Brand: QCY
Model: T5
Waterproof: IPX5
Bluetooth Profile: HFP/A2DP/HSP/AVRCP/AAC/SBC
Bluetooth Version: 5.0
Work Distance: 10m
Control Type: Touch
Capacity (Earbud): 40mAh
Capacity (Case): 380mAh
Battery Life (Single Charge): 4-5h
Battery Life (With Case): 25h
✅Yang Best
• Build Quality yang Kecil, Cantik & Ringan
• Fit yang selesa untuk aktiviti luar
• Noise Reduction yang baik (Bergantung pada eartips)
• QCY Configure Application for Android & Apple
• Bluetooth 5.0
• Auto-Pairing (angkat earbuds terus connected to phone)
• Charging Case yang kecil & jimat ruang poket
• Above Average Sound Quality
• HARGA MURAH
❎Yang Kurang Best
• Touch Control (Saya prefer Button – subjective preference)
• Codec yang terhad pada AAC & SBC
• Microphone yang average (bergantung pada environment)
• Battery life yang mediocre
• Takde Volume Control kat touch
• Binaan sepenuhnya adalah plastic
• Micro USB charging port
🎧Koyak Kotak
QCY T5 datang dengan aksesori yang minima dalam kotak yang simple dan straight forward. 3 pairs of eartips, Usb Cable pendek dan charging box. Pada harga yang macam ni bagi saya dah cukup besar tuah, dah puas hati dengan kotak yang diberikan.
.
.
.
🎧Rekaan & Keselesaan
Rekaan QCY T5 ni memang copy paste sikit dari Apple Airpods. Tengok dua kali baru perasan oh ni design ja lebih kurang sama. Unit yang saya terima berwarna hitam matte dan tiada apa-apa logo yang kelihatan kecuali tulisan L & R. Kat bahagian belakang ada LED light indicator (bawah) dan touch control yang invisible (kat atas). Bahagian batang bawah dia ada pin contacts untuk charging,
Walaubagaimanapun, saya selalu salah pakai yang kiri terpakai kat telinga kanan sebab dalam gelap tak boleh bezakan menggunakan sentuhan badan earphone ini. Oh ya, fit dia memang sangat selesa, saya tidur pun pakai TWS ni; Cuma bila bangun pagi tu dah tercabut la hehehe. Saya menggunakan eartips Spinfit CP360 dan saya rekemen tuan-tuan untuk guna eartips ini. Outdoor activity memang terasa safe & secure bila pakai eartips yang bersesuaian dengan telinga. Apa lagi, Jump Rope? Lompat Bintang? Jogging Setempat? Buat yoga pun boleh pakai QCY T5 sambil dengar Metallica.
.
.
.
🎧Battery
Saya pernah guna untuk tengok movie pada 70% volume dari pukul 11 malam hingga 5 pagi tanpa bunyi “Low Battery”. Jadi saya berpendapat battery T5 ini adalah lebih dari cukup untuk user yang macam saya. Boleh full charge 4 kali dalam 1 single charged charging box & full charges earphone mengambil masa selama 2 jam. Untuk charging box, saya tak dapat exact masa yang diperlukan tapi disebabkan dia guna micro usb saya rasa mungkin 4 atau 5 jam untuk full charged.
.
.
.
🎧Connection
Walau hanya menggunakan AAC, saya tidak pernah walau sekalipun menghadapi lost connection bila berada di dalam rumah dan Kawasan luar rumah (angkat baju jemuran/ bagi makan kucing). Cuma yang jelas kat sini adalah latency delay bila gaming & Netflix. Takde la mulut gerak dulu baru bunyi. Tapi boleh perasan la latency yang minimal walaupun dalam keadaan gaming mode.
.
.
.
🎧QCY App
TWS ini boleh connected dengan app QCY yang boleh di download dari PlayStore. Kat sini ada pelbagai features yang menarik contohnya ‘Find Headset’, selalu saya guna benda ni setiap pagi sebab tak tahu earbuds jatuh kat mana masa tidur, -.- Antara features yang lain adalah Sound Effect EQ, tetapan function triple taps untuk setiap sebelah earbuds, Gaming Mode (pun boleh activated guna aplikasi ni), firmware update, reset earbuds & lain-lain lagi. Seriously harga macam ni dapat semua ni ke? Jom kita ber Huhuhu
.
.
.
🎧Mic Quality
As long as saya stay indoor memang boleh dapat quality yang baik. Saya pernah guna untuk zoom meeting kat phone lebih dari sejam, memang smooth & efficient tanpa sebarang masalah. Kalau kat tempat yang windy atau outdoor ada sikit masalah sebab earphone ini akan cuba reduce kan background noise dan dalam masa yang sama suara kita pun dia reduce sikit. Hampeh kan?
*Siapa nak dengar mic quality dia boleh arrange video call dalam discord AudioMonsta nanti saya guna TWS ni dan berzikir atau nyanyi nasyid sikit untuk hampa semua ya insyaAllah.
(link discord : https://discord.gg/FtqhbJSX62)
.
.
.
🎧Sound Quality
Saya rasa macam QCY T5 ni telah di tuned memang untuk ngam dengan sound preference saya. Walaupun saya memilih untuk menghargai lossless & Hi-Res music, tapi T5 dapat menyajikan sound yang sangat fun dan enjoyable pada telinga saya. Kalau tak sedap, saya tak akan dengar lebih dari sejam selepas unboxing. Tapi sejujurnya QCY T5 telah bersama-sama saya since day one selama 3 minggu.
Warm & balanced sounding.
Good amount of bass, memang cukup untuk buat saya rasa setiap sub bass walaupun tidak terlalu dalam. Surprisingly tiada bleeding yang ketara pada midbass membuatkan setiap notes serta bunyi bass kedengaran solid with good texture of bites.
Midrange yang tidak terlalu recessed. Clear vocal & setiap bunyi instruments boleh didengari dengan jelas walaupun bukan lah articulate macam wired hires earphone.
High frequency adalah smooth without losing any clarity dan mempunyai average amount of decay. Soundstage dia tak terlalu luas (boleh rosakkan banyak lagu kalau terlalu besar soundstage), intimate tapi tidak terlalu sempit dan overall stereo effect yang memuaskan hati. Keseluruhan tona bunyi earphone ini adalah warm tapi bukan sesekali bersifat bassy. Sesuai untuk low-fi, movies, video call, any genre of music kecuali EDM or House Music.
.
.
.
🎧Kesimpulan Kata
Untuk harga yang macam ni, saya tak akan complaint banyak tentang downside atau kekurangan pada TWS ini. Bayar pun kurang, syukur la bunyi serta design bagus. Mana lagi nak cari TWS harga serendah RM50 yang ada applikasi yang boleh kita download kat Google Play Store. Bagi telinga & poket saya, ini sahaja TWS yang saya perlukan tanpa membazirkan walau penambahan RM1 untuk apa-apa penambah baikan. Terima kasih Red Ape – Headphone Store kerana memberi peluang untuk saya mencuba TWS yang plain & simple ni. Hampa kalau nak beli, boleh beli kat link bawah ni ya?
Link Pembelian : https://shopee.com.my/QCY-T5-TrueWireless-Earbuds-with…