Little Bear B4-X Portable Tube Amp

Tube amplifier atau tube amp, sangat femes dikalangan golongan audiophone desktop dan hifi kat rumah. Untuk golongan portable audiophone agak limited untuk produk tube amp ni, kalau ada pun sangat lah mahal. Little Bear, satu jenama dari China keluarkan portable tube yang harga sangat berpatutan dan mampu milik. Review kali ni adalah berkenaan Little Bear B4-X.

Little Bear dah lama keluarkan portable tube amp ni, model lama dulu nama dia Little Bear B4. Apa beza dia dengan Little Bear B4-X? Kita sembang kejap lagi. Aku akan panggil Little Bear B4-X ni sebagai B4-X je dalam review ni ye. B4-X ni adalah keluar Little Bear tahun 2019, upgrade model dari B4 yang lama tu. Ada beberapa improvements dorang buat kat B4-X ni, antara yang ketara dan paling utama ada lah….

    • 2.5mm Balanced Output. Ya, B4-X ni ada balanced output ye, yang mana semua orang tahu sound dia lagi padu dari normal 3.5mm single ended output.
    • Dedicated OpAmp antara left dan right channel. Ya, jadi B4-X ni guna 2 biji OpAmp. Model yang lama B4 tu guna satu OpAmp aje.
    • Kedudukan on/off switch berubah kat belakang.

Ok, tu je improvement dan perubahan yang ketara antara model baru B4-X dengan model lama B4. Bawah ni sedikit spec untuk tube amp B4-X ni.

Fungsi dan Spec
Ini adalah spec untuk Little Bear B4-X ni.

Tube: USA RAYTHEON JAN5899 ×2
Op amp: NE5532*2 (can be upgraded )

Lithium Battery: 12V, 1000mA
Charging time: 2-2.5 hours
Working time: 4-4.5 hours
Output power: 450mW
SNR: 105dB
Suggest load impedance: 16-300Ω
Output: 2.5 balanced Jack*1, 3.5mm Jack *1
Size: 115 * 69 * 23 mm (L*W*D) (does not include the knob)

Sebagai portable tube amp, Little Bear B4-X ni ada 3 kelebihan yang sangat ketara dan standout dari yang lain.

Pertama. OpAmp cip/IC dia boleh tukar dan upgrade. Apa tu OpAmp? benda ni sejenis cip atau geng-geng elektronik cakap IC. Aku tak reti sangat nak olah pasal OpAmp ni, yang aku tahu benda ni adalah IC yang control process amplify dalam amp tu, dan lain-lain jenis OpAmp menghasilkan output/signature bunyi yang berlainan (magic of audiophile).

Kedua. Portable tube amp ni ada output balanced 2.5mm, dan kalau perati dari gambar, dia ada dedicated circuit board untuk channel Right dan Left. OpAmp pun kena guna 2 bijik pasal dua circuit board tu berasingan, jadi sedikit sebanyak signal lagi clean dan lagi power dari biasa.

Ketiga. Dia guna tube USA RAYTHEON JAN5899. Yang mana tube ni memang berkualiti dan menghasilkan effect tube yang memuaskan kalau dibandingkan dengan model-model tube lain dari China. Tube ni pun murah je dan boleh diganti kalau rosak, cuma nak tukar tu agak cerewet pasal kena re-solder balik.

Harga dan kat mana boleh beli

Dalam Malaysia rasanya tak ada kedai audio mahupun seller online yang jual portable tube amp ni, jadi korang terpaksa cari dalam online website luar macam Aliexpress ataupun Amazon. Unit aku ni adalah dari Amazon. Harga dia dalam USD99. Little Bear ni ada satu lagi model lama iaitu Little Bear B4 (tak ada -X), yang tu USD75, beza dia yang tak ada -X tu, dia tak ada balance output dan hanya guna single OpAmp chip aje. Link untuk Amazon kat Sini dan link untuk Aliexpress kat Sini.

Tone bunyi
Ok mungkin ada yang tertanya, apa bezanya tube amp dengan amp biasa? Ya, amp ni guna tube, dan sound akan lalu dalam tube tu dan mengubah tone bunyi dia, dalam bahasa teknikal dia akan melambatkan sikit sound tu, jadi akan ada efek macam bergema atau mat salleh cakap reverb. Kadang- kadang ada orang cakap echo, tapi term tu tak tepat sebenarnya, reverb yang paling tepat.

Jadi, tube amp ni akan ubah bunyi tu, senang cerita dia akan tambah warmth dan reverb (sori aku tak tahu perkataan ni dalam BM). Dia macam buat setiap frequency sound tu jadi extent sikit macam bergema sikit. Dalam youtube, Z Review ada cakap tube amp ni membuatkan sound tu jadi mabuk, jadi drunk, but in a good way.

Perbandingan
Aku tak pasti nak bandingkan dengan apa pasal ni adalah satu=satunya portable tube amp yang aku ada. Disebabkan tube amp ni boleh tukar-tukar OpAmp chip dia, jadi aku buat perbandingan dengan OpAmp cip stock dia dengan OpAmp cip lain yang aku dapat cari.

OpAmp NE5532 (Stock)– Details semua ok, cuma bright sikit dan noise agak ketara. Sound stage dia pun bagus dan agak luas. Cuma sebab dia sedikit bright, mungkin agak meletihkan telinga kalau dengar dalam jangkamasa lama.

OpAmp OPA2107AP – Details ada kurang sikit dan signature bunyi dia dark sikit dari stock OpAmp, noice hampir tak ada. Sound stage sedikit kurang tapi disebabkan dia tak bright, boleh dengar lebih lama tanpa letih telinga.

OpAMP TLE2072ACP – Ini adalah OpAmp terbaik yang aku dapat, sangat details, soundstage sangat luas tapi tak tenggelamkan vokal dan instruments. Sangat sangat lively, singature bunyi dia macam kita duduk barisan hadapan kat konsert, atau duduk betul-betul depan penyanyi tu dalam studio. Noise pun hampir tak ada, jadi background sound hampir senyap dan memboleh kita dengar bunyi lain secara details. Aku sangat rekemen OpAmp ni untuk mana-mana gear korang yang boleh tukar/upgrade OpAmp cip. OpAmp tu korang boleh usha dalam website element14.com dan harga dia takde la mahal sangat, lebih kurang rm17 je sebijik, kena beli 2 pasal tube amp ni guna 2 OpAmp untuk channel berasingan.

Untuk Siapa?
Portable tube amp Little Bear B4-X ni lebih untuk orang nak suka-suka aje, nak dengar bunyi tube yang warmth dan sangat lunak untuk vokal. Bukan semua genre lagu boleh masuk dengan tube amp ni, genre jazz, clasical, akuastik, dan lagu-lagu yang ber-tempo slow sangat ngam dengan tube amp.

Packaging
Barang yang datang sekali dalam kotak.

1× headphone amplifier
1× power supply
1× 3.5mm audio cable
2× band

Sedikit gambar untuk kenangan.

Ulasan dan Bintang
Ada beberapa review dalam youtube yang review Little Bear B4-X (dan juga model lama Little Bear B4), terutamanya dari Z Review (youtube) yang cakap memang worth kalau nak beli, pasal tak lari jauh bunyi dia dengan portable tube am yang harga jauh lagi mahal. Jadi kat sini, kalau korang memang nak cari portable tube amp, aku sangat rekemen Little Bear B4-X ni sekali dengan upgrade OpAmp dia guna TLE2072ACP cip.

Kak Emma bagi 5 bintang untuk Little Bear B4-X, bravo bravo!! Sekarang takyah cakap banyak, saukkkkkkkk!!!

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta