Ulasan – DAP Ibasso DX90. Peranti klasik kegemaran Head-fi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca. Untuk ulasan kali ini aku nak bawa korang kembali semula ke tahun 2014, di mana pada tahun ini, Ibasso, sebuah jenama yang tidak asing dalam dunia audio melancarkan sebuah peranti DAP yakni Ibasso DX90 buat pasaran midrange. Di tahun 2020 ini, walaupun dalam terma elektronik, peranti Ibasso DX90 ni dikira sudah berusia tapi ianya masih menyengat. Bak kata perumpamaan melayu, tua-tua keladi, makin tua makin menjadi! Dizamannya juga peranti DX90 ini mampu beri saingan sengit kepada Astell & Kern.

 

Fungsi dan Spec

Berikut aku berikan spesifikasi secara am untuk peranti Ibasso DX90 ini.

General Specification

Saiz : 64 x 100 x 17 mm

Berat : 140 g

Storage : memori dalaman 8GB + support SDXC, SDHC and MicroSD up to 2 TB

OS : Ibasso own OS

Jangka hayat bateri – continuous playback music : removable compatible I9300 2100mAh. Bole mencapai 8.5 jam (jika bernasib baik)

USB Audio(DAC) : Firmware buggy. Sangat leceh untuk dijadikan sebagai DAC.

Headphone out specifications

Hanya ada 3.5mm jack untuk headphones dan line output. Ada Digital Output Coaxial: 24Bit / 192kHz.

Line Output:
Frequency response: 17Hz ~ 20KHz + / -0.1 dB
Noise Ratio: -119dB + / -1dB
THD + N: 0.0015%
Crosstalk: 115dB (1kHz)
Output Level: 1.7V rms (1kHz 0dB)

Headphone output:
Frequency response: 17Hz ~ 20KHz + / -0.1 dB
THD + N: 0.0015% (32ohm charge)
Output Level: 1.3Vrms (Low gain), 2.0Vrms (Mid gain), 2.8Vrms (High Gain)
S / N: -118dB +/- 1dB (Low gain), -116dB +/- 1dB (Mid gain), -115dB +/- 1dB (High Gain)
Crosstalk: 75 dB (1 kHz 32 ohms)
Output Impedance: <0.1ohm

Format Support

APE, FLAC, WAV, WMA, AAC,ALAC, AIFF, OGG, MP3 (malangnya tidak support MQA)

Ibasso DX90, pada waktu itu jika dilihat di atas kertas, spesifikasinya sangat padu. Menggunakan 2 set cip DAC ESS Sabre32 ES90182KM dan digandingkan pula dengan bukan 1, tapi 2 set cip OPAMP OPA1611 sebagai amplifier dalaman. Menjadikan ianya antara DAP yang sangat berkuasa untuk pandu kebanyakan kelengkapan headpiece yang berkuasa dizamannya! Bunyi yang dihasilkan memang syahdu habis beb, langsung tidak mengewakan dan menjadi sebab mengapa ianya menjadi kegemaran ramai Head-fi. Fuhh…

Harga dan kat mana boleh beli

Disebabkan Ibasso DX90 ini merupakan peranti DAP yang lama, ianya agak sukar didapati. Pengeluarannya juga sudah diberhentikan. Kalau ada pun, ianya new old stock, dan harga memang tidak masuk akal. Di dalam anggaran 450$ ke 500$ unit matawang dollar. Jadi jika berkeinginan untuk membeli, hanya boleh dicari dipasaran second hand. Harganya juga agak mahal. Dalam pasaran Malaysia ia bermula dari RM450 ke RM900 mengikut kondisi.

Tone bunyi

Khas untuk ulasan DAP Ibasso DX90 ini, aku gunakan IEM Fiio FH1 serta Neoaudio EK5. IEM harian aku yang dipercayai. Secara ringkas aku simpulkan, bunyinya bersih, hangat – hangat mentari di pagi hari (warm) dan sangat ceria (fun) untuk didengari. Lagi satu, alunan bunyi yang dihasilkan sangat elegan. In a way macam mengalami euphoria pun iya juga. Bersih maksud aku disini merujuk kepada tahap kejelasan lagu yang dimainkan. Aku agak terkejut kerana lagu yang dimainkan hampir tiada atau tiada langsung noise yang ketara atau sebarang elektrik statik yang menganggu. Soundstage pula luas secukupnya dan rasa berangin diantara bunyi – bunyian. Tidaklah kedengaran jauh, tapi cukup puas hati ditelinga pendengar. Detail lagu yang didendangkan tidak perlu diperkatakan lagi, penggunaan cip DAC ESS Sabre32 ES90182KM merupakan pilihan yang sangat tepat. Bunyi lunak merdu yang terhasil sangat padu dan jitu.

1 – Bruno Mars – The Lazy Song.flac 44.1 kHz

2 – The Impatient Sisters – Mari Menari.flac 44.1 kHz

3 – Butterfingers – Joget Global.flac 44.1 kHz

4 – FKJ, Masego – Tadow.flac 44.1 kHz

Ibasso DX90 ni ada 3 mode gain, lo, mid dan hi. Ini dicapai dengan penggunaan 2 set cip amplifier set of OPAMP OPA1611 yang dibina di dalam. Ianya sangat berkuasa dan mampu untuk tangani kebanyakan earpiece mahupun headphone.

Untuk Siapa?

Ibasso DX90 ini bagi aku bagaikan sekeping surat cinta buat semua peminat muzik seantero dunia. Sedap didengar muzik seadanya. Tidak kisah genre pop, metal, jazz mahupun hip hop sekalipun, aku merasakan peranti ini berlaku adil dalam memainkan muzik yang perlbagai ini. Tidak mencemar langsung apa muzik yang dimainkan. Sentiasa kedengaran menarik dan istimewa.

Packaging

Peranti Ibasso DX90 ini datang dalam kotak coklat seperti di dalam gambar. Ia datang dengan kabel USB, kabel 3.5mm jack kepada output coaxial, kabel burn in 3.5mm jack, kad waranti serta buku panduan pengguna.

This slideshow requires JavaScript.

 

Kekurangan

Ada beberapa kekurangan yang perlu aku bincangkan mengenai peranti Ibasso DX90 ni. Pertama UI dia agak laggy. Untuk skan koleksi lagu pun ia mengambil masa yang agak lama. Lebih besar saiz memori kad, lebih lama masa diambil untuk skan. Lagi satu, prestasi bateri DX90 ini memang mengecewakan. Tapi nasib baik baterinya boleh ditukar. Jadi tidak perlu untuk tunggu dicas semula. Jadi perlu beli bateri lain dan simpan disisi untuk penggunaan yang lama.

Ulasan dan Bintang

Kesimpulan yang aku boleh buat setelah memiliki peranti ni hampir setahun, ianya bagi aku sebuah peranti yang sangat istimewa untuk pencinta muzik. Mungkin spesifikasinya bukanlah yang paling canggih pada waktu ini, rekaan luarannya pula kelihatan agak ketinggalan zaman dan tiada fungsi andorid malah fungsinya sangat asas. Namun bagi aku, muzik yang didendang melalui peranti ini bersih, warm dan sangat fun untuk didengari. Setiap instrumen muzik serta setiap bibit nyanyian vokalis boleh dihayati dengan nyaman sekali. sebuah pengalaman yang aku kira setiap pencinta muzik akan hargai. Tidak perlu untuk diusik EQ untuk dapatkan tuning yang tiada hujungnya, cuma perlu layan muzik pada terasnya dan biarkan diri secara perlahan melayang diawan ke sembilan….

Oh ya sebelum lupa, aku beri 5 out of 5 stars (5 / 5) untuk DAP ini.

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta