Shanling memperkenalkan Pemain Hi-Fi Streaming Desktop Modular terbarunya, Shanling M30

Shanling telah memperkenalkan Pemain Hi-Fi Streaming Desktop Modular terbaru mereka iaitu Shanling M30. M30 adalah peranti modular yang boleh di – “Upgrade” dan disesuaikan mengikut peredaran masa. Shanling akan mengeluarkan modul audio untuk Shanling M30 pada masa akan datang, untuk mengikuti teknologi dan pilihan terkini. Ia direka sebagai peranti all-in-one, ia tidak hanya terhad pada DAC / AMP desktop berprestasi tinggi tetapi juga dapat digunakan sebagai pemain muzik (DAP) sepenuhnya. M30 menyokong pelbagai perkhidmatan streaming termasuk Tidal, Spotify, Qobuz, dan banyak lagi. Harga M30 adalah sekitar RM14,550 ($3599) dan akan berada di pasaran pada suku kedua 2021.

Shanling M30 dilengkapi dengan Dual DAC AKM AK4497 dan “operational amplifiers” 2x Ti OPA1662 untuk decoding dan rendering signal yang lancar. Ia menyokong “hi-res signal decoding” dengan “ultra-low distortion” dan latar belakang yang sangat bersih. M30 boleh decode PCM sehingga 32-Bit / 384kHz dan DSD512 secara “natively”. Ia juga menyokong DSD Upsampling,MQA decoding, dan banyak lagi.

Shanling M30 mempunyai input analog melalui port RCA, input Digital melalui kabel Coaxial, Optical, 2x USB-A, USB-B, USB-C, dan Ethernet LAN. Untuk output fon kepala, Shanling M30 menyokong 4-Pin XLR, 4.4mm, 2.5mm, 3.5mmPRO Balanced output, dan 6.35mm / 3.5mm port output tunggal. Pendek kata, apa-apa keperluan port input / output, kesemuanya ada pada Shanling M30.

Shanling M30 menyokong “hi-res wireless connectivity” dengan WiFi Dual-band (2.4gHz / 5gHz), Hi-res Bluetooth Codec seperti LDAC, LHDC, aptX HD, dan banyak lagi. Dibawah adalah spesifikasi penuh Shanling M30. Dan anda juga boleh terus lihat FAQ M30 di website Shanling audio.

Spesifikasi M30 :

Modular Design: 5 Interchangeable Modules.

Player Module: 6-inch 1920 x 1080 Touch screen.

CPU: Qualcomm Snapdragon 430 8-core.

Memory: 4GB RAM + 32GB ROM + SD Card slot.

Streaming services: Spotify / Tidal / Qobuz / Deezer / QQ Music.

DAC Module: 2x AKM AK4497 + 2x Ti OPA1662.

Amplifier Module: 2x ADI ADA4610-2 + 4x Ti BUF634.

Battery Power Module: 16,500 mAh.

Tube Output Module: 2x Korg Nutube 6P1.

Output mode: Direct/Transistor/Tube.

Headphone outputs: Balanced 4-pin XLR, 4.4mm, 2.5mm, 3.5PRO / Single-ended 6.35mm, 3.5mm.

Analog connectivity: RCA and XLR output, RCA input.

Digital inputs: Coax / Optical / 2x USB-A / USB-B / USB-C / LAN.

USB DAC input: XMOS XUF208, up to PCM 32/768 & DSD512.

Wireless connectivity: Wi-Fi 2.4/5G / Bluetooth.

Wi-Fi connectivity: DLNA / AirPlay / NAS / File transfer.

Bluetooth Receiver: LDAC / SBC.

Bluetooth transmitter: LDAC / LHDC / aptX HD / aptX / SBC.

Other functions: Over-the-Air Updates / DSD Upsampling / MQA decoding.

Size & Weight: 26 x 21 x 5 cm / 3.0 kg.

 

Sumber Berita : Shanling Audio

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta