Ulasan – Final Audio E5000 : Sebuah Meriam Bass (Sponsored by Red Ape – Headphone Store)

SNEXT-Final Audio telah melengkapkan barisan E Series dengan sebuah iem yang sangat cantik dan ridiculously menawan pada tahun 2018 iaitu model Final Audio E5000. E series adalah sangat unik, semua menggunakan size driver yang sama iaitu 6.4mm dynamic driver, tuning dan acoustic chamber sahaja yang dicipta berlainan. Bentuk dan design kesemua model dari E series adalah seakan-akan sama dan ianya telah dibuktikan oleh engineer audio mereka bahawa rekaan dan size tidaklah menjadi penghalang untuk mereka mencipta kelainan profile bunyi pada setiap model yang dihasilkan.

E5000.png

Spesifikasi

Product code   FI-E5DSSD
Housing           Stainless steel mirror-finished
Driver               6.4mmΦ dynamic driver
Connector        MMCX
Cable                OFC silver coated cable
Sensitivity         93dB
Impedance       14Ω
Weight             24g
Cord length     1.2m

Packaging
Final Audio E5000 hadir dalam kotak yang sama dengan semua E series iaitu sebuah kotak kertas straight forward yang tiada unsur luar biasa. Di dalamnya terdapat beberapa aksesori yang disertakan seperti :

  • Silicon carry case
  • Ear pieces (E type 5 sizes)
  • Ear hook
  • Karabiner

Keselesaan & Rekabentuk
E Series memang terkenal dengan keselesaan yang tinggi terima kasih kepada rekaan shell berbentuk bullet type earphone. Tiada masalah untuk memakai sambil tidur, baring sambil membaca buku atau berjalan di dalam mall. Dengan eartips size yang betul, ianya tidak mudah untuk keluar atau jatuh dari telinga. Saya percaya, rekaan eartips E series ini membantu dengan memberikan grip yang lebih hingga ke dalam lubang telinga dan ini membuatkan earphone E series sentiasa fit di dalam telinga manusia.

Dari segi rekabentuk pula, binaan badan E5000 adalah stainless steel sama seperti yang telah digunakan oleh final E3000. Akan tetapi, E5000 adalah iem yang paling berat dalam kesemua E series iaitu 24g berbanding Final E4000 (aluminum body) iaitu 18g sahaja. E5000 menggunakan rekaan MMCX connector yang boleh ditukar pakai mana-mana cable aftermarket bergantung pada cita rasa pengguna. Mengikut pandangan audio engineer dari Final Audio, E series mempunyai sebuah body yang kuat dan firm, untuk memegang sebuah driver dengan kuat apabila menghasilkan getaran dalam chamber yang telah direka khas untuk mencipta sebuah acoustic bunyi yang terbaik.

ISOLATION adalah lebih baik dari E3000 yang mempunyai grill di bahagian belakang sebagai lubang angin yang secara tidak langsung memberikan isolation yang kurang baik. Pada pendapat saya E5000 dapat menghasilkan sebuah isolation yang baik walaupun membuka volume dengan perlahan melalui smartphone.

CABLE yang disertakan dengan E5000 ini adalah sangat berkualiti tinggi. Dengan menggunakan   high-purity OFC silver coated cable, ianya dapat membawakan sebuah soundstage yang sangat luas. Braided cable yang disertakan ini adalah daripada sebuah company bernama Junkosha dimana cable ini digunakan untuk super computer bernama “Kei”. Ini membuktikan bahawa cable high purity ini sangat pantas dan mempunyai fast signal transmission speed. Manakala MMCX plug dan 3.5mm mini plug yang disertakan pula, telah melepasi 5000 kali ujian ketahan untuk melepasi standard QA dengan mencapai sehingga 50 000 kali ujian. WOW! Tunggu lagi? Beli cepat!  Eh kat mana nak beli? Ha teruskan membaca 😎

Harga dan kat mana boleh beli
Harga Final E5000 pada hari ini adalah : RM1279

Kat mana nak beli? Tuan-tuan boleh membuat pembelian online di sini : TEKAN SINI UNTUK 10% CASHBACK

Sumber Audio & Senarai Lagu
Disebabkan sensitivity E5000 ini adalah sangat rendah, ianya memerlukan power yang tinggi untuk mengeluarkan potensi penuh pada kedua-dua 6.4mm driver disetiap sebelah. Saya menggunakan iFi Zen Dac single ended 6.3mm dengan high gain dari Power Match untuk mendapatkan synergy yang mencukupi serta volume yang diperlukan oleh telinga saya. Sumber lagu yang dimainkan adalah dari Tidal Music sebagai MQA encoder dan iFi Zen Dac sebagai MQA Renderer untuk melengkapkan “unfolding process” MQA files dari Master Quality dalam tidal music.

Berikut adalah Album yang menjadi pilihan :

Live In Prague – Hans Zimmer (Tidal Master) 96kHz

John Williams in Vienna -Anne-Sophie Mutter, Wiener Philharmoniker, John Williams (Tidal Master) 96kHz

Dance Dance Dance (Single EP) – Astrid S (Tidal Master) 88.2kHz

Look For The Good – Jason Mraz (Tidal Master) 96kHz

Love Is Here To Stay – Tony Bennett, Diana Krall (Tidal Master) 96kHz

In Summer (Frozen- Original Motion Picture Soundtrack) – Josh Gad (Tidal Master) 96kHz

Saya mengelak dari menggunakan smartphone untuk mendengar Final Audio E5000 kerana volume yang diberikan oleh smartphone saya adalah secara langsung tidak mencukupi untuk mengeluarkan sebuah lontaran bunyi yang sepatutnya dari E5000. Please take note ya!

Macam mana dia punya soundstage
Pada telinga saya, soundstage dari E5000 adalah sedikit peculiar dan unik oleh kerana ianya sangat berlainan dari mana-mana iem yang pernah saya dengar setakat ini. Mempunyai height yang tinggi, keluasan yang sederhana sempit dan kedalaman yang sangat minima. Ianya ibarat berada di barisan utama berhadapan stage. Music yang dimainkan adalah di hadapan kita, dan stage yang sederhana tinggi membuatkan kita perlu mendongak untuk menyaksikan persembahan. Sangat jelas dan clear untuk saya ungkapkan kerana E5000 memberi saya sebuah gambaran yang jelas dengan soundstage yang ditawarkan.

Macam mana dia punya bass (Low)
Dari subbass ke upper bass, perkataan yang dapat saya gunakan adalah powerful. Sebuah texture bass yang besar dan well controlled berada di belakang untuk menyokong setiap frekuensi tanpa overpowering mana-mana spectrum bunyi yang lain. E5000 sesungguhnya meletakan bass sebagai penduduk kelas pertama dalam tuning kali ni.

Walaupun decay agak perlahan, namun ada sedikit tighness secara lembut yang dapat didengari dalam beberapa track yang saya dengari. Contoh dalam lagu Good Old Daze by Jason Mraz, kick drum dan bassline yang gemuk serta deep dari bassist dapat didengari sebagai sebuah foundation yang solid dan memberikan impak yang ketara untuk keseluruhan bunyi dalam track ini. Walaupun mempunyai driver yang bersize 6.4mm sahaja, Final Audio berjaya mencipta teknologi rekaan yang dapat menghasilkan bass yang full rumble dan full extension namun tidak sesekali kedengaran seperti overdone bass.

Low frekuensi di E5000 sentiasa menawarkan impak yang begitu ketara, contohnya dalam track full orkestra seperti Pirate of Carribean Medley by Hans Zimmer (Live in Prague), E5000 dapat menghasilkan sebuah foundation yang kukuh untuk menghasilkan persembahan yang begitu baik sehingga saya berasa pegalaman seperti melihat sebuah live concert. Dengan output power yang secukupnya, iem kecil ini membuatkan adrenaline saya meningkat seakan-akan terasa impact sesebuah lagu tersebut. Sesungguhnya low end yang ditawarkan bukan lah sahaja unik, tapi dapat membuatkan saya speechless dalam beberapa ketika.

Untuk peminat bass yang berkuantiti banyak, saya sangat recommend supaya tuan-tuan mendengar bass di Final Audio E5000 jika diberikan peluang, confirm tuan-tuan puas hati.

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Walaupun mempunyai low end yang menarik dari segi kualiti dan kuantiti, tapi tiada bleeding ke lower midrange yang boleh di dengari dengan jelas. Ini membuktikan setiap jurang sonik frekuensi itu dijaga dengan rapi hasil dari teknologi Final Audio. Lower midrange sedikit tebal atau thick dan ini membuatkan kebanyakkan vocal kedengaran begitu smooth dan lembut. Tiada recessed di midrange yang kedengaran untuk vocal mahupun instruments, akan tetapi vocal bukan lah berada begitu hadapan atau forward. Setiap instrument boleh didengari dengan jelas tanpa sebarang incoherent sounding. Paling menarik adalah bunyi vocal yang kedengaran begitu real dan jelas dengan tuning yang warm di midrange seperti ini. Lontaran vocal Tony Bennett untuk pembukaan lagu Love is Here To Stay sangat natural dan warmth, terasa macam kita diselimutkan dengan kain yang tebal di hadapan tingkap melihat titisan hujan pada bulan October. Midrange yang thick dan warmth ini adalah jarang-jarang didapati untuk entry level iem tambah-tambah lagi untuk chifi, jadi jika tuan-tuan inginkan sebuah midrange yang begitu lemak dan merdu, sila lah ke kedai audio berdekatan dan cuba dengar persembahan dari Final Audio E5000.

Macam mana dia punya treble (High)
Treble yang dibunyikan adalah sangat lembut dan smooth. Paling smooth yang pernah saya dengar untuk sebuah dynamic driver. Treble yang “tidak cukup” pada sesetengah pendengar, namun pada telinga saya ini adalah sangat perfect. Energy dan sparkle yang hanya keluar pada masa-masa tertentu sahaja. Tiada langsung harsh atau peak yang akan didengari dalam apa jua music genre, cymbal dan brass instrument kedengaran paling natural dengan jumlah treble yang diberikan hasil dari warmth tuning E5000 ini.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Layering instrument agak baik, walaupun pinpoint location tidaklah terlalu accurate tapi saya dapat merasakan layering bahawa setiap instrument berada di hadapan dan belakang contohnya bass sentiasa berada di belakang piano dan piano sentiasa di belakang vocal, bunyi drum akan kedengaran paling bawah dan lain-lain. Setiap lokasi barisan untuk lagu-lagu orkestra dapat di imaginasi dengan jelas tanpa sebarang congested sound.

Tone bunyi & Persembahan bunyi
Tone bunyi E5000 adalah warmer secara menyeluruh, fuller, bass-focused dan detailed. Jika pair dengan output yang under-powered, iem ini akan kedengaran bassy tanpa clarity dan detail. Jadi sekali lagi ditekankan bahawa E5000 adalah sebuah iem yang power hungy dan memerlukan amplifier.

Perbandingan
Final Audio E3000 dan E5000

  • Kedua-dua mempunyai focus kerarah bass dan warmer tone. Lower end di E5000 memberikan impak yang lebih besar dan lebih powerful “kick” untuk setiap notasi. E3000 mempunyai kelonggaran pada beberapa kick drum dan bassline untuk kebanyakkan lagu.
  • Vocal dan instrument kedengaran lebih jelas dengan ketara pada E5000 berbanding E3000 yang agak sedikit jauh dan mempunyai sedikit harsh di upper midrange.
  • Highs terasa lebih bersinar dalam kuantiti yang lebih di E3000 tapi tidaklah berbunyi natural dan smooth seperti di E5000. Untuk telinga saya, saya lebih menyukai treble yang warm dan smooth seperti ditawarkan oleh E5000.
  • Terdapat sedikit harsh dan sibilant untuk beberapa instrument contohnya brass section dan violins di E3000.
  • E3000 mempunyai depth yang agak dalam dan jauh manakala E5000 mempunyai ketinggian stage yang lebih bersound premium seperti berada di barisan hadapan, Walaubagaimanapun, E3000 mempunyai lebih wider sound yang membuatkan setiap live concert berasa bagaikan natural dan sangat real.

E3000 adalah sebuah iem terbaik yang berharga bawah RM300 pada pendapat saya, namun jika digandakan harga sebanyak 4 kali, E5000 sentiasa menjadi pilihan utama pada pengemar neutral tone dan coherent sounding. Setiap tuning dari E Series telah pun diteliti sehabis baik oleh acoustic engineering team yang terlibat untuk product Final Audio. Secara jelasnya, setiap model dari series ini mempunyai kekuatan masing-masing dalam pelbagai aspect yang berlainan.

Untuk Siapa?
Final Audio E5000 adalah sebuah pilihan yang benar dan tepat untuk para bangsawan audio yang inginkan sebuah iem kecil dan ringan tapi menghasilkan sebuah bunyi yang relevant untuk beberapa tahun akan datang. Sesuai untuk digunakan di dalam rumah, office environment, dalam pengangkutan awam mahupun ketika berjalan di dalam mall. AKAN TETAPI, anda hendaklah mempunyai portable amp atau source yang mempunyai high output power untuk mengunakan E5000 walaupun secara kasual. Sekiranya anda seorang peminat audio yang “hardcore”, saya percaya tiada halangan yang dapat menjadi kekangan untuk anda memilki sebuah iem premium dari Final Audio ini.

Ulasan dan Bintang
Hasil buah fikiran para pencipta iem di Final Audio adalah sangat bernas. Mereka sentiasa menghasilkan produk yang menjadi tumpuan dan pilihan ramai peminat headfi dari pelbagai jenis sama ada portable mahupun full desktop setup. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Red Ape Trading yang sentiasa membekalkan AudioMonsta dengan produk yang baik serta memerlukan pendedahan dalam audio scene di Malaysia. Disebabkan harga E5000 agak diluar kemampuan untuk sebilangan peminat audio dan mempunyai sensitivity yang rendah, saya menghadiahkan iem ini sebanyak 4 bintang. Untuk harga sepasang E5000, terdapat lebih banyak pilihan combo atau setup yang boleh dirancang oleh budget friendly user diluar sana. Saya hanya recommended E5000 untuk siapa yang betul-betul inginkan 1 iem shaja untuk digunakan dalam tempoh masa setahun dua. Percayalah, Final Audio E5000 akan menjadi kegemaran anda untuk satu jangka masa yang lama.

4 out of 5 stars (4 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta