TRN BT10 AptX Bluetooth Upgrade Cable (2 Pins)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kalau korang dah baca review aku mengenai IEM berjenama KZ iaitu model ZSN n AS10, aku ada mention IEM tersebut boleh dicabut kabelnya. Dan ini salah satu alternative yang korang boleh guna iaitu TRN BT10 AptX Bluetooth Upgrade Cable.

Fungsi dan Spec

Port : 2 Pin (or MMCX)

Bluetooth version : 4.2

Codec : AAC, SBC, APT-x

Frequency Range: 2.4GHz- 2.48GHz

Operating Distance: Up to 10M

Standby Time: Up to 180 Hours

Talking/Music-playing time : about 8 hours

Charging time : about 2 hours

Frequency respose : 20-22kHz

Operating temperature : -10c – 50c

Harga dan kat mana boleh beli

Harga TRN BT10 AptX Bluetooth Upgrade Cable RM89 – RM120 dan korang boleh beli di DigitalJokerMY dan Hillaudio.

Tone bunyi

Hampir menyamai menggunakan stock kabel. Jangan expect ada improvement kualiti.

Untuk Siapa?

IEM yang aku gunakan dekat upgrade cable ni ialah KZ ZSN & AS10 (2 Pin).

Jarak : 80-90 langkah IEM menjauh daripada phone. Putus2 ketika menjauh tapi kembali stabil jika berhenti.

Penggunaan ketika bergerak : Terbaik. Tiada gangguan langsung ketika digunakan dalam helmet atas moto yang ditunggang laju.

Sela masa atau Delay : Untuk dengar lagu atau video di aplikasi Movie atau Music Online Streaming langsung tiada delay. Tapi untuk game online seperti PUBG, Fortnite, boleh expect delay sedikit dalam 0.02 saat.

Penggunaan Bateri : sehari aku dengar dalam 5 jam & biasanya aku cas 2 hari atau 1 ½ hari sekali.

 

Packaging
Disini aku sertakan gambar TRN BT10 AptX Bluetooth Upgrade Cable

Ulasan dan Bintang

Adakah ianya berbaloi? Sangat2 berbaloi. Sangat mudah digunakan, selesa terletak dileher, penggunaan bateri yang baik, connectivity yang sangat stabil. Score aku bagi 4.5 bintang.

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta