Ulasan Final E3000 Sebuah Bullet Type Earphone Buatan Japan

Final Audio E3000 adalah sebuah bullet type iem yang sangat dikenali ramai dalam dunia headfi. Apa yang membuatkan E series dari Final Audio ni selalu menjadi bualan ramai? Jom kita sama-sama mengenali sebuah iem Jepun ini.

Final audio menyatakan bahawa setiap E series iem hadir dengan tuning yang dihasilkan dari kajian yang begitu terperinci oleh sekumpulan acoustic engineering dan psychological research yang terbaik.

Menurut hasil kajian mereka, cara tuning earphone yang biasa dilakukan adalah dengan mengasilkan beberapa emphasis dan penambahan di bahagian high frequency. Ini akan membuatkan bunyi itu kedengaran sangat jelas dan mempunyai karekter yang baik. Namun, ini akan membuatkan anteroposterior ranges kedengaran seperti incoherent atau tidak realistic. Jadi dengan menghasilkan smooth frequency response pada E Series ini, Final Audio menjanjikan sebuah persembahan beresolusi tinggi yang terbaik!

Terima kasih kepada sahabat audio saya iaitu Aiman kerana meminjamkan unit beliau untuk diguna pakai dalam tujuan ulasan kali ini. Hidup Hi-Res Audio!

Packaging
Kotak yang datang bersama earphone ini kelihatan sangat murah dan ia tidak akan memberikan kita sebuah pengalaman nyahkotak yang premium dimana kotaknya adalah sebuah kertas biasa dan di dalamnya adalah plastik macam yang biasa kita beli barang elektronik di kedai Eco Shop RM2.

Apa yang terdapat di dalam kotak ?

  • Silikon Eartips E Series 5 pasang
  • Earphone Final E3000
  • Ear Hook 1 pasang
  • Beg kain 1 unit
  • Kertas Manual dan Warranty

Keselesaan & Rekabentuk

Oleh kerana ianya adalah sebuah bullet style iem, sememangnya keselesaan berada di tahap yang sangat memuaskan. Kita boleh dengar sambil baring, duduk dan tak kira apa keadaan pun memang selesa. Final E3000 hadir dengan rekaan cable terbina yang boleh dipakai secara wear down atau over the ear (menggunakan ear hook yang disertakan). Malangnya, rekaan sebegini menyebabkan kita tidak boleh menukar atau menggunakan aftermarket cable dan hanya boleh menggunakan cable OFC asal yang nipis dan buruk ini jer.

Binaan badan adalah stainless steel dan beratnya hanyalah 14gram. Pada bahagian belakang earphone ini terdapat lubang-lubang kecil yang saya percaya adalah air vents untuk membantu dynamic driver mencapai tahap low frekuensi yang diperlukan. Jika kita mengganggu atau mengubah suai pada bahagian ini, sudah pasti sound production akan ada sedikit berlainan.

E3000 menggunakan dynamic driver bersize 6.4mm dan ini adalah tidak masuk akal jika membandingkan dengan penghasilan bunyi pada kebanyakkan chifi produk yang menggunakan size yang lebih besar. Sesungguhnya tuning dan technology yang diguna pakai oleh syarikat Japan ini adalah extraordinary. Pada binaan badan E3000 hanya terdapat logo, nama model dan tanda penunjuk Left Right pada setiap satu earphone ini.

Berikut adalah spesifikasi Final E3000

Product code  FI-E3DSS
Housing          Stainless steel mirror-finished
Driver              6.4mmΦ dynamic driver
Cable               OFC cable
Sensitivity       100 dB/mW
Impedance      16Ω
Weight             14g
Cord length     1.2m

Harga dan kat mana boleh beli

Pembelian Final Audio E3000 boleh dilakukan secara diatas talian melalui link ini : REDAPE.MY

Harga yang ditawarkan di website Red Ape pada hari ulasan ini ditulis adalah : RM288.00

Sumber Audio & Senarai Lagu
Sumber audio saya adalah Flac files sama ada 16bit atau 24bit yang dimainkan oleh aplikasi MusicBee version 3.3.7261 dan menggunakan player WASAPI EXCLUSIVE pada DAC comel saya iaitu UD 130 (Tekan Sini) yang disambung ke laptop saya menggunakan cable micro usb.

Antara lagu-lagu yang digunakan untuk tujuan ini adalah :

Jailbreak Live 1991 – AC/DC

I Will Always Love You – Whitney Houston

Crush – Yuna (ft Usher)

初恋の棘 – Pyxis

Spanish Harlem – Rebecca Pidgeon

One And Only – Adele

Not In That Way – Sam Smith

Macam mana dia punya soundstage
E3000 betul-betul memberikan sebuah persembahan pentas yang sangat baik. Tidak terlalu kecil dan bukan lah terlalu luas untuk sebuah iem yang mempunyai driver bersize 6.4mm. Untuk lagu Spanish Harlem, suara penyanyi dan double bass betul-betul dapat mengambarkan sebuah soundstage yang tidaklah terlalu sempit. Iem ini juga dapat menghasilkan soundstage yang tinggi dan lebar effortlessly.

Macam mana dia punya bass (Low)
Bass adalah sangat jelas dan mempunyai kuantiti yang sangat memuaskan. Midbass yang dimainkan adalah sangat kuat dan ini membuatkan sound karakter setiap lagu akan menjadi warm dan bassy. Subbass hadir dalam jumlah yang secukup rasa sahaja, cukup untuk menambah perisa pada setiap lagu dan genre yang memerlukan. Tiada bleeding yang jelas kedengaran pada lower mids dan ini membuatkan bass sentiasa bersih dan detailed.

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Midrange yang terdapat pada E3000 ini adalah sangat jelas dan lunak sekali. Tiada incoherent sound yang dapat saya jumpa sepanjang ujian pendengaran ini dilakukan. Organic dan natural adalah perkataan yang paling sesuai untuk mengambarkan vocal lelaki dan perempuan pada iem Japan ini. Walaupun pada pendapat saya, suara Sam Smith terdapat terlalu banyak bass kedengaran namun ianya adalah sebuah vocal yang lunak dan mempunyai body yang jelas (ini baru betul vocal lelaki!). Clarity pada vocal perempuan pula adalah sangat baik, ianya tidaklah terlalu sharp, harsh atau terlalu lembut.

Macam mana dia punya treble (High)
Tuning yang dilakukan oleh kumpulan engineering Final Audio pada E series ini mempunyai treble yang terlalu tenang dan minima. Walaubagaimanapun, setiap notasi adalah sangat detailed dan mempunyai resolved yang cukup. Pada pendapat saya, treble pada E3000 ini mempunyai kekurangan energy dan sinaran. Treble yang jinak ini  akan membuatkan kita lebih selesa untuk menggunakan iem ini dalam sesi pendengaran yang lama.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Disebabkan instrument dan vocal kedengaran terlalu natural/semula jadi, ini membuatkan kedudukan instrument kedengaran agak tepat dan jelas. Akan tetapi, ianya memerlukan sedikit lagi energy pada high frekuensi dan lebih impak pada bahagian midbass untuk memberikan gambaran instrument sekeliling yang lebih tepat.

Tone bunyi & Persembahan bunyi
Tone bunyi yang dipersembahkan oleh Final E3000 ini adalah warm dan bassy, namun segala bunyi yang dihasilkan adalah sangat detailed. Sebagai contoh, Saya boleh mendengar counting click (metronome) dalam lagu One And Only by Adele, saya selalu dengar lagu ni almost everyday tapi kali pertama saya noticed bunyi click tu adalah ketika memakai Final Audio E3000.

Persembahan bunyi iem ini adalah jauh sekali dari vshape, tapi masih dalam ketegori fun sound. Ianya seperti L- Shape, mempunyai natural tone tanpa apa-apa emphasis dia mana-mana frekuensi dan akhirnya rollback di sekitar 10kHz ke atas. Saya yakin ramai yang akan menjadikan iem ini sebagai “instant favourite” selepas mendengar nya.

Sesuai untuk semua jenis genre walaupun ianya kedengaran sedikit off untuk kebanyakkan lagu classical dek kerana bass yang terlalu besar telah merubah texture bunyi classical itu sendiri.

Perbandingan
DIsini saya akan membandingkan E3000 dengan sebuah iem yang bersifat natural untuk tujuan reference iaitu Moondrop SSR.

Treble lebih semula jadi, bersinar dan mempunyai lebih kuantiti pada SSR berbanding E3k namun saya rasa Final hadir dengan treble yang lebih extends.

Midrange sesunguhnya lebih lunak dan smooth pada E3k berbanding SSR yang terdapat sedikit incoherent dan kurang natural untuk vocal range perempuan.

Lower end adalah ibarat langit dan bumi, SSR mempunyai sebuah bass yang sangat-sangat-sangat minima dan kuantiti sebegitu adalah sangat sukar untuk beberapa genre contohnya EDM, hip-hop dan lagu-lagu pop. Sedangkan bass pada E3k mempunyai bilangan yang cukup untuk hampir semua genre dengan karakter yang rounded. Walaubagaimanapun, SSR mempunyai bass yang lebih tight dari E3k oleh kerana dynamic driver yang digunakan oleh SSR lebih fast response.

Image may contain: text that says "E3000"

Untuk Siapa?
Pada pendapat saya, earphone ini sesuai untuk semua pencinta muzik. Tiada betul dan tiada salah pada bunyi yang berikan oleh earphone ini dan saya yakin telinga tuan-tuan akan bersetuju dengan saya. Tak sesuai untuk siapa yang mencari earphone untuk tujuan gaming kerana ianya bukanlah tujuan asal iem ini dicipta. Pada saya, iem ni sesuai hanya untuk letak di office atau di rumah dan elakkan pakai semasa aktiviti luaran kerana cable yang nipis dan non-replaceable ini boleh break pada bila-bila masa. Please take note.

Ulasan dan Bintang
Secara jujurnya saya tidak menyangka bahawa sebuah iem yang menggunakan dynamic driver bersize 6.4mm seperti ini dapat menghasilkan sebuah bunyi yang saya begitu suka. Hampir berjam-jam saya mendengar lebih dari satu genre dan ia sentiasa memberikan sebuah kepuasan yang maxima pada telinga saya. Sangat sukar untuk saya jelaskan betapa E3000 dapat memberikan saya sebuah pandangan yang baru dalam dunia headfi. Perjalanan mencari iem yang paling sesuai pada telinga saya kini hampir tiba ke puncaknya dengan warm, lively dan timbre yang dimainkan oleh Final E3000. Saya sangat berharap lebih ramai lagi sahabat-sahabat kita yang berpeluang untuk mencuba Final E3000 ini dan dapat merumuskan bahawa sound yang smooth relaks ini adalah mandatory dalam perjalanan hidup kita sebagai seorang pencinta audio. Terima kasih Final Audio.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta