Ulasan – SONY WALKMAN® NW-A55

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca.

Kali ini aku ingin mengulas serba sedikit mengenai sebuah DAP dari syarikat yang tidak asing buat rakyat Malaysia iaitu Sony Walkman NW-A55. Pada hemat aku Sony A55 ini merupakan sebuah DAP kecil mudah alih yang berkuasa serta berkualiti tinggi, as expected dari syarikat Sony.

Fungsi Dan Spek

Berikut aku berikan spesifikasi secara am untuk peranti Sony Walkman A55 ini.

General Specification :

Saiz : 55.7mm x 97.3mm x 10.8mm
Berat : 99g
External storage : 16GB,Micro SD Micro SDHC Micro SDXC
OS : Sony original OS
Battery life – continuous playback music : 30 hours

Connection :
Bluetooth Specification Version 4.2,
NFC: Yes, Supported Bluetooth profiles:A2DP, AVRCP, Supported Codecs (Transmission): SBC, LDAC,
aptX, aptX HD, Supported Codecs (Reception): SBC, LDAC, AAC
USB Audio(DAC) : Yes
Headphone out specifications (3.5mm headphone out jack)
Output Power : 70mW @ 32Ω
Frequency response : 20-40,000 Hz

Format Support :
FLAC, APE, WMA, WAV, ALAC, AAC, OGG, MP3, AIFF ,DSD,DSF, DIFF, MQA

FM Radio : Yes

Sony NW-A55 ni memang sesuai dijadikan DAP peribadi setiap hari. Saiznya yang kecil membuatkan DAP ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Malah ianya lebih kecil daripada telefon pintar yang kita guna setiap hari. Sony NW-A55 mudah dikendalikan dan tidak terlampau rumit. Prestasi cip perkomputeran DAP ini juga agak snappy dan tiada lag yang terlalu ketara. Touchscreen juga responsif. User interface yang digunakan sememangnya user friendly. Pelbagai fungsi tambahan datang dengan Sony NW-A55 ini. Antaranya Clear Audio +, Vinyl Processor,  DSEE HX, DC Phase Linearizer, VPT (Surround) dan Dynamic Normalizer, yang mana sedikit sebanyak membantu dalam menambah baik experience pengguna mendengar lagu. Sony NW-A55 ini hanya mempunyai 3.5mm jack output, serta menggunakan WM-PORT usb port (SONY punya usb port tidak seperti standard usb port. agak leceh mencari pengganti kabel jika rosak). Dan tidak lupa juga Sony NW-A55 ini boleh dijadikan sebagai DAC serta mempunya FM radio. Kualiti radio dia pun bukan cikai tau. Mengagumkan!

Harga dan kat mana boleh beli
Korang boleh buat pembelian di alaman web rasmi Sony di https://www.sony.com.my/electronics/walkman/nw-a50-series dengan harga sekitar RM899

Tone bunyi
Aku tak dapat nak cari spesifikasi tepat DAP Sony NW-A55 ni seperti cip CPU serta DAC yang diguna pakai, namun build quality peranti ni memang terbaik seperti penggunaan aluminium padu untuk body DAP ini, sesuai dengan apa yang aku harapkan dari Sony. Aku menggunakan headphone Audio Technica ATH-M40x serta earbuds FAAEAL Rosemary. Manakala lagu pula aku rujuk kepada :

1 – Dua Lipa – Lost in your light (ft. Miguel).flac 44.1 kHz
2 – My Chemical Romance – I Dont Love You.flac 44.1 kHz
3 – Justin Timberlake – Cry Me a River.alac 44.1 kHz
4 – August Burn Red – Meridian.flac 44.1 kHz

Macam mana sound Sony NW-A55 ni untuk aku describe ye? Jawapan ringkasnya crispy, lively, vibrant dan sedikit bright. Signature warmth Sony tu memang jelas dan nyata lebih-lebih lagi bila korang aktifkan fungsi Clear Audio + yang ada dalam ni. Bass tu lebih ketara tetapi tidaklah berdentum seperti guruh, just nice dan cukup pleasing pada telinga sang pendengar. Vokal dan instrumen pun cukup menyerlah. Peranan setiap satu komposisi instrumen muzik itu boleh didengar dengan baik. Sony NW-A55 ini juga memiliki feeling soundstage yang agak wide. Gangguan noise itu ada tapi minimal. Tiada kompromi dalam kualiti pembuatan DAP Sony ini walaupun NW-A55 ni ditujukan buat pasaran mid-range price.

Untuk Siapa?
Actually DAP ni sesuai untuk semua orang terutama sekali buat mereka yang sering mendengar muzik melalui terefon pintar tidak kiralah menggunakan apps Spotify, Tidal, Joox mahupun hanya mendengar dari koleksi muzik peribadi. Tak kiralah kalau korang seorang audiophile tegar atau hanya pendengar muzik yang kasual, aku yakin korang akan tertarik dengan sound Sony NW-A55 ni. Jika korang peminat genre pop dan seangkatan, aku memang syorkan DAP ni. Secara peribadi aku rasakan kebanyakan lagu-lagu pop sangat syok didengar menggunakan DAP ni. Macam lagu dari artis Dua Lipa contohnya, lagu beliau terasa lebih ‘hidup’ didengar menggunakan Sony NW-A55 ni. Mungkin imaginasi aku sendiri tetapi itulah pengalaman yang aku rasakan. Kena pula korang warga ofis yang selalu menaiki kenderaan awam ke tempat kerja, DAP ni boleh jadi peneman terbaik sementara untuk tiba ke pejabat atau balik ke rumah. Bateri dia kalau setakat mainkan fail mp3 yang biasa boleh bertahan lebih 30jam (menurut Sony 45 jam!). Apa lagi Malaysia mahu? Sauk!

Packaging
Peranti Sony NW-A55 ini datang dalam kotak hitam seperti di dalam gambar. Ia datang dengan kabel USB, kad waranti serta buku panduan pengguna.

Ulasan dan Bintang
Kesimpulan yang dapat aku buat, Sony NW-A55 ini bukan DAP yang high end tetapi prestasinya masih sangat berkuasa di dalam kategorinya. Dengan form factor-nya yang kecil dan ringan ianya mudah dibawa kemana-mana. Aku bagi 5 bintang untuk harga dan kualiti DAP ni. Tidak terlalu mahal tetapi sangat berbaloi dengan harga. Kalau korang masih lagi mencari-cari sebuah peranti berkualiti untuk memainkan lagu, aku memang syorkan korang untuk beli Sony NW-A55 ni! Korang takkan menyesal dan aku yakin korang akan hargai pengalaman mendengar muzik menggunakan DAP ni. Setakat ini sahaja ulasan yang tidak seberapa dari aku. Mohon maaf di atas segala kekurangan di dalam penulisan. Aku akhiri dengan Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga audiophile semua. Terima kasih!

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta