Pemain audio A&futura SE100 adalah pemain audio petama di dunia yang didatangi dengan “multi-DAC set-up”. Selepas beberapa minggu pihak Astell & Kern melancarkan pemain audio entry-level mereka iaitu A&norma SR25, mereka tela mengumumkan model terbaru mereka iaitu Astell & Kern SE200.
Walau bagaimanapun, pemain audio pada masa sekarang sentiasa ada dual malah quad konfigurasi DAC. tetapi SE200 menggunakan kombinasi cip DAC yang berlainan iaitu Sabre ESS9068AS DACs (kombinasi berganda) dan juga AKM4499EQ (seperti yang terdapat pada pemain SP2000).
Apa yang uni pada pelaksanaan multi-DAC pada SE200 ini adalah membolehkan pengguna menyesuaikan bunyi berdasarkan pilihan dan jenis muzik mereka, dengan menawarkan penapis DAC untuk penyempurnaan lebih lanjut.
Untuk mengelakkan ESS dan AKM DAC saling mengganggu antara satu sama lain, dan dengan demikian memelihara integriti isyarat muzik, Astell & Kern telah menggunakan litar bebas, di mana isyarat seimbang dan tidak seimbang juga dipisahkan. Walau bagaimanapun SE200 sangat banyak berkongsi DNA reka bentuk adik-beradiknya,trademark volume wheel SE200 kini dibahagi dua untuk mewakili dua jenis DAC. LEDnya dikodkan warna untuk menampilkan kelantangan, kadar bit dan status DAC. SE200 didatangi dengan 4 bicu audio dua 2.5mm (seimbang) dan dua 3.5mm (tidak seimbang). Output kuasa melalui bicu fon kepala 2.5mm (seimbang) dan 3.5mm (tidak seimbang) juga telah ditingkatkan dari 4V ke 6V dan 2V ke 3V.
(Sumber berita : Astell & Kern)