Assalamualaikum dan salam sejahtera para penggila audio semua. Kali ini aku nak persembahkan satu earphone bertemakan In-Ear Monitoring (IEM) buatan khusus dari Hill Audio Malaysia, Vajra 3 Professional IEM. Sebelum aku melangkah panjang aku cuma nak ingatkan yang melalui pemerhatian aku, Vajra 3 ni bukan untuk semua orang. Kerana objektif pengeluaran Vajra 3 adalah untuk pemuzik dan jurutera audio yang memerlukan bunyi yang jelas dan terperinci bagi tujuan monitoring and mixing. Ramai yang merasakan dia terlalu flat, aku juga hampir tunduk dengan pendapat tersebut namun setelah 2 bulan buat burn-in dan usaha memadankan Vajra 3 ni dengan beberapa DAP aku mulai rasa keseronokan dalam menggunakannya. Jadi ini bukan kes cinta pandang pertama terus jatuh cinta..TIDAK… namun ini kisah cinta yang bersemi setelah bermula musim bunga (mengambil sedikit masa untuk menerima seadanya ð )
Tak kenal maka tak cinta, Vajra 3 ni menggunakan 3 Balanced Armature driver yang mana setiap driver menfokuskan pada setiap frekuensi utama iaitu lows, mids dan juga highs untuk memastikan keseimbangan audio diperolehi melalui Vajra 3 ini. Ianya juga menggunakan penyambung kabel boleh tukar jenis mmcx dan dihadirkan dengan kabel salutan perak/silver untuk menghasilkan audio yang sangat jelas dan nyata bagi tujuan monitoring. Hill Audio juga bermurah hati memberikan eartip jenis memory foam untuk keselesaan pengguna yang hadir dalam 3 saiz yang berbeza,
Korang boleh dapatkan Vajra 3 Professional In-Ear Monitor ni dengan harga RM499 langsung dari Hill Audio di alamat ini:
https://shopee.com.my/product/6548893/1379207595
Untuk tujuan ulasan kali ni aku menggunakan peralatan di bawah
Source :Â Sony ZX300 Music Player
Tracks :
- Michael Buble – Fly Me To The Moon – FLAC 24 bit
- Norah Jones – Day Breaks (Deluxe Edition) – FLAC 24 bit
- Maher Zain Live & Acoustic – Barakallahu Lakuma â FLAC 16-bit
- Japan Jazz Vol.2 – Tadokanai Koi – DSD 2.8 Mhz
- Garett Brennan – Clawfoot Tubs – DSD 5.6 Mhz
Spesifikasi Teknikal
Brand: Hill Audio
Model: Vajra 3
Transducer principle: Triple balanced armature
Transducer specs: Bellsing custom driver
Frequency range: 20hz – 19khz
Impedance: 22Ohm
Sensitivity: 109dB
Connector type: MMCX
Plug type: 3.5mm
Cable length: 1.2M
With mic: NO
Macam mana dia punya soundstage
Untuk soundstage Vajra 3 ni memperlihatkan ruang stage yang sederhana bagaikan anda berada di dalam studio rakaman yang agak besar. Kita bakal merasakan seperti berada 5 meter dari artis dan para pemusik. Ini jelas kedengaran bilamana aku menghayati lagu dari Maher Zain Live & Acoustic – Barakallahu Lakuma dan Japan Jazz – Tadokanai Koi. Hela nafas Maher Zain dan leretan jari pada tali gitar pemusik beliau jelas kedengaran dengan amat bersih dan suci! Permainan musik jazz semasa lagu Tadokanai Koi kedengaran sangat hidup dan ketawa kecil pemusik jepun tersebut jelas kedengaran bagaikan mereka sedang berbual dengan aku.
Macam mana dia punya bass (Lows)
Bunyi bass dari permainan double bass semasa lagu Michael Buble – Fly Me To The Moon sangat nyaman dan tidak keterlaluan. Memang mampu monitor setiap chord yang pemusik tersebut mainkan tanpa kekeliruan.
Macam mana dia punya vokal (Mids)
Bagi aku vokal dia tidak terlalu menonjol dan sangat seimbang dengan musik di belakang. Vokal kedengaran placementnya 1 meter di hadapan para pemuzik dan ini menjadikan gubahan lagu yang terhasil memang lemak manis berkrim dan disukai mereka yang suka monitoring/flat sound namun ada sedikit renjisan warm dalam audio nya.
Macam mana dia punya treble (Highs)
Treble untuk Vajra 3 tidak terlalu bingit dan sangat seimbang. Vajra 3 ini mampu mengawal tona treble agar tidak menyakitkan telinga namun masih memperlihatkan kewujudan treble itu seindahnya.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Ini super power Vajra… memang jelas segregation of instruments dapat didengari. Sangat seimbang antara muzik dan penyanyi. Memang jelas .. nyata dan terang. Tak perlu celoteh panjang dalam bab ni.
Tona bunyi
Tona bunyi untuk Vajra 3 adalah flat dan  ada sedikit bright. Jika anda seorang pemuzik atau penyanyi di pentas live mahupun seorang jurutera audio, ini adalah IEM yang boleh diharapkan jika anta tidak punya bajet untuk pembelian IEM berjenama besar seperti Shure mahupun Westone.
Packaging
Bersamanya disertakan pakej seperti berikut:
- Hill Audio Vajra 3 Professional IEM
- Stereo audio cable
- Hill Audio carrying case
- 3 set memory foam eartips
Ulasan dan Bintang
Secara kesuluruhannya Vajra 3 adalah IEM kelas atas dalam grup IEM mampu milik yang sangat baik untuk dimiliki untuk mereka yang sukakan tona muzik flat/monitoring tanpa perlu menghabiskan wang membeli IEM berjenama yang mempunya tona muzik seangkatan dengannya. Â Mungkin ianya boleh dikatakan menuju dark namun dia mampu melakukan kerjanya tanpa mengosongkan poket korang.
Kalau anda seorang pemuzik atau penyanyi yang baru meningkat naik dan mencari monitor IEM yang ekonomikal semasa melakukan persembahan pentas tak perlu mencari jauh.. tamatkan pencarian anda di sini. Namun seperti ayat awal review saya… ini bukan untuk semua orang, kalau anda suka muzik yang gembira ini bukanlah iem anda. Bagi peminat flat/dark/monitor sila beri masa untuk anda jatuh cinta dengan Vajra…
Kita bagi 3.5 bintang untuk Vajra 3 Pro IEM!
(3.5 / 5)