Mee Audio M6 Pro Second Generation

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. Pernah tak korang terfikir nak ada satu earphone yang korang boleh guna untuk tujuan monitoring diatas pentas (ye lah kalau korang ni pemuzik) dan untuk bersantai? Bunyi yang padu tapi tak kosongkan poket korang? Mesti ada kan?

Okay hari ni aku perkenalkan satu jenis earphone dengan konsep In-Ear Monitoring (IEM) dari Mee Audio iaitu Mee Audio M6 Pro 2nd Gen. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kesinambungan dari M6 Pro yg anmendapat ulasan yang positif dari pemuzik dan audiophiles seluruh dunia.

Baiklah sekarang mari kita berkenalan dengan M6 Pro 2nd Gen ni. Ianya menggunakan Single Dynamic Driver bersaiz 10mm untuk memberi bunyi akoustik dan bass yang sedap. Apa yang menarik mengenai M6 Pro ni ianya menggunakan kabel yang boleh ditukar ganti tetapi mestilah mempunyai connector yang sama kerana M6 Pro menggunakan connector mereka sendiri (Proprietary DC). Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih Kristal.

Korang boleh dapatkan M6 Pro 2nd Gen ni dengan harga RM199 atau boleh terus beli kat Red Ape disini :

https://s.lazada.com.my/s.PD9Q

Rujukan rasmi : https://www.meeaudio.com/EP-M6PROG2/

Untuk tujuan ulasan kali ni aku menggunakan peralatan dibawah

Source : Honor 10 Smartphone & Fiio Q1 Mark 2 Portable DAC/Amp

Tracks :

  1. Another One Bites The Dust – Queen – FLAC 16-bit
  2. Don’t Talk To Strangers – DIO – FLAC 16-bit
  3. Papa Was A Rolling Stone- The Temptations – FLAC 16-bit

Macam mana dia punya soundstage
Untuk soundstage M6 ni memang sangat baik. Kita akan terasa seperti berada di depan artis tersebut . Ini terbukti ketika aku mendengar lagu dari DIO – Don’t Talk To Strangers. Lontaran suara mendiang Ronny James Dio yang sangat lantang tu betul-betul seperti beliau berada didepan aku!!

Macam mana dia punya bass (Low)
Di dalam track Papa Was A Rolling Stone aku dapat mendengar dan merasai setiap kali pemain dram tersebut memainkan pedal dengan kaki kanan beliau. Aku boleh katakan bass untuk M6 Pro 2nd Gen ini memang agak baik.

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vocal bagi aku adalah kekuatan untuk IEM ni. Aku dapat mendengar apa yang dinyanyikan oleh mendiang Freddie Mercury di dalam lagu Another Bites To Dust. Suara Freddie sangat jelas dan rangup haha.

Macam mana dia punya treble (High)
Treble untuk M6 Pro 2nd Gen bagi aku agak kearah bright. Ini bermaksud kalau kita mendengar pukulan cymbal pada dram, ia-nya akan kedengaran sangat jelas tetapi tidaklah menyakitkan telinga.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Aku dapat dengar dengan jelas setiap instrument yang dimainkan dan ianya kedengaran satu per satu. Aku suka mendengar bunyi cymbal diikuti bunyi rhytm guitar yang funky di dalam Papa Was A Rolling Stone dan begitu juga bunyi bass line yang sekali sekala dimainkan.

Disini boleh aku rumuskan yang vocals kedengaran agak kebelakang tetapi masih jelas dan ranggup. Bass dan Treble agak sebaris kehadapan memberikan satu dimensi yang agak baik.

Tone bunyi
Tone bunyi untuk M6 Pro 2nd Gen bagi aku tidak terlalu bright atau tak terlalu dark. Sesuai untuk mereka yang gemarkan bunyi ketika didalam studio atau diatas pentas.

Packaging
Bersama M6 Pro 2nd Gen ni turut disertakan aksesori tambahan seperti berikut:

  1. M6 PRO In-Ear Monitors
  2. Stereo audio cable
  3. Stereo headset cable
  4. Carrying case
  5. Comply memory foam eartips
  6. Silicone eartips (6 pairs)
  7. Shirt clips (2)
  8. ¼” adapter
  9. User manual

Ulasan dan Bintang
Secara kesuluruhannya M6 Pro 2nd Gen adalah IEM mampu milik yang sangat baik untuk dimiliki terutama sekali kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia audiophile tetapi masih nak menikmati KFC bukan meggi. Kualiti binaan yang baik dan ringan membuatkan aku tak terasa seperti ada benda di telinga ketika memakainya.

Model ini sesuai untuk semua jenis muzik tak kira rock, pop, hip-hop mahu pun zapin.
Untuk mengakhiri ulasan kali ini, Nora kasi 4 bintang!!

4 out of 5 stars (4 / 5)

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta