TFZ Series 2

Dalam minggu lepas aku sempat melepak dan membawang dengan Didit di port biasa kami iaitu kedai cendol dalam Leisure Mall Cheras.

Macam biasa la kami akan lepaskan lelah berjalan dengan memesan cendol sebelum meneruskan sessi membawang kami.

Okay untuk kali ini Dit miinta aku untuk mencuba dan membuat ulasan mengenai TFZ Series 2 yakni IEM (In-Ear Monitor) yang baru dibeli beliau dari seorang tokoh audio terkenal yang namanya dirahsiakan.

TFZ atau The Fragrant Zither ditubuhkan sekitar 2015. Walaupun masih baru namun syarikat ini telah menghasilkan IEM yang sangat berkualiti malahan boleh lah dikatakan koyak poket juga untuk meminangnya.

Baiklah, sekarang aku ingin memperkenalkan TFZ Series 2 ni. Apa yang buat ianya menjadi salah satu IEM kegemaran aku? TFZ Series 2 ni mengunakan Single Dynamic Driver yang bersaiz 12mm yang membolehkan ianya menghasilkan bunyi yg sangat detail dan bunyi bass dan sub-bass yang begitu sedap di dengar.

Dibawah ini aku sertakan spec untuk TFZ Series 2 untuk memudahkan cerita:

Driver12mm dual magnetic circuit graphene driver
Impedance: 16ohm
Sensitivity: 105db/mw
Frequency response: 5hz-40khz
Lowest power: 8MW
Connector: 2pin 0.78mm
Plug: 3.5mm
Cable 1.2m detachable cable

TFZ Series 2 ni pun datang dalam pelbagai pilihan warna iaitu :

TFZ SERIES 2 – 001 Purplish Red.
TFZ SERIES 2 – 007 Crystal.
TFZ SERIES 2 – 008 Translucent Black.
TFZ SERIES 2 – 009 Black.
TFZ SERIES 2 – 010 Pink.
TFZ SERIES 2 – 005 Blue.
TFZ SERIES 2 – 006 Green.

Untuk tujuan ulasan kali ni aku menggunakan peralatan dibawah

Source : Samsung Galaxy Note 9 & Fiio Q1 Mark 2 Portable DAC/Amp
Player : Hiby Music App (Android)

Tracks :

  1. Another One Bites The Dust – Queen – FLAC 16-bit
  2. Don’t Talk To Strangers – DIO – FLAC 16-bit
  3. Cry Baby – Janis Joplin – FLAC 16-bit
  4. Blood Sugar Sex Magik – Red Hot Chili Peppers – FLAC 24-bit
  5. Cemetery Gates – Pantera – FLAC 24-bit
  6. Cerita Kedai Kopi – Malique/ Saleem feat DJ Fuzz – FLAC 16-bit
  7. Chain Of Misery – Iron Maiden – FLAC 24-bit
  8. Papa Was A Rolling Stone – The Tempations – FLAC 16-bit

Harga dan kat mana boleh beli
Korang boleh dapatkan TFZ Series 2 ni dengan harga RM205 atau boleh terus beli kat Red Ape disini.

Macam mana dia punya soundstage
Untuk soundstage TFZ Series 2 ni memang sangat mengujakan. Aku dapat merasakan aku berkongsi pentas bersama Red Hot Chili Pepper dia dalam lagu  Blood Sugar Sex Magik  . Ketukan drum dan permainan bass guitar seolah-olah berada di depan mata! Kesimpulannya sound stage yang dihasilkan tidak besar dan tidak sempit.

Macam mana dia punya bass (Lows)
Okay disini lah kekuatan TF2 Series 2. Dynamic Driver 12mm memang menghasilkan bunyi bass yang deep dan sweet! Ini terbukti di dalam lagu Cerita Kedai Kopi. Di sepanjang lagu ini aku dapat dengarkan bass line yang sgt deep dan mantap. Yang buat aku suka pada bass TFZ Series 2 ni adalah bass yang dihasilkan tak akan membuatkan kita sakit kepala sebagaimana IEM/headphone yang memfokuskan pada bass. Aku boleh katakan tiada bass bleed malahan bass yang dihasilkan sangat thumphy (bass yang membuat jantung ko nak gugur).

Macam mana dia punya vokal (Mids)
Vocal lelaki kedengaran sangat jelas dan rangup bak rendang ayam versi Masterchef Australia. Suara Bruce Dickinson didalam lagu Chain Of Misery sangat diutarakan dan aku boleh dengar setiap perkataan yang dilontarkan beliau. Suara vocal perempuan bagi aku sangat sedap didengar dan tidak menyakitkan telinga walaupun dengan jeritan lantang Janis Joplis. Secara teknikalnya mids untuk TFZ Series 2 ini adalah smooth atau dalam bahasa Melayunya adalah sangat sempurna untuk mendengar muzik.

Macam mana dia punya treble (Highs)
Highs atau Treble sangat relaxed. Ianya memberi kepuasan untuk mendengar tetapi tidak meletihkan telinga bila mendengar. Tiada bunyi tajam atau bingit yang kurang enak dari TFZ Series 2 ni. Perfecto!

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Untuk Separation atau Imaging ni aku suka dengar lagu Papa Was A Rolling Stone. Disini TFZ Series 2 membuktikan yang Single Driver bukanlah halangan untuk bunyi yang penuh imiginasi. Aku dapat dengar bunyi setiap instruments dari kiri, kanan dan atas pentas. Memang awesome.

Tone bunyi
Tone bunyi boleh aku katakan natural. Ianya memberi sound stage yang padu dan bunyi akoustik yang sangat mencengkam jiwa,

Untuk siapa?
Sesuai untuk mereka yang sukakan bunyi yang fun ketika mendengar music.

Packaging

Series 2 earphones
0.78mm two-pin detachable cable (OFC, silver-coated)
Faux-leather carrying bag
Shirt clip
Single-flange, narrow bore silicone tips (s/m/l)
Single-flange, wide bore silicone tips (s/m(x2)/l)

 

Ulasan dan Bintang
Bagi aku TFZ Series 2 adalah sesuatu yang wajib korang miliki. Bunyi yang mantap dan paling penting harga yang masih boleh korang makan Nasi Beriyani setiap hari minggu siap belanja kawan-kawan lagi.

Model ini sesuai untuk semua jenis muzik tak kira rock, pop, hip-hop mahu pun zapin.
Untuk mengakhiri ulasan kali ini, Nora kasi 5 bintang!!

5 out of 5 stars (5 / 5)

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta