Ulasan Audio-Technica ATH-AWAS Closed-Back Wooden Flagship Headphone

Kalau sebut headphone Audio-Technica, memang rata-rata manusia mesti familiar dengan branding ni. Antara design yang paling ramai orang kenal mungkin pada ATH-M40x atau ATH-M50x. Bukan sahaja headphone, malah microphone, turntable dan commercial audio equipment semua memang tak asing lagi dengan nama brand yang terkenal macam ni. Tapi apa yang ramai orang tak tahu adalah, ATH juga ada menghasilkan pelbagai jenis headphone. Ada yang untuk DJ, sports, travel, gaming, studio used, stage monitoring dan tak lupa juga headphone yang khas untuk golongan yang bergelar Audiophile. Dalam ulasan kali ini, saya akan menulis tentang sebuah flagship headphone yang telah hasilkan oleh Audio-Technica dalam kategori Audiophile iaitu ATH-AWAS.

Kehadiran wooden flagship headphone ini adalah serentak (pada awal 2020) dengan ATH-AWKT iaitu kembar tidak seiras kepada ATH-AWAS. Kedua-dua flagship ini adalah hasil buatan tangan (hand-assembled) kilang yang terletak di Naruse, Tokyo. Perbezaan ketara antara dua flagship headphone ini adalah jenis kayu yang digunakan, packaging presentation yang berlainan dan perbezaan harga. ATH-AWAS dijual pada $1,399.00 dan ATH-AWKT diperkenalkan pada harga $1,899.00. Apa yang istimewa sangat dengan headphone ni? Jom kita sama-sama mengenali sebuah Audio-Technica AWAS.

Terima kasih kepada otaku Mr.Han dan AudioMonsta yang memberi peluang untuk saya menghasilkan ulasan yang sederhana ini.

FLAC > Foobar2000 > Schitt Modius BAL > Topping A90 Balanced XLR

Link Pembelian ATH-AWAS Local Seller (non-affiliated) : PHC Audio

 

ATH-AWAS $1,399.00
ATH-AWKT $1,899.00

Apa Yang Best ?

  • Binaan yang sangat cantik.
  • Clarity dan resolusi bunyi high-end.
  • Easy to drive.
  • Headphone cup dari kayu pokok yang rare Asada Zakura.
  • Packaging Ultra-Bangsawan.
  • Japanese craftsmanship: semua Audio-Technica wooden headphones adalah hand-assembled in Tokyo.

Apa Yang Kurang Best?

  • Tiada 4.4mm cable.
  • Kekurangan bass weight dan punch.
  • Extremely Microphonics.
  • Mahal.

Spesifikasi

  • Type Closed-back dynamic
  • Driver Diameter 53 mm
  • Frequency Response 5 – 42,000 Hz
  • Maximum Input Power 2,000 mw
  • Sensitivity 99 dB/mW
  • Impedance 40 ohms
  • Weight 395 g (13.9 oz), without cable
  • Cable Detachable 3.0 m (9.8′) cable (A2DC to 6.3 mm (1/4″) gold-plated stereo plug; elastomer sheath, OFC); detachable 3.0 m (9.8′) balanced cable (A2DC to 4-pin XLRM; elastomer sheath, OFC)

Packaging
Walaupun saya baru dalam dunia headfi, tak pernah lagi saya jumpa kotak headphone yang premium dan cantik macam mana yang hadir dengan ATH-AWAS. Untuk sebuah flagship yang mahal, bagi saya packaging yang premium itu adalah wajib! Muka hadapan lapisan kotak ini terdapat sebuah ilustrasi yang berbentuk gambaran sisi sebuah headphone AWAS dengan perkataan asada zakura sebagai cables dan tulisan Jepun sebagai headband. Dengan hanya melihat luaran kotaknya saja, telah jelas bahawa designer team ATH sangat bangga dan berpuas hati dengan senibina rekaan flagship mereka ini.

Bahagian dalam terdapat kain sutera berwarna gelap yang menjadi lapisan atas kepada span yang lembut memenuhi seluruh ruangan dalaman kotak. Retail packaging yang macam ni sememangnya kena dengan harga sebuah flagship rekaan & binaan Japan ini. Dengan size, material dan bentuk kotak ATH-AWAS, sangat jelas bahawa tiada perkataan kesederhanaan pada packaging ini melainkan hanya perkataan bangsawan sahaja yang layak digunakan. Apa yang ada dalam kotak?

  • Headphone ATH-AWAS
  • Single-ended 6N OFC cable 6.3mm 3.0 meter
  • XLR 4 pin 6N OFC balanced cable
  • Manual Book

Sejujurnya saya mengharapkan flagship yang mahal ini hadir dengan pelbagai jenis lagi aksesori seperti soft wiping cloth, portable carrying case atau lain-lain. Cable yang disertakan ini kedua-duanya mempunyai panjang yang sama iaitu 3 meter, single ended datang dengan gold plated 6.3mm dan balanced cable hadir dengan Neutrik 4pin XLR plug.

Dengan keseluruhan package yang disertakan dalam pembelian headphone ini, sangat jelas sememangnya ATH-AWAS ini tujuannya bukanlah untuk kegunaan portable dan hanya untuk home listening sahaja.

Keselesaan & Rekaan
Earpads headphone ini diperbuat daripada synthetic leather yang sangat lembut. Walaupun bukan tebal dan selembut earpads pada Audeze headphone, earpads flat seperti pancake yang soft & plush ni tidak pernah memberikan perasaaan tidak selesa sepanjang penggunaan saya. Terima kasih kepada clamping force yang firm dan synthetic leather earpads, isolation yang terhasil adalah one of the best saya pernah alami. Headband yang digunakan ini juga antara rekaan yang paling baik saya pernah guna, juga menggunakan synthetic leather namun tiada apa-apa foam layer atau sebarang extra nugget pads untuk menambah selesaan. Secara tak sangka, headband ni sangat efficient dimana ianya langsung tidak memberikan sebarang gangguan untuk pemakaian tempoh yang panjang. Ini baru betul headphone premium!!

ATH-AWAS’s earpad sebelah-sebelah dengan Grado G Cushion. Because why not.

Housing cup headphone ini diperbuat daripada Asada Zakura iaitu sejenis kayu Japanese Cherry yang sangat rare. Pokok ini hanya terdapat di kawasan yang terhad sahaja dan mempunyai tempoh matang selama 100 tahun. Tak sangka kayu yang saya letak kat telinga ni lagi tua daripada nenek saya sendiri. Dengan warna merah yang warm dan tekstur grain lembut pada permukaan kayu Asada Zakura ini, membuatkan sesiapa sahaja akan terus jatuh hati selepas melihatnya sendiri di depan mata. Kegunaan kayu ini selalunya digunakan dalam high-end speaker system oleh kerana karakter yang sangat sesuai untuk bunyi-bunyian acoustic disamping mempunyai bunyi yang sangat clear dan kayu ini mempunyai sifat durability yang sememangnya kuat dan tahan lama. Bak kata orang-orang professional, lain kayu lain karakter bunyi yang akan dihasilkan, saya yakin penggunakan Asada Zakura pada ATH-AWAS ini bukanlah hanya semata cantik sahaja namun mempunyai kelebihan unik dari segi acousticnya sendiri.

Sejak 2015, Audio-Technica engineers iaitu Takao Kyotani dan Yosuke Takubo telah mencipta A2DC connector dan iem pertama yang menggunakan connector ini adalah ATH-CKS1100iS. Connection ini dikatakan lebih superior daripada MMCX untuk penambahbaikan seperti berikut :

To Create a Better Connection

Not Too Loose, Not Too Tight

To Reduce Connector Rotation

To Design a Connector Dedicated to Audio

Connection yang digunakan adalah A2DC (Audio Designed Detachable Coaxial), walaupun agak susah untuk mencari 3rd party replaceable cable, tapi masih boleh dibeli dan membuat custom cable. Antara yang saya tak suka dengan stock cable adalah terlalu microphonic dengan apa-apa sentuhan. Boleh jadi yang paling teruk pernah saya guna. Satu hari kucing saya datang bawah meja dan terlanggar cable headphone ni dan saya dengar macam ada orang datang pecahkan pintu bilik lol. Itulah tahap microphonic yang paling tinggi pernah saya dengar, sangat sensitive to touch walaupun cable terjatuh ke atas lantai pun saya akan dengar macam bunyi yang sangat kuat.

Sesungguhnya kecantikan dan kualiti binaan headphone ini akan lebih terbukti setelah seseorang itu telah memegangnya sendiri. Permukaan cup headphone ini sangat smooth dan licin macam pegang kulit bayi yang baru lahir. Kawan saya seorang non-audiophile, selepas dia pegang headphone ini dan memberi komen bahawa headphone ni lebih cantik dari wife dia LOL. Logo Audio-Technica yang timbul di permukaan ini boleh dirasakan oleh tangan setiap kali menyentuh permukaan cup ini dan saya mempunyai perasaan dimana hasil seni yang diberikan dalam pembuatan headphone ini adalah ditahap yang profesional dan world class. Hands down, ATH-AWAS adalah headphone paling cantik pernah saya pegang.

Driver Apa Dia Guna?
AWAS menggunakan 53mm dynamic driver dengan DLC (diamond-like carbon) sebagai lapisan coating diaphragms berfungsi untuk membantu high-frequency response. Dengan impedance sebanyak 40ohm dan sensitivity 90dB, flagship ini adalah sebuah headphone yang easy to drive. Dengan hanya menggunakan output jack di smartphone saya sahaja, volume yang digunakan hanyalah 70% sahaja. Saya yakin apa-apa dongle DAC dan bluetooth DAC low gain sahaja mesti boleh drive headphone ni dengan consistent tanpa apa-apa masalah.

Walaupun headphone kayu ini boleh dikatakan sebagai sebuah high-end headphone, namun bagi saya ianya tidak memerlukan high-end audio chain untuk mendapatkan full potential sounding. Sebagai sebuah flagship, ATH-AWAS menggunakan Audio-Technica’s proprietary acoustic treatment yang dipanggil D.A.D.S yang berfungsi untuk mencipta dua ruang acoustic chamber yang berlainan untuk kebaikan low frequency response. Apa itu DADS?

DADS

D.A.D.S. (Double Air Damping System) is a company patent Audio-Technica consisting in the use of a special construction of ear capsules, i.e. partitions and damping material, to obtain the highest degree of sound suppression trying to get from the outside into the capsule and in the opposite direction. This allows you to achieve higher dynamics and deeper basses. The D.A.D.S system is used in some higher models of closed hi-fi home headphones.

 

Kedudukan 53mm driver menghadap ke sisi.

Soundstage
Dengan kedudukan driver yang angled di bawah earpads, ianya sangat membantu untuk menghasilkan sebuah psychoacoustic trick yang sangat holographic. Walaupun headphone ini adalah sebuah closed-back, soundstage yang saya dengar adalah above average dimana saya tidak terasa seperti cramped atau claustrophobic. Kalau kena blind test, saya dah lama silap sebab teka ini adalah sebuah open-back headphone.

Walaupun mempunyai height yang sederhana, tapi dari segi depth dan width ATH-AWAS telah terbukti sangat wide dan spacious.  Dengar lagu Take the ‘A’ Train(Live) Duke Ellington: The Reprise Studio Recordings, bunyi violin, drum dan double bass macam datang dari speaker yang berlainan untuk setiap satu instrument.

ATH-AWAS mempunyai instrument separation yang terbaik pernah saya dengar selama saya mendengarkan music dari headphone. Sangat lively dan excellent transparency. Apabila mendengarkan The Dark Knight Trilogy Medley Live in Prague, start saja bunyi instrument timpani pada minit 1:07, terus saya ibarat berada di alam lain dengan keluasan yang sangat jelas di antara kiri dan kanan dek kerana bunyi timpani yang sangat jauh diantara satu sama lain seperti berada dalam kedudukan acoustic yang sangat realistic.

Tone bunyi
Keseluruhan presentation bunyi ATH-AWAS adalah ke arah neutral-bright.  Walaupun menggunakan warmer source, masih ada beberapa sibilant-prone track yang terasa ‘pedas’ pada telinga treble sensitive saya ini. Dengan design kayu yang smooth dan organic, macam tu lah juga bunyi yang dihasilkan oleh headphone flagship 2020 ini. Driver DLC coating yang ada pada headphone ATH-AWAS ini mempunyai speed yang sangat laju membuatkan semua lagu kedengaran dengan penuh airy yet sangat-sangat musical disamping mempunyai texture bass yang tight dan solid. Logo Hi-Res besar yang berada di luar kotak ini sememangnya bukanlah sekadar hiasan. Resolusi dan transparency yang ditawarkan oleh ATH-AWAS adalah sangat diluar jangkaan saya. Lagu-lagu vocal-oriented macam duo vocal + instrument memang takde siapa boleh challenge dengar clarity dan timbre yang warm-natural.

Credit : crinacle

Tuning yang baik dengan berumahkan kayu Asada Zakura ini mempunyai tonality yang sangat baik untuk setiap instrument seperti bunyi piano, acoustic guitar, woodwind dan pelbagai acoustic instrument yang lain. Pada pendapat saya, segala jenis micro-detail dapat didengari kat headphone yang sensitive seperti ATH-AWAS. Sebagai contoh, untuk lagu Bulletproof – La Roux – Pomplamoose, saya perasan buat kali pertama pada minit 02:45, drummer Ben Rose telah tersentuh kedua-dua stick, ianya dapat di tangkap ke dalam overhead microphone dan secara jelasnya saya boleh pickup every little mistake yang sedemikian menggunakan ATH-AWAS yang super sensitive ini.

Walaupun mendengarkan track yang sangat sibuk dan penuh dengan instruments, setiap notasi dapat didengari dengan jelas biarpun notes yang laju dari double pedal ataupun staccato dari beberapa orang violinist. Namakan saja track yang paling sibuk dan laju, ATH-AWAS boleh handled setiap notations sambil senyum saja. Saya mendengarkan Duel of the Fates – London Symphony Orchestra, secara effortlessly setiap notes dan voicing dapat diterjemahkan dengan clarity yang paling tinggi pernah saya dengar. Nak tahu betapa clean dan fast driver headphone ni? Selama hampir 11 tahun saya follow Dirty Loops, ini kali pertama saya berjaya mendengar semua notation yang dimainkan contoh dalam lagu Follow The Light, dan lagu ini saya cuma mendengar di Youtube sahaja. Hands down the cleanest sounding headphone!

 

Low
Light bass response dengan hampir tiada subbass extension. Midbass mempunyai decay speed yang sangat excellent, snappy and fast bass tapi kekurangan dari segi kuantiti. Kepada peminat lagu-lagu pop & rock, akan kedengaran seperti kekurangan weight pada keseluruhan lagu. Untuk lagu Godzilla – Eminem, walaupun sepatutnya deep dan punchy bass sounding, sebaliknya setiap notasi bass dapat didengar dengan penuh clarity dan tight textured low-end.

Mulanya saya rasa macam sedikit kecewa dengan bass response macam ni, tapi semakin lama saya dengar semakin saya boleh hargai setiap clarity notes bass yang ada di ATH-AWAS contohnya untuk lagu-lagu funky seperti Play That Funky Music-Wild Cherry. Snare bunyi sangat tight dan laju tanpa kedengaran incoherent, kick drum juga mempunyai energy dan kuantiti punch yang adequate.

Saya sebagai seorang yang minat dengan bass guitar, banyak masa yang saya habiskan untuk study tone yang pelbagai pada setiap jenis guitar bass yang berlainan. Oleh itu, saya sangat menghargai bunyi bass guitar di ATH-AWAS yang sentiasa deliver tone yang paling accurate contohnya pada lagu cover album Marcus Miller iaitu What Is Hip dalam album Free. Bassline asalnya adalah composition oleh mendiang Rocco dari Tower of Power, sixteenth note yang dimainkan boleh Marcus Miller sangat jelas didengari tanpa bloated atau muffled seperti berada direct di depan bass amplifier. Tight dan linear adalah perkataan yang sesuai untuk saya gambarkan kepada segala jenis instrument yang berada di spectrum range low end.

Mid
Lower mids terasa kekurangan meat dan body mungkin kerana terlalu linear tiada recessed dan tiada elevated. Untuk lagu-lagu metal, dimana memerlukan sound guitar yang berat-berat sememangnya tidak sesuai sama-sekali! Lower-mids yang macam ni memberi kesan yang besar kepada vocal lelaki oleh kerana kedudukan middle C terasa macam terlalu thin membuatkan vocal lelaki seperti Bon Jovi kehilangan growl dan body.

Kebanyakkan body instrument kedengaran sangat transparent, warms dan clear pada range 1kHz ke 2kHz, tambourine dan alat percussion lain ada bite dan snap yang engaging. Kat sini bunyi acoustic guitar sangat menarik. Rasa macam lubang acoustic guitar tu directly berada di tepi telinga tanpa sebarang digital process/converter yang telah digunakan.

Tears in Heaven Acoustice Live, bunyi strumming dan petikan guitar telah overshadow vocal legendary English musician ini menjadikan result vocal lelaki sedikit veiled. Bila menggunakan HD600 pada track ini, vocal Eric Clapton lebih focused di tengah dan guitars telah di bahagikan dengan jelas pada stereo left and right menjadikan layering midranges lebih balanced. Jadi pendapat saya, ada sedikit congested pada spesific track yang macam ni, boleh jadi bad mixing ataupun HD600 sememangnya telah diciptakan untuk superior di frequency range sebegini.  😂

Female vocal yang clean dan forward accompanied by classical guitar dalam lagu Getaran Jiwa – Eb Duet melemparkan coherent yang maxima ditelinga saya macam sedang menyaksikan persembahan Eb Duet sambil dinner kat dalam restaurant. Setiap petikan guitar, setiap hembusan nafas Eve Wong adalah smooth dan life-like. Bukan itu saja, setiap echo dan reverb dari effect guitar untuk beberapa lagu dalam album ini juga boleh di dengar sampai fade out.

Begitu tinggi resolution yang headphone ni mampu untuk terjemahkan dalam layering yang cantik lagi sedap. Walaupun midrange di ATH-AWAS ni sangat transparent dan berupaya untuk control busy instruments dalam sesuatu track, percayalah bahawa album-album acoustic dan unplugged adalah ‘makanan’ kepada general tonality wooden flagship ini.

High
Top end ada banyak detail kuantiti dengan marvellous extension untuk setiap percikan notasi dalam jurang spectrum 8Khz ke atas menghasilkan resonant karakter yang full of airiness. Behold, treblehead kena cuba cari peluang untuk mendengarkan headphone kayu ini.

Saya tak pasti kat mana magic dalam tuning macam ni, tapi sebanyak mana detail yang dilemparkan di depan muka saya, harshness masih boleh lagi dielakkan sedaya upaya oleh ATH-AWAS. Apa yang kurang cantik adalah apabila saya cuba untuk dengarkan lagu-lagu metal contohnya trash album 1983 Kill ‘Em All, the very first few measures guitar riff untuk lagu  Seek & Destroy dan terasa sedikit hint of metallic treble response (bukan sebab nama band ni Metallica yer). Apabila saya bermain dengan EQ di bahagian 60Hz ke 200Hz, perlahan-lahan bunyi metallic semakin fade-off menjadikan tone bunyi lebih balanced.

Horn section yang forward berasa sangat lively & smooth tak kira dari 4 pieces jazz band mahupun full 70s funky band seperti Tower of Power. What Is Hip dalam sesi Tiny Desk Concert bunyi sangat rich dan sangat well-controlled, ibarat datang dari pelbagai arah kiri-kanan dan bahagian belakang. Upper-treble ibarat tiada roll-off membuatkan live session yang crowded ini berasa sangat luas dan lapang. Keseluruhan treble adalah energetic, smooth dan plenty of details.

 

Ulasan dan Bintang?
Setelah bermain dengan pelbagai genres music dan ber-experiment dengan headphone ini, maka saya terpaksa akur bahawa ATH-AWAS bukan lah sebuah all rounder flagship headphone. Walaupun speed & dynamic yang ada di headphone ini boleh retuned di mana-mana planar magnetic open back, saya kurang yakin bahawa karakter kayu yang digunakan pada headphone ini mampu di adaptasi oleh mana-mana open-back planar headphone yang lain. Dengan sentuhan organic Asada Zakura, saya memandang ATH-AWAS sebagai sebuah musical instrument yang mempunyai soul dan musical characteristic yang akan bersama-sama seorang audiophile dalam venture hobby ini.

Penggunaan dampening effect seperti D.A.D.S. (Double Air Damping System) ini terbukti berjaya menghasilkan stereo effect yang excellent. Saya secara jujur recommended ATH-AWAS kepada individu audiophile tegar yang mencari altenative untuk bertukar angin dari daily driver yang mungkin dah kedengaran macam radio rosak (sebab hari-hari dengar benda yang sama). Kalau untuk menjadikan ATH-AWAS sebagai headphone tunggal, saya rasa kurang sesuai dan saya nasihatkan untuk terus mencari headphone lain yang lebih versatile dan multi-purpose. Tanpa ragu-ragu saya katakan bahawa dari segi harga pembelian dengan aesthetic yang ditawarkan oleh Audio-Technica ini, pasti siapa saja akan menghargai hasil seni yang tersurat dan tersirat pada flagship ini. Walaubagaimanapun, biarpun segala detail retrieval dan clarity dalam sound quality yang ditawarkan, saya masih rasa ATH-AWAS mungkin telah di tuned dengan terlalu genre spesific dan akan menghampakan hati para siapa yang mencari all-rounder sound. Oleh itu, ianya bukan lah sebuah headphone 5 Bintang pada pendapat saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih Andrew Tan kerana sudi meminjamkan ‘instrument’ Asada Zakura ini untuk meracun semua orang termasuk diri saya sendiri. Majulah headfi untuk negara!

4 out of 5 stars (4 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta