Ulasan – Fiio M11 Pro Android-Based Lossless Portable Music Player

Born For Music

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kali ini saya telah berpeluang memberi sepatah dua kata untuk sebuah music player di antara yang terbaik dalam tahun 2020 iaitu FiiO M11 PRO. Unit ini telah dipinjamkan oleh seorang bangsawan bernama Tom (bukan nama sebenar) yang juga adalah senior AudioMonsta. Unit M11 ini adalah antara yang pertama tiba di Malaysia, hari ni sampai RedApe, hari ni dah dibeli dan ini mungkin unit yang pertama dijual dalam batch yang mula-mula sampai di Malaysia tu. Saya akan cuba yang terbaik untuk memberi sedikit info dan beberapa pandangan berdasarkan telinga saya yang marhaen ini. M11 ni juga dah siap dipasang sticker carbon design kat bahagian belakang dia, jadi saya tak dapat tunjuk design original di bahagian belakang. Harap maklum.

Fungsi & Spesifikasi lengkap

Rekabentuk

Player FiiO ini menggunakan body aluminium dan mempunyai kaca di bahagian belakang dan depan. Walaupun bukan dibina dari stainless steel, player ni masih boleh rasa sebagai device yang solid dan berat. Perasaan bila pegang M11 Pro kat tangan saya masih lagi tak dapat untuk compare dengan apa-apa device yang pernah saya pegang sebelum ni. Size dia macam pegang 2 or 3 biji iPhone 5 yang telah di stack. Saya sangat suka feels bila pegang M11 PRO yang naked tanpa apa-apa casing dan cover, dengan berat dan rekaan dia akan buat kita rasa pegang benda yang premium dan ini adalah sesuatu yang baik utk first impression.

Image may contain: phone

Tinggi dap ini adalah 13cm dan tebal adalah 17mm, beratnya kalau ikut di website adalah 232gram (lebih berat dari kebanyakkan smartphone hari ni). Bahagian atas player ni cuma ada 1 benda iaitu power button dan bila kita charging player ni akan ada charging indicator di sekeliling power button. Lampu indicator ni hanya akan menyala apabila kita charging sahaja dan tak akan on pada waktu lain contohya pada Hiby R6 warna LED akan bertukar mengikut sample rates yang dimainkan. Indicator LED rim ini adalah sebuah signature FiiO yang terdapat dahulunya pada K3 dan X5ii, bagi saya ini adalah satu sentimental touch yang harus FiiO kekalkan. Pada bahagian bawah pula terdapat USB Type C port untuk charging dan fungsi USB DAC / files transfer, output 3.5mm Single Ended/LineOut/Coaxial Output, 2.5mm dan 4.4mm Balanced Output yang mempunyai rekaan “golden rim” untuk memberikan premium feels pada santapan mata kita. Pada bahagian kiri pulak terdapat butang Play/Pause, Volume Wheel, Forward / Next dan bawah sekali ada logo “Pro”. Saya pernah cuba dan menggunakan pelbagai jenis DAP dalam masa 2 3 tahun ini, dan ini adalah pertama kalinya saya dapat rasa satu jenis kepuasan yang sukar untuk diterjemahkan. Butang Play, Forward dan Next yang dibina pada M11 PRO adalah yang terbaik pernah saya jumpa. Tepat, padat dan puas. Tak pernah sekali pun rasa ada delay masa tekan kesemua butang ni. Tahap responsive yang diluar jangkaan. Even AK240 tak dapat berikan pengalaman yang sama untuk merasakan kepuasan tekan button ni. 😀 Micro SD slot pula berada di bahagian kanan, kali ini FiiO hanya menggunakan 1 sahaja slot berbanding 2 slots pada FiiO M11. Ini adalah kerana SoC pada M11 PRO tidak sesuai untuk menggunakan dua slot Micro SD Card. Sedih? Takpa jangan risau, sebab internal storage M11 PRO adalah 64Gb berbanding 32Gb pada M11 dan micro SD card slot ini support sehingga 2TB size. Kalau rasa tak cukup lagi saya pun tak tahu, boleh simpan semua rahsia-rahsia kerajaan dan masa silam dalam sd card slot ni hehe.

m11-pro-rear-2

Paparan

FiiO telah menggunakan IPS multi touch display bersaiz 5.15″ dan screen dia yang menggunakan aspect ration 18:9 memang seakan-akan kita menggunakan bezel-less smartphone. Screen music player bangsawan ini beresolusi 1440*720 Ada saya pernah dengar orang kata buat apa nak gambar display cantik-cantik yang penting sound dia sedap. Tapi saya tak sokong statement ni sebab saya rasa penting juga kita nak tengok cover album yang cantik dengan screen yang clear dengan resolution yang padu 312 PPI sambil dengar lagu. Oh tak lupa juga display ini boleh support sehingga 10 point touch, saya tak tahu lagi apa guna point touch banyak-banyak untuk streaming music buat masa sekarang.

DAC

Fiio M11 Pro menggunakan dual dac AK4497EQ, berbanding M11 yang menggunakan double AK4493EQ. Walaupun kedua-dua DAC ni datang dari family (Velvet) dan brand (Asahi Kasei/AKM) yang sama, Fiio menjanjikan dac yang latest ni dapat menyokong sehingga 128dB of dynamics, malah dapat menambah +5dB berbanding DAC yang lain.

FiiO M11 Pro DAC

Tapi yang baek nya bukan sebab chip ni jer kenapa tuan-tuan perlu beli M11 PRO instead of M11 (sebab chip depa ni tak beza banyak benda sangat pun). Ramai orang berlumba-lumba untuk jadi yang terawal memiliki M11 Pro ni adalah sebab dia ada THX Certified, ya betul tu macam set Home Theater yang bangsawan kat rumah tuan-tuan. Kat mana yang ada THX ni? Mengikut pada yang Fiio punya gambar di website, M11 PRO menggunakan dual THX AAA-78B amplifiers. Ya ini adalah THX daripada Vanguard AAA series. Tapi kenapa Fiio letak amp THX ni?

Janji FiiO untuk setiap M11 Pro :

– 0.5% high precision thin film resistors,
– 4-way independent power supply,
– 6 layers of gold-plated PCB
– 8 stage amplification

Gambar : FiiO M11 Pro THX-AAA Circuit

FiiO M11 Pro Topology

CPU dan RAM

M11 PRO menggunakan CPU Samsung Exynos 7872 dengan 6 cores (2 cores 2Ghz + 4 cores 1.6Ghz) yang menyokong multi-app. Kini tuan-tuan boleh layan DAP yang sound padu tapi battery tak koyak lagi. Dia memang less power-hungry dengan guna CPU samsung ni, tambah pulak dengan 3GB LPDDR5 ram (dah macam smartphone dah). Tuan-tuan boleh multi tasking kat FiiO M11 PRO ni, dengar Spotify sambil main PUBG lagi. Sepanjang saya mencuba pelbagai android-based dap, tak pernah lagi saya jumpa player yang smooth dan laju macam ni.

WIFI

Kalau dah player ni android-based, mesti ada wifi kan? Wifi kat M11 PRO ni support 2.4Ghz dan 5Ghz band. Canggih sungguh player ni, saya punya laptop pun tak support band 5.Ghz. Jadi untuk apa player kita kena ada wifi? Disebabkan takda fungsi simcard untuk streaming menggunakan pelan internet, player FiiO ini menggunakan wifi untuk access Music streaming app seperti Tidal, Spotify, Qobuz, Deezer, Napster, TuneIn, dan lain- lain lagi. Oh ya kalau dah bosan nak dengar lagu, boleh jer layan Netflix atau Youtube guna player ni. Bukan main lagi orang lain guna youtube kat phone je korang siap tengok Netflix guna lossless music player. Bila lagi nak show off kan? hehe

Ini adalah Spesifikasi Penuh FiiO M11 PRO :

⚫ Type : Digital Audio Player
⚫ OS : FiiO OS
⚫ CPU : Exynos 7872
⚫ RAM : 3 Gb LPDDR5
⚫ Rom : 64 Gb (2Gb for the system)
⚫ DAC : 2x AK4497EQ
⚫ Sample rate : PCM : 8Hz – 384kHz (8/16/24/32bits) native – DSD64/128/256 – MQA
⚫ System clock : Full synchronization technology with FPGA processor
⚫ Outputs : 3.5mm headphone out – line out – coax out / 2.5mm TRRS / 4.4mm Pentaconn
⚫ Screen : 5.5″ 1440×720 IPS Screen from LG
⚫ Micro SD : SDHC / SDXC (single slot)
⚫ WiFi : 2.4 GHz / 5 GHz support
⚫ Streaming supported directly
⚫ Bluetooth support : SBC, apt-X, apt-X HD, LDAC, HWA
⚫ Duplex Bluetooth : player can emits and receive music
⚫ Battery : 3.8V 4370mAh Li-Polymer
⚫ Quick Charge : yes, QC2.0/3.0, PD2.0, DC12V/1.5Ah, 9V/2A, 5V/2A
⚫ Battery life : 10h with wired headphone, 30h with a Bluetooth headphone
⚫ Charging time : around 2h
⚫ Size : 70,5mm*130mm*16,5mm
⚫ Weight : 232g

Line Out

⚫ Frequency Response : 10Hz – 90kHz
⚫ THD : 0.0006%
⚫ SNR : 119 dB
⚫ Crosstalk : 108dB
⚫ Line Level : 1.95V

3.5 mm Headphone out

⚫ Output power : 294mW @16ohm / 200mW @32ohm / 22mW @300ohm
⚫ Frequency Response : 10Hz – 90kHz
⚫ THD : > 0.00084%
⚫ SNR : > 118 dB
⚫ Crosstalk : > 72 dB
⚫ Output impedance : < 1 ohms (32ohms)

2.5mm / 4.4mm Headphone out

⚫ Output power : 460mW @16ohm / 550mW @32ohm / 88,5mW @300ohm
⚫ Frequency Response : 10Hz – 90kHz
⚫ THD : > 0.00108%
⚫ SNR : > 119 dB
⚫ Crosstalk : > 108 dB
⚫ Output impedance : < 2 ohms (32ohms)

No photo description available.

Bateri

Image may contain: screen and text

Size battery adalah 4370mAh dan mengambil masa sehingga 2.5 jam untuk mengecas penuh menggunakan Qualcomm QC2.0. Anda boleh menggunakan player ini selama 9 ke 10 jam untuk setiap pusingan battery 100% – 0%. FiiO menjanjikan standby deep sleep mode selama 55 hari untuk habiskan battery, dasyat betul dah macam Nokia 3310.

FUN BATTERY FACT : Hampa boleh biar M11 PRO battery 100% dalam keadaan idle (power on) kat atas meja atau dalam almari sehingga sebulan dan baki battery dia akan masih berada di sekitar 40% dan kita boleh enjoy battery yang tinggal tu untuk layan beberapa albums sebelum battery habis.

Fungsi Lain

Black_horizontal_RGB

MQA teknologi telah disertakan dalam setiap M11 PRO, fungsi ini dapat menyokong untuk play back semua MQA files format offline atau pun online streaming platform. MQA boleh memberikan sebuah sound dalam original master recording. MQA boleh di update melalui firmware update, hanya FiiO Music App sahaja yang support fungsi MQA untuk masa ini dan FiiO telah menjanjikan update untuk third party application dalam masa akan datang. Untuk tahu lebih lanjut pasal MQA boleh belajar di SINI.

“MQA unlocks every detail of the original master recording.
Discover what that means for music creators and their fans”

Antara lain-lain features adalah USB DAC. M11 PRO boleh dijadikan sebagai usb dac untuk kita layan dari laptop atau pc. Kita kena pilih fungsi usb dac setiap kali kita connect ke laptop atau pc dan boom kita dah boleh streaming anime Naruto Shippuden kat laptop dan dengar guna Hi-Res usb dac output 3.5mm ataupun 4.4mm balanced. Kat Tidal App pula kita boleh pilih M11 DAC sebagai sound output seperti gambar di bawah.

No photo description available.

M11 PRO juga boleh bertukar ke Pure Music Mode. Jika kita pilih mode ini, automatically player ni akan limited pada penggunaan application FiiO Music sahaja dan bukan lah sebagai sebuah android. FiiO menjanjikan sebuah pengalaman yang pure dan bersih untuk enjoy music dalam mode ini.

ALL TO DSD adalah sebuah feature yang paling best sekali! Semua PCM audio signal akan decoded to analog sebagai DSD digital signal. Fungsi ini juga tak limited penggunaan nya pada FiiO Music App sahaja, malah kesemua application yang run dalam M11 PRO boleh decoded ke DSD signal. Bila lagi nak main Candy Crush sambil dengar background music sebagai DSD?

Harga dan kat mana boleh beli

Harga yang terkini (June 2020) adalah RM2,899.00 dan tuan-tuan boleh dapatkan di RedApe atau di StarsPicker

Tuan-tuan kalau nak beli online boleh tekan sini >BELI FIIO M11 PRO atau BELI FIIO M11 PRO

Tone bunyi & Persembahan bunyi

Saya menggunakan beberapa jenis headphones, iem dan earbud untuk test kekuatan M11 Pro ni antaranya adalah Alessandro MS1, Audio Technica ATH AD700x, Koss Porta Pro, Marshall Monitor, Tenhz T5 Full Balance Armature, TFZ King Air, Tin Audio T2, Moondrop Nameless, Hill Audio Hillbuds-300R, FAAEAL Rosemary dan lain-lain.

PERTAMA sekali yang membuatkan saya betul-betul rasa ini adalah sebuah music player yang high quality adalah dia punya floor noise yang sangat-sangat low. Hampir-hampir takda langsung bunyi background kat belakang bila kita pause atau belum play apa-apa lagu. Orang putih kata pitch-black background. Saya menggunakan sebuah iem yg paling sensitive yang saya ada iaitu tenhz t5 dan memang zero langsung noise biarpun high gain dan saya cuba buka full volume (gamble risking my ears) dan memang zero langsung noise. Ini dia memang satu-satu point easy buy bagi pendapat saya. M11 PRO sememangnya sebuah player yang serius dan matured enough dalam price range yang begini.

Image may contain: phoneFULL VOLUME adalah pada 120db. Selagi yang saya ingat, memang tak pernah lagi saya perlukan volume yang melebihi 90db untuk mana-mana iem dan earbuds dalam possession saya walau untuk 3.5mm single ended. Oh ya Hillbuds yang high impedance (300ohm) tu pun saya hanya buka high gain dan maximum takat 90db ja single ended.

Lagu yang saya pilih mostly adalah dari Adele, Norah Jones, Sheila Majid, Led Zeppelin, The Beatles, Maroon 5 dan Iron Maiden. Ada yang format MQA / DSD dan selebihnya hanyalah flac 16bit. Sebelum ni, saya memang jarang dengar guna DAP sebab selalunya semua guna desktop setup murahan saya sahaja. Antara yang saya sedar, TIADA apa-apa track yang akan kedengaran bad quality jika play dari M11 PRO ni. Walau saya guna bright sound headphone pun masih boleh diterima oleh telinga saya untuk habiskan 1 playlist.

Saya hanya menggunakan Fiio Music Version 1.1.9 (Local Music) sahaja untuk rujukan kali ini. Tak kira sama ada pakai iem dual driver chifi yang murah pun saya rasa macam sedap dan smooth sound. Bagi saya itu adalah kekuatan utama dan perbezaan apabila kita dapat source dari player yang premium macam ni. Sebuah terjemahan bunyi yang sangat smooth dan ada identiti tersendiri pada telinga dan perasaan saya. Setiap punch yang tak pernah terlepas untuk rasa impak dalam mana-mana track. Oh ya, saya menggunakan function All to DSD yang boleh di pilih dalam Audio Setting. Basically dia cakap all output will be in DSD format. Kena ingat tuan-tuan function all to DSD ni dia akan kurangkan battery life dan akan ada heating issue sikit tapi tiada lah sampai heat up macam saya punya Astell & Kern AK240 siap boleh guna untuk buat goreng telur lagi.

Perbandingan

Born for Music versus In Pursuit of Perfection

No photo description available.

Saya mengambil peluang ini untuk melakukan perbandingan singkat side by side dua buah player yang cun melecun iaitu FiiO M11 PRO dan iBasso DX160. Kedua-dua player ini memang berlainan price range tapi oleh kerana hanya ini sahaja yang saya boleh compare buat masa sekarang, saya buat keputusan untuk redah jer. 🙂 Perbezaan harga untuk kedua player ini adalah hampir RM1000. M11 PRO mempunyai output 3.5mm, 2.5mm dan 4.4mm dan DX160 cuma ada 4.4mm dan 3.5mm. Pada siapa yang belum pernah dengar DX160, player ni adalah true POWER! Output dia memang dapat kalahkan output THX yang ada pada M11 PRO, tapi bak kata sifu saya “output power yang padu tak semestinya sound lebih sedap”. Erti kata lain volume pada DX160 adalah lebih kuat berbanding M11 PRO. Sememangnya kata-kata sifu AudioMonsta ni ada isinya, walau DX160 dapat memberikan synergy power yang tinggi namun perbezaan dari segi sound quality adalah sangat jelas dan terang. Bagi saya, DX160 dapat memberikan sound yang sangat engaging dan aggressive dan benda ni tak ngam untuk semua jenis lagu dan situasi. Contoh kalau kita adalah guitarist dalam sebuah band pop, tak kan semua lagu dan setiap masa kita nak all out? Kalau band leader aku dia dah jerit ” WOII! DYNAMIC KAU MANA!!?”. Ha gitu lah ada masa kita layan sempoi-sempoi ada masa kita full throttle. Saya kalau dengar DX160 ni on Low Gain pun dah rasa macam dengar High Gain, bila buka high gain lagi lah boleh meletup iem saya hehe. Soundstage pada DX160 adalah lebih besar dari M11 PRO, jadi setiap kali dengar full orchestra memang rasa puas sangat-sangat.  Untuk siapa yang memiliki DX160, kalau tuan-tuan nak upgrade dap yang baru boleh consider M11 PRO kerana sound dia lebih nyaman dan musical. DX160 pada saya tidak sesuai untuk digunakan bersama iem yang sensitive sebab akan ada noise yang tinggi berbanding M11 PRO yang memang sesuai untuk guna dengan high sensitive iems. Dari segi android experience pula, DX160 memang ibarat adik-adik je kalau banding depa dua ni. Bila kita guna M11 PRO, rasa macam pakai stock android smartphone yang latest dan updated, memang smooth gila-gila. Kat bawah ni ada video comparison masa yang diambil oleh kedua-dua dap untuk proses Power On dan Power Down.

Untuk Siapa?

FiiO M11 PRO adalah untuk siapa yang inginkan pengalaman sebuah DAP Bangsawan tapi mempunyai budget yang limited. Boleh start cari second hand unit di facebook atau di Carousell. Jika anda selama ni adalah seorang android user dan memang betui hard core punya music lover 24jam streaming di smartphone dan tiba-tiba ada rezeki untuk beli sebuah dap untuk menggantikan smartphone anda, jangan fikir dua kali kalau ada budget atau jumpa mana-mana iklan yang jual harga yang murah. Kepada bangsawan-bangsawan audio di luar sana, jika hidup anda dikelilingi high end music player, saya menyeru tuan-tuan untuk pi audition M11 PRO dan dengar sendiri keindahan FiiO!

Ulasan dan Bintang

Saya hanyalah seorang marhaen yang menilai mainan para bangsawan. Kalau nak dibandingkan dengan device seperti A&K Kann Cube, WM1Z, atau DX220, saya rasa masing-masing punyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. FiiO telah mencipta sebuah music player yang seikhlas hati dan sangat sempoi dalam price range macam ni. Sebelum ni saya asyik termimpi-mimpi untuk beli SR15 kalau ada budget lebih sikit tapi sekarang tidak lagi bossku. Kalau diberi peluang, saya akan pilih untuk memiliki M11 PRO. Tiada sebab untuk saya menolak sebuah player yang premium dengan harga yang affordable macam ni. DAP ini bukan lah sebuah music player yang perfect, tapi untuk price range sebegini, saya yakin tiada yang lebih baik dari M11 PRO. Money well spent. 5 Bintang untuk Smart Hi-Res Music Player M11 PRO.

5 out of 5 stars (5 / 5)

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta