrid earpads. Leather earpads ini dipenuhi dengan memory foam yang sangat lembut dan membuatkan headphone ini selesa untuk digunakan dalam masa yang lama. Hybrid pula bersifat lebih keras dan dalam masa yang sama memberikan clamps yang sedikit kuat dan hal ini membuatkan dia tak selesa untuk dipakai dalam sesi yang panjang. Walaubagaimanapun, saya lebih menyukai sound yang dihasilkan oleh hybrid earpads dan telinga saya tidak cepat berpeluh apabila menggunakan pads yang keras ini.

GL2K adalah sebuah open back headphone dengan size planar yang besar. Masa mula-mula saya pegang headphone ni memang ringan bila kat tangan, rupanya bila letak kat kepala baru rasa dia ada rasa berat yang sangat noticeable. Akan tetapi, GL2K masih lagi saya rumuskan sebagai sebuah headphone yang lebih ringan dan selesa dari Audeze LCD-X. Faktor utama yang dapat mengubah keselesaan pada headphone ini adalah earpads dan headband, kalau nak extra comfort lagi boleh pakaikan headband nuggets contohnya Dekoni Audio Nuggets headphone Headband. Walaubagaimanapun, GL2K masih tidak dapat menandingi keselesaan Hifiman HE-560, ringan dan hampir tiada clamping pressure yang dirasakan membuatkan saya boleh memakai Hifiman sehingga 8 jam straight.

Dekoni Audio Nuggets Headphone Headband Pressure Relief Pads – 4 Pack

Harga dan kat mana boleh beli
Headphone Gold Planar GL2000 boleh dibeli di kedai Red Ape Headphone Store. Sama ada hampa nak walk-in atau terus boleh beli online melalui Shopee atau Lazada.

Shopee : BELI KAT SINI

Lazada : BELI KAT SINI

Harga yang dijual oleh Red Ape adalah seperti berikut :

Gold Planar GL2000 Single Magnetic : RM1,888.00

Gold Planar GL2000 Double Magnetic : RM2,399.00

Driver Apa Dia Guna?
Headphone besar, driver dia pun mesti besar juga. Untuk model yang saya dapat ni, dia menggunakan double magnetic yang berfungsi sebagai ‘power’ untuk menghidupkan diaphragm yang bersize hampir 40mm kat dalam headphone ni. Jadi kiranya bila masa tengah dengar lagu tu, ada 4 buah magnet yang duk berfungsi untuk mainkan lagu untuk telinga kita.

Ada juga GL2K yang single magnetic, apa pula beza dia? Antara beza yang ketara adalah double magnetic ni dia lebih berat sikit berbanding yang single magnet. Masih menggunakan technology yang sama untuk ‘menghidupkan’ transducers. Akan tetapi bila tengok spec yang diberi, saya merumuskan bahawa double magnet ini lebih senang dibawa dalam portable audio setup. Ini adalah kerana, double magnet tidak memerlukan kuasa yang besar untuk membunyikan driver berbanding single magnetic yang bekerja lebih untuk menyumbangkan tenaga bagi menghidupkan driver. Sensitivity untuk kedua-dua versi ini juga berbeza seperti berikut :

Sensitivity (double magnetic circuit version): 99 dB

Sensitivity (single magnetic circuit version): 95dB

Tahukah anda? Gold Planar GL2000 ada dua versi iaitu Single Magnetic Circuit & Double Magnetic Circuit. Kedua-dua versi ni boleh dikenalpasti dengan melihat pada perbezaan rekaan sahaja. Yang single takde gold bars, manakala yang double magnetic ada gold bars yang cantik dan kelihatan eksklusif.

Jadi pada pendapat saya, mungkin tiada perbedaan yang ketara dari segi bunyi yang terhasil dari kedua-dua versi ini. Jika tuan-tuan ada proper desktop setup boleh consider single magnetic version. Kalau tuan-tuan rasa nak dengar menggunakan portable setup boleh consider versi yang lebih senang untuk di ‘drive’ iaitu double magnetic.

Eh tapi bukan ke dua lebih baik dari satu? Oh sedangkan lebih Balance Armatures dalam IEM pun kadang-kadang tak sedap, sama juga dua magnetic vs single magnetic planar.

Sumber Audio
Antara sumber audio yang saya gunakan adalah iFi Combo (Zen+Can) dengan gain ditetapkan pada 12dB dan Schiit Combo (Modius+LYR). Untuk single ended saya menggunakan Schiit manakala untuk balanced saya menggunakan iFi. Walaupun versi GL2K ini adalah yang easy to drive, namun iFi Zen Dac + 4.4mm + Power Match (high gain) sememangnya tak cukup untuk drive headphone planar yang cantik ini. Walaupun iFi Zen Dac (tanpa Zen Can) dapat memberikan volume yang tinggi, namun kedengaran sangat ketara bahawa ianya kekurangan dynamic dan headroom yang diperlukan untuk membuatkan headphone ini ‘menyanyi’.

Macam mana dia punya soundstage?
Kalau sebelum ni, saya menggunakan fungsi 3D pada iFi Zen Can untuk menambah baik soundstage pada headphone yang kurang baik dalam menghasilkan soundstage yang saya inginkan. Saya merasakan bahawa 3D effect ini berjaya menukarkan pengalaman mendengar headphone kepada mendengarkan sepasang speaker monitor yang baik. Akan tetapi, soundstage yang diterjemahkan oleh GL2K ini adalah by default sememangnya sangat baik yang membuatkan saya tak perlu menggunakan fungsi 3D ini lagi. Terbuka, lebar dan lapang. Acoustic treatment yang telah direka pada headphone ini betul-betul membuatkan saya teringat pada Hifiman Arya. Ianya ibarat bunyi itu sendiri datang dari speaker yang berada di hujung penjuru bilik. Selalunya, lebih wide bunyi headphone, lebih distant bunyi instrument, tapi dalam kes GL2K ini pula walaupun wide sikit soundstage dia tapi masih rasa ada connection yang baik dengan musical instruments. Dengan cara ini, ia dapat membantu saya untuk focus kepada bunyi yang ingin saya memberi tumpuan yang lebih. Setiap notasi mempunyai airiness yang boleh didengari secara halus disebabkan sumber bunyi didengari bagai datang dari speaker yang BUKAN dari headphone terletak di telinga. Menggunakan hybrid tube amplifier seperti LYR sememangnya sangat membantu untuk menghidupkan suasana acoustic yang luas dan airy. Saya turut bersama sing along pada intro lagu Duality Download Fest 2009 dengan penuh semangat seolah-olah berada di hadapan pentas sambil menghayati house sound konsert yang besar. Biarpun ibarat dengar music yang datang dari speaker yang jauh sedikit, tapi setiap groove dan pulse masih lagi attached tanpa rasa hollow atau empty.

 

Tone bunyi & Persembahan bunyi?
Ini adalah kali pertama saya mendengarkan headphone yang mempunyai tuning yang unik seperti di GL2K. Perkataan pertama yang datang dalam fikiran saya dalam 5 minit pertama adalah “Peliknya tuning..” dan “Detail dia memang outstanding..” Kenapa pelik? Sebab bila saya mendengarkan lagu yang dah selalu dengar pun, saya akan rasa macam bunyi dia dah lain dan tak sama macam yang selalu saya dengar. Ada masa dan ketika, saya tak mampu nak habiskan sesebuah lagu menggunakan GL2K, dan ada pula ketika dimana secara tak sedar saya dah habis mendengarkan sebuah album dengan GL2K.

Jangan salah faham, walaupun headphone ini tak dapat first impression sebagaimana saya mendengarkan Hifiman Arya, akan tetapi seperation, purity, detail dan clarity yang dihasilkan oleh GL2K sememangnya layak berada di lingkungan harga sebegini.

GL2K membawa rumah bunyi warm-ish yang bersifat kearah W-shaped dengan sedikit laid back, relaks dan smooth dalam general presentation (bukan engaging dan aggressive). Walaubagaimanapun, akan kedengaran sedikit veil atau grainy pada track-track yang tertentu kemungkinan ada sedikit lebihan decibels dalam jumlah 3dB – 4dB pada midranges sekitar 1khz – 2khz. Ketidaksenangan ini jelas kedengaran di solid-state amp namun dapat diperbaiki dengan menggunakan hybrid tube headphone amplifer dan sedikit tweak di equalizer.

Layering yang dilakarkan dengan resolusi tinggi oleh GL2K membuatkan setiap lagu ibarat didengarkan buat pertama kalinya. Ya, dah lama saya tak rasa macam ni. Walaupun tuning headphone ini sedikit pelik, tapi sound yang dihasilkan masih lagi dalam sebuah persembahan yang balanced dan boleh diterima dengan senyuman. Biarpun lebih dari 10 instrument, GL2K dapat menyanyikan kesemua lapisan alat muzik secara jelas walaupun dalam busy track such as Hans Zimmer Live in Prague.

Dengan menggunakan leather stock earpads, tone bunyi akan terhasil dengan sedikit warm oleh kerana pads ini dapat memberikan lebih low end berbanding hybrid pads yang menghasilkan bunyi lebih neutral. Tapi jangan risau, walaupun menggunakan hybrid pads, saya masih dapat menghasilkan impact bass yang telah hilang hanya dengan menggunakan jari saya sahaja. Jari? Ye betul. Saya tekan butang XBass di iFi Zen Can dan secara serta-merta bass akan datang melukiskan senyuman di wajah saya.

Listen to your music, not your headphone.

Macam mana dia punya bass (Low)?
Lower frequency dapat dikatakan penuh dengan clarity untuk setiap lower notes dan octaves. Sub-bass agak kurang kuantiti di hybrid earpads berbanding leather earpads. Akan tetapi bila guna leather earpads, bunyi timpani dalam pop orchestra Hans Zimmer Live in Prague dapat juga memberi gegaran dan rumbling di seluruh kepala saya. Dalam track ke-9 What Are You Going To Do When You’re Not Saving The World? (Live / From Man Of Steel), saya mencapai eargasm hanya dari lower frequency sahaja apabila menggunakan GL2K (tanpa bass boost). Boleh dirasakan bahawa terdapat movement yang jelas di dalam earcups headphone ini dimana ianya menghasilkan sebuah acoustic yang mempunyai bass foundation yang solid, strong and clean. I.Prélude (Six Evolutions – Bach: Cello Suites) by Yo-Yo Ma hampir menitiskan air mata saya apabila GL2K berjaya mencipta notasi rendah dengan sebuah texture yang bersih dan mempunyai the right amount of weight pada setiap note yang dimainkan oleh world class cellist ini. Midbass juga dikawal dengan baik dan menghasilkan bunyi bersifat linear dimana saya merasakan kekurangan slam dan punch dalam beberapa track seperti The Sun (Songs About Jane – Maroon 5). Snare dan bass guitar kedua-duanya membelakangi vocal tanpa memberikan impact yang berlebihan menjadikan sounding untuk album pop yang bassy ini berbunyi sangat balanced.  Contohnya apabila lagu ini dimainkan dengan Grado SR225x atau Audio Technica ATH M50x, keseluruhan lagu menjadi bassy dan subbass bersifat dominant dari mula hingga ke akhirnya. Tuning bass di GL2K telah mengimbangi lagu-lagu yang bassy dan menjadikan album ini lebih digemari oleh saya. Walaupun beberapa lagu rasa macam tak cukup subbass, snare hits yang begitu berat dan lantang boleh didengari melalui lagu Peacemaker Die (III Sides To Every Story – EXTREME) dengan speed & dynamic yang memuaskan. Setiap kick drum serta fills in oleh drummer kedengaran dengan penuh impact dan bite yang secukupnya.

Macam mana dia punya vokal (Mid)?
GL2K telah di tuned secara play safe di bahagian midrange, vocal lelaki dan perempuan keduanya telah di rendered tanpa cacat-cela di telinga padawan (in training) macam saya.  Tone di bahagian midranges ini boleh kedengaran veil dan sedikit dark bergantung pada preference masing-masing, akan tetapi ianya hampir boleh fight midrange di HD600 saya. Timbre dan tonality kebanyakkan lagu kedengaran sangat realistic dan organic tanpa sebarang paksaan yang mengakibatkan tone menjadi grainy dan plasticky. Saya mendengarkan pelbagai jenis genre dan setiap instrument didengari dengan penuh meatiness serta full bodied tak kira dari drum percussion atau strings section. Akan tetapi terdapat beberapa lagu yang menjadi sedikit unnatural pada telinga saya. Sebab ini yang saya katakan headphone ni tuning dia pelik sikit. Sebagai contoh, Shape of You (Ed Sheeran) di Tidal Master kedengaran sedikit veiled dan tertutup menyebabkan accentuation lebih pada bahagian backup vocal berbanding suara penyanyi pada bahagian chorus. Lain pula cerita bila mendengarkan Sting and Shaggy Tiny Desk Concerts NPR Youtube, begitu perfect suara yang dilontarkan oleh Matt sambil bermain Fender Jazz bass yang mengeluarkan bassline yang begitu lemak dan warm tone. Berbanding Hifiman HE-560, Audeze LCD-X dan Sony CD900st, lagu Englishman In New York versi Tiny Desk ini paling menyerlah dan lively dengan bunyi yang dihasilkan oleh GL2K. Untuk female vocal, saya akan cuba sedaya upanya untuk tidak terlalu oversell kat bahagian ini. Dah lama saya tak merasakan eargasm setiap 20 saat apabila mendengarkan video MTV Bishop Brigss dengan lagunya River. Walaupun hanya duo vocal dan guitar, versi ini adalah yang terbaik pada mata dan telinga saya. Setiap perkataan dan hembusan lirik yang lontarkan berjaya mendirikan segala bulu roma saya. Begitu jelas dan bersihnya bunyi yang dihasilkan untuk vocal dan guitar dalam video ini. Energy dan soul dapat dirasakan dengan begitu jelas tanpa ada kekurangan yang boleh dijadikan deal-breaker. Overall midranges kat headphone ini adalah sangat bagus tanpa kedengaran dry atau ‘dark planar’ seperti Hifiman HE-560.

 

Macam mana dia punya treble (High)?
High frequency saya dah rasa macam dengar iem yang mempunyai 15 balance armature (macam TRN BA15). Penuh dengan clarity, tanpa rasa harsh, tanpa ada rasa offensive, tanpa rasa rolled off tapi sentiasa penuh dengan details dengan jumlah yang cukup di setiap masa dan ketika. Unless kalau headphone ini digunakan dengan source yang tidak sesuai, underpowed source sememangnya akan buat headphone ni tiba-tiba jadi ridiculously bright. Billie Jean memang treblehead’s heaven bila saya dengar menggunakan GL2K, keseluruhan spectrum bunyi untuk bahagian overhead kedengaran seperti dibanjiri oleh sparkles of microdetails. Kalau boleh, saya nak semua headphones saya ada high frequency yang sama tuned macam kat headphone yang ada good defination of treble extension macam ni.   Walaubagaimanapun, sudah tentu ada headphone lain yang mempunyai treble lebih baik , tapi GL2K sememangnya mempunyai treble delivery yang lebih baik berbanding Audeze LCD-X.

 

Ulasan dan Bintang?
Ini adalah kali pertama saya diberikan peluang untuk berkongsi sepatah dua kata mengenai Gold Planar. Kalau ada sumur di ladang, Boleh hamba menumpang mandi, Jika ada umur yang panjang, boleh try Gold Planar headphone lagi. Saya harap satu hari nanti ada kesempatan untuk mencuba AMT dan Ribbon headphone dari Gold Planar pula, walaupun saya tak pasti nak drive headphone-headphone tu guna amplifier apa. GL2000 telah membuktikan bahawa Gold Planar juga berjaya untuk mencipta sebuah easy to drive planar headphone dan mempunyai tonality serta technicality yang sesuai dibandingkan dengan beberapa high end planar.  Kalau tuan-tuan mencuba GL2K sebagai planar headphone yang pertama, saya yakin tuan-tuan akan terkesima dengan detail, speed dan dynamic yang dipersembahkan. Akan tetapi, jika untuk orang yang telah biasa dengan planar headphone, ianya mungkin sebuah pengalaman yang berbeza. Jika anda seorang audiophile yang pentingkan ukuran dan accuracy, headphone ini mungkin bukan untuk anda. Tapi, jika anda seorang music lover yang inginkan persembahan acoustic yang menyentuh soul dan meninggalkan kesan dalam diri anda, this is the one headphone for you.

Headphone ini sesungguhnya adalah 5 star untuk saya 🙂

 

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta