Ulasan – HillAudio Mirage CNT Driver Hifi In-ear Earphone (SPONSORED BY HILLAUDIO)

Salam sejahtera semua, harap semua sihat dan dalam keadaan yang selamat dimusim pendamik Covid-19 ni. Sila patuh pada arahan kerajaan dan pihak berkuasa agar kita dapat mengawal penularan virus Covid-19 ni ya, jangan jadi Covidiot macam mat salleh kat amerika tu, bangang tahap dewata raya.

Untuk review kali ni, Hill Audio membekalkan kami dengan IEM terbaru depa, nama dia Mirage. Pihak AudioMonsta amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terimakasih kepada Hill Audio. Ha sapa yang tak kenal lagi Hill Audio ni boleh la buka Shopee korang tu dan search Hill Audio dalam tu, depa buat jualan dalam Shopee dan hampir semua barang dia ni berkualiti dengan harga mampu milik (poket tak koyak bang). Macam biasa Hill Audio memang Awesome!

Berbalik kepada review, Hill Audio Mirage ni guna driver DD. Kat bawah ni spec dia.

Brand: HILLAUDIO
Model: MIRAGE
Transducer principle: single dynamic driver
Transducer specs: 10mm CNT diaphragm DD
Frequency range: 20hz – 20khz
Impedance: 33Ohm
Sensitivity: 104dB/mW @ 1khz
Connector type: MMCX
Plug type: 3.5mm
Cable specs: 8 core silver-plated 5N single crystal copper (392 wires)
With mic: NO

Dalam review ni aku guna Sony Walkman WM1A DIgital Audio Player (DAP), ingat nak guna Sony DMP-Z1 tapi karang ada plak orang maki dengan aku, bukan apa, kat DMP-Z1 tu kalau pair dengan IEM atau earphone pasar malam sekali pun boleh jadi sedap (hehehe).

Kat bawah adalah list lagu untuk review kali ni.

1. Let’s Start From Here, Joanna Wong, FLAC 16-bit
2. Dengarlah Bintang Hatiku, Demeises, FLAC 16-bit
3. Desperado, Emi Fujita, FLAC 16-bit
4. Ragaman, Faizal Tahir, FLAC 16-bit
5. I’m Still Standing (From “Sing” Original Motion Picture), Taron Egerton, FLAC 24-bit + MQA (v1.1)
6. Set It All Free (From “Sing” Original Motion Picture), Scarlett Johansson, FLAC 24-bit + MQA (v1.1)
7. Bokura no Network, Daoko, FLAC 24-bit
8. Bohemian Rhapsofy, Angelina Jordan, FLAC 16-bit
9. Cinta Terbaik, Cassandra, FLAC 16-bit
10. Butuh Cinta, Cassandara, FLAC 16-bit

Kita tengok build kualiti Mirage ni, pehhhh, tak faham aku macam mana Hill Audio boleh buat IEM yang cantik, lawa, berkelip-kelip dengan harga poket tak koyak, memang gila, build qualiti tip top, rasa solid dan memang awesome. Tak ada langsung nampak macam IEM murah. Dulu aku ingat Hill Audio Altair series dah cukup lawa, yang Mirage ni lagi lawa oi. Keselesaan IEM ni pun sangat padu, ringan dan tak terasa macam memakai IEM pun kat telinga. Pakai lama pun takde rasa sakit apa-apa, memang selesa.

Hill Audio Mirage ni aku dah burn-in lebih jurang 200 jam, termasuk juga dua-dua cable yang Hill Audio bagi dan juga semua plug converter dia sebelum aku mulakan review, jadi korang takyah risau pasal isu burn-in ke tak.

Kat bawah ni aku ada buat video quick look untuk Hill Audio Mirage ni.

Packaging
Hill Audio ada buat 3 package untuk Mirage ni, yang pertama basic set, datang dengan standard 3.5mm single ended cable dan sepasang head unit Mirage. Yang ke-dua Pro set, datang dengan cable yang boleh tukar-tukar plug dia, jadi korang boleh guna dari 3.5mm single ended mahu-pun 4.4mm, 2.5mm dan 3.5mm balanced (ya yang 3.5mm tu balanced, tak sama dengan microphone input jack). Dan yang ke-tiga hanya set head unit tanpa cable. Review aku buat kali ni menggunakan cable Pro yang mana aku boleh tukar-tukar plug dia dari 3.5mm ke 4.4mm. Perbezaan antara stock cable 3.5mm dengan Pro cable 3.5mm agak minimal dimana Pro cable sedikit jelas dan clear.

Mirage juga datang dengan extra nozzle filter yang boleh kita tukar sendiri dan setiap filter ada tapisan bunyi yang berbeza. Filter default yang berwarna hitam menghasilkan bunyi yang balance untuk setiap frequency, low, mid dan high balance antara satu sama lain. Filter warna merah dia fokus untuk lebih details dan treble dan filter warna biru dia cut off details dan treble dan fokus kepada bass dan low frequency. Jadi bengantung pada selera masing-masing, kita boleh tukar-tukar filter ikut mood. Dalam review kali ni aku cuma guna default filter warna hitam.

Harga
Sudah pasti dalam Shopee Hill Audio aje lah pasal ni kan brand dari Hill Audio. Harga dia untuk head unit sahaja adalah RM199, set dengan 3.5mm cable RM249 dan set sekali Pro cable yang boleh tukar-tukar dari 3.5mm ke balanced 2.5mm, 4.4mm dan 3.5mm adalah rm299.

Link Pembelian : Klik sini untuk membuat pembelian

Bass
3.5mm – Macam biasa, “Ragaman” dari Faizal Tahir (FLAC 16bit), bass memang penuh, tight dan punchy, Cuma kadang terasa macam overpowerd dengan mid masa banyak sound keluar serentak. “How Long” dari J.Fla (FLAC 16bit), bass gitar dan juga mid bass sangat menyerlah dengan details bass kita boleh dengar, cuma dia tak boom-boom macam bass head punya IEM (macam Hill Audio Altair). “Set It All Free” dari Scarlett Johansson, ketukan drum permulaan tu dapat dengar rumble dia cuma tak deep dan bergegar otak. Walaupun Mirage ni tak fokus pada bass tapi aku boleh kata bass masih “PADU“.

4.4mm – Lebih kurang macam 3.5mm tapi overall sound lebih bersih, ada sikit details kat sub bass dan mid bass.

Mids & Vokal
3.5mm – Aku boleh cakap kekuatan IEM Mirage adalah kat mid dia dan juga high dia. Mirage ni memang dia highlight vokal dan bagi vokal tu kedepan. Hampir semua track yang digunakan masa review ni, Mirage lontarkan vokal tu betul-betul depan muka kita. Vokal kat depan dan instrument kat belakang penyanyi. “Desperado” dari Emi Fujita (FLAC 16bit), details suara dia boleh dengar jelas dan tak ada distortion pada high note. Pukulan piano pun sangat menyerlah dan terasa dekat. “Dengarlah Bintang Hatiku” dari Demeises (FLAC 16bit), track ni pun sama, details suara memang jelas dan betul-betul terasa depan muka kita. “Butuh Cinta” dari Cassandra, bunyi gitar dan instruments background lain jelas dan kita boleh terus pinpoint kedudukan dia kat mana.

4.4mm – Bass lebih kurang macam 3.5mm tapi semua micro details kat mid terasa jelas dan dekat sikit, termasuk vokal terasa rapat sikit dengan kita.

Treble
3.5mm – Treble/high memang kearah bright, jadi semua clear dan jelas. Dia tak bright sangat macam IEM KZ jadi takde la harsh dan sibilant. Treble extension pun nice, mungkin roll-off sikit tapi masih cukup dan jelas.

4.4mm – Smooth dan lebih jelas sikit dari 3.5mm output.

Soundstage & layering
3.5mm – Sounstage agak biasa tak luas sangat tapi ada kedalaman dia (layering) dan kita boleh dengar jarak stage setiap instruments. “Set it All Free” dari Scarlett Johnsson (MQA 44.1kHz) dentuman drum dan juga instruments lain dapat dengar macam kat concert atau dalam dewan, tak terlalu luas tak terlalu kecik. Secara overall ada sikit narrow terutamanya kat vokal, mungkin sebab dia bagi vokal kedepan sikit kot. “I Want It All” dari Queen (DSD 2.8MHz), pun lebih kurang sama bunyi macam lagu mula-mula tadi,

4.4mm – Soundstage terbuka besar sikit dari 3.5mm output. Layering ada sikit improvement, “Desperado” dari Emi Fujita kita boleh dengar  jelas kedudukan note piano yang berbeza. Soundstage untuk vokal pun terbuka besar sikit.

Imaging
3.5mm – Imaging untuk Mirage ni sangat bagus. Separation instruments boleh dengar kedudukan dia kat mana sebab soundstage dia besar dan kedudukan vokal memang betul-betul kat tengah-tengah, jadi mungkin sebab tu aku rasa vokal agak narrow menuju ketengah. Lontaran piano, gitar dan lain-lain instruments yang berada kiri, kanan, atas, bawah, semua boleh diderngar pada kedudukan masing-masing. 

4.4mm – Sedikit bagus compare dengan 3.5mm dan instruments notes terasa jelas sikit.

Tone bunyi
Tone bunyi Mirage ni bukan V-Shaped yang macam ramai orang suka, dia lebih kearah flat atau mid forward (vokal kedepan) dan sedikit bright. Walaupun bunyi dia kearah bright, tapi takde sibilant dan harshness, jadi tak lah letih sangat nak dengar (ear fatigue).

Perbandingan
Rasanya susah nak cari IEM yang mid focus macam Hill Audio Mirage ni, jadi aku cuma bandingkan sikit-sikit dengan IEM yang berlainan yang aku pernah dengar.

Hill Audio Altair / Altair RA – Kalau dari segi bass, memang Altair/Altair RA menang, dari segi lain, mid/vokal, details dan lain-lain, Mirage lebih baik. Altair RA lagi warm dari Mirage dari segi tone bunyi dia.

KZ ZSN – Ni memang takleh lawan la, Mirage smooth je high/treble dia, KZ ZSN tajam dan bingit. Dari segi details anytime Mirage menang.

Hill Audio S8 – S8 bunyi V-Shaped, memang sangat berbeza dengan mid fokus Mirage ni. Kelemahan S8, mid bass dia agak kurang dan kat Mirage ni, mid bass memang melimpah, tapi sub bass pulak takleh nak pergi deep dan dalam macam kat S8.

Shure 215SE – Shure ni IEM kearah flat dan dark sounding, jadi amat berbeza dengan Hill Audio Mirage ni, boleh katakan tone yang berlainan terus.

Untuk Siapa
IEM Hill Audio Mirage ni memang bukan untuk semua orang. Dia lebih fokus kan pada mids dan micro details, jadi untuk yang dengar lagu-lagu slow dan clasical memang sangat sesuai. Untuk buat gaming aku rasa ok juga sebab imaging dan layering dia bagus dan boleh rasa kedudukan dah jarak sesuatu bunyi tu. Untuk collector juga bagus sebab Mirage ni lawa nak mati weh. Untuk collector jangan pikir banyak, beli dan simpan!

Ulasan dan Bintang
Secara umum, Mirage ni adalah satu IEM yang details, terutamanya untuk vokal. Bagi aku untuk keluarkan maximum performance IEM Mirage ni, kena guna cable yang lagi bagus. Aku ada try dengan cable berlainan macam cable Yinyoo 6N UPOCC copper (boleh beli dengan Hill Audio juga), dan juga cable original Sony (balanced 4.4mm), memang sangat berbeza dan lagi sedap dan lunak bunyi Mirage ni, lain macam dia punya pergi. Selain tu aku juga tukar dan guna eartips lain, aku guna eartips Sony Hybrid (juga boleh beli dengan Hill Audio). Sound ada sikit improvement selain improved seal dan fit dalam telinga. Score kali ni kak Emma bagi 4.5 bintang, tapi kalau guna cable lain yang lagi bagus boleh pegi 5 bintang woo. Superb IEM Hill Audio!! Syabas!

4.5 out of 5 stars (4.5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta