Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca.
Pada edisi kali ini aku akan mengulas sedikit peranti dari Hidizs iaitu AP60 II. Peranti ini kecil sahaja, sekilas pandang kelihatan seperti kotak mancis pun ada. Namun, usah pantas membuat andaian terburu-buru kerana AP60 II ni sememangnya penuh dengan kejutan yang tidak diduga.
Fungsi dan Spec
Berikut aku berikan spesifikasi secara am untuk peranti AP60 II ini.
General Specification
Saiz : 42 x 75 x 14 mm
Berat : 95g
CPU model : X1000
DAC : DAC AK4452VN
Amplifier : MAX97220A
External storage : Micro SD card (Tiada memori dalaman terbina)
Battery life – continuous playback music :
10 hours
Connection :
Bluetooth V4.0,aptX supported
USB Audio(DAC) :
DSD : DSD 64/128
PCM : 192kHz/24Bit
Headphone out specifications (3.5mm headphone out jack)
Output Power : 70mW @ 32Ω
Frequency response : 20-20kHz
Output impedance : 0.1 ohm
Dynamic range : >105dB
Format Support
FLAC, APE, WMA, WAV, ALAC, AAC, OGG, MP3, AIFF, DSF, DIFF
AP60 II ni bagi aku memang sesuai untuk kegunaan harian, kerana design-nya yang simple. Cumanya sesetengah orang mungkin akan turn off dengan fungsinya yang terhad. Tiada touch screen, wifi dan tidak menggunakan sistem android (bermakna tiada bug yang akan menganggu). Malah ianya tidak menggunakan touch screen (tidak seperti abangnya AP60 generasi pertama yang menggunakan capacitive touch screen). Ianya hanya menggunakan 4 butang sahaja. Butang kiri ( back, menu), kanan (play), atas (previous song) dan bawah (next song), serta tidak termasuk 3 butang dikiri untuk on dan off peranti serta melaraskan volume bunyi. AP60 II ini tidak mempunyai balance output dan cuma ada 3.5mm jack sahaja. Untuk user interface pula AP60 II ini menggunakan OS mereka sendiri. User Interface AP60 II tidak serabut dan mudah untuk dikendalikan. AP60 II juga boleh boleh dijadikan portable DAC. Penting aku nyatakan di sini terdapat beberapa caveat untuk peranti AP60 II ini. Kadangkala playback-nya sedikit lambat (seperti buffering dan tidak instant), dan wujudnya sedikit noise (bukan sepanjang masa, untuk seketika sahaja) jika menggunakan earpiece yang sensitif.
Harga dan kat mana boleh beli
Buat masa ni, AP60 II hanya boleh didapati di online store rasmi Hidizs dan harga dalam $95.00USD (lebih kurang dalam RM392 ketika artikel ini ditulis berdasarkan nilai matawang semasa) https://www.hidizs.net/products/ap60 . Starpicker pernah menjual peranti ini tapi sudahpun sold out.
Tone bunyi
Spesifikasi peranti AP60 II ini tidaklah segah DAP jenama lain, yang mana ianya hanya menggunakan DAC AK4452VN dengan keupayaan decoding maksimum pada 24BIT/192K, dibantu dengan amplifier MAX97220A. Aku menggunakan earbuds DQSM Z&W Panda PK2 /PK2S serta HiSoundAudio PAA-1. Manakala lagu pula aku rujuk kepada :
1 – Sigrid – Don’t Feel Like Crying.flac 44.1 kHz
2 – Phoenix – Liztomania.flac 44.1 kHz
3 – Susanne Sundfør – Mountaineers.flac 44.1 kHz
4 – Bon Jovi – Livin on a prayer.flac 44.1 kHz
Aku cukup kagum dengan kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh AP60 II ni, terutama sekali pada detail lagu serta vokal. Walaupun pada 30 sahaja volume, AP60 II sudah cukup kuat untuk kendali kebanyakan earpiece. Karekter bunyi warmth tu jelas kelihatan. Bunyi instrumen juga dapat didengar dengan baik dan jelas satu persatu dan kau boleh alami sendiri betapa dinamiknya susunan instrumen tu. Vokal pula tidak terlalu kedepan sangat namun jelas setiap bibit pertuturan. Manakala bass pula sekadar cukup untuk memuaskan halwa telinga mendengar. Bagi aku pakej bunyi yg dihasilkan peranti kecil ni lebih daripada cukup. Kecil – kecil cili padi orang melayu kata.
Untuk Siapa?
Pada hemat aku, AP60 II sesuai buat mereka yang baru berjinak-jinak mahu mencari koleksi DAP pertama. Ia juga sesuai buat mereka yang bercitarasa minimalis tapi masih mahukan kualiti dalam bunyi. Walaupun tiada fungsi wifi apatah lagi keupayaan untuk menambah apps yang fancy, fungsi bluetooth tersedia sudah memadai untuk AP60 II ini dijadikan daily driver. Peranti ini menyokong penggunaan HibyLink Smart Control. Oh dan satu lagi, AP60 II ini juga sesuai buat mereka yang aktif melakukan aktiviti luar seperti berjogging, gym dan berbasikal kerana bentuk fizikalnya yang sangat kecil serta ringan. Tapi jangan pula di gunakan ketika aktiviti menyelam. AP60 II bukan kalis air.
Packaging
Peranti AP60 II ini datang dalam kotak hitam seperti di dalam gambar. Ia datang dengan kabel USB, casing untuk AP60 II, kad waranti serta buku panduan pengguna.
Ulasan dan Bintang
Kesimpulan yang dapat aku buat, untuk peranti yang berharga dibawah RM400, aku rasa AP60 II ni sangat berbaloi untuk dimiliki. Dengan kualiti bunyi yang nice, saiznya yang kecil serta ketahan bateri yang bagus, memang sesuai untuk dijadikan DAP pertama buat mereka yang masih lagi mencari. AP60 II tidak macam DAP yang lain, kerana fungsinya yang sangat limited. Berbeza dengan pesaingnya Shanling M0 dan yang akan datang FiiO M5 (kedua – duanya ada touchscreen dan features tambahan yang lain), ianya peranti yang minimalis tanpa segala fungsi-fungsi yang tidak diperlukan. Jika anda mencari DAP bersaiz kecil, punya fungsi yg minimal dan hanya digunakan untuk mendengar muzik, AP60 II ini sememangnya untuk anda. Aku bagi 4 bintang untuk AP60 II ini. Aku akhiri ulasan aku dengan Assalamualaikum dan selamat maju jaya buat kalian. Mohon di maafkan segala salah silap.
(4 / 5)