RHA hari ini telah melancarkan generasi kedua pesaing fon telinga tanpa wayar mereka iaitu RHA TrueConnect 2 . fon telinga tanpa wayar TrueConnect menawarkan hampir dua kali hayat bateri pendahulunya iaitu Sony WF1000XM3 dan AirPods Pro, dengan jumlah 44 jam playback.
Fon telinga tanpa wayar TrueConnect 2 menggunakan teknologi Bluetooth 5 dimana ia menjanjikan sambungan yang stabil. RHA TrueConnect 2 telah dimuatkan dengan IP55 dimana ia kalis debu dan percikan air bagi pengguna yang berada di gimnasium atau menjalani kehidupan seharian, kawalan sentuhan kapasitif telah ditambah untuk kemudahan tambahan dan ia juga dilaporkan serasi sepenuhnya dengan pembantu suara digital seperti Siri dan Google Assistant. RHA menjanjikan kepada pengguna mereka pengalaman mendengar yang seimbang dari pemacu dinamik 6 mm, revised sonic signature, dengan 97 dB sensitivity, dan kurang daripada satu peratus keseluruhan penyelewengan harmonik.
Disini kita dapat lihat RHA TrueConnect 2 tidak dilengkapi dengan fungsi active noise-cancellation yang sama dengan AirPods Pro atau Sony WF1000XM3, tetapi harganya jauh lebih murah. Malah, dengan harga AS $149.95 (RM639.16), harga fon telinga tanpa wayar TrueConnect 2 lagi murah daripada Google Pixel Buds.
sumber berita dari : rha-audio.com