Ulasan – FiiO LC BT-2 Peranti Kabel Bluetooth Hi-Res (Sponsored by Red Ape – Headphone Store)

Fiio muncul lagi dengan Fiio LC BT-2 sebuah produk kabel audio bluetooth bersifat hires yang dikemaskini dari model sebelumnya iaitu LC BT-1. Kemaskini model ini menumpu pada segi mutu audio yang dihasilkan berserta kualiti binaan model LC BT-2 ini yang di fokuskan untuk aktiviti sukan. AudioMonsta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada FiiO Malaysia dan Red Ape -Headphone Store kerana sudi menaja FiiO FiiO LC BT-2 Neck Sports BT cable pada kami.

Fungsi dan Spec

Dibawah kami sediakan spesifikasi lengkap FiiO LC BT-2 :

Apa yang kita dapat lihat, FiiO LC BT-2 telah muncul dengan binaan fizikal yang agak kukuh dan nampak solid bila dipegang, anda tidak akan merasa mana-mana bahagian pada LC BT-2 yang terasa goyang atau longgar. Namun walau LC BT-2 dibina dalam keadaan agak kompak namun para jurutera FiiO berjaya menerapkan teknologi-teknologi canggih dan terkini dalam binaan dan fungsinya. Untuk permulaan, LC BT-2 menggunakan chipset bluetooth flagship dari Qualcomm iaitu chipset BT CS867 yang disatukan dengan chipset DAC AK4331 yang mana dengan chipset ini, LC BT-2 berkemampuan untuk decode muzik berformat hires dan merentas hubung dengan encoding bluetooth yang berkualiti seperti LDAC dan APTx HD dengan signal bluetooth versi 5.0.

Ia juga dilengkapi dengan bateri berkuasa 360mAh yang mampu memacu kuasa penuh pada IEM anda disamping bertahan dalam tempoh masa yang agak lama. LC BT-2 juga dilengkapi dengan mikrofon MEMS omni-directional dengan fungsi CVC noise cancelation generasi ke-8. LC BT-2 dihadirkan dengan dua pilihan penyambung iaitu connector MMCX ataupun 0.78 2 pin connector

Kawalan LC BT-2 ini sangat mudah di mana bahagian kiri kabel silikon ini tersedia 4 butang kawalan iaitu: butang kuasa ON/OFF, PLAY/PAUSE, Tingkatkan VOLUME dan Merendahkan VOLUME. Manakan di sisi kanan ada port input USB Type-C untuk pengecajan.

Harga dan kat mana boleh beli
Anda boleh membuat pembelian FiiO LC BT-2 dengan harga RM389 di platform Shopee.

Link Pembelian : 

Red Ape – Headphone Store Shopee

Atau anda boleh terus ke website mereka untuk membuat pembelian. Link : https://redape.my/

Tone bunyi
Untuk menguji tone bunyi pada LC BT-2 IEM yang kami gunakan adalah dari FiiO sendiri iaitu FiiO FH5 Quad Driver Hybrid dan source adalah dari Tidal Hi-Fi dengan menggunakan Macbook Pro 16 sebagai platform. Saya juga menggunakan perisian Zoom dan MS Team untk menguji kualiti bunyi dan mikrofon LC BT-2 bagi kerja-kerja video concall. Melalui medium LDAC (BT Codec) kualiti bunyi dari LC BT-2 sangat jelas dan hidup. Input mikrofon juga sangat jelas dan sensitif di mana saya hanya meletakkan tahap kepekaan mikrofon hanya sebanyak 65% sahaja semasa melakukan aktiviti mesyuarat dalam talian. 

Reproduksi muzik dari LC BT-2 adalah dirasakan neutral menuju kepada warm dan dirasakan sesuai pada semua genre lagu-lagu yang saya pasangkan. Saya merasakan sub-bass kedengaran tapi tidak begitu ketara namun mid-bass LC BT-2 adalah bagus dan volume hanya perlu diletakkan pada tahap 55%  sahaja untuk sesi mendengar muzik yang selesa dan berpanjangan. (lebih 3 jam secara berterusan).

Jarak capaian bluetooth bagi LC BT-2 juga amat memuaskan hati. Saya berjaya keluar dari makmal saya yang terletak lebih kurang 12 meter dari pantri dengan 2 pintu berkaca yang meghadang namun tiada gangguan transmisi saya alami hingga sampai ke pantri.

Perbandingan antara FiiO LC BT-2 and LC BT-1:

  • FiiO mendakwa kemampuan bateri bagi LC BT-2 adalah 24 jam playback audio atau 350 jam masa standby berbanding BT-1 yang hanya mempunyai kapasiti bateri yang mampu bertahan selama 10 jam sahaja.
  • LC BT-2 dilengkapi dengan Hi-Res codec bluetooth seperti AptX HD dab LDAC sedangkan BT-1 hanya menyokong AptX sahaja.
  • Binaan LC BT-2 lebih kukuh dan di bina untuk aktiviti lasak seperti bersukan, material silikon yang digunakan kalis peluh dan air dan sangat fleksibel. Ia juga selesa di letakkan di leher dan saiznya sesuai untuk pelbagai golongan pengguna dari yang berbadan sasa hingga kepada remaja dan kanak-kanak. Berbanding dengan BT-1 ianya menggunakan kabel audio normal yang tidak fleksibel dan nipis.

Untuk Siapa?
Pastinya mereka yang ingin mendengar muzik sambil bersukan mampu memanfaatkan LC BT-2 ini sepenuhnya, mereka tidak perlu risau IEM tercabut atau tertanggal dari telinga, terjatuh dan hilang dan tidak perlu risau gangguan hubungan bluetooth kerana sepanjang ujian saya, tidak pernah walau sekali jalur bluetooth BT-2 ini terputus semasa penggunaan.

Mereka yang mahukan fungsi bluetooth pada IEM kegemaran mereka juga boleh memilih BT-2 sebagai peranti pilihan mereka. Seperti yang saya beritahu di atas, BT-2 ini datang dengan dua pilihan penyambung iaitu connector MMCX ataupun 0.78 2 pin connector. Dengan BT-2 ini anda tidak perlu melupakan IEM hebat anda kerana kini anda boleh menikmati kebaikan hubungan bluetooth disamping audio signature dari IEM kesayangan anda!

 

Packaging
Bagi pembelian FiiO LC BT-2 anda akan memperolehi item seperti dibawah:

1) Sebuah FiiO LC BT-2 Bluetooth Cable
2) Sebuah Kabel Caj USB Type-C
3) Manual Penggunaan

Dibawah kami sediakan video koyak kotak FiiO LC BT-2. Jangan lupa Like dan Subscribe channel Youtube AudioMonsta.

Ulasan dan Bintang
Dengan tanda harga RM389 dan juga spesifikasi mantap yang ada pada FiiO LC BT-2, anda tidak akan menyesal dan akan rasa berbaloi membuat pembelian BTR3K ini. Kami akhiri ulasan ini dengan memberi 4 bintang pada LC BT-2. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca ulasan kali ini. Terima kasih lagi sekali pada FiiO Malaysia dan Red Ape -Headphone Store kerana sudi menaja FiiO LC BT-2 pada AudioMonsta.

4 out of 5 stars (4 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta