Ulasan – FiiO BTR3K – Balanced HiFi Bluetooth Amp (Sponsored by Red Ape – Headphone Store)

FiiO BTR3K – Balanced HiFi Bluetooth Amp adalah model terbaru dari FiiO dimana kali ini pihak FiiO membuat penambahbaikan dan membuang salah satu kelebihan dari model BTR3. AudioMonsta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada FiiO Malaysia dan Red Ape -Headphone Store kerana sudi menaja FiiO BTR3K, FiiO FH1S IEM dan juga FiiO LC-BT2 Neck Sports BT cable pada kami. Ulasan untuk FiiO FH1S IEM dan juga FiiO LC-BT2 Neck Sports BT cable akan kami keluarkan tidak lama lagi.

Fungsi dan Spec

Dibawah kami sediakan spesifikasi lengkap FiiO BTR3K :

Apa yang kita dapat lihat, Peningkatan yang dibuat oleh pihak FiiO pada model BTR3K ini adalah menambah 2.5mm balanced output dimana BTR3 hanya mempunyai standard 3.5mm output. Dengan DAC/Amp yang telah dinaik taraf, Ini membuatkan BTR3K dapat memberi tone bunyi yang asli dan bersih. Kali ini pihak FiiO telah meletakkan dua cip DAC yang berkuasa tinggi iaitu AK4377A, dimana kuasa output telah dipertingkatkan sebanyak 50% dari model sebelum ini (BTR3). Bluetooth cip Qualcomm CSR8675 yang dimuatkan pada BTR3K ini adalah cip yang premium low power solution dimana ia direka untuk meningkatkan aplikasi audio dengan 120MHz DSP sokongan untuk 24-bit transmission dan ia dapat memproses dengan baik untuk decode beberapa lossless Bluetooth codecs. Anda tidak perlu risau tentang kualiti bunyi apabila anda sedang menonton video, gaming dan mendengar muzik. Lampu penunjuk RGB yang ada pada BTR3K ini, memang memudahkan pengguna untuk mengenalpasti format Bluetooth yang sedang digunakan, biru (SBC), Cyan (AAC), kuning (Aptxhd), ungu (Aptx/Aptx LL) dan putih (LDAC).

Amplifier yang terbina didalam BTR3K ini, bukan sahaja memberikan pengalaman mendengar muzik yang bagus, tetapi ia juga memberi pengalaman panggilan telifon yang berkualiti. BTR3K bukan sahaja dilengkapi dengan omnidirectional microphone, ia juga dilengkapi dengan Qualcomm cVc noise cancellation generasi kelapan dimana ia mengawal dengan baik background noise dan suara yang jelas dihasilkan semasa perbualan telifon dibuat. BTR3K juga menyokong Smart Assistant seperti Siri, Google Assistant, bixby dari samsung dan juga HiAssistant dari Huawei. Menurut dari kenyataan FiiO, jangka masa bateri sekitar 11 jam dan kami dengan senang hati melaporkan bahawa dalam penggunaan kehidupan sebenar, kami berjaya mengeluarkan sekitar 9 hingga 10 jam mendengar muzik hi-res dan menerima panggilan.

Dibawah kami sediakan antara muka aplikasi FiiO music dimana aplikasi ini membolehkan pengguna mengawal BTR3K sepenuhnya.

Harga dan kat mana boleh beli
Anda boleh membuat pembelian FiiO BTR3K dengan harga RM339 di Red Ape -Headphone Store. Atau untuk lagi mudah, klik link yang kami sediakan ini :

Red Ape – Headphone Store Shopee

Red Ape – Headphone Store Lazada

Atau anda boleh terus ke website mereka untuk membuat pembelian. Link : https://redape.my/

Tone bunyi
Untuk menguji tone bunyi pada BTR3K, IEM yang kami gunakan adalah TENHZ P4 pro dengan balanced 2.5mm cable 8N Silver dan source adalah Tidal Hi-Fi dengan menggunakan Essential PH-1(Smartphone). Dengan LDAC (BT Codec) kualiti bunyi dari BTR3K sangat rich, lively dan instrument muzik dapat didengari dengan jelas. Anda juga boleh mengubah tone bunyi BTR3K dengan menggunakan equalizer yang ada dalam aplikasi FiiO music. Hasil audio reproduction dari BTR3K adalah realistik dan sesuai pada semua genre lagu-lagu yang kami cuba. Kami dapati dynamic bass BTR3K sangat bagus dan volume dalam mod bluetooth sangat kuat. Untuk tone bunyi pada mod USB DAC semestinya detail bunyi yang begitu baik, vokal yang jelas dan semua instruments layering ada improvements berbanding mod Bluetooth.

Perbandingan
Berikut kami sediakan perbandingan lengkap diantara BTR3K, BTR5 dan juga model sebelum ini BTR3. Dengan perbandingan ini, pemilik BTR3 khususnya boleh lihat adakah berbaloi atau tidak untuk mereka menaiktaraf ke BTR3K. Di mana kita sedia maklum FiiO telah membuang NFC pada BTR3K yang sebelum ini ada di BTR3.

Untuk Siapa?
BTR3k ini sesuai untuk pengguna yang mahu 2 dalam 1 DAC/Amp (BT dan USB DAC), ia mudah digunakan pada phone, laptop dan PC. Dengan saiz yang kecil dan ringan, ia amat mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia juga sesuai untuk pengguna smartphone yang ingin kualiti bunyi yang lebih baik, dimana kebanyakan smartphone keluaran sekarang tiada lagi lubang 3.5mm audio. Dengan spesifikasi mantap yang ada pada BTR3K, dalam mod bluetooh/wireless anda tidak perlu risau kualiti bunyi yang dihasilkan (bergantung pada IEM dan headphone anda pakai).

Packaging
Dibawah kami sediakan video koyak kotak FiiO BTR3K. Jangan lupa Like dan Subscribe channel Youtube AudioMonsta.

Ulasan dan Bintang
Dengan tanda harga RM339 dan juga spesifikasi mantap yang ada pada FiiO BTR3K, anda tidak akan menyesal dan akan rasa berbaloi membuat pembelian BTR3K ini. Kami akhiri ulasan ini dengan memberi 5 bintang pada BTR3K. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca ulasan kali ini. Terima kasih lagi sekali pada FiiO Malaysia dan Red Ape -Headphone Store kerana sudi menaja FiiO BTR3K pada AudioMonsta. Stay safe, stay home guys. Enjoy your audio equipment at home. Kita mesti menang memerangi wabak Covid-19, terima kasih sekali lagi.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta