Hill Audio S8

Ok, Hillaudio S8, aku akan panggil S8 je dalam review ni, bukan samsung S8 tu, tapi IEM HillAudio S8 ni la. IEM dari brand jenama tempatan kita, dari company bernama Hill Audio yang beroperasi di Sg Petani, Kedah, Malaysia. Sejak aku ceburi bidang terjun testing barang-barang portable audiophile ni, tak pernah aku jumpa local company yang keluarkan IEM jenama sendiri kecuali custom IEM atau CIEM.

Bawah ni sedikit info dan spec pasal S8 ni.

Hybrid Transducer principle: 1DD + 2BA
Transducer specs: 10mm DD + Custom AMT dual BA
Frequency range: 20hz – 20khz
Impedance: 16Ohm
Sensitivity: 100 +/- 1
dB Rated power: 1mW
THD: < 2%
Cable length: 1.2M
Connection profile: MMCX
Plug type: 3.5mm TRS
With mic: NO

Aku tak ada apa-apa expectation pun pasal S8 ni, dan ramai antara geng-geng Audio Monsta dah beli dan pakai IEM S8 ni sebelum dapat kat aku, dan semua bagi feedback yang sangat positif. Situ lah sedikit sebanyak racun S8 ni merebak sampai angkat juga S8 ni satu. Hill Audio pulak bagi service terbaik, postage sangat laju gila sampai kalah DHL service, memang terbaik bossku!!

Satu lagi yang aku tertarik dengan S8 ni, dia ada 3 jenis filter yang boleh tukar-tukar. Setiap filter akan mengubah sound signature dan boleh pilih yang mana paling ngam dengan selera korang. Filter yang dah sedia pasang kat S8 tu adalah filter warna biru, filter ni adalah filter balance, antara bass dan treble. Filter warna hitam pulak untuk treble boost dan filter warna silver untuk bass boost.

Macam biasa, aku test IEM ni guna 2 source player. “Sony Walkman ZX100 + Sony PHA-2A Portable Amp/DAC” dan “Honor Play” smartphone.

Ini list tracks aku guna kat Sony Walkman ZX100.

1. Patah Seribu, Shila Amzah, FLAC 16-bit
2. Cinta Muka Buku, Najwa Latif, FLAC 16-bit
3. Stars, Olivia Ong, FLAC 16-bit
4. Luka, Olivia Ong, FLAC 16-bit
5. Ten Million Tears, Emi Fujita, FLAC 16-bit
6. I’m Alive, Celine Dion, FLAC 16-bit
7. It Stops Today, Colbie Caillat, FLAC 16-bit
8. Giraffe Blues, Freyja Solo, Macross Delta Anime, Hi-Res FLAC 24-BIT
9. How Do You Do?, Roxette, FLAC 16-bit
10. Dangerous, Roxette, FLAC 16-bit
11. Stay With Me Darkchild Edition, Sam Smith, FLAC 16-bit
12. It’s My Life, Bon Jovi, FLAC 16-bit
13. Kibou No Uta, Ultra Tower, Shokugeki no Soma Anime, FLAC 16-bit

Dan ini pula tracks yang aku guna dalam Honor Play smartphone.

1. If We Wait, Stevie McCrorie, Tidal Master
2. True Colors, Olivia Ong, Tidal Hi-Fi
3. Hello, Adele, Tidal Hi-Fi
4. Another One Bites The Dust – Remastered, Queen, Tidal Hi-Fi

Harga dan kat mana boleh beli
Part ni korang jangan buang masa cari kat kedai-kedai audio lain. S8 ni Hill Audio je ada jual pasal ni jenama dia, anak tempatan punya barang ni dan memang barang baik, sauk sauk saukkk… boleh terus klik link shopee dia kat Sini.

** Updated 12 Jun 2019 – Shopee digitaljokermy (Re-seller Hill Audio) juga ada jual IEM ni, boleh usha kat Sini.

Macam mana dia punya soundstage
Kekuatan S8 adalah kat sini, soundstage dia besar, rasa macam kat concert atau stage live show. Vokal penyanyi boleh dengar duduk dalam 2 atau 3 meter dari kita, dan instruments kat belakang dia. Details suara vokal dan instruments pun boleh dengar walaupun jauh.

Apa kata geng-geng S8 yang lain.

“Soundstage untuk S8 ni bagi aku tak terlalu besar atau sempit. Yang nyata aku dapat rasa mcm atas stage. Sesekali aku dpt dengar instrument yang dimainkan berada di atas kepala sebelah kiri dan kadang-kadang sebelah kanan. Awesome!” – amirules77

“Ya.. soundstage untuk S8 ni mmg wide mcm maui cakap.. walaupun aku jenis tak suka soundstage wide, tapi dekat S8 ni aku boleh terima sebab S8 boleh pickup detail instruments dengan jelas.” – Deedit

“S8 adalah IEM yang menghasilkan soundstage yang cukup luas namun tidak terlalu besar.. bayangkan anda mendengar persembahan disebuah pentas sederhana besar di mana seperation.. antara vokalis.. musician dan penyanyi-penyanyi backup dapat didengar dengan jelas namun harmoni.” – Che Ezi

Macam mana dia punya bass (Low)
Bass untuk S8 ni sedap, punchy dan deep, juga ade weight dia, tapi takde la besar macam dual dynamic driver configuration. Mid bass agak susah nak sampai ke puncak tapi masih sedap, mungkin sebab sound tuning dia agak v-shape. Ramai orang prefer macam ni pasal boleh layan lagu releks-releks dan santai-santai. Bass dia boleh extent jauh dan hampir tak ada roll-out. Kaki bass boleh juga la nak layan tapi untuk bagi puas hati tu aku tak sure. Bila aku cuba bass boost filter yang dia bagi tu, memang boleh rasa bass dia sebab dia cut sikit treble/high. Dalam filter warna silver yang bass tu, nampak macam ada sponge yang tebal untuk buat tapisan bunyi.

“Bass untuk S8 ni bagi aku agak accurate dan punchy. Untuk penggemar muzik keras macam aku memang penting sangat nak dengar bunyi ketukan drum terutama sekali mainan double pedal. Sub-bass untuk S8 ni cukup sifat dia ibarat ko letak subwoofer kat dalam telinga, haha.” – amirules77

“Pada aku bass S8 cukup..sebab aku bukan basshead.. kahkahkah.” – Deedit

“Aku bukan seorang basshead.. S8 menghasilkan bunyi bass yang cukup garam dan gulanya.. tidak terlalu ekstrem.” – Che Ezi

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vokal penyanyi clear, warm dan sweet-sweet sikit macam Sweet Qismina hehehe, nak nak suara wanita macam Adele, Olivia Ong, Shila Hamzah dan lain-lain. Vokal memang duduk tengah-tengah dan semua note rendah ke note tinggi ke semua boleh dengar jelas. Dorang tarik nafas pun boleh dengar angin masuk dalam mulut tu, nasib telinga aku tak dengar bunyi air liur dorang je… hahahaha. S8 punya mid ni agak tune down macam v-shape sikit, kira ok la takde la harsh sangat kalau dengar suara wanita tarik note tinggi.

“Di dalam track Aku Yang Tersakiti nyanyian Judika aku dapat dengar dengan jelas lontaran suara dia, sangat jelas. Crispy bak rendang ayam. Untuk vocal perempuan pulak suara Adele di dalam lagu Rolling In The Deep sangat nyaring tetapi bukanlah sampai sakit telinga. Suara dia ibarat menusuk jiwa gitu. Mids bagi aku sesedap rasa. Aku dapat dengar jelas mainan rhythm guitar Tom Morello yang sangat energetic tanpa sakitkan telinga. Bagi aku mids dan vocals utk S8 ni berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.” – amirules77

“Dekat vokal, aku cukup puas ati.. sebab note tinggi tu tak mencucuk gegendang telinga aku..” – Deedit

“Penghasilan bunyi vokal yang jelas dan menonjol.”  – Che Ezi

Macam mana dia punya treble (High)
Part ni aku suka, treble dan high kat S8 ni jelas dan boleh extent agak jauh dan ada sweet-sweet manis-manis sikit. Ketukan cymbal tu sebijik2 boleh dengar dan walaupun tinggi treble dia tapi tak bingit dan tak ada sibilant. Ni aku guna filter silver yang bass boost tu, jadi dia memang cut treble tapi masih banyak dan cukup bagi aku. Kalau yang suka treble banyak boleh je tukar guna filter biru yang agak balance dan juga filter hitam yang memang boost da buka semua treble.

“Treble untuk S8 sangat-sangat sedap. Dia cukup puas untuk dengar bunyi cymbal atau riff guitar yg berat tapi belum mencapai tahap sibilant yakni yang sakitkan telinga” – amirules77

“Treble dia memang ngam dengan teliga aku.. tak macam iem lain yang aku penah cuba.. kebanyakan bingit dan sakit jiwa wooo dengaq” – Deedit

“Register tinggi yang dihasilkan tidak menyakitkan telinga.” – Ezi

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Macam aku cakap kat atas tadi, kedudukan vokal duduk jauh sikit dan instruments kat belakang dia kecuali gitar dan micro details lain-lain kat tepi kita. Bahagian-bahagian lain yang bunyi kiri atau kanan memang kat tempat dia dan kita boleh bezakan satu2 instrument tu duduk kat mana.

Tone bunyi
Bunyi S8 ni bagi aku warm dan sweet, bunyi yang sangat laid back dan sangat releks. Tak perlu nak fokus pada setiap instruments dan boleh enjoy lagu tu secara keseluruhan.

** Update 19 Jun 2019 – Ni sound graph untuk Hill Audio S8, petikan dari forum head-fi

“Untuk sound separation aku suka syorkan korang untuk dengar track dari John Mayer iaitu Waiting On The World to Change Live at Los Angeles. Di permulaan lagu korang akan dapat mendengar ketukan drum dan 10 saat kemudian akan kedengran suara John Mayer seperti berada di hadapan permain drum tersebut dan diikuti dengan bunyi guitar dari sebelah kanan. Sangat jelas bunyi instruments dalam track ni.” – amirules77

“Sound separation S8 mmg terbaik.. instruments memang jelas.” – Deedit

“Kita dapat bezakan satu persatau instrumen yang terhasil, namun masih mengekalkan harmoni keseluruhan.” – Che Ezi

Untuk Siapa?
S8 ni aku boleh letak sangat sesuai untuk semua orang, pasal dia boleh drive hampir semua genre lagu dengan baik. Dan juga untuk korang yang budget kurang tapi nakkan sound yang mantap macam IEM yang harga RM500 keatas, S8 ni memang boleh sangat la.

Packaging

Ulasan dan Bintang
Bagi aku S8 ni sangat berbaloi, sound kualiti dia sangat bagus dengan range harga RM200 lebih. Pulak datang dengan 3 filter yang berbeza yang boleh ubah sound signature, jadi korang boleh tukar-tukar untuk dapatkan sound yang paling ngam. Body S8 ni pulak diperbuat dari polished aluminium, kalau ketuk sesama dia bunyi macam batu atau guli wo, sangat nice. Cume nozzle S8 ni agak pendek, jadi korang kena la guna eartips yang bersaiz besar sikit kalau nak ngam isolation dia. Kak Nora sangat teruja dan bagi 5 bintang untuk Hill Audio S8. Syabas!

“Kesimpulannya untuk harga yang korang bayar memang ibarat membeli jenama IEM yang mahal dengan harga yang sangat rendah. Berbaloi!” – amirules77

“Untuk harga 200++ aku boleh jamin siapa yang beli tak kan sakit ati…dan korang akan rasa berbaloi sangat-sangat.. aku bagi 5 bintang dekat S8.” – Deedit

“Sangat solid, ringan dan berbaloi untuk wang anda.. jika anda baru bermula mahu menjadi seorang audiophile memilik S8 tidak akan mengecewakan anda.” – Che Ezi

“Definitely balanced, big soundstage, customizable filter and durable shell.” – Fyxe Hexyz (Facebook)

“S8 silver filter nie padu dapat hit certain bass note yg aku nak dengar sangat2, betul2 terbaik.” – Bad

“HillAudia S8, the best sounding details iem dlm ketegori bajet bawah rm250.” – Sudir

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta