Panasonic secara rasmi telah melancarkan dua model True wireless earbuds pertama mereka iaitu RZ-S500W (noise-cancelling) dan RZ-S300W (tiada noise-cancelling). RZ-S500W dan RZ-S300W menawarkan kawalan suara Alexa dan jangka hayat bateri yang mengagumkan.
Harga untuk model RZ-S500W adalah sekitar £ 169 / $ 199 ( RM912.40 / RM1074.36). Harga RZ-S300W pula sekitar £ 109 / $ 129 ( RM588.47 / RM696.45). RZ-S500W dimuatkan dengan Dual Hybrid Noise Cancelling Technology, yang dicapai melalui gabungan maklum balas dan pemprosesan analog dan digital. Mod Ambient pada RZ-S500W berfungsi menguatkan bunyi persekitaran sehingga pengguna dapat mendengar perbualan atau pengumuman. RZ-S500W juga menggunakan teknologi beamforming melalui penggunaan dua mikrofon untuk meningkatkan kejelasan suara dan menekan bunyi ambient semasa pengguna membuat panggilan. Kekurangan Pada model RZ-S300W adalah tiada fungsi noise-canceling , tetapi ini membuatkan jangka hayat bateri RZ-S300W tahan lebih lama dari model RZ-S500W (noise-cancelling). Kedua-dua model ini dimuatkan dengan antena Bluetooth unik yang direka untuk ketersambungan yang stabil dan touch sensor bagi memudahkan pengguna mengawal main balik. Kedua-dua model ini juga menyokong virtual assistant Amazon Alexa, sokongan Touch Sensor untuk Alexa akan ditambahkan pada akhir musim bunga ini tetapi sementara itu ia dapat diaktifkan dari aplikasi Alexa.
Berikut adalah video promo dari Panasonic :
Sumber dari : https://www.panasonic.com/uk/consumer/headphones-learn/headphones/true-wireless-earbuds.html