Review IEM budget kali ni datang lagi dnegan jenama IEM dari china yang masih baru, GuideRay GR-118. IEM ni dihantar kepada kami untuk review oleh Hill Audio, kami sangat berterimakasih kepada Hill Audio, anda sangat awesome!.
Berbalik kepada review pulak, IEM GuideRay GR-118 ni guna 2 driver hybrid, 1 DD dan 1 BA. Kat bawah ni spec dia.
Model: GR-i Series GR-i18/GR-i58/GR-i68
Color: Purple/ Blue/Black
Impedance: 19 Ohm
Sensitivity: 100dB
Frequency Response: 20- 20K Hz
Cable Metarial: Single Crystal SPC Wire
Cable Length: 1.25m
Termination: 3.5mm Gold-Plated
Plug: 0.78mm 2Pin
Untuk review kali ni aku guna Pepper Jobs TCDA USB-C Digital Audio Adapter yang disambung ke laptop (Kami ada review asal Pepper Jobs USB-C DAC ni kat SINI). MusicBee adalah player lagu yang aku guna dah Audio Output menggunakan WASAPI (Shared) output, jadi semua source akan keluar as PCM termasuk DSD source. Bawah ni list lagu yang aku dengar untuk review.
1. Let’s Start From Here, Joanna Wong, FLAC 16-bit
2. Dengarlah Bintang Hatiku, Demeises, FLAC 16-bit
3. Desperado, Emi Fujita, FLAC 16-bit
4. RAGAMAN, Faizal Tahir, FLAC 16-bit
5. I’m Still Standing (From “Sing” Original Motion Picture), Taron Egerton, FLAC 24-bit + MQA (v1.1)
6. Set It All Free (From “Sing” Original Motion Picture), Scarlett Johansson, FLAC 24-bit + MQA (v1.1)
7. Bokura no Network, Daoko, FLAC 24-bit
Kualiti IEM ni sangat bagus, warna pun menarik dan rupa bentuk dia memang selesa untuk dipakai. Cuma unit kami terima ni satu eartip tak ada, kalau korang beli boleh terus claim atau minta Hill Audio hantar eartips lain, dia takde hal punya… Hehe. Jadi dalam review ni aku guna stock eartips dari KZ ZS10 Pro aku, lebih kurang je feels dia.
Harga dan kat mana boleh beli
Sudah pasti dalam shopee Hill Audio. Harga dia lebih kurang dalam rm180, harga tepat tak pasti pasal Hill Audio tak listing IEM ni, mungkin kehabisan stock.
Macam mana dia punya soundstage
Kekuatan IEM ni adalah kat sini, soundstage memang sangat luas. Kita boleh rasa ada jarak antara separation dan vokal, dan juga terasa macam kita duduk kat tengah-tengah barisan kat konsert. Juga sangat sesuai untuk kaki game, boleh dengar tapak kaki musuh kat rumah sebelah wo… hehe.
Macam mana dia punya bass (Low)
RAGAMAN dari Faizal Tahir adalah salah satu benchmark bass untuk aku. Sub bass tight dan cukup, boleh pegi deep tapi mid bass agak kurang. IEM ni bukan focus kat bass tapi dah rasa cukup. Cume kalau lagu yang kekurangan bass mungkin kita akan rasa kehilangan sikit la. Overrall bass dia bunyi agak kasar dan tak berapa nak smooth, mungkin sebab kekurangan mid bass sikit kot.
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vokal kat IEM ni kire jelas dan clear, takde rasa kelam atau apa-apa. Cumanya bunyi dia agak digital, tak smooth dan natural. Tone dia lebih kearah bright dan ada sparkle (sweet) skit-sikit.
Macam mana dia punya treble (High)
Treble/high memang kearah bright, jadi semua clear dan jelas. Bright dia takde la setajam macam IEM KZ jadi takde la harsh sangat, cume agak kasar. Treble extension pun nice, tak ada roll-off dan boleh dengar agak jauh.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Mid/Vokal dan high duduk depan dan selari, low (bass) duduk kebelakang sikit. Separation enstruments lain kira ok juga sebab soundstage dia besar, senang nak bezakan kedudukan dia. Kedudukan drum terasa agak jauh sikit, aku saspek dia guna cable pure silver ni (ni salah satu ciri-ciri cable siler).
Tone bunyi
First sekali, IEM ni pass distortion test aku dengan lagu Desperado dari Emi Fujita (minit 2:40 ke 3:00), langsung takde distortion, kira ok lah pasal IEM china yang lain-lain macam One Plus Bullet V2, failed terus. Sound IEM ni memang kearah bright, ada sikit bunyi digital kat mid/vokal, jadi kalau nak cari natural sound mungkin tak dapat dengan IEM ni. Tapi details dan keluasan soundstage untuk IEM ni masih boleh diterima.
Perbandingan
MDK-ESS 3D Faith MD01X – Guideray GR-118 ni lebih details sikit, kat MDK tu high memang roll-off, tapi mid/vokal lebih natural sikit kat MDK.
Hill Audio Altair / Altair RA – Bass kat Altair lagi besar, GR-118 ni menang kat soundstage dia. Untuk Altair RA sound dia lagi lemak dan warm, dalam perbandingan ni aku lebih suka Altar RA.
KZ ZSN – Macam biasa lah, ZSN sangat tajam dia punya high/treble, jadi GR-118 ni lebih ok dan selesa. Dari segi comfort pun GR-188 ni lagi ok bag aku. Dar isegi bass aku rasa bass kat KZ punya deep sikit.
Untuk Siapa?
Untuk sesapa yang nak cuba IEM jenama baru, sesuai gak untuk gaming pasal soundstage dia besar dan mid/high dia clear. Cuma bunyi mid dan vokal je agak digital sikit bagi aku, selain dari tu memang ok je IEM ni.
Packaging
Kat bawah ni aku ada buat video unboxing untuk Guideray GR-118 ni.
Ulasan dan Bintang
Guideray GR-118 ni bagi aku IEM yang balance dari segi low, mid dan high, cumanya signature output dia je bukan untuk semua orang, terutamanya mid/vokal dia yang kedengaran sedikit unsur digtal. Jadi bagi aku kaki lagu tekno mungkin boleh masuk dengan IEM ni. Overall, walaupun details, texture bunyi IEM ni sedikit kasar bagi aku, tak berapa smooth dan natural, tapi masih sedap didengar. Kak Emma Maembong kali ni bagi 4 bintang. Brao!
(4 / 5)