Betul ke sedapnya sebuah earphone atau headphone itu bergantung pada kebolehan driver yang terbina ? Kalau hybrid drivers lebih sedap dan berbaloi ke dari sebuah dynamic driver earphone? Hari ini saya nak kongsikan pendapat saya terhadap sebuah hybrid in ear monitor dari BQEYZ (Dongguan Xianchao Acoustic Technology) iaitu Spring II. Pihak AudioMonsta mengucapkan ribuan terima kasih pada Hill Audio Malaysia di atas unit tajaan ini.
Puas saya cari maksud nama BQEYZ ni, paling masuk akal yang saya jumpa pun adalah (Best Quality Earphones For You) dan saya pun tak tahu betul atau tidak info ni jadi kalau tuan-tuan kenal tauke brand ni suruh dia pm saya maksud nama panjang dia okay?
Spring 1 telah dihasilkan pada penghujung tahun 2019, namun bagi saya ianya bukanlah sebuah tamparan hebat untuk penggemar chifi di Malaysia kerana hype train dia yang tidak kesampaian. Jadi pada tahun 2020, BQEYZ berjaya menghasilkan sebuah sequel dalam Spring series iaitu Spring II. Sedap ke? Kat mana nak beli? Dalam Malaysia ada jual ke? Adaaaaa mai kita sama-sama berkenalan dengan Spring II ini.
Packaging
Sebuah persembahan kotak cardboard yang boleh di slide seperti kebanyakkan kotak smartphone kita pada hari ini. Kotak hitam yang nampak premium tapi bila kita pegang rasa macam sebuah kotak yang biasa-biasa sahaja. Bersih dan minimalist sahaja unboxing experience yang ditawarkan oleh iem ini. Dalam kotak hitam yang hanya mempunyai branding logo ini terdapat sebuah iem case yang sangat cantik dan solid! Aksesori yang dibekalkan adalah seperti berikut :
- 1 pair BQEYZ Spring 2 IEM.
- 1 pure copper cable dengan 3.5mm termination plug.
- 6 pair silicone ear tips. (Atmosphere S M L & Reference S M L)
- 1 pair foam ear tips.
- 1 Carrying pouch.
- 1 Cleaning brush.
- 1 User guide.
Keselesaan & Rekabentuk
Sebuah iem yang mempunyai fit yang baik untuk telinga saya. Saya rasa nozzle Spring 2 ini mempunyai size yang sangat ngam dan ini menyebabkan iem ni ibarat tergantung kat luar telinga saya tanpa semua badan iem bersentuhan dengan keseluruhan telinga saya. Ini adalah sebuah improvement dari Spring 1 yang ramai orang complaint pasal fit issues. Size Spring 2 ni agak bulky, jadi saya tidak syorkan untuk pakai masa tidur kerana mungkin berasa kurang selesa. Overall keselesaan sangat memuaskan dan sangat ergonomic.
Binaan badan Spring 2 adalah daripada full aluminum shells hasil dari CNC machined. Tiada bahagian yang tajam, semua smooth jer dan warna dia sangat cantik. Terdapat dua warna yang available untuk Spring 2 iaitu Black dan Green. Memang jarang saya suka iem color hijau ni tapi saya dah jatuh cinta kali pertama since saya tengok gambar Spring 2 hijau.
Menggunakan 2pin connection detachable, jadi takda masalah untuk kita guna dengan cable kesayangan kita atau pelbagai aftermarket cable lagi. Cable yang disertakan adalah 4 core braided single crystal copper yang mempunyai 224 strands wire, lembut, cukup tebal dan tidak terlalu berat atau terlalu nipis. Terdapat 3 air-vent (lubang angin) untuk setiap sebelah unit ini (sebab dynamic driver memerlukng angin). Bagi saya lubang dia macam terlalu besar sebab kalau saya tengah dengar lagu, orang sebelah pun dengar juga lagu dari spring 2 walau sedikit pun. Kali ni membuatkan housemate saya tegur macam ni “eh emy, earphone apa pulak hang dengar kali ni? Kuat nya hang pasang.” Ha itu bermaksud dia punya lubang angin tu memang besar sangat sampai boleh didengari dalam persekitaran yang sunyi.
Spesifikasi :
- Drivers Type: 1 DD 9mm + 1 Piezo-Electric 9 layer driver + 1 BA
- Frequency Response: 7Hz-40kHz
- Sensitivity: 110±3dB
- Impedance: 32Ω
- Jack connector: 3.5mm gold-plated
- Capsule Connection Type: 2 Pin 0.78mm
Harga dan kat mana boleh beli
Kat dalam Malaysia ni kita boleh beli dari Hill Audio MY. Kedai ni terletak di Sungat Petani, Kedah. Jadi untuk siapa yang berdekatan boleh terus hubungi kedai ni dan pada siapa yang jauh boleh juga membeli melalui shopee.
Shopee Hill Audio : TEKAN SINI
Beli BQEYZ SPRING 2 : TEKAN SINI
Harga promosi pada hari ini di kedai Hill Audio adalah : RM 719.00
Sumber Audio & Senarai Lagu
Saya menggunakan sumber audio dari laptop menerusi aplikasi MusicBee version 3.3.7261 dan menggunakan player WASAPI EXCLUSIVE pada DAC comel saya iaitu Calyx Audio Pat (Tekan Sini) yang disambung ke laptop saya menggunakan cable micro usb to type c. Calyx Audio Pat ini adalah sebuah fenomena dalam headfi portable audio community pada tahun 2015 dan hanya support 16bit 48khz sahaja. Tapi sound dia ya tuhan memang sedap.
Berikut adalah nama album flac yang saya gunakan sebagai sumber untuk ujian Spring II.
- The Black Parade (2006) (24bit)
- Nevermind (1991) (24bit)
- 40 Tour Around The Sun (Live) (2019) (24bit)
- The Best of Sheila Majid (2015) (16bit)
- 水彩~aquaveil~ (2017) (16bit)
- Gurenge (2019) (16bit)
Macam mana dia punya soundstage
Soundstage yang saya dengar pada iem ini adalah sangat bagus kerana ianya tidak terlalu besar atau terlalu sempit. Spring II mempunyai wide dan narrow soundstage yang sangat mencukupi. Selalunya untuk iem yang sangat luas soundstage, lagu-lagu dalam album Sheila Majid ini memang akan dengar keterlaluan jauh dia punya keluasan tu, namun kat Spring II ni rasa sangat cukup-cukup sahaja. Contohnya dalam album 40 Tour Around The Sun, Spring II membuatkan saya berasa bersama-sama musician di atas pentas dan bukanlah berada di depan stage seperti iem lain contohnya Intime Sora II.
Macam mana dia punya bass (Low)
Bass pada iem ini menggunakan dynamic driver bersize 13mm, tapi ianya bukan lah bersifat bass cannon atau boosted bass. Mid bass mempunyai bleeding yang jelas dan subbass tidak mempunyai extension yang mencukupi pada telinga saya. Cukup deep, cukup lapisan dan cukup thumpy. Tapi yang penting semua notasi dalam lower end sangat jelas kedengaran. Untuk lagu Tiru Macam Saya dalam album The best of Sheila Majid terbitan EMI Music Malaysia, bass solo yang mengiringi lontaran vocal penyanyi lagenda ini kedengaran amat jelas dan forward sekali. Ia seolah-olah lagu ini adalah highlight duet di antara 5 strings bass guitar dan Dato’ Sheila Majid. Kalau dalam lagu ni bass guitar dengar sangat jelas, jadi bagi saya iem ini mempunyai bass yang cukup bagus. Tapi saya masih rasa tiada apa-apa yang terlalu menarik pada low end iem ini.
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Bahagian mid-range Spring II dimainkan dengan sangat menarik sekali oleh piezo electric driver yang sampai 9 layers ni. Pada mula mid ada sedikit rececessed dan pada bahagian upper mids pula adalah sangat jelas dan amazing! Vocal perempuan memang dengar macam real sangat-sangat, jadi kalau dengar lagu Gurenge, memang rasa macam boleh imaginasi LiSA menyanyi depan muka kita dengan jelas dan NATURAL tanpa sebagai filter. Paling saya suka pada midrange kat iem ini adalah segala-gala jenis intrument mempunyai sebuah resolusi yang sangat jelas. Bunyi piano, brass section, rhythm section dan bunyi drum, semuanya ibarat lifelike sounds. Vocal lelaki pada pendapat saya tidak sepekat dan setebal midrange pada Tin T2 Plus, tapi cukup untuk membuatkan suara Gerard Way mencerminkan kesedihan dan kehampaan dalam nyanyian lagu Cancer dalam album The Black Parade yang kedengaran sangat unnatural dan boxy.
Macam mana dia punya treble (High)
Jujur saya mengharapkan sebuah treble yang real dan semulajadi seperti di Tin P1. Namun jelas sekali peizo electronic driver bukan lah sebuah planar. Semua okay, cuma saya je yang terlebih mengharap. 🙂 Spring II mempunyai sebuah treble yang laju dan sangat detailed, kadang-kadang macam terlalu laju sangat sampai saya rasa sesetengah bunyi cymbal drum macam resolved terlalu awal. Highs frequency pada Spring II memang delivered penuh dengan airiness, tapi untuk lagu yang sememangnya harsh, akan rasa sedikit kurang selesa. Apa yang saya suka pada highs kat iem ni adalah saya dapat the same feeling macam pakai overhead headphone punya treble iaitu seolah-olah semua frequency yang menyakitkan telinga telah ditapis di luar telinga tanpa direct masuk ke eardrum macam iem yang lain. Untuk telinga saya, saya boleh terima treble yang mempunyai clarity bagus macam ni walau terpaksa berdepan sedikit hotness treble.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Kali ini saya ada mixed feelings untuk seperation pada iem ini. Pada mulanya saya hanya menggunakan dac Calyx PaT sebagai sumber audio, tapi apabila saya menggunakan portable amplifier, terus ibarat memberi sebuah synergy yang baru untuk Spring II. Dengan power yang cukup, Spring II mengukir sebuah layering yang sangat menarik dan jelas. Setiap instrument kedengaran berada tepat dalam setiap lapisan bunyi. Vocal lebih berada di hadapan berbanding instrument lain, di ikuti oleh drum atau percussion instrument dan selebihnya berada di belakang. Sebuah persembahan lapisan yang menarik dan bagi saya, ini adalah sebuah strong factor untuk membeli BQEYZ Spring II.
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Spring II mempunyai sebuah tone yang agak bassy dan warm pada telinga saya, ianya sangat sesuai untuk dimainkan sebelum tidur ataupun pada awal pagi kerana sangat relaks dan tidak aggresive. Dengan persembahan yang begitu laid back, Spring II memberikan sebuah gambaran ibarat mendengar lagu menggunakan bookshelf speaker. Penuh dengan clarity dan detailed walaupun terdapat sedikit hot areas pada high frequency. Spring II adalah sebuah iem multi-driver crossover yang berjaya menghasilkan sebuah coherent sound pada tahap yang memuaskan.
Perbandingan
Sebagai sebuah triple hybrid drivers, saya membuat keputusan untuk membandingkan Spring II dan Tri I3. Kedua-duanya mempunyai 3 driver hybrid iaitu Spring II menggunakan balance armature, piezo electronic dan dynamic driver manakala Tri i3 pula menggunakan konfigurasi balance armature, planar magnetic dan dynamic driver.
Harga pun tak jauh beza, jadi memang layak untuk banding kedua iem ini. Pada masa saya menulis ulasan ini, kedua-dua iem ini dijual pada harga yang sama di Hill Audio iaitu RM719.
Soundwise kedua-dua mempunyai low end punch yang bagus, tapi Tri I3 mempunyai lebih body dan deeper subbass. Midrange pula lebih real dan smooth di Tri i3 (planar driver kemon laa) berbanding piezo electric yang terbina pada Spring II. Highs frequency seakan-akan sama untuk kedua-dua iem ini cuma Spring II lebih lean dan tak fluid macam Tri I3.
Detail wise pada telinga saya kedua-dua iem ini menterjermahkan detailed yang seakan berada di tahap yang sama. TRI i3 adalah sebuah iem yang sangat musical dan pada pendapat saya pula Spring II ini ibarat Tin T2 Plus on steroids, memang betul-betul reference sounding iem. Kalau suruh saya pilih, saya akan pilih Tri I3 untuk sound dan Spring II untuk daily driver.
Untuk Siapa?
Spring II sesuai untuk golongan bangsawan yang menginginkan sebuah chifi iem untuk sit back and relaks dan juga sesuai untuk menjadi sebuah penambahbaikan pada pengemar vocal-oriented music yang inginkan sebuah multi-driver yang cantik dan premium feel. Iem ini sesuai untuk pelbagai jenis lapisan muzik, walaubagaimanapun saya merasakan terdapat lebih banyak pilihan yang lain untuk all rounder iem di luar sana akan tetapi tidak mempunyai build quality yang premium seperti Spring II.
Ulasan dan Bintang
BQEYZ memang terkenal dengan quality control yang bagus dan sentiasa menghadirkan iem dengan rekaan badan yang unik. Walaupun produk dari brand ini tidak dikenali ramai seperti brand Blon, KZ, atau lain-lain lagi, tapi BQEYZ sentiasa mempunyai peminat dan penggemar mereka sendiri. Untuk melengkapkan ulasan saya kali ini, saya menghadiahkan 5 bintang pada Spring II kerana BQEYZ sememangnya layak berada sebaris dengan nama-nama ChiFi terkemuka yang lain. Saya berharap lebih ramai peminat audiophile di Malaysia dapat mencuba produk dari brand ini dan sama-sama kita menambah ilmu dalam minat kita pada hari ini.
(5 / 5)