KBEAR KS2 – KENAPA BELI YANG LAIN? Hybrid Paling Padu Bawah RM100?? (SPONSORED BY HILLAUDIO)

KBEAR telah berjaya dikenali oleh sebilangan besar budget audiophile dan audio enthusiast pada masa kini. Tahun 2020 sekali lagi digemparkan dengan bunyi-bunyian hasil dari produk terbaru KBEAR iaitu KS2 yang baru sahaja di keluarkan dan rata-rata hari ini kita boleh membaca ulasan dan video di youtube untuk kupasan info tentang produk baru KBEAR ini.

Kali ini saya dibekalkan oleh Hill Audio sebuah KS2 berwarna hijau bersama mic dan spesifikasi nya adalah seperti berikut :

Model: KBEAR KS2
Headphone type: In-ear headphones
Headphone output source: HiFi
Sensitivity: 106dB ±3dB
Cell Impedance: 16Ω
Frequency response range: 20-20kHz
Pin Type: 0.78mm
Plug diameter: 3.5mm
Plug type: L curved
Line length: 120 ± 5 cm
Wired or wireless headset: Wired headset
Color: Black / Green
Voice principle: 1 dynamic driver + 1 Balanced Armature
Suitable style type music: Classical, rock, pop and so on

 

Packaging

Kat sini saya sertakan video pendek saya membuat unboxing untuk Kbear KS2. Jangan lupa subscribe channel dan Like video saya yea. KS2 datang dengan sebuah kotak yang straight forward seperti kebanyakkan chifi iem yang lain. Kotak dia lebih simple dari KB04 sebelum ni yang datang dengan pelapik span hitam yang lebih cantik, mungkin sebab harga dia pun rendah lagi kan.

Aksesori –

  • 2 head unit KS2 siap pasang eartips ( L / R )
  • 3 pasang silicone eartips ( S / M / L )
  • Cable berserta microphone
  • Kertas Manual

Cable yang datang kali ni lebih similar dengan kebanyakkan cable dari KZ iaitu 4-core high purity OFC berwarna brown dan plug 3.5mm dia menggunakan plug L-Shaped. (sila rujuk video) Saya lebih suka cable ni berbanding cable KB04 yang berwarna hitam sebab saya rasa cable ni lebih kurang microphonics effect (hampir tiada). Cable dia bersifat lembut dan tidak keras, mungkin sangat nipis tapi saya lebih prefer binaan cable yang macam ni berbanding cable yang tebal dan berat.

Keselesaan & Rekabentuk

Earphone KS2 ni adalah sangat ringan dan sangat selesa di telinga. Body shell diperbuat oleh resin dan mempunyai nozzle yang berwarna gold, saya rasa material nozzle dia macam aluminium alloy ke apa saya tak pasti.  Dengan design yang lebih ergonomic, KS2 boleh dipakai untuk jangka masa lama tanpa membuatkan luaran telinga kita berasa sakit atau ear fatigue. Untuk keselesaan semasa baring adalah tidak selesa sama sekali ya, saya cadangkan jangan pakai sambil tidur takut rosak shell dia nanti. Saya sangat rekemen pada siapa yang nak pakai iem yang ringan-ringan boleh cuba earphone ni. Design dan berat dia lebih kurang sama dengan KZ ZST Pro. Saya menggunakan eartips size yang paling besar sebab yang lain macam tak selesa dan tak dapat isolation yang baik.

No photo description available.

Harga dan kat mana boleh beli

KBEAR KS2 boleh dibeli di rata-rata tempat sama ada Shopee, AliExpress dan lain- lain. Tapi untuk mendapatkan servis dan postage yang cepat dan TERBAIK, boleh terus beli dari kita punya Local Seller iaitu Hill Audio.

Untuk ke page pembelian boleh terus Tekan Sini

HARGA untuk KBEAR KS2 ini adalah dalam lingkungan RM100 ke RM110 tanpa promosi. Harga promosi pada hari ini 18 July 2020 di kedai Hill Audio adalah pada RM99.

Sumber Audio & Senarai Lagu
Saya mengunakan Tidal di smartphone sebagai sumber audio dan USB Dac Type C ALC5686 32-bit yang boleh support HiRes file format.

Wah syoknya tak payah beli DAP mahal-mahal pun dah boleh layan Hi-Res? Guna smartphone je?

Boleh beli dengan harga yang tak masuk akal punya murah di sini > TEKAN SINI

Saya menggunakan album-album berikut semasa ujian pendengaran ini :

  1. Songs In The Key of Life 1976
  2. DELAPAN 2015
  3. Led Zeppelin III 1970
  4. Swimming 2018
  5. The Bodyguard 1992
  6. Live After Death Re-released 2014

Dan beberapa movies soundtrack yang saya akan tulis dalam ulasan untuk tujuan rujukan.

Macam mana dia punya soundstage
Kalau ada 1 benda yang paling baik dalam KS2 ni adalah soundstage. Apa itu soundstage? Kalau dalam dunia hifi, soundstage boleh dipengaruhi oleh kedudukan speaker dan jarak antara speaker dan pendengar. (maaf kalau silap tuan-tuan hifi) Tapi pada headfi, soundstage yang jelas dan baik boleh dipengaruhi oleh tuning iem atau headphone itu sendiri. Eartips dan earpads yang baik akan lebih mempengaruhi keberkesanan soundstage itu sendiri. Berbalik pada KS2, out of the box terus ke telinga saya dan the first thing yang saya noticed adalah soundstage yang luas dan besar in every possible ways. Tinggi, panjang, dalam, sebut saja, memang ada pada KS2. Ini membuatkan ia adalah sebuah iem yang bagus untuk dengar track yang live. Contohnya saya dengar beberapa lagu dalam album Live After Death, tiga dimensi yang sangat puas hati dimana saya rasa macam berada di depan stage sambil boleh nampak band atas stage. Untuk sebuah soundtrack pula, saya guna track Duel of the Fates The London Symphony Orchestra, kali ni memang tak lawak, saya betul-betul ingat macam mana pengalaman berada dalam auditorium Malaysia Philharmonic Petronas dan boleh terbayang tangan conductor tengah jaga tempo. Bila saya buka soundtrack Rey’s Theme by John Williams, saya rasa bunyi strings section dia lebih baik dari bunyi brass instrument dan woodwind yang ada dalam track yang sama. Memang tidak dinafikan untuk full orchestra soundtrack kita akan dapat dengar keluasan stage yang sangat enormous.

Soundstage dalam satu perkataan : Unlimited

Macam mana dia punya bass (Low)
Bass kat KS2 ni boleh tahan wide dan besar tapi tidak lah deep macam pakai iem yang menggunakan size dynamic driver yang besar. Untuk lagu What’s The Use by Mac Miller, saya boleh dengar 4 strings bass yang jelas tone dia dan kick drum yang dapat bagi saya rasa soft punch yang cantik. Bass dia ni mempunyai karakter yang deep, punchy dan dikawal dengan baik walaupun mempunyai bass yang laju ataupun fast bass. Subbass adalah lebih baik pada midbass kerana ini adalah sebuah v-shaped tuning dan normal untuk v-shaped mempunyai elevated bass dan highs. Untuk lagu Kejujuran Hati dalam album DELAPAN, intro bass yang dimainkan adalah jelas tanpa ditengelamkan oleh subbass. Intro lagu ni adalah 20 saat yang saya selalu guna untuk membuat keputusan sama ada low frekuensi sesebuah iem itu adalah bloated atau jelas dan saya tahu jenis bass guitar yang diguna pakai oleh bassist Kerispatih, jadi saya sangat cam sound bass dia macam mana.

Bass dalam satu perkataan : Punchy

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Normal untuk sebuah v-shaped tuning earphone, bahagian lower mids berada dalam keadaan recessed dan ini membuatkan timbre untuk KS2 akan berbunyi tak real atau saya selalu sebut bunyi tipu. Macam yang saya katakan kat ruangan soundstage, strings intrument dengar macam real tapi untuk brass instrument saya rasa bunyi dia dah macam artificial sangat. Vocal kendengaran jauh sikit ibarat tenggelam dan tak cukup garam sebab kita dengar vocal ibarat suara dia tu tak direct ke muka kita dan ini adalah normal ya untuk v-shaped sounding. Female vocal kedengaran suara dia memandang ke arah lain sambil menyanyi, maksudnya tak jelas terus dari hadapan kita. Agak struggle sikit untuk focus dengan suara penyanyi perempuan. Suara lelaki pula ibarat tak real dan definasi yang saya boleh berikan adalah ibarat penyanyi tu menyanyi mengadap 3 inci dari dinding dan kita dengar suara dia yang di reflected dari dinding, not a clear vocal overall. Lower mids sememeangnya akan ada kekurangan untuk v-shaped tuning earphone tapi so far saya dengar bunyi guitar masih boleh diterima dan pada frekuensi 200Hz ke 500Hz jelas kedengaran ada kesan campuran atau bleeding antara bass dan lower mids.

Mid dalam satu perkataan : Average

Macam mana dia punya treble (High)
High frekuensi di KS2 adalah sangat diluar jangkaan. Pada mulanya saya buka volume perlahan sahaja sebab memang saya expect highs dia akan bagi saya sibilant atau harsh yang macam typical KZ dan TRN. Tapi makin lama saya dah sedar yang saya dah dengar untuk maximum volume dan tiada harsh atau bunyi bingit mahupun bunyi detail yang berpasir. Treble dikawal dengan baik oleh low frekuensi menghasilkan sebuah v tuning yang sangat selesa di telinga, airy dan well extended. Tiada bingit dan tiada harsh. Clarity dan detail jelas tanpa adanya harsh. Bunyi cymbal drum tidak lah terlalu menyakitkan telinga macam bawah RM100 earphone chifi yang lain pada tahun 2018.  Tapi pada siapa yang mempunyai treble sensitive pada 8kHz 9kHz kena berjaga-jaga atau boleh guna eq untuk turunkan frekuensi berikut untuk -3db ke -5db.

Treble dalam satu perkataan : Baik

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Dalam banyak-banyak iem kepunyaan saya, antara earphone yg dapat bagi instrument seperation yang terbaik untuk saya adalah Tin T2, namun KBEAR KS2 dilahirkan untuk menjadi yang terbaik untuk seperation pada tahun 2020. Setiap instrument dapat dikenal pasti lokasi dan kedudukan yang sangat jelas dan terang. Ini adalah sebuah earphone yang sangat baik untuk kedua-dua movie dan gaming.

Seperation dalam satu perkataan : Terbaik

Seperation dalam dua perkataan : Sangat Terbaik

Tone bunyi & Persembahan bunyi
Tona bunyi adalah sedikit bright tapi ini adalah bright yang macam saya dengar pada KBEAR KB04 sebelum ini. Secara menyeluruhnya bagi saya ini adalah sebuah v-shaped yang unik sebab disertakan dengan seperation dan soundstage yang luas terus menjadikan dia one of a kind untuk price range yang begini.

Tone Bunyi dalam satu perkataan : Bright – ish

Perbandingan

Perbandingan ini dilakukan menggunakan source (punca music), cable dan eartips yang sama (bukan stock).

KS2 vs KB04

No photo description available.

  • KB04 mempunyai tonality instrument yang lebih cantik
  • KB04 lebih balance sounding
  • Kualiti binaan lebih cantik dan tahan di KB04
  • Keselesaan lebih baik di KS2
  • Soundstage lebih besar dan luas di KS2

KS2 vs Blon BL-03

No photo description available.

  • BL-03 mempunyai lebih 5x ganda baik untuk tonality instrument
  • KS2 lebih selesa di telinga untuk dengar jangka masa lama
  • Better fit kat KS2
  • Out of the box paling sedap adalah KS2 (BL-03 nak kena tukar eartips, cable dan segala-galanya)
  • Kualiti binaan KS2 lebih tahan pada BL-03
  • KS2 mempunyai fast bass
  • BL-03 mempunyai lebih lambat bass
  • BL-03 mempunyai soundstage yang sederhana
  • KS2 lebih sesuai untuk banyak jenis genre
  • KS2 lebih murah dari BL-03

KS2 vs KZ ZSR

No photo description available.

  • KS2 lebih balance overall untuk v-shaped
  • ZSR lebih selesa di telinga dan better fit
  • ZSR ada kurang detail dan clarity dari KS2
  • ZSR lebih sibilant prone
  • KS2 lebih controlled dan lebih kuantiti bass
  • ZSR mempunyai soundstage yang sederhana

KS2 vs KZ ZST PRO

No photo description available.

  • ZST PRO rasa macam earphone mainan
  • ZST PRO mempunyai keselesaan dan fit yang sama dengan KS2
  • KS2 lebih baik dari segala aspek bunyi
  • ZST PRO lebih murah dari KS2

Image may contain: shoes

Untuk Siapa?
KBEAR KS2 sesuai untuk easy listener yang mencari sebuah earphone spare atau untuk sport / aktiviti luar, movie, dan gaming. Dengan harga promosi sekarang RM99, rasanya sangat berbaloi untuk siapa-siapa sahaja yang inginkan sebuah iem untuk dihadiahkan pada kekasih, sahabat atau anak-anak 🙂

Ulasan dan Bintang
Out of the box terus ke telinga saya, secara jujurnya saya rasa ini adalah typical v shaped tuning dan banyak lagi bersepah diluar sana yang mempunyai sound signature yang sama. TAPI! Dengan adanya soundstage yang sangat-sangat cantik, membuatkan KS2 adalah sebuah earphone yang akan sentiasa berada dalam koleksi saya. Saya tidak kedekut bintang, disebabkan saya anggap KS2 adalah sebuah hasil yang berjaya, saya menghadiahkan 4.5 bintang! Kudos kepada individu di KBEAR yang memilih tuner untuk product yang baru ini dan harapan saya untuk melihat KBEAR berjaya mendominasi product-product seperti KZ,CCA dan TRN dalam games of budget iem pada masa hadapan.

Respek!

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta