Hill Audio Altair RA (Refined Acoustic)

Salam sejahtera bros bros semua. Review kali ini adalah sejenis IEM yang dalam kategori kaki bass. Iaitu Altair RA (Refined Acoustic) dari Hill Audio. Review unit ni pun dibekalkan oleh Hill Audio juga, dan kami mengucapkan jutaan terimakasih. Ingat lagi review AudioMonsta pasal Altair yang lama dulu? Ya, Altair RA yang baru ni boleh dikatakan versi terbaru, berbaloi ke nak upgrade ke Altair RA kalau korang dah ada Altair yang lama dulu? bab tu kena la baca review ni sampai habis ye.

Apa pun ni spec untuk IEM Altair RA.

Transducer principle: dynamic driver
Transducer specs: 10mm with composite diaphragm
Frequency range: 20hz – 20khz
Impedance: 18Ohm
Sensitivity: 103dB
Connector type: MMCX
Cable length: 1.25M
Plug type: 3.5mm
With mic: YES

Altair RA ni datang dengan 2 cable, satu cable biasa yang ada Mic, satu lagi cable upgrade yang warna gold silver. Hill Audio kali ni hanya membekalkan kami dengan cable yang gold silver tu aje, tak ada cable biasa yang ada Mic tu, jadi review kali ni kami hanya guna cable gold silver tu je ye. Cable tu pun sangat cantik dan build kualiti pun sangat solid, kat sini ada video quick look IEM Altair RA ni dengan cable tu sekali.

List tracks yang aku guna untuk review.

1. Let’s Start From Here, Joanna Wong, FLAC 16-bit
2. Marisa, Dave’s True Story, FLAC 16-bit
3. Thinking Out Loud, Ed Sheeran, FLAC 16-bit
4. Stay With Me [Darkchild Version], Sam Smith, FLAC 16-bit
5. Stars, Olivia Ong, FLAC 16-bit
6. Hotel California, Eagles, DSD
7. June Afternoon, Roxette, FLAC 16-bit
8. Warisan Wanita Terakhir, Teache’s Pet, FLAC 16-bit
9. Desperado, Desperado, FLAC 16-bit
10. The Power of Love, Celine Dion, FLAC 16-bit

Harga dan kat mana boleh beli
Macam biasa Altair RA ni adalah keluaran Hill Audio, jadi korang hanya boleh beli dengan Hill Audio atau seller yang bernaung bawah dia je. Harga IEM ni adalah RM155, boleh add cart atau terus beli kat SINI.

Macam mana dia punya soundstage
Macam semua orang tahu, IEM ni adalah untuk kaki bass, tapi kali ni Altair RA ada sedikit kelainan, bass dia besar tapi tak sebesar original Altair dulu, dan bass dia kali ni sedikit refined. Bass dia bunyi sedikit warm, mungkin sebab material dalaman dia yang menggunakan logam “Brass”, yang nampak macam gold tu tapi sebenarnya campuran copper, zinc dan beberapa logam lain.

Macam mana dia punya bass (Low)
Macam biasa lakan, Altair RA ni memang bass punya iem, kekuatan dia memang kat sini, cumanya bass kali ni agak sedikit kurang berbanding dengan Altair original. Mungkin sebab material lain, tapi IEM ni masih lagi ada bass yang besar, tuff tuff tuff bab kata Daoh. Disebabkan ini lah aku rasa bunyi bass dan mid bass dia balance sikit antara satu sama lain. Aku pun tak pasti, first time aku dengar IEM yang guna logam Brass ni.

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Mid dan vokal kat IEM ni sangat sangat sangat warm, warm dimana-mana, hehehe. Memang kat IEM ni ada kelainan sikit, selain sangat warm, dia punya signature tu agak bright tapi tak terlalu bright gila-gila. Untuk lagu-lagu yang ada petikan gitar akustik memang sedap bunyi dia. Suara/vokal pulak jelas sebab signature dia agak bright sikit, campur ada bunyi-bunyi sweet dan manis, syok juga la dengar.

Macam mana dia punya treble (High)
Treble atau high takde la tinggi sangat, expected la kan untuk single DD IEM, treble masih ada dan masih jelas dan juga ada bunyi-bunyi warm, mungkin sebab macam aku cakap tadi, material cable dan Driver kat dalam tu yang guna material “Brass”.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Music instruments, separation dan layering kira boleh la kat IEM ni, nak kata bagus tak la juga, sebab ni single DD je kan jadi camtu je lah. Macam aku cakap, IEM ni memang fokus kat bass yang besar, instruments lain bunyi agak kebelakang dan vokal pun sama layer dengan instruments tu, bass dia besar dan rasa menyeluruh dari belakang sampai ke depan. Kedudukan vokal terasa agak jauh, mungkin sebab soundstage dia besar, umpama kita duduk di barisan tengah kat satu konsert. Tapi atas lagu juga lah, ada lagu membuatkan suara duduk dekat cuma masih terasa ada jarak dan ruang dia.

Tone bunyi
IEM ni agak V-Shaped, dengan basss besar dan mid/vokal dia warm, sweet dan sedikit bright, sikit je bright, tak sampai level harsh macam KZ ZSN. Dan disebabkan bunyi warm ini lah Altair RA ni agak unik dan sangat sedap untuk layan lagu-lagu jazz dan akustik. Bunyi gitar tu sedap kat IEM ni.

Perbandingan
Perbandingan dengan Altair Orginal – Dari rupa dan build, dua-dua IEM sama standard, memang cun dan padu. Dari segi sound memang ada kelainan sikit, Altair ori yang lama dulu sound dia tak warm dan sedikit dark dari Atair RA ni, jadi korang kena pilih la nak sound yang macam mana (atau angkat je 2 2 versi). Dari segi quantiti bass aku rasa Altair original lagi padu sikit bass dia. Mungkin sebab Altair RA ni guna material brass yang lain dari Altair original tu, sound dia yang bunyi warm dan sweet tu mungkin membuatkan bunyi bass tenggelam sikit, tapi masih lagi bassy nak mampus ye, atau mungkin juga sebab dia guna cable silver gold tu yang mana silver punya cable kasi besarkan soundstage dan bass terasa jauh sedikit menjadikan kuantiti bass tu kita dengar sedikit kurang.

Perbandingan dengan MDK-ESS 3D Faith MD01X – Ok, 3D Faith lagi dark sikit, maknanya treble tak menyerlah sangat kalau dibandingkan dengan Altair RA ni. Tapi dari segi comfort aku lagi suka 3D faith, tak rasa apa-apa masa pakai. 3D faith menang untuk comfort.

Perbandingan dengan DZAT DF-10 Mapple Wood – DZAT DF-10 punya sound memang dah lain pasal material body dia kayu, dan treble dia tak tinggi dan menyerlah macam Altair RA. Aku boleh katakan sound DZAT DF-10 mapple wood warna putih ni lagi natural dan balance.

Untuk Siapa?
Tone bunyi macam ni bagi aku sesuai untuk gaming kot, pasal mid dan vokal dia bunyi warm dan sweet. Overall bunyi dia bright sikit, sikit je dan mungkin sesuai nak dengar bunyi percakapan dalam game. Untuk yang layan lagu-lagu yang ada banyak bunyi gitar pun ok jugak, tone sweet kat iem ni buat bunyi gitar dan mid agak menyerlah.

Packaging
Altair RA ni datang dengan cable yang bagus, pulak dia bagi cable extra yang ada mic, tapi sound signature dia aku rasa berlainan sikit lah dengan cable yang silver gold tu.

Sedikit gambar untuk tantapan.

Ulasan dan Bintang
Jadi, Berbaloi ke nak upgrade ke Altair RA ni kalau korang dah ada Altair yang lama? Aku nak rekemen pun tak pasti pasal sound dia memang lain, takyah upgrade, beli je yang ni buat tambah koleksi… hehehe. Untuk range harga macam ni, Altair RA ni aku boleh rekemen untuk mereka yang mencari IEM budget yang sangat warm dan sedikit bright (tapi tak terlalu nyaring treble dia), juga body IEM yang semacam custom IEM, transparent dan nampak isi-isi dalam, memang lawa dan padu habis. Orang akan ingat kita pakai IEM yang harga RM500 atau RM1000 ke atas sebab build kualiti dan rupa paras dia sangat mantap. Kalau ikutkan lah, sound signature Altair RA ni memang ramai yang suka, lebih lagi untuk mereka yang baru nak mula atau nak upgrade earphone/iem cikai-cikai biasa yang dorang ada tu. Altair RA boleh jadi satu permulaan untuk perjalanan audiophile korang.

Kak Nora kali ni kasi Altair RA ni 4.5 bintang! bravo bravo!

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta