FiiO bukanlah sebuah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam dunia headfi dan portable audio. Disamping mengeluarkan pelbagai variasi audio produk, FiiO juga mempunyai beberapa barisan in ear monitor yang berjaya menembusi pasaran dunia hingga ke hari ini. Menurut vice manager headphone department FiiO iaitu Vincent Kang, antara iem yang mencapai rekod jualan unit paling tertinggi adalah FH9 Pro dan FH3 pula dicipta untuk mengatasi rekod tersebut pada tahun 2020. Jadi apa yang istimewa sangat FH3 ni? Mari bersama AudioMonsta untuk mengupas segala potensi sebuah iem terbaru FiiO ini. Jutaan terima kasih pada Red Ape Trading kerana membekalkan sebuah unit untuk pihak kami memberikan pandangan yang ikhlas tanpa ada unsur berat sebelah atau kepentingan mana-mana pihak.
Triple Driver Hybrid Setup featuring One beryllium coated diaphragm DD unit and Two Knowles BA units
FiiO’s Patented Balance Relief Technology
FiiO’s Patented S.Turbo Acoustic Tube Technology
High-Quality Silver Plated Mono Crystalline Cable
Spesifikasi FiiO FH3
FH3 menggunakan konfigurasi triple hybrid driver iaitu dua buah Balanced Armature dan sebuah Dynamic Driver untuk setiap head unit. Apa yang menarik dengan spec yang macam ni? Banyak lagi iem chifi yang mempunyai triple hybrid kat luar sana kan?
Apa yang membuatkan FH3 terlalu gah di atas kertas adalah jenis dan kualiti driver yang digunakan oleh FiiO. Berikut adalah jenis balance armature dan dynamic driver yang digunakan untuk FH3 (copy dari FiiO website) :
- High frequencies: the Knowles RAD-33518 provides clear sound and well-extended, yet smooth treble
- Mid-frequencies: the ED-30262 gives sweeter and fuller vocals as well as a wider sound stage
- Low-frequencies: a 10mm-beryllium-plated diaphragm dynamic driver provides explosive bass with shocking authority
Full specs
- Type: IEM
- Style: Hybrid configuration 2BA + 1DD
- Drivers: 1x Knowles (High) – 1x Knowles (Mid) – 1x Knowles – Dynamic (Low)
- Socket: MMCX
- Cable: High-purity mono crystalline silver-plated copper
- Shell: Magnesium-Aluminum Alloy
- Frequency Response: 10Hz- 40kHz
- Impedance: 24 ohms
- Sensitivity: 114dB
- Sound Isolation (up to): 30dB
- Cable length: 120cm
Packaging
Pengalaman membuka kotak FH3 pada pendapat saya penuh dengan rasa yang sangat premium oleh kerana kotak yang disertakan hampir-hampir sama dengan kotak yang hadir dengan high end iem contohnya seperti FA7. Kotak keras berwarna hitam ini boleh dibuka dari tepi seperti kebanyakkan kotak iem yang mahal dan perasaan membuka kotak dengan magnet (sebelah tepi) seperti ini adalah sebuah persembahan yang menarik dan sangat istimewa.
FiiO membekalkan beberapa aksesori contohnya adalah sebatang cleaning tool, 11 pasang eartips, 4 berlainan jenis dan mempunyai 3 size untuk setiap tuning iaitu balanced, vocal dan bass; serta 2 pasang memory eartips. Untuk setiap pembelian FiiO FH3, kita akan dibekalkan dengan 2 jenis cara penyimpanan earphone iaitu sebuah beg kain dan sebuah kotak kalis air lutsinar dimana kedua-duanya mempunyai cop branding FiiO.
Keselesaan & Rekabentuk
Saya ingin memberikan setinggi-tinggi pernghargaan kepada designer team yang terlibat untuk kebanyakkan produk FiiO, kerana sentiasa memberikan rekaan yang terbaik dan cantik. FH3 hadir dengan warna hitam matte yang dicat atas alluminium alloy yang memakan masa sehingga 50 minit untuk sebuah head unit ini diprocess. (untuk sepasang FH3 total masa untuk mesin ni buat dia adalah 100 minit)
Dari segi keselesaan, saya rasa jika dibandingkan dengan fiio FH1s, saya agak kurang selesa bila memakai FH3 kerana body dia sangat terasa bila di dalam telinga dan boleh terasa macam memakai iem yang berat. Tidak sesuai juga untuk dipakai waktu tidur kerana ianya bersize agak bulky dan mempunyai driver flex di kedua-dua belah yang sangat noticable kalau kita baring dan mengiring atas bantal. Ya, sedih kan? Tapi saya tidak terkejut dengan driver flex di FH3 kerana FH5 dan FH1s juga mempunyai masalah yang sama.
Kemon FiiO get rid of driver flex!!
Cable yang disertakan adalah sangat tebal dan keras, jadi saya tidak setuju sangat-sangat untuk menggunakan cable stock ni kerana agak kurang selesa dan masalah lebih besar adalah microphonic effect yang terlalu ketara. Really Fiio?
Harga dan kat mana boleh beli
Harga yang dijual pada hari ini adalah RM579 ( RED APE TRADING )
Tuan-tuan boleh membuat pembelian online di link : TEKAN SINI
Atau untuk pembelian secara terus boleh ke kedai RED APE TRADING :
Address:16-2B, Jalan Puteri 2/6, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Sumber Audio & Senarai Lagu
Untuk ujian bunyi kali ini, saya menggunakan Tidal Music di laptop sebagai sumber streaming untuk semua lagu. Disambungkan pada iFi Zen Dac menggunakan stock usb 3.0 yang telah dipanjangkan oleh extension cable. Output yang digunakan adalah 6.3mm single ended dan saya menggunakan cable asal yang disertakan oleh FiiO.
Berikut adalah senarai lagu yang banyak kali saya mainkan :
Play That Funky Music – Wild Cherry (Tidal HIFI)
Long Train Runnin’ – The Doobie Brothers (Tidal HIFI)
2AM(MATOMA REMIX) – Astrid S (Tidal Master)
Diggin’ My Grave – Lady Gaga, Bradley Cooper (Tidal Master)
Dark Necessities – Red Hot Chilli Peppers (Tidal Master)
When We Were Young – Adele (Tidal HIFI)
Blame It on the Boogie – The Jackson 5 (Tidal HIFI)
Spyro Gyra – You Can Count on Me (Tidal HIFI)
Macam mana dia punya soundstage
Soundstage untuk FH3 ni tidak lah terlalu besar. First time dengar memang saya cakap “oh cukup-cukup saja ni stage dia”. KIta boleh rasa sound macam atas kepala sahaja bukan lah luas macam boleh imaging sebuah bilik atau dewan yang besar. Untuk harga sebegini, soundstage macam Fh3 ni dah dikira above average. Contohnya lagu Long Train Runnin’ punya guitar intro dengar macam atas kepala sahaja dan bukanlah berpusing dalam bilik yang luas.
Macam mana dia punya bass (Low)
Rupanya beryllium coated driver ni memang betul-betul perform untuk menghasilkan sebuah bass yang extraordinary! FH3 dapat menghasilkan sebuah bass texture yang sangat tight, clean, controlled dan heavy dalam masa yang sama. Overall bass perfomance yang sangat bersih. Sub bass dapat menghasilkan sebuah rumbling ibarat memakai headphone dengan 50mm driver. Tiada bleeding yang saya dapat dengar kat midbass. Kuantiti di kedua-dua subbass dan midbass adalah hampir sama banyak dan ini membuatkan semua lagu kedengaran seperti bass-boosted. Bila mendengar lagu 2AM (MATOMA REMIX) by Astrid S dan tanpa Truebass on di iFi Zen Dac, saya dah rasa macam berada di depan sub speaker dalam kelab malam. Bass slam yang dihasilkan oleh midbass betul-betul membuka semua pancaindera pendengaran saya. Bila saya buka TrueBass di iFi Zen Dac, FH3 terus bertukar menjadi sebuah subbass speaker yang lebih besar tanpa sebarang distortion (kalau iem yang lain semua dah pecah subbass dia). Memang jelas, subbas extension di FH3 adalah yang paling deep dan steady yang pernah saya dengar di mana-mana iem.
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vocal yang saya dapat dengar adalah sangat Smooth and clear. Mempunyai texture yang hampir dengan single dynamic driver Tin T2 Plus, tapi Fh3 mempunyai body yang lebih untuk vocal perempuan. Sebagai contoh untuk lagu Diggin’ My Grave, suara Bradley Cooper telah ditenggelami oleh suara Lady Gaga yang kedengaran lebih jelas. Semua yang berada di mid frequency kedengaran sangat jelas dengan bersih contoh dalam lagu Dark Neccesities, piano dan bass boleh didengari dengan jelas tanpa kedengaran terlalu congested yang selalu didengari di kebanyakkan chifi hybrid yang lain (ehemm kz). Instrument dan vocal kedengaran sangat organic dan bukanlah seperti bunyi yang nipis atau dibuat-buat (unrealistic). Namun mid tidak kedengaran recessed atau sibilant dan bagi saya both vocal range berada di sweet spot sahaja terima kasih kepada dedicated Knowles balance armature untuk midrange iaitu ED-30262.
Macam mana dia punya treble (High)
Iem terbaru dari FiiO ini mempunyai high yang sangat jinak dan cukup untuk menyinari bunyi-bunyian yang wajib seperti hi-hat, cymbal dan bunyi brass intrument. Microdetail yang dihasilkan adalah sangat cukup tanpa memghasilkan bunyi berpasir untuk cymbals yang akan menganggu keselesaan para pendengar. Keseluruhan treble di FH3 adalah sangat malu tapi cukup memberikan clarity dan detail yang sangat airy. Tiada shouty, harshness dan tiada fatigue untuk dengar dalam sesi yang panjang. Well done! Ini adalah high yang telinga saya cari-cari selama ini.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Lokasi setiap instrument dapat didengari dengan jelas namun ianya memerlukan sedikit focus oleh kerana mempunyai soundstage yang sederhana dan semua instrument kedengaran berada di tengah. Dengan source yang warmth atau kurang baik, saya dapati instrument adalah sangat susah untuk dibayangkan. Terima kasih kepada iFi Zen Dac yang menghasilkan terjemahan digital yang begitu detailed dan secara tidak langsung membantu stereo effect untuk semua iem saya. (belilah ifi zen dac!)
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Tone bunyi yang dilakarkan oleh FH3 ini adalah neutral dan sedikit bassy pada pendapat saya. Walaupun high frekuensi macam sedikit rolled off, tapi telinga saya sentiasa tak puas untuk mendengar FH3 all day long.
Perbandingan
Saya berpeluang untuk melakukan perbandingan di antara FiiO FH1s, FH3 dan FH5. Menggunakan cable stock yang disertakan dan eartips Sony Medium size, saya terus anggukkan kepala dan melakukan ujian pendengaran antara ketiga-tiga iem tersebut menggunakan source dan volume yang sama.
- Bass di di FH1s sedikit longgar, kurang tight dan mempunyai bleeding ke lower midrange. FH3 mempunyai bass yang paling ketat/tight, thumpy dan rumbling yang paling solid antara semua iem ini. FH5 mempunyai bass yang wide dan well extended namun kurang thumpy di midbass.
- Vocal kedengaran sangat recessed dan kelakar di FH1s untuk suara lelaki. Kadang-kadang vocal macam kedengaran boxy sikit. FH3 mempunyai vocal presentation yang paling forward dan dekat dengan kita. Manakala FH5 mempunyai vocal yang paling natural dan organic di antara semua.
- Highs di FH1s adalah yang paling harsh dan mempunyai paling banyak kuantiti. FH3 pula mempunyai highs yang paling smooth, jinak dan paling minima kuantiti. FH5 mempunyai well extended highs serta memberikan clarity yang terbaik di antara semua.
- Stage di FH1s adalah tinggi, tidak terlalu wide dan mempunyai depth yang sedikit, ini membuatkan lagu yang mempunyai lebih dari 4 instruments kedengaran congested dan incoherent. FH3 mempunyai stage yang paling tinggi di antara semua dengan lebar yang sederhana sahaja. Semua instrument kedengaran seperti berada di tengah. Manakala FH5 mempunyai stage yang lebih wide dan dalam dari FH1s dan FH3. Imagine lebih accurate dan clear pada bunyi yang dihasilkan oleh FH5.
Overall performance yang paling baik adalah FiiO FH5 dengan sound yang matang, richer dan tuning yang lebih high resolution. Instrument kedengaran paling realistic dan lebih sedap di FH5 berbanding FH3 dan FH1s, namun telinga saya memilih FH3 untuk daily driver oleh kerana timbre yang dihasilkan lebih lively di telinga saya.
Untuk Siapa?
FH3 sesuai untuk siapa sahaja yang mencari the best value budget iem dibawah harga rm600. Tak kira music yang dimainkan adalah pop, rock atau instrumental acoustic, saya pasti FH3 mampu untuk mengisi semua kemahuan telinga tuan-tuan. Kepada semua BASSHEAD diluar sana, saya juga recommend FH3 untuk melepaskan nafsu bass tuan-tuan semua. Bukan sahaja bass yang kuat dan deep, dapat juga mendengar clarity dan vocal yang jelas dan bersih. Kalau tuan-tuan dah lama mencari sebuah iem hybrid pertengahan untuk melangkahkan kaki lebih dalam di arena ini, saya rasa FH3 adalah sebuah permulaan yang baik.
Ulasan dan Bintang
Untuk harga yang sebegini, sesungguhnya FH3 akan menjadi my personal favourite dan most recommended iem bawah RM600. Semua aspect adalah yang paling baik untuk harga macam ni tak kira build quality atau pun sound quality. FH3 tidak mempunyai apa-apa deal breaker bagi saya kecuali driver flex dan cable sahaja. Namun cable boleh ganti dengan mana-mana cable yang lebih baik dan sesuai mengikut cita rasa pendengar. Tanpa ragu-ragu lagi ini adalah sebuah iem 5 bintang daripada saya. Terima kasih FiiO kerana sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti dari masa ke semasa.
(5 / 5)