Kamus Audio : Pengenalan

Memahami sembang-sembang penggila audiophile.. Satu Pengenalan
Bila korang sampai dan mula baca kandungan site Audiomonsta, aku yakin sebenarnya korang dah ada dan mula wujud rasa keinginan atau minat untuk mendalami arena audiophile dengan lebih mendalam. Tapi selalunya budak-budak baru akan ternganga dan tergaru-garu kepala yang tak gatal bila cuba memahami apabenda yang diborakkan oleh geng-geng otai audiophile bila bersembang. Sembang depa semua kencang…racun depa bisa… hardware depa buat korang berpinar mata… kalau cuba dengar lagu dari player depa korang rasa macam nak pergi kedai beli apa yang diorang ada!
Sabar…sabar…Jangan risau! Artikel ini akan bagi jumpstart untuk korang dengan penuh konfidennya duduk disebelah otai audiophile tanpa segan silu kerana selepas habis baca artikel pendek ni korang juga boleh bicara bahasa mereka dengan penuh pemahaman.
Pertamanya ada baiknya kita bincang pasal dulu pasal BASS, MIDRANGE dan TREBLE. Ini ada sedikit teknikal tapi jangan risau, selagi korang lepas darjah 6, korang amish boleh faham apa yang aku nak cakap ni :). Kita boleh pecahkan bunyi kepada 3 kategori yang paling besar:
  1. BASS: Bass ni secara umumnya adalah frekuensi suara di antara 60Hz dan 250Hz, manakala Sub Bass adalah frekkuensi suara di antara 60Hz ke 80Hz. Secara orang kampungnya BASS ni adalah frekuensi atau bunyi yang terendah manusia boleh dengari bagaikan orang berdehem dengan mengawal pengeluaran angin di dada depa.
  2. MID RANGE (MIDS): Adalah frekuensi suara antara 250Hz sehingga 6kHz (6000Hz), dan ia juga dibahagikan kepada kelompok HIGH MIDRANGE atau kekadang orang panggil UPPER MIDRANGE yang mana frekuensi bunyi antara 2kHz hingga ke 6kHz serta LOW MIDRANGE/LOW MIDS
  3. TREBLE: Bunyi frekuensi tertinggi untuk suara dan bunyian. Kekadang dipanggil HIGHS yang mana frekuensi yang diketegorikan sebagai HIGHS ni adalah di atas julat MIDS iaitu 6000Hz/6kHz.
OK selepas ni kita lihat pula cara kita nak terangkan dan jelaskan mengenai karakter bunyi atau suara yang kita dengari:
  1. DARK (Kelam/Malap): Karakter bunyi yang lemah di sudut register TREBLE. Tetapi haru di ingat sifat DARK ini tidak semestinya mempunyai unsur BASS yang melimpah, kerana adakalanya sesebuah IEM atau headset itu dikategorikan bersifat DARK walau unsur BASS yang dikeluarkan agak lemah.
  2. BRIGHT (CERAH): Lawan kepada DARK. Bermaksud sifat bunyi dan suaranya sangat berat pada unsur TREBLE dan UPPER MIDRANGE.
  3. FLAT: Semua unsur bunyi dipersembahkan secara saksama ataupun RATA (sebab tu dipanggil FLAT.. macam Flat Earth :P). SIfat bunyi flat ini biasanya adalah bunyi asli dihasilkan semasa rakaman.
  4. V-SHAPED: Menonjolkan karakter TREBLE dan BASS namun kurang pada sisi MIDRANGE.
  5. WARM (HANGAT): Untuk sifat WARM ini bunyi dan suara yang dihasilkan oleh IEM atau headset jelas memberikan keceriaan dan tidak meletihkan telinga. Karakter WARM selalunya terhasil dari gabungan MIDRANGE dan BASS yang serasi dan harmoni.
  6. COLD: Bertentangan dengan sifat WARM.Sangat nipis pada BASS dan MIDRANGE namun ketara dan tebal pada TREBLE.
  7. MONITORING: Sifat yang digunakan untuk menggambarkan sebuah IEM/Headset yang sangat jitu(precise) dan terperinci(detail), selalunya digunakan untuk proses rakaman bunyi.
  8. COLOURED: Output dari source telah “diwarnai” atau telah ditambah perencah mengikut tuning atau setting dari headphone/iem/DAP/DAC/Amplifier.
  9. UNCOLOURED: Lawan kepada COLOURED, bermakna bunyi yang didengari adalah bunyi sejati dari rakaman asli tanpa ada penambahbaikan atau perencah dari setting2 peralatan audio.
  10. ECHOEY: Sifat bunyi yang bergema dan bergaung, tidak baik disebabkan setup atau akustik yang buruk.
  11. BALANCE: Biasanya menggambarkan cara headset/iem di tune oleh pengeluar. Sebagai contoh iem/headset yang mempunyai BALANCE yang sempurna akan memperlihatkan keseimbangan dan keharmonian dari segi pengeluaran bunyi MIDRANGE, TREBLE dan BASS.
  12. CLEAR: Impresi bagi suara dan bunyi yang bersih jelas nyata dan bunyi-bunyian kecil juga dapat didengari.
  13. MUDDY: Lawan untuk CLEAR di mana suara atau bunyi yang kedengaran sangat keruh dan “berlumpur”.
  14. OPEN(BEBAS): Suara seakan bebas lepas tanpa ada rasa sekatan, Ianya bagai kita mendengar suara atau bunyi di alam nyata tanpa menggunakan IEM atau Headset.
  15. VEILED(DISEBALIK TABIR): Lawan OPEN, perasaan pendengar bagai bunyi dan suara yang dihasilkan tidak lepas bebas, terlalu dikawal atau bagaikan disebalik tabir menyebabkan kita rasa terhalang untuk mendengar dengan jelas.
Cukup lah kot untuk bahagian pertama siri pengenalan ini. Sebelum tu aku lupa nak terangkan apa itu DAP dan DAC kerana ini juga seringkali menjadi buah mulut dikalangan audiophile dalam sesi ngeteh mereka.
  1. DAP: Digital Audio Player ianya boleh digunakan untuk semua perkakasan/hardware yang mampu untuk play audio file dalam bentuk digital. Kekadang orang kampung panggil MP3 player ataupun Portable Music Player.
  2. DAC: Digital to Analog Converter, adalah perkakasan yang boleh convert file muzik digital (yang dalam bentuk signal 1 dan 0) kepada bentuk bunyi analog yang mana kita boleh amplify(perkuatkan) lagi output dia untuk kesedapan pendengaran kita.
Baiklah Che Ezi nak berundur dulu. Cukup untuk pertemuan pertama ini, moga bermanfaat untuk korang yang baru mula menjengah alam audiophile di Malaysia. Nanti kita tambah lagi terma-terma yang biasa dikeluarkan oleh geng-geng ni.
Muzik Didengar Enak Di Telinga,
Hasil gabungan DAP DAC dan IEM yang selesa,
Moga terus gigih meneroka,
Di website AudioMonsta jadi sumber rujukan utama.

AudioMonsta