Sejak dari hari pertama, headphone Hifiman mampu mengeluarkan aura yang satu macam setiap kali saya berpeluang mendengarnya. Pada awal tahun 2018, tercatat satu pengalaman pertama saya mendengarkan sebuah Hifiman. Setelah 3 atau 4 kali menukar lagu pada digital music player, barulah saya perasan bahawa headphone yang berada di telinga saya adalah sebuah planar magnetic. HE400s yang ketika itu disambungkan hanya kepada single-ended output music player saya menghasilkan bunyi yang penuh dynamic dengan clarity. Sejak pada saat itu, saya menganggap itulah detik & ketika terhasilnya essence of love dalam hidup saya terhadap kenikmatan mendengar headphones.
Maka bermulalah seribu satu cerita, pengalaman pahit manis dalam mencari “Taming-Sari” bersama sahabat-sahabat dalam hobi yang mencabar ini.
ah-nuhn-duh
Bliss or divine joy. It is also the name of a worldwide movement based on the teachings of Paramhansa Yogananda and founded by Swami Kriyananda.
Antara planar headphone yang telah berjaya membuka mata ketiga saya dalam hobi ini adalah Hifiman Arya. Namun, sebagai seorang rakyat marhain seperti saya, ianya berada di luar kemampuan diri, dan saya haruslah sedar bahawa fantasia ini hanya hadir didalam mimpi dan ianya jauh dari realiti. Oleh itu, saya telah berusaha untuk mendapatkan sebuah Hifiman Ananda, sebagaimana yang telah di cadangkan oleh sifu saya sebagai “80% of Hifiman Arya”.
Dalam ulasan sederhana saya ini, saya menggunakan sumber berikut :
FLAC > Foobar2000 > Schitt Modius BAL > Topping A90
Apa Yang Best ?
- Packaging yang sangat premium.
- Keselesaan premium.
- Kualiti bunyi yang high-end.
- Ringan.
- Easy to drive
- Design yang ‘photogenic’.
- Technical Superiority
Apa Yang Kurang Best?
- Cable Stock yang hampeh.
- Binaan rasa kurang premium.
- Tiada ‘swivel adjustment’.
- Earcups yang terlalu besar (bergantung pada size kepala
Spesifikasi
- Frequency Response: 8 Hz – 55 kHz
- Sensitivity: 103 dB
- Impedance: 25
- Weight: 399gram
Packaging
Sebagai sebuah headphone premium, Hifiman telah menyediakan sebuah kotak yang sangat epic looking iaitu kotak kulit berwarna hitam yang penuh dengan kain sutera di bahagian dalam yang menjadi tempat beradu Hifiman Ananda.
Pengalaman membuka kotak headphone ini adalah sangat seronok dengan first impression yang berjaya melakar senyuman pada wajah sesiapa sahaja.
Sederhana, tetapi sangat mewah sentuhan yang ditawarkan dalam kotak headphone planar ini.
Apa yang ada dalam kotak?
- Headphone Ananda
- OFC Cable L-Plug 3.5mm (Pendek)
- OFC Cable Neutrik Plug 6.35mm TRS (Panjang)
- Warranty Card
- Manual Book
Cable yang disertakan ni kedua-duanya single-ended dan datang dalam panjang dan plug yang berbeza. Cable yang pendek itu hadir dengan 3.5mm to 6.35mm adapter. Kedua-dua cable stock ini menggunakan tube putih transparent yang sangat buruk dan nampak macam kurang premium. Secara tak langsung cable dia ini telah mencacatkan keseluruhan pembelian saya ini. Apa nak buat, dah memang stock cable dia macam tu. Kalau diberi pilihan masa pembelian, memang saya tidak akan mengambil langsung cable yang macam ni.
Tuan-tuan boleh menyaksikan process unboxing ini dalam video yang telah dihasilkan oleh saya sendiri.
Keselesaan
Dalam kegunaan masa pendek, saya tidak menghadapi apa-apa masalah dengan keselesaan headphone ini. Antara perkara pertama yang saya perasan adalah, disebabkan rekaan headphone cup ini yang bersifat bujur dan lebar, keseluruhan telinga saya tidak bersentuhan secara langsung dengan mana-mana bahagian dalam headphone cantik ini. Disebabkan design yang sebegini, earpads pada headphone hanya bersentuhan dengan bahagian kepala saya sahaja tanpa sentuhan pada telinga.
Mulanya saya sangat berpuas hati, tapi apabila pakai dalam jangka masa yang lama baru saya perasan bahawa headphone ini terlalu besar dan ia memegang hampir 60 peratus permukaan kepala saya. Pengalaman ini boleh dicuba dengan memakai mana-mana helmet yang ringan dalam jangka masa yang lama, akan hadir satu rasa yang tidak menyenangkan dimana ianya menghasilkan satu tekanan yang sederhana kuat serta merimaskan (walaupun open-back & tidak berpeluh).
Pada pendapat saya, benda yang merimaskan itu adalah dimana rekaan headphone ini tidak disertakan fungsi swivel yang mengakibatkan headphone ini seperti keras & tidak bergerak @ melekat di kepala kita macam benda Facehugger yang lompat dari Xenomorph Egss dalam filem Alien 1979. Seram wey.
Akan tetapi, saya yakin tekanan yang sedikit keras ini boleh dilembutkan lagi apabila mencapai tahap penggunaan yang lama. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Headphone ini boleh di regangkan dengan cara dibiar berada di atas headphone stand dalam suatu jangka masa yang lama. Lama-lama nanti tekanan dia mesti boleh kurang dengan cara ini walaupun headband dia dihasilkan daripada aluminum.
Driver Apa Dia Guna?
Headphone Ananda ini menggunakan planar magnetic generasi baharu yang dipanggil NEO supernano diaphragm yang dikatakan 80% lebih nipis, lebih ringan dan lebih berpotensi dari driver yang digunakan oleh Hifiman sebelum ini.
Saya merasakan headphone ini sangat ‘easy to drive’ menggunakan smartphone dan single ended pada music player saya. Akan tetapi ianya secara jelas akan lebih ‘benefit’ jika digunakan bersama output synergy yang lebih kuasa dan voltage.
Cukup volume, tak semestinya cukup kuasa.
Soundstage
Ananda hadir dengan sebuah soundstage yang sama sekali berlawan dari perkataan sempit. Dengan design yang panjang membujur seperti ini, ianya sangat besar dan luas pada segala jenis lagu. Bukanlah ibarat concert hall seperti yang saya dengar pada AKG Q701, soundstage Ananda ini lebih kepada berada di outdoor music festival. Depth lebih pendek berbanding width yang lebih wide seperti tiada penghujungnya.
Soundstage yang mewah dan diluar jangkaan sebegini saya yakin akan membuatkan easy-listener terus jaw-dropping dan berkenan dengan kemampuan open back planar headphones.
Yang paling saya kagum adalah ketinggian bunyi headphone ini sememangnya above average dimana ianya seperti speaker tinggi yang berada di kanan dan kiri saya seolah-olah dalam panggung wayang Atmos. Karakter soundstage seperti ini sangat sesuai untuk headphone yang all-rounder.
Masa dengar intro self-titled lagu Black Sabbath memang betul-betul berdiri segala bulu roma. Rasa macam ada syaitan kat kiri dan kanan tengah tengok saya sambil Ozzy Osbourne menyanyi lagu yang penuh dengan semangat kesyaitanan ini.
What is this that stands before me?
Figure in black which points at me
Turn ’round quick and start to run
Find out I’m the chosen one
Oh, no
-Black Sabbath 1970
Tone bunyi
Suka saya menjelaskan kat sini bahawa Ananda memberi rumah kepada sebuah bunyi yang neutral dengan sedikit penekanan di bahagian low end subbass dan ada sedikit highlight pada bahagian lower treble. Tiada tokok tambah yang berlebihan walau di mana-mana bahagian lain membuatkan headphone ini sesuai untuk genre lagu yang pelbagai. Saya dah cuba dengar track yang terlalu harsh atau piercing dan juga lagu yang bass-oriented, dan saya mendapati Ananda boleh deliver lagu-lagu berikut dengan tona yang sangat seimbang.
Walaubagaimanapun, disebabkan upper mids ada sedikit elevated, bunyi instrument seperti brass section, high octave piano, cymbals, electronic music, pipe organ dan lain-lain akan kedengaran sangat jelas dan articulate. Pada telinga saya, tiada harsh yang ketara pada high frequency sepertimana feedback dan review dari sahabat-sahabat saya, mungkin juga headphone amplifier saya sendiri sememangnya terlalu clean dan sterile berbanding orang lain. Tak kira dari Youtube videos atau lossless files, bunyi yang keluar dari Ananda ini tidak se-sesekali terasa annoying di telinga saya.
Dari segi microdetails, tone dan kelajuan, saya rasa Ananda dapat memuaskan halwa telinga critical listener mahupun easy listener. Ini kerana, disamping ianya membekalkan unsur teknikal yang baik, Ananda juga tidak kedengaran terlalu sterile dan kering membolehkan pendengar yang macam saya menghargai bunyi yang dihasilkan dan tidaklah hanya mendengar teknikal bunyinya sahaja. Recording yang hampeh akan kedengaran kurang baik dan lagu yang di mixing dengan elok akan kedengaran sangat baik.
Low
Sub-bass penuh dengan clarity dan tekstur yang baik. Ianya sangat deep dan jelas walaupun mendengarkan lagu-lagu yang laju seperti electronic music. Telinga saya ibarat ‘dicuci’ apabila mendengarkan track Avalon 6AM by Markus Schulz & Dakota dek kerana sub-bass yang berjaya menyelam hingga notes yang sangat rendah. Kekurangan punchiness dan impact membuatkan keseluruhan mid-bass kedengaran sangat smooth dan tiada chest thumping bass yang dapat dirasakan. Pada telinga yang kurang mahir saya ini, mid-bass boleh disifatkan sebagai linear dengan consistency yang baik. Upper-bass yang menjadi pagar spectrum untuk berubah ke bahagian mids pula adalah sangat smooth dan warm.
Mid
Mid-range berkedudukan paling belakang berbanding low dan high. Namun, ciri-cirinya sangat lah transparent dan detailed tanpa kedengaran veiled atau muffled. Midrange sebegini selalunya berada pada kebanyakkan v-shape headphone, tetapi saya tidak bersetuju untuk mengatakan Ananda adalah v-shape kerana high dan low tidak diberikan emphasis ataupun focus yang besar.
Vocal terasa sedikit dibelakangi oleh musical instruments, tetapi masih bersifat jelas dan semula jadi. Walaubagaimanapun, saya menambah beberapa dB pada bahagian 300hz ke 400hz untuk memberikan lebih body kepada vocal lelaki yang dimana saya rasa terlalu neutral. Akan tetapi, eq ini akan merosakkan linearity yang terdapat pada tuning asal yang membuatkan midrange kedengaran sangat pitched-black background kini lebih tercemar dengan white-noise.
Midrange yang sebegini akan memberi kesan secara jelas untuk lagu-lagu dalam album Continuum by John Mayer dimana setiap instrument berada di setiap lapisan yang asing dan tidak bercampur (layering instrument seperation dia cun la senang kata).
Kuantiti detail pada midrange sangatlah above average, ianya mampu memberikan timbre instruments dan vocal yang organic tanpa sebarang paksaan. Segala acoustic instrument dalam lagu Take Me Home, Country Road sangat jelas dan harmoni dari penyanyi latar sangat lah tepat dan berjaya menaikkan mata putih saya. Untuk lagu-lagu yang vocal-oriented pula, tiada shouty di upper mids dan segala high notes yang dilemparkan akan kedengaran sangat stim dan smooth.
*Out of the box punya bunyi ada sedikit harsh kat 4kHz tapi selepas burn-in the driver i think the sound really breaks in syukur dah hilang bunyi harsh tu.
High
Treble sangat transparent dengan sedikit emphasis pada area 7kHz atau 8kHz dan mempunyai extension amount yang sangat baik. Tiada fatiguing atau harshness yang kedengaran dan sebaliknya high frequency region ini dipenuhi oleh air dan sparkles yang berada pada amount yang secukupnya.
Pada pendapat saya, ini adalah treble yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada high-end headphones. Kuantiti yang sedikit, namun kualiti yang sangat diluar jangkaan. Jika mendengarkan lagu-lagu rock, ianya sangat selesa untuk dengar dalam sesi yang panjang tanpa rasa fatiguing daripada high frequency macam sesetengah headphone lain.
Tiada detail yang terasa dipaksa / forced out, membuatkan Ananda sesuai untuk pelbagai jenis lagu. Attack dan decay untuk bunyi drum dalam lagu-lagu Duke Ellington pada pendapat saya sangat laju membuatkan telinga saya dipenuhi oleh airiness of fast swing jazz dan terlupa seketika bahawa saya ni seorang metalhead.
Versus
HD600 ($400)
- Soundstage HD600 sangat sempit dan lebih claustrophobic berbanding ANANDA yang luas dan unlimited of airiness.
- Mids HD600 lebih forward dan intimate macam dengar vocal dekat sangat dengan telinga, ANANDA lebih neutral dan vocal berada di belakang musical instruments.
- Sub-bass HD600 ada rolled-off yang jelas tapi midbass ada lebih impact dari ANANDA yang kekurangan kick, thickness dan weight di bahagian midbass.
- Treble extension di planar lebih high-end dan berkualiti dari treble di HD600 yang kedengaran sangat harsh (kalau tak properly drive), forced, tinny dan metallic.
- Kedua-dua headphone mempunyai unsur teknikaliti yang baik.
- ANANDA lebih all-rounder berbanding HD600 yang lebih mid-centric.
ATH-AWAS ($1400)
- Soundstage AWAS kedengaran seperti berada di dalam dewan yang besar dan secara jelas boleh terasa isolation yang diberikan telah membawa kita berada di alam lain (with good sense of depth & width). ANANDA pula boleh rasa berada di satu tempat yang tiada penghujungnya (takde dinding).
- Instrument seperations & layering lebih jelas dan superior di Audio Technica berbanding ANANDA.
- Sub-bass ATH-AWAS lebih cepat dan tidak terlalu deep berbanding Ananda. Character bass di ATH-AWAS lebih menarik oleh kerana lebih clean dan laju membuatkan semua notes boleh dirasakan walaupun kurang extension.
- Vocal lelaki lebih realistic di AWAS, vocal perempuan sedikit bright dan harsh berbanding Ananda yang mempunyai demoted upper mids (kalau compared to AWAS).
- Treble di ATH telah kalahkan ANANDA dimana ianya betul-betul bunyi high-end dengan treble yang lebih snappy dan extension yang berkualiti.
- Audio-Technica ATH-AWAS yang diperbuat oleh kayu pokok Zakura (100 tahun tempoh matang di tanah Jepun) ini sangat lah sensitive dan easy to drive. Low gain volume pukul 10 saja sudah revealing semua micro-detail yang saya tak pernah dengar langsung.
- Ananda terpaksa mengaku kalah apabila kedua-dua headphone ini bukanlah berada di tier yang sama untuk mendengar micro-details dan technicality. Gelaran Technical Superiority harus lah ditarik balik daripada ANANDA.
- Tiada microphonics effect di ANANDA berbanding AWAS yang SUPER SENSITIVE to microphonics dimana kalau bulu kucing sentuh cable pun saya dah dengar bunyi bersentuhan yang jelas. (kedua-dua stock cables)
- ANANDA lebih neutral sounding dimana ATH-AWAS senang dikenali dengan bunyi yang bright dan analytical.
Ulasan dan Bintang?
Hifiman sememangnya menjanjikan kualiti pada setiap produk yang dihasilkan oleh mereka. Dengan menghasilkan full size planar yang senang diguna sebagai portable ini, saya yakin impian rakyat marhain macam saya untuk mencapai bunyi-bunyian yang canggih dan high fidelity lebih terbuka dengan luas.
ANANDA adalah sebuah headphone yang diperlukan oleh setiap kaki headfi supaya ianya dijadikan penanda aras untuk speed, dynamic dan kebolehan teknikal se-sebuah headphone planar. Walaupun tidak mempunyai thickness atau real tonality seperti kebanyakkan dynamic driver headphone, ANANDA telah membuktikan bahawa kita boleh mendengarkan soundstage, details, imaging dan pelbagai genre hanya dengan menggunakan low gain output sahaja.
Oleh kerana cable stock yang telah mencacatkan perkataan “Premium” dalam packaging headphone planar ini, saya tidak dapat memberikan 5 bintang pada ANANDA.
(4.5 / 5)