HillAudio ALTAIR Custom-Grade Hifi In-Ear Earphone

Baru-baru ini HillAudio syarikat yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah telah melancarkan IEM mereka yang terbaru iaitu Altair. IEM mereka yang terdahulu iaitu S8 Hybrid yang pernah diulas oleh kami tidak lama dulu dan kami memang betul-betul menyukai S8 Hybrid. Disebabkan itu kami teruja untuk mendengar Altair yang hanya menggunakan Single Dynamic Driver. Jadi persoalannya sekarang adakah Altair mampu mengulangi kenikmatan halwa telinga seperti abangnya iaitu S8 Hybrid, atau hanya berlindung di sebalik kemasyuran abangnya ? Haha mari kita sama-sama rungkaikan.

Untuk review ini, HillAudio sendiri membekalkan kami dengan Altair IEM. Jutaan terimakasih kepada Vincent dari Hill Audio kerana mempercayai AudioMonsta untuk mengulas produk terbaru mereka.

Okay sekarang mari kita berkenalan dengan Altair ni.  Altair ni menggunakan 10mm dynamic driver dan menurut Hill Audio di laman Shopee rasmi mereka, Altair telah dituning untuk dengan penuh teliti dan akan menghasilkan secara akoustiknya bunyi yang lebih padu dan sedap di dengar.

Frequency Range Altair pula adalah 20hz – 20khz dan membolehkan korang untuk mendengar bunyi low dan sub-bass yang padu. Impedance pula hanya 17ohm dan Sensitivity mencapai 102db membolehkan Altair mudah untuk dipandu oleh smartphone korang. Haha.

Sekiranya korang nak menukar kepada kabel yang lebih baik, Altair membolehkan kabel diganti. Altair hadir dengan empat warna pilihan iaitu Crystal Clear, Violet Pink, Red+Blue dan Mystic Cyan.

Dibawah ini aku sertakan spec untuk Altair untuk memudahkan cerita:

Brand: Hill Audio
Model: Altair
Transducer principle: Single dynamic driver
Transducer specs: 10mm
Frequency range: 20hz – 20khz
Impedance: 17ohm
Sensitivity: 102dB
Connector type: MMCX Plug type: 3.5mm TRS
Cable length: 1.2M
With mic: Optional

Untuk tujuan ulasan kali ni aku menggunakan peralatan dibawah.

Source : Sony Walkman NW-A55

Tracks :

1. Another One Bites The Dust – Queen – DSD 24-bit (Hi-Res)
2. Perfect – Ed Sheeran – FLAC 24-bit (Hi-Res)
3. Cry Baby – Janis Joplin – FLAC 16-bit
4. Blood Sugar Sex Magik – Red Hot Chili Peppers – FLAC 24-bit (Hi-Res)
5. Creep- Radiohead – FLAC 24-bit (Hi-Res)
6. Cochise – Audioslave – FLAC 16-bit
7. Chain Of Misery – Iron Maiden – FLAC 24-bit (Hi-Res)
8. Papa Was A Rolling Stone – The Tempations – FLAC 16-bit

Harga dan kat mana boleh beli
Korang boleh dapatkan Altair ni di Shopee HillAudio di sini. Harga yang dijual adalah RM149/seunit dan boleh dibeli serendah RM118 bergantung kepada promosi oleh Hill Audio.

Macam mana dia punya soundstage
Soundstage bagi aku hanya sederhana besarnya. Ketika mendengar lagu Perfect aku dapat rasakan Ed Sheeran sedang duduk bermain piano depan aku dan ianya bagaikan berada di konsert beliau. Haha.

Macam mana dia punya bass (Lows)
Bass bagi aku adalah salah satu kekuatan yang ada pada Altair. Bunyi bassnya thumpy malahan punchy dan tidak ada bleeding. Syabas kepada Hill Audio kerana tidak hanya mengisi bass yang kosong tetapi sangat mengasyikkan.

“Bass kat Altair ni besar dan berat, macam ada sub-woofer kat dalam dia.” – Maui Stark

Macam mana dia punya vokal (Mids)
Vokal bagi aku sangat jelas dan lantang namun tidak menyebabkan sibilant.

Macam mana dia punya treble (Highs)
Untuk highs aku suka ambil contoh dari lagu Creep. Ada satu bahagian dalam lagu di mana korang akan mendengar bunyi riff gitar yang kasar. Selalunya ianya akan kedengaran bingit tetapi tidak pada Altair. Bunyi riff gitar tersebut begitu sedap didengar.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Separation bagi aku sangat baik. Aku dapat dengar jelas suara mendiang Chris Cornel di belakang mainan gitar Tom Morello dan ketukan drum serta bass line yang mengiringi mereka di dalam lagu Cochise.

Tone bunyi
Tone bunyi untuk aku adalah balance. Ianya tidak Bright dan tidak Dark. Sedang-sedang saja.

Perbandingan
Untuk ulasan kali ini aku ada membandingkan Altair dengan satu lagi IEM dari Hill Audio yang juga menggunakan Single Driver iaitu MDK-ESS MD01x Custom-Grade Dual-Dynamic IEM. Kedua-dua IEM ini mempunya persamaan dari segi kekuatan bass iaitu bass yang sangat kuat. Apa yang membezakan antara Altair dan MDK-ESS adalah Altair mempunya kekuatan dari segi akoustik bunyi. Walaupun mempunyai bass yang kuat namun kita masih boleh mendengar bunyi vocal yang lantang dan riff guitar yang garang dan ketukan drum yang padu.

Untuk Siapa?
Altair ini bagi aku sesuai untuk mereka yang memerlukan loudness level yang tinggi dan bass head terutamanya.

Packaging

1 x HillAudio pouch
1 x HillAudio Altair + 6-core OFC cable (mic / no mic)
3 pairs silicon eartips (s/m/l)
2 pairs memory foam eartips (s/m)

 

Ulasan dan Bintang
Altair merupakan IEM yang cantik bentuk binaannya dan sangat selesa untuk dipakai. Rekaan bentuk Shell pada Altair setanding dengan Neoaudio EK5 5-Driver Semi-Custom IEM yang berharga jauh lebih mahal. Quality audio pada Altair boleh dikatakan sederhana namun masih memuaskan.

Model ini sesuai untuk semua jenis muzik tak kira rock, pop, hip-hop mahu pun zapin.
Untuk mengakhiri ulasan kali ini, Nora kasi 4.5 bintang!!

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

 

“IEM Altair ni bagi aku sesuai untuk kaki bass dan IEM ni sangat-sangat comfort dalam telinga. Mungkin sesuai untuk yang nak bersukan, gym, cycling atau bikers. Dari segi build quality memang cun, mantap dan solid kalau compare dengan MDK-ESS 3D Faith. Package yang datang pun bagus, cable ada mic dan boleh buat gaming, semua ni dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau diberi pilihan antara MDK-ESS 3D Faith dan HillAudio Altair ni, aku akan pilih Altair.” – Maui Stark

“Body IEM yang nampak macam custom dan mahal tapi sebenarnya boleh dapat dengan harga yang murah. Ringan dan boleh pakai lama-lama. Sound dia bagi aku sesuai untuk telinga yang sukakan bass jenis subwoofer, jenis besar tuf tuf tuf bunyinya. Background vocal boleh degar dengan jelas macam duduk ngam-ngam depan kita. Tone bunyi jenis warm yang buat kita rasa nak joget bila dengar lagu budak flat dan langsung tak ada bunyi bingit. Semua jenis lagu dia boleh bawak termasuk dangdut memori daun pisang.” – Daoh Booter.

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta