TRN T300, Sebuah TWS Dengan Tuning Muzik Yang Mengancam! (SPONSORED BY HILL AUDIO)

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam satu PKP buat seluruh warga Monstarian sekalian. Semua sihat ke tu? Jangan sedih-sedih sangat waktu PKP ni. Apa kata baca ulasan aku tentang produk yang bagus ni. Sudah lama aku tidak mengulas produk baru dan kali ni tora datang lagi dengan item yang langsung tidak menghampakan, iaitu TRN T-300. Sebuah TWS yang agak padu dari TRN. Umum mengenali syarikat TRN sebagai pengeluar chifi yang agak kompetitif. Dalam lambakan jenama chifi di arena audiophile, TRN cuba memberi sentuhan berlainan dengan produk mereka.

Spesifikasi

  • TRN T300
  • Ear coupling: In-ear
  • Drivers: (1) dynamic driver, (2) balanced armatures
  • Chipset: Qualcomm QCC3046
  • Qualcomm CVC8.0 active noise-canceling
  • Input: Bluetooth (true wireless)
  • Bluetooth version: Bluetooth 5.2
  • Bluetooth codecs supported: AAC, SBC, aptX
  • Battery life (earphones): 4.5 hours
  • Battery life (charging case): 72 hours
  • Water-resistance rating: IPX5

Packaging & Kualiti rekabentuk
TRN T300 ini didatangkan di dalam kotak putih dan di dalamnya berisi TWS itu sendiri, bekas pengecas, wayar usb type C, eartips, kertas waranti serta manual pengguna. Cuma ada sedikit keluhan dari aku tentang kualiti pembinaannya. Bekas plastik yang digunakan terasa agak murah. Bila dah pakai lama nanti aku boleh rasakan yang bekas TWS ini akan bercalar balar kerana aspek plastik itu sendiri. Satu benda aku suka tentang bekas pengecas T300 ini ada indikasi bukan sahaja unutk bateri pengecas itu sendiri malah ada indikasi untuk TWS itu juga. Thumbs up untuk TRN.

Jangka hayat bateri
Jangka hayat baterinya bagi aku biasa sahaja. 4 jam 30 minit melihatkan kepada penggunaan secara purata. Tengok juga kepada berapa volume dimainkan. Itu cuma purata sahaja.

Kelantangan bunyi & julat frekuensi
Kualiti Mic serta Noise cancellation T300 ini memang ‘meh’ je secara ringkasnya. Mic tu kalau bercakap dalam suasana yang tiada orang atau bunyi asing, mungkin boleh diterima baik. Kalau suasana yang ramai orang memang tidak bersinar langsung mic T300 ni. Mari kita lihat tona bunyi untuk setiap frekuensi pula :-

Low
Bagi aku T300 ini semestinya cenderung ke arah bass. Spektrum frekuensi yang menyerlah dalam T300 ini. Namun bukan lah bass yang menekan-nekan gegendang telinga sehingga kurang selesa. Ianya bass yang berkualiti dibantu pula sub-bass-nya yang cukup syahdu, sekadar mengetuk pintu gegendang bertanya khabar gitu. Langsung tidak invasive. OST Fast and Furious Tokyo Drift menjadi pilihan aku untuk menguji bass T300 ini.

https://tidal.com/browse/track/3684350

Mid
Walaupun T300 ini cenderung kearah bass-nya yang berkualiti, frekuensi mids juga tidak mengecewakan. Aku agak kagum untuk sebuah TWS dalam julat harga Rm300 ini mampu menghasilkan bunyi yang agak terperinci walaupun ianya sebuah peranti nirwayar. Vokal yang terhasil dari 2 DD + 1 BA cukup berkualiti dan mengasyikkan untuk sebuah TWS. Dengar suara Iman Troye guna T300 ini betul mendayu-dayu beb. Terasa dibuai-buai gitu.

https://tidal.com/browse/track/155737878

High
Frekuensi high dalam T300 ni aku cukup puji kerana bunyi instrumen itu dapat didengari dengan baik dan agak jelas. Kita boleh menghayati setiap gorengan alat muzik dengan baik tanpa gangguan atau bertindan dari frekuensi-frekuensi yang lain. Walaupun perinciannya belum mampu menandingi IEM berwayar, tapi tetap puas hati. Dengar Eric Johnson gentel gitar betul buat kau nak menangis. Bunyi snare dengan hi-hat pun syahdu je bila dipukul. Lepas tu layan pulak Tender Surrender dari Steve Vai. Tau-tau mengalir je air mata sebab syahdu sangat. Lunak weh..

https://tidal.com/browse/track/1570200

https://tidal.com/browse/track/11409947

Tone bunyi
Seperti kebanyakan TWS, tona bunyi T300 ini digubah sesuai dengan telinga pendengar kebanyakan orang, iaitu warm dan fun. Dengan dentuman bass yang syahdu, vokal yang merdu serta gorengan instrumen yang menangkap kalbu, T300 ini antara all rounder yang baik untuk setiap frekuensi. Sound stage-nya pula medium sahaja kedengaran tidak jauh sangat, sedikit airy, tapi cukup asyik. Separation antara instrumen dan vokal serta bass juga baik. Tidak ada unsur-unsur frekuensi yang bertindan mahupun bertindih.  Yang penting tidak shouty dan tiada sibilance yang boleh menjatuhkan mood pendengar. Memang boleh dinikmati dengan baiklah senang cerita.

Perbandingan ( TRN T300 VS Sabbat E12 Ultra )

Perbandingan yang terdekat ada pada aku adalah Sabbat E12 Ultra. Setakat ujian yang aku telah lakukan ke atas ke duanya, bass Sabbat lebih padu dan mendalam. Tapi kualiti sub-bass pada TRN T300 lebih menyerlah dan berkualiti. Namun bagi aku TRN menang pada seluruh julat frekuansi, kerana mid serta high sedikit terperinci berbanding sabbat yang mana agak berat kepada bass pada kebiasaannya dan perincian frekuensi mids dan high sedikit ‘meh’. Satu benda yang aku tak suka pasal t300 ni adalah touch sensitive. Ianya amat sensitif. Ianya bukan setakat akan kesan jari sahaja malah apa sahaja yang bersentuhan ia akan kesan. Aku ada pakai sambil baring dan ketika mengiring, ianya ada tersentuh bantal aku dan ia terus menukar ke lagu lainnya. Agak frust aku di situ. Lagi satu Sabbat E12 menang dari sudut baterinya yang boleh bertahan 5 jam lebih berbanding TRN T300 4 jam lebih sahaja. Kedua-duanya kalis air dengan spesifikasi IPX5 jangan risau.

Untuk Siapa?
Bagi aku T300 ini sesuai buat mereka yang mahukan TWS dengan bass yang padu tapi pada masa yang sama juga menghargai kualiti mids dan high yang baik. All rounder gitu. Secara terus terang aku rasa T300 ini cuma sesuai untuk pendengar muzik on-the-go. Sesuai untuk dengar muzik sambil jogging, sambil berdiri dalam LRT menuju stesen berikutnya atau mungkin mendengar audiobook kegemaran. Dengan bunyinya yang padu aku yakin T300 ini mampu memikat hati orang ramai. Cuma mic je la tidak berapa bagus. Untuk gaming tak perlu cerita la.

Harga dan kat mana boleh beli
Korang boleh dapat TRN T300 ini dari kedai virtual Hill Audio-MY di link :-

Shopee HillAudio-MY

This slideshow requires JavaScript.

Ulasan dan Bintang
Secara konklusinya bagi aku TRN T300 ini lebih all rounded, slightly bass favor kinda TWS. Memang lah tak boleh lawan dengan IEM berwayar bunyinya tapi kita kena faham untuk sesebuah teknologi yang pelbagai untuk di satukan dalam bentuk yang kecil dan mudah alih pula bukan hal yang mudah. Jadi sebab itu aku kagum dengan hasil bunyi T300 ini. Cuma aku rasa harganya mungkin sedikit mahal berbanding TWS yang lain. Terus terang aku katakan, dengan kualiti mic serta hayat bateri yang biasa sahaja, ada lagi pilihan lain. Kerana pada harga RM200 kebawah ada pilihan TWS yang lain boleh dicari dengan hayat bateri serta mic yang bagus. Inikan pula dalam julat RM300, ada pelbagai pilihan boleh dibuat. Aku berikan 4 bintang buat TRN T300 ini.

4 out of 5 stars (4 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta