Hiby tidak pernah ketinggalan dalam menghasilkan produk yang up-to-date dan fancy dalam dunia audiophile. Sejak beberapa tahun lalu, nama Hiby masih lagi menjadi buah mulut pada para audiophile di seluruh dunia hingga ke hari ini. Dengan menghasilkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan untuk produk-produk sedia ada seperti Hiby R3 ke R3 Pro Saber dan R6 kepada R6 Pro, kini telah tiba giliran untuk menghasilkan sebuah portable dac yang baru iaitu Hiby FC3 sebagai penambahbaikan pada Hiby FC1. Pejam celik pejam celik, ianya telah berada di tangan saya. Apa lagi? Let’s do this!
Unit ini adalah tajaan dari Red Ape Headphone Store, namun segala hasil review adalah jujur dan tidaklah bersifat berat sebelah.
Spesifikasi
- Dimensions: 45 x 13 x 9mm
- Weight: 9.1g
- DAC Chip: ES9281PRO
- DSD Support: Up to DSD128 (DoP)
- USB Port: Type – C
- Headphone Port: 3.5mm with CTIA headset support
Packaging
FC3 hadir dalam sebuah kotak empat segi yang disaluti plastik. Size kotak yang agak kecil dapat memberi idea bahawa dac yang disertakan adalah bersifat kecil dan compact. Seperti produk Hiby yang lain, proses koyak kotak adalah sangat enjoy dan complicated. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, saya menghadapi kesukaran untuk menggeluarkan kotak dari plastik dan sekali lagi menghadapi sedikit cabaran untuk meggeluarkan span lapisan pertama kotak hinggakan terhasil sedikit koyakan manja di bahagian atas (sila rujuk video). Saya harap Hiby boleh menghasilkan kotak yang senang dibuka pada masa hadapan.
Dalam kotak, kita boleh mendapati pelbagai aksesori antaranya adalah :
- USB-A to USB-C cable
- USB-C to USB-C cable
- Hiby-branded protective leather wrap
- Hiby FC3 Instruction Manual
- Warranty Card
Rekaan Luaran
FC3 adalah sebuah digital-to-analog converter portable yang senang dibawa kemana sahaja. Rekaan luarannya bersifat minimalist dan benda pertama yang buat saya terkejut adalah size yang begitu kecil. Seluruh badan FC3 adalah lebih kecil dari jari saya.
Antara yang menarik dengan design FC3 ini adalah size yang ringan, binaan yang solid dan rekaan yang bersih. Terdapat logo Hiby di bahagian atas dan lampu led di bahagian bawah.
Walaupun memakai protective leather wrap, bahagian lampu RGB LED masih lagi kelihatan oleh kerana terdapat lubang yang disediakan pada baju tersebut. Lampu LED tersebut berubah warna mengikut pada penggunaan. MERAH apabila dac telah disambungkan tanpa main apa-apa playback, Biru untuk 48kHz, Hijau untuk 192kHz/DSD64, Hijau Muda untuk 384kHz/DSD128 dan Ungu untuk MQA playback.
Pada bahagian kiri dan kanan pula terdapat headphone out 3.5mm dan port usb type-C. Terdapat juga volume rocker negative dan positive dibahagian tepi atas dengan binaan yang sangat solid tanpa sedikit pun kelonggaran atau bunyi-bunyian apabila disentuh.
Rekaan Dalaman
Hiby FC3 menggunakan ES9281PRO DAC iaitu sebuah chip yang menyokong fungsi Quad-DAC teknologi sebagai SOC utama. Chipset ini berfungsi sebagai all-in-one chip untuk peranti FC3 dimana ianya adalah cip yang memproses digital input dan juga berupaya dijadikan sebagai amplifier (opamp / output).
Terima kasih kepada teknologi chipset ini, Hiby berjaya untuk menghasilkan FC3 yang bersize kecil dan muda dibawa kemana-mana. Ini juga bermaksud segala digital to analog process dan MQA unfolding dilakukan hanya dengan sebuah chipset 8 channels buatan ESS ini.
Hiby menjanjikan sokongan PCM sehingga 348kHz, DSD sehingga DSD128(DoP) dan 4x MQA unfolding. Pada pendapat saya, ini adalah sebuah jackpot dimana harga yang ditawarkan adalah sangat-sangat mampu milik!
Dari segi power output pula, FC3 berupaya untuk memberikan sebuah synergy yang baik untuk pelbagai headphones yang latest dimana ianya limited kepada 70mW pada 32Ω. Antara yang saya suka adalah FC3 ini tidak menjadi panas walaupun menggunakan full volume untuk mendengar DSD atau MQA. Suam-suam tu ada cuma tidak pernah sesekali menjadi terlalu panas hingga kurang selesa untuk saya pegang. Superb power management!
Harga dan kat mana boleh beli
Red Ape Headphone Store adalah nama yang tidak perlu dikenalkan lagi jika anda adalah seorang penggemar peralatan audiophile di Malaysia. Saya mensyorkan tuan-tuan semua beli kat kedai yang macam Red Ape, kerana urusan jual beli dan customer service yang professional dan sangat smooth.
Hiby FC3 boleh dibeli dengan harga serendah RM289.00 di Shopee dan RM279.00 di Lazada. (harga mungkin berubah mengikut promosi pada masa ke semasa)
Tone Bunyi & Persembahan Bunyi
Antara gear audio yang digunakan adalah seperti berikut :
- Audirvana Studio
- USB Audio Player PRO
- Tidal App
- Youtube
- BLON BL03
- Koss Porta Pro
- Sennheiser HD600+ (Modded by NTRAX MOD Design)
Secara jelasnya bunyi yang kita perolehi dari Hiby FC3 adalah sangat linear dan sangat pure! Pada mulanya, saya hampir tertipu oleh telinga sendiri oleh kerana setiap headphone dan IEM yang saya padankan dengan FC3 mengeluarkan bunyi yang berlainan (obviously lah kan) tidak sebagaimana dac dac yang lain. Sebagai contohnya jika saya membandingkan Topping D10 dengan iFi Zen Dac, dapat saya merumuskan bahawa sound yang diberikan oleh setiap dac itu sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan bunyi headphone dan IEM saya.
Akan tetapi setelah saya mengenal pasti bunyi tona yang diberikan oleh FC3 ini barulah semua kekeliruan itu make sense! Ianya adalah sebuah neutral uncolored sound signature yang pure hanya untuk memberi ruang pada gear (headphone/iem) mengeluarkan potensi dengan sound signature asal ataupun house sound mereka sendiri. Sebuah well-balanced music production yang menjadi implementasi pada produk ini mungkin adalah sengaja direka khas oleh pihak Hiby untuk memberikan kelainan pada market kita hari ini. Hal ini juga mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pengguna lebih mudah untuk mengenalpasti reversed-algorithm yang diwarnai oleh MQA audio. Yes benar, MQA unfolding boleh dilakukan dengan Hiby FC3 yang kecil dan serba boleh ini.
Setiap high-resolution audio yang dimainkan melakarkan sebuah persembahan yang dibelakangi oleh background yang pitch-black. Sama sekali tiada noise dan hiss sound yang dapat didengari sepanjang saya pause dan play pemain music pada Hiby FC3.
Soundstage yang terhasil adalah sangat-sangat bergantung pada earphone yang digunakan. Sebagai contoh, Koss Porta Pro saya kedengaran wide dan open manakala HD600 lebih intimate dan narrow sounding. Walaubagaimanapun, imaging dan instrument seperation sangat accurate dengan layering kedengaran begitu realistik dalam sesetengah lagu. Dengan signature yang linear ini, ianya sedikit sebanyak membantu coherence atau ketepatan dalam bunyi stereo yang kedengaran dalam kebanyakkan live albums. Live music video dan podcast adalah sangat sesuai untuk didengari menggunakan Hiby FC3.
Dengan FC3, bass response pada Blon BL03 adalah sangat clean dan tight pada sesetengah lagu dan masih lagi agak longgar di bahagian lower bass. Bahagian low-bass (BLON BL03) agak kurang memuaskan dalam track Cello Suite No.1 dimana lower notes ( C2 = 65Hz ) ibarat kekurangan impact dan open strings tidak cukup weight. Hal ini dapat memberi effect yang anti-climatic akibat dari segi kekurangan dynamic pada cello playing dalam track yang sebegini dan seumpamanya.
Midbass adalah punchy dan fast tanpa sebarang bunyi muddy sebagai mana jika BL03 di mainkan terus pada source yang low resolution. Porta Pro saya bersinar-sinar dibahagian midbass (60Hz-120Hz) untuk mewarnai setiap groove dari bassline track Give Back What You Stole From Me Oscar Jerome Live in Amsterdam. Oleh kerana tiada emphasis pada mana-mana bahagian, setiap notasi dibahagian bass dapat didengari dengan begitu jelas dan setiap thumpiness dan rumble di bahagian subbass adalah begitu jelas dan bersih.
Pada bahagian mid frequency pula, setiap instrument dan voice dapat didengari dengan jelas pada BL03. Untuk album Back In Black, kedudukan vocal utama adalah sedikit laidback membelakangi riffing dari god of rock n roll Angus Young. Walaubagaimanapun, setiap perkataan dan notation dapat di kelaskan dalam sebuah terjemahan yang bersih dan mempunyai ruang yang secukupnya untuk menghasilkan midranges bersifat transparent.
Untuk track yang mempunyai midrange yang sibuk dan berbisa seperti Chandelier pula, high notes yang dilontar kan oleh Sia tidak kedengaran begitu congested dengan background music yang sangat sibuk. FC3 telah membantu setiap instruments dan vocal untuk berada di tonality/timbre yang sepatutnya tak kira betapa besar waveform yang dicorakkan pada track tersebut.
High frequency pada pendapat saya adalah above average. Dengan sebuah representation yang smooth dan minimal coloration, treble di FC3 berjaya mengekalkan ketulenan bunyi untuk membantu intruments mendapatkan accuracy dan articulation yang baik.
Suka saya untuk mendengarkan sebuah track yang famous dari antara watak terpenting dalam sejarah Jazz muzik dunia iaitu John Coltrane. Dalam self-titled album ini, track pertamanya iaitu Giant Steps adalah sebuah track yang baik untuk mendengarkan stereo seperation seperti saxaphone, piano dan drum set. Swing pattern yang dimainkan dengan ride cymbals ini kedengaran sangt articulate dan penuh dengan clarity. Walaupun sax adalah instrument dominant dalam piece ini, tapi setiap hits pada ride cymbals yang sparkly sebegini dapat mencipta sebuah locking mechanism untuk double bass dan drum menghidupkan swing foundation yang kuat. FC3 berjaya menghidupkan “Jazz” dalam keseluruhan album ini dengan hanya mendengarkan clarity cymbals di track yang pertama ini sahaja.
Low-treble yang tanpa sebarang emphasis ini dapat mewarnai setiap cymbal & orchestra hits dalam track yang sibuk contohnya dalam track The Flight To Neverland album John WIilliams in Vienna. Brightness yang diterangi oleh high frequency FC3 ini secara keseluruhan berjaya menghidupkan dynamic mana-mana persembahan baik 4 pieces band ataupun full orchestra. Classical composition seperti masterpiece The Marriage of Figaro : Overture dapat dirasai dengan penuh airiness dan brilliance disamping mengekalkan kemanisan pada setiap notasi fast melody lines dalam track ini. Tangan saya dah banyak kali tanpa sedar tengah conducting my imagination orchestra setiap kali dengar track classical. Cewahh.
Untuk Siapa?
Secara jujurnya FC3 adalah sebuah DAC entry level yang layak dicadangkan kepada pelbagai lapisan pengguna. Akan tetapi saya merasakan ianya paling sesuai untuk golongan yang hardcore dalam portable music lover ataupun smartphone user. Dengan rekaan size yang kecil dan output power yang surprisingly powerful ini, saya seolah-olah membawa iFi combo Zen Can+ Zen Dac untuk melakukan aktiviti luar.
Dengan keupayaan untuk melakukan full unfolding MQA dan memberikan synergy yang hampir sama, saya boleh memberikan nafas lega apabila tidak perlu lagi mengusung iFi combo. Beza yang ketara hanyalah tiada gain switch, bass booster dan terhad pada single ended output sahaja.
Sebagai seorang yang full time working at home, saya tidak mempunyai DAP utama pada hari ini oleh kerana sentiasa dengan desktop audio setup di workstation. Oh ya, takde DAP pun takpe sebab Hiby FC3 dah layak dijadikan sebuah dac-to-go untuk dipadankan dengan smartphone saya untuk masa akan datang. (Hingga jumpa dac yang lebih superior 😀 )
Ulasan dan Bintang
Tidak dinafikan dongle dac tumbuh seperti cendawan selepas hujan dalam market pada kebelakangan ini. Setiap minggu ada saja brand yang keluarkan dongle dac kaya dengan features dan tarikan tersendiri. Sedangkan nama yang besar seperti Astell & Kern juga tunduk dengan permintaan Dongle DAC dalam market dan berjaya menghasilkan produk mereka pada harga yang sangat competitive. Kudos pada Hiby kerana mengambil peluang ini untuk menciptakan sebuah produk yang simple dan efficient. Pada harga yang ditawarkan, saya agak serba salah untuk menyenaraikan segala kekurangan dan keburukan pada produk Hiby ini. Namun tanpa ada sebarang kekurangan utama dari segi output implementation, suka saya memberikan full marks pada Hiby FC3 dengan harapan supaya ianya dijadikan inspirasi oleh branding yang lain.
(5 / 5)