Assalamualaikum dan salam sejahtera geng Audiomonsta sekalian. Kali ini ada ulasan istimewa, aku baru dapat peranti DAC Fiio Q3 dari Red Ape – Headphone Store. Terima kasih FiiO & Red Ape – Headphone Store kerana sudi taja produk menarik ini untuk aku buat ulasan lanjut. First impression terhadap peranti ini, sekali pandang macam tiada beza dengan abangnya, iaitu Q1 MkII tapi, Fiio Q3 ini lebih panjang dan tinggi. Manakala lebarnya kekal sama. Dan satu lagi ia ada output jack 4.4mm ( Pentacon ) . Belum dengar lagi aku sudah stoked tahap dewa. Jom check out ulasan aku kali ni!
Fungsi & Spesifikasi lengkap
Audio Input: USB Type C
Outputs
- 3.5mm Single-ended
- 2.5mm Balanced
- 4.4mm Balanced
Channel Balance: ≤0.2dB
Battery Capacity: 1800mAh
Charging Time: ≤2 hours
Native DSD Supported: 64/128/256/512
Max sampling rate supported: 32-bit/768kHz
Chipset
- DAC: AKM4462
- Amp: THX AAA28 (Fitur yang sedang hangat diperkatakan Head Fi)
- LPF: OPA1662
- XMOS: XUF208 (Boleh decode sehingga 768kHz / 32 bits dan DSD512)
SNR:
- 3.5mm: ≥114dB
- 2.5/4.4mm: ≥115dB
THD+N:
- 3.5mm: <0.0012%
- 2.5/4.4mm: <0.0012%
Output Impedance:
- 3.5mm: 1.2Ω
- 2.5/4.4mm: 3Ω
Weight: 3.8oz (110g)
Dimensions:: 4.1 x 2.3 x 0.49” (105 x 59 x 12.5mm)
Satu benda yang aku cukup suka dengan Q3 ini ialah di mana ianya ada butang untuk on atau off fungsi cas nya bagi mengelakkan kerosakan bateri buatan dalamannya. Nice thinking dari pihak Fiio. Yang paling aku tidak sangka, jika kau pengguna Q1, tidak perlu di update driver. Q3 ini boleh utilize driver yang sama Q1 MkII ini guna.
Harga dan kat mana boleh beli
Harga FiiO Q3 ini adalah sekitar RM759.00. Tapi sekarang ni Red Ape – Headphone Store ada buat promo kat Official Shoppe dan Lazada Red Ape – Headphone Store. Cuba korang tengok kat link yang diberikan ini:
Klik link ini :
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Khusus untuk ulasan bunyi Q3 ni aku akan buat perbandingan dengan abangnya Q1 MkII. Untuk eksperimen bunyi Fiio Q3 ini aku menggunakan Fiio FH1, Audio Technica-M40x dan Marshall Monitor headphone. Keseluruhan soundstage Q3 ni secara amnya tidaklah terlalu luas, tapi tidaklah telalu intim. Secara medium sahaja. Setiap alunan instrumen itu tidak crowded dan ianya tersusun dengan baik.
High
Treble untuk Q3 ini pada hemat aku sama ada on par atau lebih sedikit berbanding Q1. Ada semacam fine line di situ. Sedikit noticeable jika didengar secara analitikal. Mungkin teskturnya lebih lancar gitu. Imaging serta separation diantara instrumen mudah untuk dibayangkan. Alunan instrumen muzik dapat dengar dengan jelas dan baik sekali tidak kira apa IEM yang digunakan.
Mids
Benda yang aku perasan tentang mids di Fiio Q3 ini, dia lebih body daripada Q1 MkII. Bukan la aku nak kata mids Q1 hollow, tapi mids Q3 lebih solid berbanding Q1. Tapi dia bukanlah mid centric. Suara Alicia keys kedengaran merdu sekali. Lebih semulajadi kedengaran suaranya begitu. Vokal bagi aku lebih clean dan detail berbanding abangnya, Q1.
Low
Bass pada Q3 aku rasa lebih solid dan refine jika nak dibandingkan dengan Q1. Thumpy sedikit tetapi tidak menghentam telinga. Bass-nya datang menyentuh gegendang telinga secara sopan. Tapi secara amnya ia bergantung kepada IEM ataupun headphone yang digunakan. Jika tidak cukup penangan bass yang terhasil, boleh gunakan mode bass boost yang tersedia. Ia meningkatkan low frequency sebanyak +6db. Yang penting ianya tidak efek mids dan treble.
https://tidal.com/browse/track/102662223
https://tidal.com/browse/track/118428010
https://tidal.com/browse/track/145413072
https://tidal.com/browse/track/7017801
Kesimpulannya dari segi sound, ianya lebih natural dengan sedikit cebisan elemen fun berbanding Q1 MkII. Lebih lively gitu. Bass dan mids lebih bertenaga tapi tidak mengorbankan treble. Bunyinya tidak telalu analitikal dan boleh dilayan secara santai. Bergantung kepada sumber muzik yang dimainkan, jika kualiti lagu tidak baik, kita boleh dengar secara ketara noise yang terhasil. Memang ketara. Tapi jika kuliti muzik adalah yang terbaik, nescaya hasilnya pasti bersih secara luhur bnyi yang dihasilkan. Boleh cuba dengar lagu dari Kimbra-Hi Def Distance Romance, memang bersih bunyinya.
https://tidal.com/browse/track/96589238
Perbandingan
Disebabkan Fiio Q3 ini dikeluarkan untuk menggantikan Fiio Q1 MkII jadi aku buat perbandingan antara keduanya. Perbandingan bunyi aku sudah nyatakan di atas. Jadi aku akan nyatakan perbezaan fizikal pada Q3 dan Q1 ini. Pertama sekali aku harus puji Fiio kerana meletakkan butang on dan off untuk fungsi cas bagi menjamin hayat bateri. Tapi sayangnya tiada port line-in sepertimana yang terdapat pada Q1. Jadi Q3 ini tidak dapatlah digunakan sebagai portable amp sepertimana Q1. Perbezaan lainnya butang gain pada Q3 ini agak istimewa. Ini kerana ia ada fungsi tambahan. Ia boleh digunakan untuk menukar roll-off audio filter sama ada slow ataupun sharp. Ini boleh diaktifkan secara double tap butang gain ini. Sebelum aku lupa Q3 ini datang dengan port usb type-c seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Penambahan output jack 4.4mm merupakan satu peningkatan yang besar dari Q1. Kini pengguna punya pilihan untuk memiliki portable DAC yang punya output balance yang pelbagai. Q3 juga datang dengan shielding copper+nickel yang berkualiti untuk mengelakkan gangguan frekuensi luaran yang tidak dikehendaki untuk mencapai bunyian yang lebih jitu. Perbezaan yang terakhir ialah, ada cahaya pada tombol volume seperti yang ada pada Q1 yang memberikan gambaran kualiti lagu yang sedang dimainkan. Cuma bezanya warna biru bermaksud lagu yang dimainkan adalah di bawah 48khz (mp3, flac, alac dan lain-lain), manakala lampu berwarna kuning atau emas adalah frekuensi di atas 48khz seperti contoh lagu yang MQA certified manakala warna hijau pula menunjukkan nirvana telah tercapai (kualiti DSD dan seangkatan!)
Packaging
Fiio Q3 ini datang dalam kotak signature hitam Fiio bersama kad waranti, buku manual pengguna, aksesori beg kecil, kebal dual usb c male to male, kabel data usb type c, kabel dual 3.5mm male to male, 2 strap getah kecil, 2 strap getah besar beserta non slip mat. Disini aku sertakan video unboxing Fiio Q3 dan juga gambar.
Untuk Siapa?
Pada pendapat aku, Q3 ini berbaloi untuk mereka yang mencari DAC dan Amp mudah alih yang memiliki port output 4.4mm. Bagi aku ia ada pakej lengkap untuk sebuah portable DAC yang berkuasa tapi tidak merabakkan poket. Lagi satu aku rasa Q3 ni sesuai untuk mereka yang mencari DAC yang punyai karekter sound yang natural tapi masih mahukan sedikit fun secara kesuruhan. Sedikit analitikal tapi tidak terlalu tegas.
Ulasan dan Bintang
Apa yang boleh aku rumuskan disini ialah, Fiio Q3 ini bagi aku berjaya deliver apa yang cuba diiklankan. Peningkatan yang signifikan dari Fiio Q1 dan yang lebih menariknya lagi, ianya berharga bawah RM800 yang mana bagi aku cukup berbaloi untuk dibeli. Spesifikasinya juga bukan calang – calang. Penggunaan cip terbaru dari AKM berserta THX AAA amplifier aku kira bukan gabungan biasa – biasa. Ini gabungan luarbiasa.JIka berterusan Fiio dengan momentum begini, aku kira Fiio berada dilandasan yang tepat untuk beri saingan sengit kepada jenama-jenama besar dunia audio. Biar mereka ditampar dengan reality check. Ini baru betul definisi sound padu poket tak koyak. Aku beri 4.5 bintang untuk Fiio Q3 ini. Sekian dari saya melaporkan ulasan. Terima kasih sekali lagi kepada pihak FiiO & Red Ape – Headphone Store kerana sudi taja produk Fiio Q3 ini untuk aku buat ulasan. Support Red Ape geng supaya kita dapat terus menerus memberi ulasan produk-produk yang mendatang.
(4.5 / 5)