Review: Sony DMP-Z1. Cinta yang di akhir garisan.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Ramadhan buat semua penggemar audio dan pencinta muzik di luar sana. Ini saat yang menarik sebenarnya, tak ramai lagi orang buat review benda alah ni, tapi team AudioMonsta ada beberapa unit Sony DMP-Z1 ini dalam genggaman kitorang jadi tak boleh tidak kita kena keluarkan review untuk Sony DMP-Z1 ni. Ulasan ini aku buat bersama dengan Abang Maui Stark dan merupakan dapatan dan pemerhatian kitorang sepanjang menguji cuba dan merasai pengalaman audio menggunakan DMP-Z1 ni.

Untuk siapa yang kurang maklum mengenai Sony DMP-Z1, kisahnya pada bulan Ogos 2018, pihak Sony telah memperkenalkan barisan peralatan audio bertaraf perdana/ulung/signature dan salah satu diantaranya adalah DMP-Z1 sebuah pemain muzik yang berada diantara kategori portable device dan desktop device music player. Apa yang paling ketara dengan DMP-Z1 adalah harganya, sebuah pemain muzik DMP-Z1 mempunyai harga pasaran bernilai RM 31,999!!!! Ini menyebabkan DMP-Z1 menjadi bualan para penggemar muzik, persoalan yang pastinya berlegar di minda meraka adalah samada harga yang ditampilkan adalah setara dengan kualiti audio dan fungsi yang diperkenalkan untuk peranti muzik ini? Dan adakah berbaloi untuk para audiophile memilikinya dan menjadikannya endgame untuk DAP masing-masing?

Sebelum kita pergi lebih jauh, baik kita lihat dulu official spec yang dikeluarkan oleh pihak Sony.

Fungsi dan Spec

Size & Weight : DIMENSIONS (W X H X D) Approx. 138.0mm x 68.1mm x 278.7mm (5.44inches x 2.69 inches x 10.98inches)
Power : BATTERY LIFE – CONTINUOUS PLAYBACK MUSIC up to 9 Hrs.
Storage Media : 256GB,Micro SD card x 2 slots,Micro SD, Micro SDHC, Micro SDXC
Durability : WATERPROOF
Headphone Out (Stereo mini-jack) : FREQUENCY 20-40,000 Hz
Headphone Out (Balanced standard-jack : FREQUENCY 20-40,000 Hz
Software : Sony original OS
Terminals : Headphone: Stereo mini-jack, Balanced standard-jack,USB Type-C port, Hi-Speed USB (USB 2.0 compliant)
Wireless : Communication system: Bluetooth Specification Version 4.2,NFC: Yes,Supported Bluetooth profiles:A2DP, AVRCP,Supported Codecs : SBC, LDAC, aptX, aptX HD,Supported Codecs (Reception):SBC, LDAC, AAC.

Maui Stark -“Sebagai pemilik kedua Sony DMP-Z1 dalam team Audio Monsta ni, ini adalah review bangsawan pertama dari team Audio Monsta, mungkin terlalu bangsawan untuk kebanyakan orang pasal harga dia, ye lah tau tau je lah kan… boleh beli sebijik kereta….. huhuhu… Berbalik kepada review, Sony DMP-Z1 ni aku dah pair dengan Phone dan PC/Laptop aku, jadi source player aku menggunakan apps dan software dari luar, bukan dari DAP. Bila pair dengan source luar, kualiti cable pun memainkan peranan. Bila guna cable original dari Sony, sound memang mantap tapi tak semantap macam direct play dari player tu sendiri. Aku pernah guna cable USB-C yang rm10 punya, bunyi dia agak perlahan dan ada details loss. Jadi cable memainkan peranan juga kat sini. Kalau pair guna bluetooth takyah cerita la kan, wajib ada quality loss. Fungsi NFC pun ada kat DAP ni, jadi nak pair headphone yang ada NFC atau nak pair ke phone pun senang.”

Harga dan kat mana boleh beli
Harga dia memang terbaik bang! Korang boleh beli Myvii second hand dengan duit beli DMP-Z1 ni! Harga rasmi adalah RM31,999 SAHAJA! Ya, memang tak salah taip..harganya boleh bayar downpayment rumah teres bro!.

Korang boleh beli secara online atau melawat Kedai Konsep Sony di KLCC ataupun IOI Mall Putrajaya. Atau pergi ke Starpicker untuk sesi pengujian dan pembelian.

https://www.sony.com.my/electronics/walkman/dmp-z1/specifications

https://www.lelong.com.my/pm-price-sony-dmp-z1-signature-series-digital-music-player-starspicker-211479304-2020-01-Sale-P.htm

Tone bunyi
Untuk DMP-Z1 ni tiada kata yang banyak perlu di ungkapkan. Bagi aku bunyi yang lahir dari DMP-Z1 bilamana menggunakan mode Direct Sound boleh diungkapkan dengan 1 perkataan. LUHUR. Bunyi yang sangat bersih, suci dan senyap dari gangguan-gangguan kebisingan. Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan bateri sebagai punca kuasanya. Bila mana kita menggunakan bateri, Sony telah menjamin yang kuasa elektrik yang dijana adalah bersih dan suci dari gangguan luar. Aku syorkan korang test DMP-Z1 ni dengan menggunakan IEM/Headset yang mempunya kabel balanced 4.4. Hasilnya? Sangat mengujakan dan bakal membuka mata korang! Setiap mikron tona bunyi dapat didengari dan dinikmati dan anda akan diheret untuk duduk diam mendengar audio kegemaran anda yang dimainkan dalam jangka masa yang lama.

Tak perlu menceritakan sisi teknikal pemain muzik ini. Korang boleh tengok di laman web rasmi tentang semua kelebihan dan fungsi yang DMP-Z1 miliki. Aku hanya nak ceritakan pengalaman menikmati muzik bersama DMP-Z1 sahaja.

Maui Stark – “DAP ni ada banyak juga fungsi yang boleh mengubah bunyi. Dia asingkan fungsi tu kepada 2 mode.

Mode pertama (default mode), adalah Direct Source. Mode ni boleh dikatakan mode yang clean, bunyi yang dihasilkan adalah sama macam dari source lagu tu sendiri, Cuma mungkin ada sedikit tambahan warmth Sony signature aje. Details sangat sangat sangat sangat jelas nak mapuihhhh guna mode nih.

Mode kedua, bukan Direct Source. Maknanya kita kena turn off mode Direct Source tadi baru keluar setting untuk mode kedua ni yang mana ada option pilihan nak guna Equalizer (EQ), Tone Control (Untuk control bass, mid dan treble), dan juga Sony punya DSEE HX feature, yang mana boleh upscale low quality music ke Hi-Res. Tapi kat Sony DMP-Z1 ni, DSEE HX feature dia berlainan sikit, pasal guna yang baru yang disertakan dengan kepintaran AI (Artificial Intelligent). Jadi DAP ni dia boleh tentukan quality terbaik untuk lagu-lagu yang berlainan jenis.

EQ kat DAP ni pun sangat mantap, ada 10 band EQ boleh main-main woooo…

DSD Remastering. Ini lagi satu fungsi mantap, semua music source normal FLAC kita akan diupscale menjadi seolah-olah output sama macam DSD source. Sangat gila!!!

Dan kita juga ada setting Vinyl Processor. Fungsi Vinly Processor ni sangat sangat sangat padu, dia boleh ubah bunyi music kita jadi sangat analog semacam sama macam output piring hitam zaman dulu. Ada 4 jenis mode dalam Vinly Processor tu untuk kelainan bunyi piring hitam, cumanya kalau telinga tak dilatih agak sukar nak bezakan bunyi antara semua 4 mode tu.

Fungsi last yang aku jumpa dalam DAP ni, dia ada mode High Gain, dan high gain ni boleh set berasingan untuk setiap output, 4.4mm Balanced dan 3.5mm Single Ended. Kalau set high gain ni boleh lagi nak driver headphone atau IEM yang power-power tu, dan juga dapat menambah sikit sebanyak details.”

Perbandingan
Tiada perbandingan secara langsung yang boleh di buat untuk DMP-Z1 kerana dia di dalam kelas yang tersendiri. Sennheiser ada mengeluarkan Orpheus HE90 berharga lebih kurang RM 200,000 namun ianya lebih pada sistem audio bukan pemain muzik seperti DMP-Z1. Jadi saya telah membandingkannya dengan satu lagi Signature series keluaran Sony, NW-WM1Z dengan harga jualan RM11,999.

Dari segi keseluruhan, jika kita lihat dari hasilan bunyi WM1Z berbanding DMP-Z1, pendapat aku adalah DMP-Z1 adalah 40% lebih baik dari segi kualiti audio yang dihasilkan berbanding WM1Z walaupun WM1Z juga adalah pemain muzik bertaraf signature keluaran Sony.

Kenapa? Mungkin ada beberapa sebab teknikal utama seperti pengasingan penggunaan punca kuasa dan juga papan litar untuk setiap fungsi DMP-Z1, material yang digunakan dari struktur badan, jenis kabel, dan juga bahan yang digunakan untuk soldering telah menaikan kualiti audio DMP-Z1 40% lebih baik dari WM1Z yang memang pastinya sudah dalam lingkungan terbaik.

Maui Stark – “Nak buat perbandingan dengan DAP yang setaraf dengan Sony DMP-Z1 ni agak susah, jadi aku boleh buat perbandingan bunyi je dengan barang-barang Sony yang lain yang pernah aku guna sebelum ni.

Perbandingan dengan Sony ZX100. Tone bunyi ZX100 lebih kearah vokal, jadi vokal agak kedepan dekat ZX100 dan vokal agak laid back kat DMP-Z1. Semua generasi baru Sony player dan Walkman mempunyai tone yang sama macam DMP-Z1 ni, dari ZX300, WM1A, WM1Z sampai ke DMP-Z1. Aku lagi suka tone yang baru Sony ni pasal boleh ngam semua IEM, tak ada IEM yang tak ngam lagi setakat ni. Dan kat DMP-Z1, ada fungsi dipanggil Tone Control kat bahagian Equalizer, kat bahagian Mid dia kita boleh setting nak bagi vokal dekat atau pun lagi jauh, jadi boleh ubah tone dia jadi sebijik macam bunyi generasi Sony player yang lama macam Sony ZX100 Walkman aku dulu.

Perbandingan dengan Sony PHA-2A Portable Amplifier/USB DAC. PHA-2A ni tone dia lebih kurang macam ZX100 gak, jadi lebih kurang je kalau nak banding pun. Kelainan dia cume benda ni adalah Digital Amp (USB connection), guna kat phone ataupun PC/Laptop.”

Untuk Siapa?
DMP-Z1 bukan untuk orang biasa-biasa. Itu yang pasti. Jika korang punya wang lebih sebanyak RM31,999, memang peminat sound signature Sony tegar, seorang audiophile yang nak settle down dari asyik menambah-baik DAP korang. Inilah endgame korang. INILAH DIA ENDGAME KORANG!!!! Boleh dibawa sebagai peranti portable, segak diletakkan sebagai peranti muzik meja/desktop, cukup berkuasa untuk drive apa2 headphone dan iem serta menghasilkan audio yang sangat luhur.. inilah cinta terakhir korang…(untuk jangka masa yang agak panjang, sebelum korang terasa nak berubah). Inilah cinta yang di akhir garisan….

Packaging

Sony DMP-Z1 Audio Music Player
USB Type-C™cable (USB-A to USB-C) (1)
AC adaptor ACDP-045L01 (1)
AC power cord *
Carrying case (1)
Cleaning cloth (1)
Startup Guide
Instruction Manual

Ulasan dan Bintang
Untuk benar-benar menghargai sebuah pemain audio yang mempunyai harga sebiji Myvii second hand seperti ini, satu sahaja nasihat aku, pergi audition dulu di kedai-kedai yang bagi kita demo, jangan lupa bawa sdcard berisi lagu-lagu kegemaran korang yang memang korang selalu layan dan pastikan yang berkualiti Hi-Res untuk menikmati pengalaman maksima dan dengarkanlah perbezaan lagu tersebut dari sisi DMP-Z1. Itu sahaja nasihat aku.

Bukan sekadar Nora Danish, Neelofa, Mira Filza, Elizabeth Tan, Emma Maembong mahupun Wany Hasrita pasti akan bagi 5 Bintang!!!!!

Maui Stark – “Aku boleh bagi jaminan yang DAP ni memang adalah EndGame DAP buat masa ni, samaada untuk peminat tegar Sony mahupun bukan peminat Sony.  Kekurangan DAP ni bagi aku hanyalah size dia yang besar, tapi untuk mendapatkan bunyi yang sangat bersih, semua tu perlu. Kalau lah sony dapat keluarkan remote control atau boleh guna current remote control yang Walkman WM series punya untuk DAP ni, memang lagi padu la, bubuh DAP ni dalam bag dan control dari luar je. Apa pun, Sony DMP-Z1 memang 5 bintang!!”

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta