KZ AS10 5x Balance Armatures

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kali ini aku ingin review IEM yang diberi oleh deedit untuk aku cuba. KZ AS10.

Bagi yang belum mengetahui mengenai IEM KZ ini, boleh cari post aku review KZ ZSN dalam AudioMonsta ini. Merupakan IEM yang menggunakan 10 Balanced Armature (5 kiri dan 5 kanan) yang mana untuk AS10 ini antara IEM yang paling murah untuk konfigurasi IEM 5 Balanced Armature tanpa Dynamic Driver. Biasanya jenis yang menggunakan BA semata2 ini harga agak mahal namun AS10 masih dalam harga mampu milik.

Badan IEM ini menggunakan premium plastic hampir lutsinar di bahagian atas. Mempunyai 2 colors:

Cyan – Hijau kebiruan

Black – Hitam

yang mana boleh juga pilih hendak cable sekali button/mic atau tidak. IEM ini menggunakan 2 pin yang boleh dicabut sama seperti KZ ZSN yang telah direview sebelum ini. Ini bermakna IEM ini boleh digunakan bersama upgrade cable atau Bluetooth cords yang support 2 pin. Bentuk AS10 ini seperti huruf D dengan bucu tak tajam. Tapi kalau nak dibandingkan, KZ ZSN nampak lebih premium terutama color purple/silver. Tak berat n selesa elok ketika dipakai. Cumanya nozzle AS10 ini lebih panjang berbanding ZSN. Jadinya macam aku ketika menggunakan eartips berjenama Comply, sedikit rasa tidak selesa dalam lubang telinga jika dipaksa masuk dalam jangka waktu yang lama. Jika selesa dengan eartips asal, dalam kotak AS10 ni bagi 3 saiz S/M/L sama macam KZ ZSN.

Cerita sikit pasal specs KZ AS10 ni:

  • Sensitivity: 105dB
  • Impedance: 14Ω
  • Frequency: 20–40000Hz
  • Plug Type: 3.5mm
  • Pin Type: 0.75mm
  • Line Length: 120±5cm
  • Weight: 25±3g

Sama seperti review aku sebelum ini. Aku menggunakan 2 mode iaitu mode Stock & Pro dan menggunakan gear yang sama. Masih menggunakan

LG V30+ & Oneplus 5,

Aplikasi TIDAL, Spotify, Hiby Music

Lagu yang aku pilih

  1. Californication – Red Hot Chilli Peppers
  2. Dead Inside – Muse
  3. Wish You Were Here – Avenged Sevenfold
  4. Boiler – Limp Bizkit
  5. Cross Off – Mark Morton, Chester Bennington (Lagu terakhir chester)
  6. The Man Who Sold the World – Nirvana
  7. Hollow Years (Live at Budokan) – Dream Theater
  8. Through Glass (Live Acoustic) – Stone Sour
  9. Boom Boom Pow – The Black Eyed Peas
  10. Dan masih beribu koleksi MP3 n FLAC yang belum habis didengari sepenuhnya.

Harga dan kat mana boleh beli

Harga KZ AS10 ni dalam range RM190-210. Aku suggestkan korang beli di sini – KZ AS10 – Shopee . Sebabnya kedai ini menawarkan tempoh waranti 6 bulan n sebagai seller shopee yang ada title Preferred sememangnya senang nak membeli n boleh guna coin free yang shopee bagi tu.

Packaging

Set yang korang dapat

1 x IEM KZ AS10

1x Cable 2 pin Detachable (Mic / No mic ikut pesanan korang)

1 x Manual Book

3 x Eartips (S/M/L)

Korang layan gambar yang ada ni 😀

Macam mana dia punya treble (High)

Treble dia agak bright dan detail. Jelas sungguh. Ketukan dram memang padu. Bunyi gitar sangat clear. Tapi selalu di ganggu oleh bunyi piercing , sibilant iaitu bunyi nyaring yang agak membuatkan telinga jadi tidak selesa mendengar. Namun jika menggunakan mode Pro, fuh. Serius sangat berpuas hati. Kalau nak try, gunakan lagu FLAC bersama aplikasi Hiby Music & cuba main dengan MSEB. Gerenti melekat bila dengar lagu2 korang. Setting Pro ini pada aku yang paling mudah n murah berbanding menggunakan external source (yang ni biasa kawan reviewer lain dalam AudioMonsta guna. Aku je sengkek tak mampu guna. Hahaha )

Macam mana dia punya vokal (Mid)

Yang ni kalau dengar akustik n konsert memang syahdu. Suara Corey Taylor n Kurt Cobain memang mengasyikkan. Jelas suara lelaki. Cuma masih kedengaran bunyi nyaring n suara perempuan agak berlemak yang mana sepatutnya nyaring atau bersih. Tapi hihi, kalau korang main setting PRO, semua masalah ini boleh diselesaikan. Gunakan cara macam aku syorkan tadi.

Macam mana dia punya bass (Low)

Ha yang ni pulak aku boleh kata, bass dia padu. Dia tak luas macam kita dengar subwoofer. Tapi bass dia deep, punch dan clean. Kalau dengar double paddle macam jantung kena tumbuk bertalu. Sama kalau kita dengar lagu contoh Boom Boom Pow. Rasa macam dahi kena ketuk dengan penukul angin mainan kanak2. Kalau dengan Pro mode? Hihi. Cuba la try. Confirm tak menyesal.

Macam mana dia punya soundstage

Bunyi seperti dalam dewan serbaguna sederhana besar. Ketukan cymbal & 2nd guitar agak jelas. Penyanyi berada di tengah musician. Lead gitar berada dihadapan kita. Cuba dengar Hollow Years (Live at Budokan).

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)

Ini lah antara IEM yang buat kerja dia dalam mengasingkan bunyi. Walaupun tiada bunyi yang dominan namun kita dapat dengar perbezaan bunyi dalam setiap instrument dalam lagu. Untuk ini aku suggest korang dengan lagu The Lonely Shepherd.

Ulasan dan Bintang

IEM ni memfokuskan Treble yang terang n Bass yang deep. Jika korang menggunakan Pro n tahu memainkan setting, IEM ini adalah yang terbaik untuk anda untuk harga bawah 170+. Tapi jika menggunakan stock pun masih tidak mengecewakan. Sesuai untuk genre lagu seperti EDM, Metal, Rock, Pop, Akustik, Concert. Cuma untuk lagu Hard/MetalCore atau Demo garage boleh expect bunyi yang membingitkan. Untuk score, Stock 4/5 & kalau Pro 4.9/5.

4 out of 5 stars (4 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta