SHUT YOUR MOUTH AND RUN ME LIKE A RIVER
Testing Tracks
-
Come Together (1969)
-
Blackbird (1968)
-
Proud Mary (1988)
Source : Stoner Acoustics UD130 (UAC2) > Foobar2000
Ini adalah ulasan pendek yang lahir dari hati yg tulus ikhlas.
SOUNDSTAGE
Tingo adalah yang paling small, tapi tak sempit. EP09 adalah yang paling tinggi dan jauh. Very good depth bagi kita rasa macam ada space yang jauh. The widest one adalah my precious Vido. Open and large space antara ketiga earbuds. Jadi siapa suka dengar live albums sy rekomen Vido
INSTRUMENT SEPERATIONS
Vido adalah yang terbaik di antara ketiga-tiga earbuds ini dalam menghasilkan a very good layering dan seperations di antara instrument.
I’m not a technical guy, apa yang saya boleh terangkan kat sini adalah ruang diantara bunyi instrument itu senang untuk dibayangkan dan ini akan lebih membantu untuk saya enjoy the music. JC Ally juga not bad, tapi tidak jelas macam mana saya dengar kat Vido.
Tingo? hmmm Agak crowded, tapi masih kedengaran jelas setiap instrument tanpa bunyi macam bertindih atau penuh kecelaruan di antara semua instruments. Kedudukan vocal di Tingo paling in your face dan forward, jadi keep that in mind.
TONE PRESENTATION
Sangat berlainan temperature utk ketiga-tiga earbuds ni. Slightly dark and warm tone kat Tingo buatkan ianya paling sesuai utk pakai dalam waktu yang panjang.
Sedikit v-shape sound presentation pada Vido, membuatkan ianya adalah sebuah earbuds yang paling fun sounding di antara ketiga-tiga.
Manakala JC Ally adalah yang paling bright sounding dan menawarkan lebih clarity serta extra detail sounding antara semua.
Pada telinga saya, EP09 bukan lagi neutral-bright, ianya adalah 99.99% bright.
BASS
Contoh untuk lagu Come Together, root untuk lagu ini adalah legendary bassline composed by Paul McCartney. Tanpa bassline ini, tiadalah album Abbey Road.
Earbuds yang paling menjayakan lagu ini adalah Tingo. Ia dapat memberi setiap weight pada notations bassline dan kick drum kedengaran sangat locked dengan bass guitar di setiap accent & syncopation.
Manakala Vido ada sedikit kecelaruan di antara kick drum dan bassline dimana kedua2 nya dengaq macam tak “get along”, sebaliknya memberikan impact yang macam ter over pulak pada bahagian subbass.
EP09 mempunyai the cleanest dan articulate bass. Jelas, accurate dan tepat pada setiap bassline dan ketukan tom oleh Ringo Star. Secara tidak langsung, vocal dan drum lebih menyerlah dari bass dan pulse untuk lagu ini. Ini membuatkan saya sedih dan tidak memeberikan kata makian untuk mana-mana earbuds oleh kerana saya sedang berpuasa. Don’t get me wrong, ini lagu utk bass bro, bass should sound the best and not the drums
MIDRANGE
Saya paling suka bunyi guitar pada intro Blackbird yang dengaq di EP09, akan tetapi suara Paul kedengaran sangat nipis kat earbuds ni. JC Ally mempunyai mids yang paling clear.
Contoh vocal lelaki yang paling sedap adalah di Tingo dimana lelaki bunyi macam lelaki dan bukanlah boxy sound macam tak cukup organic. Suara perempuan dapat dengar macam “in your face” sound. Jadi untuk dengar ASMR or suara perempuan mengaji boleh guna earbuds ni.
Untuk lagu Proud Mary, Vido telah berjaya menterjemahkan both suara lelaki dan perempuan dengan sangat jelas dan natural sounding vocals. Higher mids pada Vido memang mind-blowing. Bunyi brass instrument masa pertengahan transition lagu Proud Mary buat saya goosebumps dengan betapa cukup sifatnya bunyi instrument itu sendiri. Tiber bangun menari tanpa sedar.
Walaupun saya rasa Vido ni macam v sikit, tapi setiap sebutan nyanyian berbunyi full dan ada good body and thickness.
Midrange paling saya suka? Vido.
TREBLE
EP09 paling menarik kat sini. Dia punya clarity dan airiness paling terbaik. Walaupun bukan yang paling open sound antara tiga earbuds ni, tapi highs JC Ally penuh dengan sparkles dan good amount of air. Teringat macam dengar kat Hifiman Sundara. “macam” laa. Akan tetapi, ada sedikit edgy around 7khz kalau dengar sebutan S memang ggwp ada setengah lagu yang akan buat dia harsh serta fatigue untuk long session listening.
Tingo sound sangat dry kat high frequency, guna eq pun memang tak cukup untuk extend dia punya sparks tu. Percussion dan cymbal hit memang kering je bunyi, terlalu cepat sangat habis. Highs yang paling sohai memang kat Tingo.
Lain cerita dia bila sembang pasal Vido, highs kat sini adalah yang paling panjang dan smooth. Amped atau tidak, low volume atau high, source warm atau bright, saya memilih highs di Vido over kedua-dua earbuds ini.
Non-fatiguing, takda bunyi sibilant atau kasaq-kasaq ke grainy ke takda. Good amount of air, ok clarity dan so so sparkles. Ini adalah pilihan saya. Bukan yang terbaik, tapi yang paling smooth dan enjoyable.
Treble yang terbaik masih di EP09.
MENCARI KONKLUSI
Secara berterus-terang, sy lebih prefer headphones untuk mendengaq lagu. Dah lama tak dengar iems sangat. Tapi sejak terjumpa Vido, dah start cari earbuds balik. Walaupun tak banyak, kt tangan sy sekarang ada la dalam 8 ke 9 pasang earbuds.
Untuk daily usage, saya pakai Tingo TG38SA untuk kerja selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Pada malam hari nya, saya sarungkan Vido untuk dengar muzik kegemaran buat ubat untuk tido.
Jadi jelas kat sini yang paling saya guna adalah Tingo dan Vido. Persoalan dia adalah.
Adakah EP09 layak mendapat ruang untuk saya berikan dalam aktiviti harian saya? Jawapannya adalah tidak. Berdasarkan music preference saya, Vido mempunyai alasan yang lebih kuat untuk sentiasa menjadi pilihan utama saya. EP09 adalah untuk treblehead (pada pendapat saya).
Terima kasih sudi baca sampai habis. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.