KZ ZSN Dual Hybrid Driver DD & BA

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sebagai salah seorang penggemar Audio, kali ni Audiomonsta menjemput aku review unit yang aku ada. Aku ada beberapa earphone atau In Ear Monitor untuk panggilan Audiophile. Untuk review pertama aku ini, aku ingin bercerita mengenai IEM bajet iaitu KZ ZSN. Mungkin ada yang telah mendengar IEM berjenama KZ ini tapi untuk yang belum tahu, KZ adalah singkatan Knowledge Zenith daripada China yang mengeluarkan IEM yang berkualiti dengan harga yang mampu milik yang telah dikenali ramai oleh penggemar muzik dan mendapat review yang baik daripada seluruh dunia. Namun adakah pengguna Malaysia berpendapat yang sama? Tak yah cerita banyak aku sambung review KZ ZSN ini.

KZ ZSN ini menggunakan Dual Driver iaitu 1 Dynamic Driver dan 1 Blanced Armature. Badan IEM ini menggunakan premium plastic dan ada beberapa pilihan colour iaitu Hitam, Cyan atau Ungu Silver. Diberi pilihan juga untuk nak button/mic atau tidak. Yang ada button/mic kena tambah duit lagi & biasanya KZ memberikan pilihan ini untuk semua IEM milik mereka. KZ ZSN ini menggunakan 2 pin boleh dicabut kabelnya untuk digunakan bersama kabel upgrade atau Bluetooth Cords yang sesuai. Untuk penggunaan bersama Bluetooth Cords ini akan direview di post yang lain. Tak terlalu berat n agak selesa terletak di dalam cuping telinga. Eartips yang diberi ada 3 saiz S,M,L.

Spesifikasi :

Driver/Transducer: 1 High Frequency Balanced Armature + 1 10mm dynamic driver

Sensitivity: 104 dB/mw

DC resistance: 25 ohms

Connection: 2-Pin 0.75mm diameter

Frequency response range: 20hz – 40KHz

Wire length: 1.2m (approx. 3.9 feet)

Plug diameter: 3.5mm

Baik dari segi kualiti audionya pula. Untuk ini aku menggunakan 2 mode :

Stock – Cucuk direct ke phone ikut setting default & apa yang ada dalam kotak sahaja

Pro – Guna advanced setting (EQ, Hiby Music MSEB) dan external source seperti DAP (HiRes Digital Audio Player), DAC, Upgrade Cable, Premium Eartips

Gear yang aku guna:

LG V30+ (Built in HiFi Quad DAC) & Oneplus 5

Aplikasi TIDAL (Support HiFi & Master Lossless Audio) & Spotify untuk Online Audio Streaming

Hiby Music (Mp3, FLAC, DSD, DSF) sebagai Offline Audio Player.

Tracks:

Kawan – Plague Of Happiness

Boten Anna – Basshunter

Scary Monsters & Nice Sprites – Skrillex

Around The Worlds – Aqua

Nobody – Skindred

The Pupperteer – Alesana

True Friend – Bring Me The Horizon

Wrong Side of Heaven – Five Finger Death Punch

Bahagia – Eza Edmond

Kehidupan – In team & Nazrey Raihan

Beberapa ribu koleksi MP3, FLAC yang di stream n di download di internet.

Harga dan kat mana boleh beli
Harga IEM ni  RM85, Korang boleh dapat kan KZ ZSN ni dekat DigitalJokerMY, HillAudio dan Mech Haus KL 

Macam mana dia punya bass (Low)

KZ ZSN ni punya bunyi fun. Cukup enak. Bass yang agak empuk didengar. Tak terlalu luas dan tak terlalu thump. Bass dia juga dapat memuaskan halwa telinga hampir kesemua genre lagu. Mid bass ikut lagu dapat rasa punch dan sub bass dia boleh rasa agak dalam (Terutama dalam Mode Pro). Rasa macam zaman mula2 dengar lagu Boten anna tu.

Macam mana dia punya vokal (Mid)

Bunyi mids agak warm. Untuk sesetengah lagu, vocal agak tenggelam dengan music yang ada. Vocal seperti penyanyi duduk ditengah musician. Tapi suara masih jelas terutama suara penyanyi wanita. Sangat sesuai untuk ulang2 lagu Bahagia & Pendusta Cinta.

Macam mana dia punya treble (High)

Treble dia pulak bright. Puas dengar ketukan dram petikan gitar solo. Namun pada sesetengah lagu terutama lagu yang agak bising, soundnya agak tajam n memeritkan telinga. Yang ini boleh dikatakan signature yang ada pada produk KZ namun signature ini berbeza dengan setiap orang yang menggunakan IEM jenama KZ ini. Tapi untuk KZ ZSN, agak baik kerana seperti ada layer yang cuba menutupi bunyi nyaring ini.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)

Tidak seperti IEM lain yang tidak memfokuskan separation seperti Oneplus Bullet n Xiaomi Piston, KZ ZSN ini memberikan sesuatu yang berbeza. Walaupun bunyi keseluruhan agak bersama namun setiap instrumen dapat didengar dengan agak jelas.

Tone bunyi

Secara overall, IEM ini memfokuskan bass yang sedap didengar bersama separation yang agak jelas. Cuma sesetengah lagu mungkin akan membuatkan kita rasa nak cabut di telinga apabila dengar lagu yang bising n volume yang kuat. Namun masalah ini masih boleh diterima jika hendak dibandingkan dengan IEM KZ yang lain. Sangat sesuai untuk easy listener.

Untuk Siapa?

Pada pendapat aku, IEM ini sangat sesuai dengan orang yang mahu merasai pengalaman lebih detail atau jelas jika dah terbiasa dengan IEM hype oleh brand OEM terutama yang datang dengan smartphone korang. Sesuai untuk genre EDM, Raggae, Ska, Rock n Pop.

Packaging

Dekat sini aku sertakan gambar untuk tatapan korang

Ulasan dan Bintang

IEM bajet pertengahan bawah 100 yang patut korang ada. Kelebihan separation audio yang jelas, bass yang enak boleh membuatkan korang lupa sebentar dunia disekeliling. Namun setelah puas mendengar menggunakan IEM ini, aku pasti korang mesti rasa nak menggunakan IEM lain yang lebih advanced daripada ini. Hihi. Score aku bagi untuk korang yang baru nak menjinakkan diri dengan Audiophile, 4.5/5

Oklah baby aku dok keriyau bini aku pon dah start pandang lain mcm so gerak lu pape roger guys! 😛

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta